August 03, 2012

Frambozen Kenari Kelakar

Salam ols..


Selamat berpuasa utk hari ke 14. Kalo time aku kecik2 dulu, mak aku cakap dah masuk 14 hari puasa baru boleh start buat biskut raya. So hari nih aku pun start la buat kuih raya sendiri. heheii~

Ok, mari kita belajar buat Frambozen Kenari tapi versi asbo (asal boleh). Koff!

Resepi asal boleh tengok kat blog sis Azlita Aziz (aiyoo! melelehh okeyy tengok original cookies dia). Untuk resepi kelakar pula, sila rujuk dibawah:

Bahan :

Kulit tart (order je kat mana2 homebakery atau boleh dapat yg segera kat supplier bakery)
Jem blueberry / strawberry
Meringue putih telur
Badam cincang


Cara :


Letak jem kat kulit tart



Sediakan meringue putih telur. 2 biji putih telur dipukul high speed. Then masukkan  gula kastor 1/2 cawan, pukul lagi sampai jadi kental. masukkan esen utk nyahbau telur. Last masukkan tepung jagung 2 sudu + 1 sudu cuka makan pastu gaul rata guna spatula (takyah guna mixer)



masukkan meringue dalam piping bag dan sedia paip atas jem tadi. 




aku buat 2 bentuk utk bezakan inti dalam dia. yg licin tu inti blueberry, yg swirl tu inti stoberi



tabur badam cincang atas meringue tadi dan bakar pada suhu 120 darjah celcius selama 1 jam. Jangan tinggikan suhu ya sbb takut meringue tak masak kat dalam.



Rupa paras siap masak.



Tadaaaa!!!! Berbuka nanti baru ngapp!

Daa~