March 05, 2008

Cerita Ulangtahun Perkahwinan ke-3 saye...!




Halloooo !~
1) Hari nih genap posting ke 80 dalam masa 4 tahun (since 2004) aku menulis dalam blog. 80 aje?? nampak sangat pemalas.. Koff!! (-_-;)
2) Hari nih genap tahun ke 3 ulang tahun perkahwinan aku dan azat. Bermakna 3 tahun dah aku menjadi isteri dan 3 tahun menjadi ibu.. Semoga jodoh kami berpanjangan dan dilimpahkan rezeki dan kasih sayang yang berpanjangan. Amin..
3) Hari nih genap 10 minggu adik kakcha menghuni perut aku. Assalamualaikum Baby Muhammad!! (meniru panggilan kakcha terhadap perut aku)
4) Hari nih genap umur Maini 29tahun.. Selamat hari jadi Cikgu Aneh! Semoga anak2 generasi akan datang tak banyak mendatangkan masalah setelah menerima ajaran kau. koff!! koff!!
5) Hari nih agak cemerkap kerana terlalu lapar menyebabkan aku makan dengan gelojoh lalu kuah mee kari terpelanting atas uniform kerja.. Huwaaa!! Nasib baik aku ada stok sabun kat locker. Dah cuci dan menunggu waktu kering. *berasa sentap*
6) Hari nih terlalu tertekan dengan tekanan persekitaran kerja kerana terlalu banyak karenah birokrasi. Mengalahkan kerja kat kampeni gomen! cheh!!
Nak tau satu tolerance spec pun terpaksa call sampai 7 orang sbb semua tak tahu jawapan dan pass phonecall sana sini. Jahanam!!!
7) Hari nih berasa seronok menerima panggilan dan jemputan makan malam dari suami tercinte! Yeahhh!!!
8) Hari nih tiba2 merasa kantuk sbb baru lepas makan. Oklah..lain kali sambung! tata!