February 29, 2012

Happy 10th Years Jom Heboh!


Salam & hello ols..

Gigih tunggu 29 Februari semata2 nak apdet entry pasal kek ulangtahun ke 10 Jom Heboh nih.
memandangkan aku tak sempat tengok perasmian kat buletin utama malam tu, aku tengok di tonton sajalah.. memang tak sama perasaan ketika tengok live kek buatan sendiri dipotong oleh ketua menteri sendiri dihadapan rakyat melake dalam majlis gilang gemilang ini. Syukur alhamdulillah. Semuanya dah selesai dan berjalan dengan lancar walaupun sepanjang hari adalah hujan teramat lebat - mujur masa perasmian cuaca baik dan terpuji.

ok, la.. layan nih dulu. stori panjang lebau tahap novel alaf21 nanti aku update. tata!









February 23, 2012

WAHM #1 : Petua Menjadi Homebaker

Helo. ols.


Sinambungan dari entry lepas, marilah aku berkongsi bagaimana nak menjadi homebaker yang cemerlang gemilang dan terbilang (cewah, mcm gempak sangat la kan - padahal selalunya sendu jua..)

ok, sebenarnya ada rahsia kenapa aku boleh kekal tegar meneruskan kegiatan ini walaupun asal2nya sekadar suka2 untuk sementara waktu.



1) Minat

- harus la kan. kalau tak berminat kau paksa diri berhempas pulas pun tak berguna juga.


2) Bakat

- bakat nih sebenarnya boleh dipupuk. tak semestinya kau kena berbakat dalam bidang seni maka kau boleh menjadi pembuat kek yang jelita (eh, tetiba!). koff!!
ada orang asyik cakap, aku tak pandai seni - so aku tak boleh deko kek. Atau... 'tangan aku tangan bangku, hias kek terus jadi muka berudu'. Ehh! itu semua adalah alasan sia2 okey!
Kalau tak berbakat, sila lah melabur (maksut aku labur wang, bukan berak!) untuk mengikuti kelas2 decoration. Insya'allah, wang yang dilaburkan akan mendatangkan pulangan yang lumayan.

Macam aku, terus terang la, memang aku tak pernah mengikuti kelas decoration secara profesional. sebabnya aku memang tak sempat. Sebab lain adalah aku kedekut (ah, dah bocor rahsia!) ya..ya.. memang diakui kelas cake deco secara profesional memang adalah agak mahal (depends pada cikgu dan modul). Ada juga yang murah tapi selalunya jauh dari lokasi kediaman aku (T_T) . Maka dengan itu, sebagai galas ganti, aku terpaksa lah belajar secara trial & error sambil merujuk Youtube. Alhamdulillah, cara ini berkesan pada aku.



3) PR Skills

- Ekceli bukan senang nak jadi homebaker yang start2 terus kaya. Atau, start2 meniaga terus popiler. Ewah! kalau macam tu haruslah sume berenti keja dan memilih homebaker sebagai kerjaya. ehhh! aku tulis nih bukan bermaksut aku cakap aku kaya atau popiler tau!! korang jgn salah tafsir pula. aku memberi ayat secara kias ya..

Hidup menjadi homebaker kadang2 bukanlah indah sangat. Sebabnya kau akan berjumpa dengan bermacam2 jenis customer yang kau kena tahan dan redha dengan perangainya. Tambah lagi kalau kau seorang yang pemalu dan lemah lembut macam aku *hahaii~*.

Pernah dulu masa mula2 berkecimpung, ada sorang kastemer nih order bagai nak rak. nak itu ini, apa sume... tup2 dah dibuat, tak datang ambik. Alasan dia, flight dia delay dari penang ke KL then dari KL nak ke melaka, jem pulak.... tup2 kensel... Padahal aku tunggu dari pukul 2 petang sampai 9 malam kau tau!! last2 boleh kensel mcm tu aje... keji takk??

Second time dia order (orang yang sama), order pastu buat senyap. Puas aku email, sms apa sume nak confirm jadik order ke tak, pastu buat senyap dan menyamar mayat. aku anggap dia nih tak jadi order la kan??? tup2...hari yg berkenaan, dia call cakap nak ambik kek. makkk aih...! sukati je kan?? sah2 la aku tak buat.. dengan deposit tak bayar, dengan email/sms tak reply, dengan call berjawab tup2 ko nak ambik kek... aku dah siap balik JB dah time tu.... dah tu, bukan main dia mengamuk dan cakap aku macam2.. siap dia kata, orang macam awak nih tak patut berniaga sbb menipu customer. wahhh kemain!! geram betul aku..amendenye aku tipu oihh!

Orang macam nih kau sila lah jangan layan dan jangan bergaduh dengan mereka. Cakap je baik2 kenapa kau tak buat kek yang diorang nak. Sebabnya, kalau kau bergaduh dengan mereka, maka dengan tidak semena2 nama kau akan naik dalam blog dan fesbuk mereka sebagai homebaker yang tak berguna! hah!! pastu upacara mengutuk dan mengeji kau secara berjemaah akan berlangsung sehingga akhirnya menjejaskan imej dan reputasi kau sendiri walaupun secara jelas dan terang-terangan itu bukan salah kau sebenarnya.

Ada sesetengah customer juga yang tak memahami dan tak tahu menilai jenis2 cake dan harga. Biasanya ini jenis customer yang berkira la.. jenis ini memang jarang jumpa. tapi kadang2 ada tersesat juga.

Seperti biasa, sila lah terangkan dengan baik apa sebab dan kenapa harganya sekian2 berbanding dengan saiznya yang sekian2... insyallah mereka faham. Tapi kalo kena jenis yg tak reti bahasa, senang je.. save no.hp diorang sebagai "orang tidak berguna #1" atau "customer aneh #2" dan sebagainya.. next time kalo no.hp dia naik, tak payah la angkat ok? :D
memang letih bekerjasama dengan orang yang sebegini.



4) Internet dan Telefon

- Homebaker tak macam kedai bakery. Mereka takde kedai untuk display cake dan sebagainya. Malah memang jarang sekali homebaker ada simpan stok kat rumah. Macam aku, kalau orang order je aku buat. Tak kuasa lah aku nak simpan kek lama2 dalam esbok. nanti tak sedap dan tak fresh.

Eh, abis cemana customer nak beli cake kalo takde benda nak dipilih??

Ya, maka nye, kenalah ada satu blog atau website yang mempamerkan hasil2 kerja yang kau dah buat. Kat facebook pun boleh. Lagi senang sbb boleh tag2 orang dan disampaikan dari satu pihak ke satu pihak yang lain dengan cepat.

Kena ada satu email dan satu handphone juga supaya mudah berinteraksi dengan customer. Aku sendiri lebih suka menjalankan urusniaga secara email dengan customer sbb boleh mintak dia attach gambar kek yg dia nak. Kalau call memang aku tak berapa suka sbb kadang2 boleh salah faham apa yg customer cakap dan apa yang kita fikir. So kalau ada email, senang. List kan saja order bersama gambar, aku follow je.


5) Sabar dan tak berputus asa.

Bukan dengan manusia je kita kena bersabar. Kadang2 bahan mentah dan makhluk lain juga boleh buat kau hilang akal seketika.

Yang kau jual nih cake, harus lah berbau wangi dan manis. kalau tak dicegah dari awal, memang semut dan lipas kejap je dah bertenggek kat dapur kau kan? rasa nak libas tapi tak sampai hati. maka, kenalah cari alternatif untuk mengelakkan hal2 begini. macam aku, alhamdulilah semburan serai afy haniff yang kaler merah tu memang berkesan. sembur siap2 masa pindah rumah arituh kat pintu, celah2 dinding apa sume, syukurlah sampai sekarang takde masalah menatang halus nih lagi.

Satu lagi musibatun yang kerap terjadi pada orang2 yang buat kek nih adalah kejadian telur tembelang. wahhh!! ini lagi besau punya hawau okeyy!! nak2 pulak yang kau guna tu adalah butter dan gula stok terakhir...pastu masukkan telur 10 biji - dan telur yg dimasukkan terakhir itu pula adalah telur tembelang. memang adalah hazabbbbbbb sangat!!!!

Dengan bau yang sangat celake itu satu hal, dengan ko takde bahan mentah lain lagi selepas itu satu hal... nangissssss okeyy!! aku pernah kena 2 kali. sampai aku join persatuan 'kami anti telur tembelang' kat FB tahu tak??!! haaa! punya marah tak terhingga terhadap telur tembelang (sekarang macam dah takde group tu lagi).

Namun begitu, jangan lah cepat patah semangat hanya kerana telur tembelang ini. Ada orang yang sangat cepat mengalah, baru kena sekali telur tembelang dah terus bungkus mixer dan oven lalu tak mahu buat cake sampai bila2. hihihi!!


6) Reward untuk diri sendiri.

Perlu ke? heii!! mestilah perlu okey!!!
Ada yg cakap, baik menabung. Tak usah boros. Kena berjimat.

Oh kamonn!! itu memang lah... tapi tak perlulah begitu serius menabung sampai takde pembalasan duniawi untuk diri sendiri.

Macam aku, setiap bulan aku akan peruntukkan sedikit keuntungan untuk mengujakan diri sendiri. Beli lah apa2 yang kau suka asalkan ianya tak membazir, boleh digunakan atau dipakai, atau menghiburkan diri sendiri. Ini termasuklah pergi bercuti, membeli handbag/kasut/pakaian mahupun sekadar memanjakan perut dengan makanan lazat.

Kalau rasa nak sesuatu yang belum berkemampuan, simpan dulu duit reward tu utk bulan2 akan datang sampai kau mampu beli. Senang kan? Duit yang suami beri, silalah simpan dan berbelanja dengan bijak. Jangan guna utk program rewards sbb ianya duit orang lain (walaupun suami!) ada baiknya duit itu digunakan untuk waktu2 sukar atau berbelanja utk keperluan anak2.

Secara tidak langsung program rewards ini boleh membantu kau menjadi lebih kuat bekerja dan menghasilkan yang terbaik! (^_^)



7) Tawakkal dan Bersyukur.

Ini kau sendiri faham - apa2 pun kena kembali kepada Allah. Doa, tawakkal dan bersyukur. Kalau ada rezeki lebih, pandai2 la menyucikan harta. Insya'allah semuanya berkat dan perniagaan kau akan bersinar dan berkilau.


8) ok, aku dah mulai malas nak menaip ...nanti sesenang aku apdet lagi. bye!





February 18, 2012

Setahun Suda!

Hello ols..

Lagi seminit nak tukar tarikh, baru aku teringat nak update blog. 2-3 minggu sudah aku dok berangan hari2 nak tulis apa pada 18hb Feb 2012.... Ekceli tarikh nih bermaksud genaplah sudah setahun aku meninggalkan Teac, bermakna genaplah sudah setahun aku berhenti makan gaji dengan Jepun, bermakna genaplah sudah setahun aku jadi WAHM dan bermakna genaplah sudah setahun menjadi usahawan di rumah sendiri.

Alhamdulillah.

Aku sangat2 bersyukur dengan kehidupan yang dilalui sekarang.

Mula2 nak berenti kerja dulu aku pernah cakap dengan Azat, minta tempoh 3 bulan untuk buat online home bakery. Kalau ditakdirkan perniagaan tak berjaya, maksudnya aku akan kembali makan gaji dan buat kapkek secara sambilan sahaja. Lepas tempoh percubaan selama 3 bulan, aku minta lanjut lagi 6 bulan. Alhamdulillah, nampaknya memang ini la pintu rezeki yang ditakdirkan untuk aku. Pejam celik, pejam celik.... dah masuk setahun pun (^_^)

Menyesal?

Langsung tak!

Malahan aku sangat2 bersyukur kerana dapat menguruskan rumahtangga dan anak2 depan mata walaupun sambil bekerja. Masa kat opis dulu, kalo letih atau mengantuk time keja harus la tersengguk2 atau lari ke locker/toilet/mesin robot nescafe utk mencari kesegaran. Sekarang nih dah keja kat rumah, kalo ngantuk terus je menonong masuk bilik gedebummm kat katil - tido sambil ternganga sampai puas. hehei! kau mampu? :D


Ok, nanti aku share la tips2, hal seronok dan tak seronok serta faedah menjadi wahm ni. Sekarang aku perlu rehat sbb dah 2 hari x tido dengan sempurna kerana gigih menyiapkan order dari customer.


tata!



February 11, 2012

IKAN KUKUS NYONYA STYLE

hello ols..

Aih... mula2 bersemangat berkobar nak update blog.. tapi tunggu gambau loading punyalah lama sampai takde mood dah nak menaip..

Sebenarnya aku nak berkongsi resepi yg sedap tapi simple. orang bizi seperti aku pun boleh hasilkan menu yang mantap dalam beberapa minit saja. maksudnya sambil adun kek, dah siap satu hidangan. haa... mantap ke mantap kalo gitu rupenya...

Ok, sebenarnya aku cadang nak guna ikan bawal emas utk resepi ni... tapi sejak aku dok promot kat fb pasal ikan bawal emas aritu, dan2 je dah takde stok kat pasau... aih! jadi arini aku guna ikan siakap sajalah...

Watak utama dalam resepi ini ikan dan sepeket perencah laksa nyonya (apa2 brand pun boleh).
Watak sampingan adalah bunga kunyit. hoho! pokok kunyit aku dah berbunga. kagum tetiba dapat tengok bunga kunyit (sebenarnya jakun.. kofff!!!)


Ha... ini la bunga kunyit, cantikkan? macam bunga cempaka pun ade, macam bungapi pun ade...eh!


Marilah membaca bahan-bahan utk resepi ini.

1) seekor ikan yg isinya lemak, kental, maveles (contoh siakap, bawal emas, jenahak, ikan pari pon boleh!)
2) sepeket perencah laksa nyonya (aku pakai brand Mak Nyonya)
3) mix vege atau apa2 sayur ikut suka kamu
4) daun ketumbau/coriander/cilantro/ atau daun lipas bak kate KOG (kihkihkih!!!)
5) aluminium foil


ini perencah yg aku guna..


Cara membuatnya :

Mula2 bersihkan ikan (suruh je la pakcik jual ikan siangkan ikan - umah aku takde parang - ikan besau memang mintak budak tesco tu siangkan n kikis sisik sekali...). Kemudian letakkan ikan atas aluminium foil.

Lumurkan perencah laksa nyonya atas ikan dan taburkan mix vege.

selitkan bunga kunyit kat perut ikan - motifnya akan mengalirkan haruman kunyit keseluruh badan ikan - hantam sajalah!!


ada orang suka tutup permukaan atas ikan dengan aluminium foil juga, tapi aku lebih suka tutup dengan daun kunyit saja memandangkan daun kunyit kat rumah aku sangat besau sampai boleh buat selimut (ok tipu). ohok!!
Kemudian masukkan dalam oven dengan suhu 160 derjah - selama 20 minit atau sehingga ikan masak - nak tau masak ke tak cucuk dengan lidi - kalo tembus sampai bawah dah masak la tu..
Kalo takde oven, masuk dalam kuali besau pastu tambah air secawan - hidupkan dapo gas dan tutup kuali dengan penutup periuk. Ah senang nak kukus pun boleh....atau guna apa2 je la teknik asalkan ikan tu masak sudeh...

ha... lepas masak daun kunyit akan mereding begini.. hehei! tapi ikan menten segar dan wangi...


Kemudian bolehlah taburkan daun ketumbau untuk hiasan.

haa... lihatkan perutku. rampingkannn?!



Ini memang sedap makan dengan nasi panas. tempoh penyediaan dalam 5 minit - tempoh masak dalam 20 minit - tempoh kenyang 6 jam! ini memang adalah senang sbb kau cuma sibuk 5 minit je... yg lain2 biar oven je yg bertugas. memang sangat sesuai utk orang sibuk bekerja tapi mementingkan nafsu makan dan kasih sayang suami dan anak2. hahai!~

bye la!