November 13, 2007

Malas...............

hellloooo........!!~
lamanye aku tak menulis...kata cuti seminggu tapi dah terlajak sebulan.. hohoho! Syawal pun dah lepas..dah masuk bulan baru lagi..
Akhir2 ini diserang raksasa malas dan mengantuk bila ada masa terluang. Langsung tak dapat memanafaatkan masa yg ada. Bila dah mengadap kerja pejabat off course lah takde masa nak menulis disini...

Sebelum aku terlupa, aku dan keluarga dah bercadang utk mengadakan majlis harijadi babe Lissa yg ke 2 tahun pada 2/12/2007 ini. Tema pakaian adalah putih & ungu berserta kepak rama-rama. Tetamu juga boleh memilih kostum kesukaan mereka sendiri seperti kostum beruang salji, ikan kekek, mahupun kostum kulat. Mak tak kesah!!
Majlis akan diadakan jam 11 pagi hingga 3 petang.

Malass nya aku nak menaip..sudahlah!! ini aku share gambar2 koleksi peribadi keluarga kami..
enjois!


- Gambar Raya -


- Kak cha muslimah sejati -


- Kak cha belajar makan sendiri -


- Apa..??!!! Pgi Makan sanaaa!! -


- Lissa..makan sate pada daging!! Bukan lidi okkeh!? (-_-;)


- Gini lah kalo dia nak Yak....kena Tekan Dagu...aii!! bayi yg aneh~ -

October 10, 2007

Blog Bercuti Seminggu Sempena Raya!!!




*Sebenarnya dah malas nak mengarang cerita baru! Ahh!! Dah bocor rahsia aku!*

October 03, 2007

Misteri Kehilangan Jam Tangan Ibu....



Arghhh!! hari nih genap seminggu Jam Tangan kesayangan aku hilang.... puas aku cari tapi tak jumpa...
geram betul! Orang terakhir yang aku tengok pakai jam tangan tu ialah babe Lissa.. sah! dialah saspek utama yg menjadi dalang misteri kehilangan jam tangan aku..

Aku sayang sangat jam tu...hadiah aku dapat 4A masa UPSR tahun 1991. Mak ngan ayah aku present. Jam Alba tali hitam frame emas. Jam tu simple je, cuma ada jarum kaler emas atas plate hitam, ada garisan kecik kaler emas to mention pukul 12. pastu ada tulisan ALBA kecik aje kaler emas. Dah 16 tahun aku pakai jam tu....tetiba je hilang......huuuuu...huuuuu...sob! sob!

Seingat aku, minggu lepas, aku tengah masak lauk untuk sahur (around 9.30 mlm), azat tengah layan TV..si tonet tu tengah .main permainan menyamar watak hakim sorang2. Akhir2 ini dia sukaaaa sangat main permainan Yang Arif - Yang Arif tu...
nanti dia pgi bilik dia, pastu dia selongkar beg pampers dia, dia ambik selai pastu dia bubuh atas kepala. Bulat ajeeee kepala dia dengan pampers tu...Bukan dia aje yg pakai, aku dengan azat pun kena pakai sekali!!! bergurau apa!!? Mmg bayi yang aneh...*menjeling*Lepas tu nanti dia letak tangan belakang pinggang, pastu jalan mundar-mandir depan kitorang...

Masa tengah masak tu, tetiba tonet datang kat dapur, pastu panggil aku, "Bu!! Bu!! " suruh pandang dia...
Aku toleh je, tengok dia tengah senyum-senyum dengan watak hakim mahkamah syariah (pampers atas kepala la tu!!) sambil dedua tangan letak kat belakang badan dia.. pastu dia cakap, "Bu, salam..!!" (dia hulur tangan kanan).........
saat tu la aku terpandang sesuatu kat pergelangan tangan dia, yakni : JAM TANGAN AKU!!!
Pepandai aje dia geledah kotak sakti aku ambik jam. Mesti ayah dia bersubahat jadi tukang pakaikan jam tu...kalo ikut logik, babe Lissa belum mampu memakai jam tangan sendiri..*menjeling kedua2 beranak yg ganjil itu lagi sekali*

Aku menjerit suruh dia simpan jam tu! Tercicit2 dia lari pgi kat ayah dia bila dia tengok aku dah jadi 'raksasa sudip'. Sampai jatuh pampers dari kepala dia.... Dari dapur aku dengar aje dedua beranak tu terkekeh2 ketawa. Kurang asam!!

Lepas siap masak, aku kemas2 simpan lauk, pastu rilek jap, pastu tido.. Esok tu nak pgi kerja baru aku perasan jam tu dah takde....
Aku tanya azat, jam aku smlm kat mana? dia cakap 'Bukan orang yg main Jam awak...tanya lissa..', bila aku tanya si tonet jam aku mana? dia cakap..'Aaaa..??Aaaa..?? Apa? Apa?' pastu dia kerut2kan kening....EEEEiiiiiiii!!!!! Geramnya aku!!!

Puas aku selongkar satu rumah cari, bawah tilam, bawah katil, bawah sofa, dalam beg, dalam kereta mainan si tonet dan beberapa tempat yg dia biasa sorok barang tapi tak jumpa...

Entah mana laa agaknya jam tangan aku tu sekarang..... ini la yg payah kalau saspek mudah lupa!! (-_-;)

September 28, 2007

Kisah Empirean's Neopets..

helloooo semua!
Tadi baca satu post yg menyentuh hati di blog bekas detektif wanita GerakKhas yakni Elly Maslin mengenai neopet tercintanya...
Memandangkan aku pun tak mahu kalah dengan orang itu, jadi aku pun meniru dia buat satu post utk empirean's neopet... Jadi, post kali ini tribute to olsz our lovely neopets...

Neopets... eheheh! korang penah dengar pasal neopet? ialah adalah sebuah website virtual pet yg sangat mewah dan seronok. Dah hampir 6 tahun lebih kami menjaga/ membela neopets (kami?? nampaknya aku sorang sahajalah!! ibubapa angkat yg lain semuanya terlalu sibuk sehingga mengabaikan anak masing2 *menjerling* )

Mari lah berkenalan dengan neopet2 yg menjadi kegilaan kami:


Anak Aku : DewiCinta
: Memandangkan aku antara orang kaya dalam neopets (hasil perjudian, hasil rompakan, hasil bermain games, hasil perniagaan dan saham, hasil harta 'terpijak' dsb) maka dalam ramai2 empirean's neopets, anak aku kelihatan agak vass kerana dah memakai berus bercorak bintang yg agak mahal (cuma apply berus cat pada neopets, dan mereka akan bertukar warna!!) Dia juga lebih tinggi level kerana kerap ke sekolah kungfu, dan lebih pintar kerana rajin membaca buku.
walaubagaimana pun, aku sekalipun tidak pernah menghantar dia pergi berperang kerana aku takut pada kekalahan. Huhuhu!!!!
Memandangkan sekarang nih aku dah ada Anak Kandung sendiri *menjeling kakcha*, maka aku sudah kurang menghabiskan masa bersama Dewicinta. Aku cuma online sebulan sekali yakni hanya utk menghantar beliau bercuti di Neopia Hotel dimana keadaannya lebih terjamin dan selesa.


Anak Elly Maslin : Bohsia69
: *menjeling* neopet paling aneh seperti tuannya.....Nama neopet yg begitu buruk mudah dikesan seperti sikap sebenar pemiliknya. Orang ini langsung tak ada citarasa dan kemahuan untuk bersolek! Awal2 dulu Bohsia69 nih agak comel walaupun rupanya kelakar. Tapi lelaki jahanam ini telah menyolek anak sendiri menggunakan berus Christmas, maka tiba2 saja anak beliau dah bertukar menjadi Santa Klaus. Memandangkan dah lama terbiar, akhirnya dah turun pangkat menjadi orang suruhan santa sajalah!


Anak Nuar : CikComel & LittleLuki
: Dulu LittleLuki amat cantik.. sekarang tak tahu kenapa dah berubah warna... (Ahh!! Jangan pandang aku!! Aku tak terlibat dalam urusan ini!!) CikComel pula dah memakai berus Glowing dan dah kelihatan seperti Pari2 yg Bulat dan Pendek.
Aku pernah menjaga mereka tapi tak lama. Menjaga sekadar kerana mahu menggunakan akaun tuannya.. Hohoho!! Akaun nuar aku gunakan sebagai batu loncatan untuk hal2 perjudian dan merebut harta karun. Hasil neopoint yg aku dapat, aku transfer ke akaun sendiri! Muahahahahah!!! Mmg kejam dan licik. Tapi sebagai pembalasan, aku dah jaga anak2 dia dengan baik dan kerap menghantar mereka bercuti di Neopia Hotel yg mewah...


Anak Arieyya: AkunyerPertDedy, Guchianima, Sushianima
: Ganjil betul nama anak2 dia nih.....tamak! bela sampai 3 ekor! hohh!! Nasib baik kau kaya...! Dulu arieya dan aku sama2 adalah orang kaya neopia. Kami ada rumah yg besar, kehidupan yg mewah, kedai yg maju, akaun bank pun berkepuk2..pendekata tak terhinggalah kayanya!! Anak2 dia pun berwarna warni berkat berus2 mahal yg dia beli..Ada la satu hari tu, Tetiba aje dia gatal pegi hantar anak2 dia kat rumah anak yatim. Haaa! Hambik kau.. melalak-lalak dia sbb anak2 dia orang lain dah beli.. hahahah! Lilek la Ya.... neopets aje..! bukan anak betul pun.. (oh! sebenarnya, bila dah bela lama2 akan jatuh sayang dan cinta sepenuh hati terhadap neopets sendiri!)
Tapi cemana ntah, akaun dia kena hacked! (Jangan jeling akuu!! Hal ini pun tak ada kena mengena dengan aku!!)
nih mesti lepas main tak logout...tapi yg pelik akaun dia aktif lagi..cuma anak2 dia ajelah yg terbiar...(mujur tak frozen terus!!)


Anak Maini: MerahJelitaPiauPiau, MerahMerahJelita, Normawati
:*menjeling* ...........................................................................................................................................................................tengok wajah anak2 maini pun dah tau bagaimana sikap mama nya. Aku pernah ada pengalaman buruk dengan anak kembar maini, MerahMerahJelita & MerahJelitaPiaupiau itu.. Masa aku tolong bela mereka dulu, aku bagi PetPet jenis Spidey kat mereka (mainan khas utk neopet, harganya agak mahal )sepatutnya mereka kena main2 dengan petpet tu..ini tak!! ada ke patut dia pgi makan Spidey tu!!!! TidaakkkK!!!! Geramnya aku!! bukan petpet aje yg dia makan, aku bagi buku dan meja pun habis semua dimakannya... Memang mirip sangat perangai maini yg mirip hantu lapar! *koff!!*
Nasib baik Normawati tu baik..dah la comel aje dengan fesyen polka dot tu...sopan pun sopan..
Akaun maini pun aku guna sebagai batu loncatan untuk berjudi dan merampas harta2 dia...Tu laa! sapa suruh kau malas jaga anak2 kau!! Heyy! tapi aku slalu bawak mereka stay kat Neopia Hotel tahu!??!

Sekian lah! bye!

September 17, 2007

Dari Bomoh ke Cikgu...



Hello semua!

Isskk!! sejuk betul hari nih...aircond baru servis, sejuknya sampai mencengkam tulang belulang aku...

Kejap aje dah 5 Ramadhan.. 1 Ramadhan aku cuti.. Melaka ambik cuti umum sempena 1 Ramadhan..Dapat lah berehat2 sambil mengemas rumah dan bersantai bersama keluarga...

Hmm...!! Tiba2 aku teringat pasal seseorang... pejam celik kejap aje dah 10 tahun aku bersaudara dengan dia. Jadi, hari nih aku nak cite sket la pasal dia kat korang... Watak bertuah hari ini ialahhhh...."MAINI..!!!"

Hoh!! orang aneh... Kejap aje dah 10 tahun kan Maini? aku start kenal dia nih masa masuk UTM dulu...memula dia geng dengan orang lain...cemana ntah tetiba jadi geng aku. Geng yg teramat geng lak tu...sampaikan lecturer Statik aku boleh buat satu peribahasa, "Dimana ada Maini, Disitu ada Hawa"..
Pendekata, macam2 laa benda2 ganjil dan sia2 aku belajar dari orang ini..Koff!! koff!! tak...maksut aku, benda ganjil dan sia2 tu, kami buat bersama..

Antara perkara jahat yg aku pernah buat terhadap orang ini ialah, meminjam beberapa kaset kepunyaan maini, dan memulangkan kepadanya pada harijadi beliau. Besday yg ke 18thn tak salah aku.... elok cantik aje aku balut kaset tu.. masa dia dapat hadiah tu, muka dia gembira & excited sangat..
bila bukak, pastu tengok hadiah tu adalah kaset kepunyaan dia sendiri..... tak dapat aku nak gambarkan dengan kata2 muka kau masa tu...
hihihikk!! maaf laa maini...aku takde duit laa nak beli hadiah masa tu...

Benda paling kejam pernah maini lakukan terhadap aku ialah, suka menyergah aku sewaktu aku sedang buat kerja berseorangan.
Aku mmg tak boleh terperanjat.. aku akan melakukan tindakan luar kawal kalau terkejut.. Pernah satu malam yg mulia, aku tgh basuh baju jam 1-2pagi, ramai dah tido masa tu, aku je yg terkial2 membasuh baju memalam.. tiba2 ada satu suara halus menegur aku "Membasuh kak kiah??
Soalan tu simple aje...tapi cara teguran dan nada suara yg digunakan itu, tambahan aku mmg tak expect maini boleh datang blok aku malam tu, menyebabkan aku terkejut yaamatzz sampai terpelanting baju dan berus yg aku pegang. Jahanam!!!
pastu, ada kepatut dia boleh gelak2kan aku yg ditoreh tak berdarah masa tu... Kejii!!

Perkara paling seram yg pernah kitorang lalui bersama ada 2.
Pertama: Kena kejar dengan pondan UTM masa minggu pertama kami belajar kat sana. Masa tu budak lagi...mana la penah tengok pondan.. Nak2 kat kampus lak tu...kalau tepi2 kompleks tu ada laa..Tak sangka wujud pondan yg pintar pada masa ini..
Kedua: Peristiwa suara wanita misteri meminta tolong dalam rakaman lagu Drugs Dont Work. Masa tu UTM blackout.. kul 3 pagi, kitorang dok bilik maini diaras 3. Maini nyanyi, aku main gitar ke? atau aku nyanyi maini main gitar..tak ingat...tapi yg mmg kami ingat ialah masa dengar balik rakaman lagu tu, tengah2 suara kami tiba2 dengar suara halus perempuan cakap 'Tolong.......tolongg.....' sambil bernada sayu... seram gila.!! dah la tu, yg lebih seram, setiap kali playback, suara minta tolong tu makin bertambah2...saiko!!

Bila masuk Ramadhan....seronokkkk sangat... Kenangan kami beli nasi ambeng Pakcik Kesian.. sian btul aku tgk pakcik tu..sorang aje.. jarang ada orang beli kat kedai dia..aku dengan maini aje la yg rajin beli kat situ.. Nasi ambeng dia mmg sedap dan murah.. lama kelamaan makin ramai orang beli kat situ... Syabass Pakcik Kesian!!!

Ada satu lagi peristiwa aku dengan maini..masa tu nak balik raya, kan Maini??? Kisah Ayam sambal yg Hebat! ekceli, sambal ayam tu maini beli petang khamis utk makan waktu sahur subur Jumaat.. ntah cemana ntah si kurus nih boleh terlajak tak bangun sahur... Memandangkan pencinta makanan yg jitu, beliau sanggup tak buang sambal ayam tu dengan harapan masih boleh dimakan semasa berbuka kelak!! (-_-;)
Petang jumaat tu, kami sama2 gerak ke Larkin nak balik raya...
kitorang berbuka dalam bas..aku beli roti dengan air kotak. Maini? diam2 dikeluarkan sambal ayam tu...aku tak tahu pun lauk tu semalam punya... Lepas makan baru dia cakap, ini ayam beli semalam kat PaRam...
ciisss!! Tapi kan, nasib baik la ayam sambal tu elok lagi...malah, makin sedap lak rasa dia...agaknya ramuan2 dan perasa sambal tu dah meresap kat ayam tu...tu yg sedap sesangat tu.. Nasib baik aku tak sakit perut dan cirit birit lepas tu..!

Maini dengan aku balik kampung mmg naik satu bas yg sama.. sebab rumah aku kat Melaka, dia pulak dok Tampin aje.. so nanti sampai bustand, aku ambik bas ke Merlimau, dia pulak naik bas Tampin..
Pengalaman pertama naik bas balik Kampung sama2.... Kena tinggal dengan Bas Mayang Sari...!!
Masa tu bodo lagi...tengok kat tiket, bas tu pukul 4.30pm. so kami pun tunggu laa...kul 4.15pm ada satu bas Mayang Sari tu berenti kat platform yg kitorang tunggu tu... Terjerit2 drebar bas tu suruh kitorang naik, Melaka!! Melaka!!
aku pandang maini, maini pandang aku.. sampai lah bas tu blah.. Bukan bas kami kot? sbb kat tiket bas kul 4.30pm.. Kami ialah tidak tahu bahawa PENUMPANG MESTI BERADA 15 MINIT AWAL SEBELUM BAS BERGERAK!! Sampailah jam menunjukkan pukul 5pm, tiada bas yg sampai, barulah kami sedar..."Aaiii...dah ditinggalkan bas pulaa....!! kasihannya aku dan orang aneh ini.."
Bersama2 kami pada waktu itu ialah seorang aci tua berbangsa india yg sama2 tertinggal bas sebab dia meniru kami taknak naik bas tu...

Waktu malam kat blok, aktiviti yg paling kami suka ialah, online dengan budak2 #empire_records.webchat sampai tak sedar diri...Kami juga menemui cinta disana..wahahahah!!! aahh!! cerita lamaa....Maini dan Lobak aje yg bertahan... Syabas!!
Lepas online kat CC brader Joe, pgi beli Burger special sambil menyanyi lagu Abg Burger! Abg Burger ditengah malam! (ikut lagu abg beca). Sambil beli burger sempat beramah tamah dengan SoupMan (abg kantin yg masih muda bergetah..wohoh!!) Pertmuffin juga ada mencipta lagu khas untuk soupman iaitu, Soupman On Campus! Lagu mengisahkan kekalutan soupman ketika kami datang membeli mee sup beliau... aku ngan maini kan anti-taugeh... biasanya dia tau aku ngan maini taknak taugeh..mee kitorang mesti takde taugeh... cemana ntah satu hari tu dia kalut kenapa ntah, dia boleh gi bubuh taugeh lak dalam mee sup kami...cuih!! start dari hari tu kami mencipta lagu SoupMan On Campus. antara lirik yg aku ingat "Bebila ku minta, tak mahu taugeh, Kerana Kekalut tetaugeh diletak"..ada rangkap pembayang aku tak ingat pula..

PertMuffin... aku rasa aku dah penah citer pasal pertmuffin kan? ada kat post2 terkebelakang tu...secara kasarnya, PertMuffin ditubuhkan oleh aku dan maini pada sekitar tahun 2000. Ia bermaksut, Muffin yg comot dan nakal.... Muffin tu saja kami pilih utk menggambarkan kecintaan sebenar kami terhadap makanan.. Pert ? Hmm..itu khas utk menggambarkan maini yg comot!!! Koff!! koff!!

Pertmuffin nih bole la dikatakan poser...hahahah!!! lantak!! mak tak kesah nyah!! Kami slalu lepak2 utk bermusik di VolleyCourt Synchrosound bertemankan sebuah kapok bernama Encek Davis (VolleyCourt Synchrosound ialah gelaran kami utk gelanggang bola tampar yg terletak di belakang blok aku.. tempatnya nyaman, sunyi dan sejuk sesekali menyeramkan)

Maini suka sangat suruh aku potong rambut dia.. nasib baik la aku berbakat dalam menggunting dan memotong rambut orang. Fesyen rambut yg sesuai dengan muka Maini adalah fesyen rambut Nadia..

*menjeling* hmm....memang sangat mirip!! Tak dan rambut dia, habis sume roomate dia promot suruh potong rambut dengan aku...
Siapa Nadia ? Ekceli....nadia tu ialah anak makcik Cafe kolej Rahman Putra (UTM) tahun 2000(sedara mara dengan si soupman tu laa) Aku rasa nadia nih umur dia dalam 5 ke 6 tahun laa.. Kurus keding aje budak tu...rambut dia pendek pastu becok lak tu... aku ingat lagi Nadia pernah mempermain2kan Maini.. dialog mereka:

nadia: Kakak nih nama apa?
maini: Maini.....
nadia: oooooooooo (suara nyaring) mainiiii....Ingatkan mainann.....!!
maini: *menjeling*

kih!kih!kih!!

Entah apa khabar agaknya sekarang Volleycourt, abg burger, soupman, nadia sume2 tu... Aii...rindu betul aku zaman2 tu dulu...

Ahh..!!! sebenarnya nak cerita pasal Maini..terbabas cakap pasal watak sampingan pula..

Salah satu kebolehan maini yg tak ramai orang tahu ialah menjadi BOMOH! Jangan salah faham...dia bukan bomoh pemujaan mistik atau upacara ritual yg saitanik...! Sebenarnya maini amat mahir mengurut.. (ah!! bukan ibu ayam!! (-_-;) ) Maksut aku..maini amat mahir mengurut orang2 yg terseliuh atau angin satu badan. Aku pernah menjadi pesakit beliau setelah mendapat saranan Lobak. Kalau tak, aku pun tak tahu yg dia berupaya menjadi bomoh! Masa dia urut tangan aku yg sakit, dia sendawa Brupp! Brapp! Brupp! Brapp! sebagai tanda angin pada badan aku telah dibuang melalui badan Maini secara mistikal estromosis..
Lepas dia urut aku, Lobak suruh aku bayar 5 sen sebagai upah mengurut kepada Maini..*menjeling* Lobak kata, kalau aku tak bagi 5 sen tu, nanti sakit tu melarat pada Maini... hmm... peniagaan adik beradik yg merungsingkan orang...

Itu dulu2 laa...sekarang dia dah tak jadi Bomoh lagi...sebaliknya menjadi Cikgu pula... err.... aii...aku risau betul pada masa depan anak2 zaman ini (-_-;)
Apa pun, aku doakan semoga Maini tabah menghadapi kanak2 cilik yg nakal seperti Nadia.

Ah!! Sudah laa..penat aku menaip...nanti batal pula puasa aku asyik bercakap perkara yg sia2...

Aku ucapkan selamat berpuasa kepada kau semua di luar sana... Semoga puasa dan amalan kita pada bulan yg barakah ini, diterima Allah. Amin...

September 11, 2007

Cerita 1 Hari

Hello Olzz...!!
Lama aku tak apdet...malas + bizi yaamat...
since last post, nih aku apdet sikit laporan aktiviti dan peristiwa masyarakat sekeliling aku dalam tempoh seminggu dua yg lalu..

1-9-07 : Pagi2 dah gerak ke KL..byk port nak pergi.. mula2 ke Bangi, menziarah kawan mak aku (ekceli, aku yg berkawan dengan anak dia (Ija) since aku form 1, masa tu aku masuk kelab Bintang Pelajar *kecik2 dah gile glamer..muahahaha!!!* tapi lama2 mak aku plak jadi geng dengan mak dia...ok laa, mengukuhkan ukhwah islamiah..)
Kat umah Ija kejap aje..tak sampai 20 minit. Makcik Zawi tak sempat buat air aku dah balik.. ohoho!! sebenarnya baru lepas minum kat haiwey Nilai. mmg bajet singgah umah dia kejap aje bagi buahtangan.

Lepas tu terussssss pgi pasaraya Bintang Bangi. Aku cari hadiah utk majlis kawin alia. Mmg jem sungguh la kepala otak aku nak beli hadiah apa.. Last2 belikan lampu tido aje laa..suruh amoi tu tolong balut siap2.. pastu teruss gerak menuju ke destinasi...Dewan..err..err...apa ntah..

Sampai dewan tu dalam kul 1pm. Semua makhluk punggung peringkat pertama (yakni Meni, Art, Lobak, Wan dan Zati) telah selesai makan dan melepak2 menunggu kehadiran pengantin. Kami (aku, azat, kak cha, ayah dan mak aku) terus capai pinggan + amek makanan. Lapar..


Lepas makan tu sembang2 sambil bergosip, pastu Adlyshah lak sampai. datang sorang aje.. Tak lama pastu Pengantin diarak masuk kedewan.. hmm...i love the Garden Runaway...
ada la sikit beberapa perkara yg terkucil dan menggangu emosi...
Aku malas nak tunggu lama2, lagi pun aku banyak aturcara lain, next station aku ke JJ Wangsamaju pulak utk satu lagi pertemuan dengan Orang Aneh peringkat ke Dua (yakni junior2 aku masa kat kampus dulu). Jalan punya lah jem...eihhh!!! tertekan betul aku..! kalo kat melaka, jem 5 minit pun aku dah bercarut-carutan senggol-senggolan, inikan pulak jem yg hampir 1 jam walaupun jaraknya hanyalah sekangkang kera... (ehmm..patutlah org KL bising minyak naik harga...barulah aku memahami perasaan mereka...)




Bajet jumpa kul 2pm kat mekdi, tapi jem punya pasal, aku sampai sana jam 3pm! seronok aku berjumpa dengan junior2 zon tengah seperti Fadzli, Yong, Syahir yg semakin gebu dan Zati yg genit... seperti biasa anak aku yg jelita tu menunjukkan aksi2 gila kuasa terhadap makanan. Zati dan kak cha sempat bertukar2 Rantai sebagai kenangan terindah untuk masa depan.


Jumpa diorang kejap aje..sebab lepas tu nak ke rumah makcik aku pulak kat WM Sect. 5.
Yelaa.. aku kan datang dengan family aku, so tak dapat la nak poya lama2...

Sampai umah makcik aku, lepak2 kejap...Makan + rehat + salin baju + sembang itu ini + pas asar, dalam kul 5, kitorang pun gerak balik Melaka balik...

Sampai melaka, dalam kul 7, lapar balik....singgah warung Ibrahim Satey pekena satey + air barli...bruppp!!!

aahhh!! dah laa..malas aku nak tulis lagi..nanti aku sambung..! bai!!

August 27, 2007

Hari Yang..Alhamdulillah.. CERAH..!!



Hello semuaaa..!
Hari ini pagi yg cerah utk permulaan baru...
Jumaat lepas hari terakhir bos yg kami hormati, mr.Jaafar telah pun menamatkan kerjayanya dia kampeni ini... sedih laa..
dia bos yg paling ok & best penah aku jumpe.. orgnya sangat cool dan lilek saja.. Semoga dia lebih berjaya di kantor barunyaa...


Mengulas post sebelum ini, sekarang dah ada kata putus. Section kami masih dikekalkan!! Yeahhaaaa!! Aribaa! Andreee!! Andreee!!
Suka hati aku dengar...Alhamdulillahh...
leceh sebenarnya kalau section sekarang nih dibubarkan.
Kalau dibubarkan, itu bermakna kami adik beradik dalam section ini akan terpisah masuk ke section keluarga angkat.. Sudah lah kehilangan 'bapak' terpaksa merempat pula...apa kejadahnya semua ini!???
aaii (-_-;) tapi mujurlah tak jadi....amin.....

Orang yg paling kecewa apabila section kami tak jadi dibubarkan? ada...sapa lagi kalau tak kinjir (oink!!) tak guna tu..! dah la menyemak aje masuk section nih..pastu buat onar sana sini... akhirnya dah kecewa bila impian utk membubarkan section kami tak menjadi kenyataan.. bolehlah dikatakan seperti, 'pelamin anganmu musnah' yaa..yaaa...! like i care?!

Hari nih gaji...! yeahhh!!!
ptg nih nak ke jusco beli baju utk majlis perkahwinan 'nora danish' (nora danish????) pada hujung minggu ini.. :P
apa nak beli ya? aku lemah betul dalam memilih hadiah perkahwinan nih.. aduhh.....!!!

August 14, 2007

Siri Bercakap dengan Jin




Hello semua...
2-3 menjak nih suasana agak hambar di tempat kerja.. semua orang macam gas lengai..terapung...dan membosankan...
"Bos nak resign.."
"macam caya tak caya aje... gossip ke apa? "
"tak! tak! bukan gossip...fakta."
"ada bukti?"................................*muka blur*
"ada.....form kuning dah approved.."
"Woaaa!! confirm la nih..?? "
"Ye laaa........."
"tapi..................kenapa???" *muka sedih*
"Dia dapat offer lagi power.. dekat dengan rumah org tua dia lak tu..."
"aaaii....sedihnyaa..."
"Section kita mungkin akan dibubarkan..."
"ha??!!!!! what the ffff.....!!! mana tau??" *muka tak puas hati*
"Babi cakap..."
"mana Babi tau..???" *muka menyirap!*
"dia baru balik meeting dengan big boss.."
"Confirm??"
"tak confirm lagi..."
"Tak confirm kenapa dia cakap? babi punya Babi!!"
"hik hik hik!! tak cakap tak Babi laa...!"

tiba-tiba aku pening kepala.....

August 08, 2007

Kisah Anak Gadis Aku...



Hello semua..
Aku baru je naik daripada cuti panjang. Last week annual leave 2 hari + weekend, balik JB. Dah lama tak balik jengok orang tua. Kebetulan kembar suami aku n wife dia + adik ipar aku yg dok PD tu pun balik cuti sekali.. So kitorang pakat konvoi la ramai2..

Balik JB Khamis pagi. Seronok la pak+mak mertua aku tengok anak2 dia sume balik. Cukup korum semua.. 7-7 anak dia semua ada.. Mmg very de meriah. Si tonet aku tu kalau tengok orang ramai2 mmg dia suka la.. nak2 pulak semua rajin melayan dia.. lepas sorang, sorang dukung.. Kalau dah balik JB tu, mmg serata alam la kitorang berfoya-foya.. seronok!

2nd day kat JB, pagi2 semua dah takde.. Kan jumaat.. yg sekolah, pergi sekolah.. Yang kerja, pegi kerja.. Mertua aku bawak adik ipar aku yg dok PD tu pgi check-up. Si kembar dan wife dia pun ikut sekali. So yg tinggal kat rumah tu, aku, azat and tonet aje.. Aku lepak2 dalam bilik sambil baca magazine. Tonet main sorang2 (tapi dalam bilik sama2 dengan aku la).. Azat lak pgi mandi..

Dengan tak semena2, tiba2 Lisa tonet anak aku yg jelita tu panggil, "Bu! Bu! Takit..!!" (Ibu! ibu! Sakit) sambil tunjuk jari telunjuk kanan dia yg dah berdarah meleleh2..Terkejut gak aku.. apa kena la pulak anakku ini? aku tengok kat kaki dia ada razor blade kuning tergolek. Sah! ini lah punca luka dia agaknya..
Aku panik gila tengok darah yg menitik2 tu.. pelik gak sbb my tonet tak nangis. Aku cepat2 ambik towel dengan air utk lap darah kat jari dia tu. Yang magik tu, dalam kata Takit! Takit! tu sempat lak dia panjat katil bujang adik ipar aku pastu siap2 ambik bantal busuk dia + luruskan kaki dan baring selesa2..dia tengok aje jari dia yg berdarah2 tu..tetiba dia macam pening2 lalat.

Tak lama lepas tu azat sudah mandi. Dia masuk aje bilik terus terkejut tengok darah si tonet. Cepat2 dia ambik aid kit kat ruang tamu. nasib baik dalam tu ada handy-plast. Aku pun balut la jari dia.. tak lama lepas tu tonet aku pitam. Terus dia pengsan (pengsan, tapi siap berdengkur2 lak tu! musykil btul aku!!)

Lama gak lissa pengsan. Dari kul 9.30 pagi, sampai pukul 1.30 ptg lebih kurang.. Ini mesti kes pitam, pengsan pastu terus tetido nih.. Bangun2 aje, nampak dia dah segar sikit.
Aku pun ajak dia makan sambil tgk tv. Azat ngan adik dia yg baru balik sekolah takde, pgi semayang jumaat. Tinggal aku dengan tonet aje.
Azat balik aje, suh dia jaga tonet pastu aku pun masak lauk lunch utk diorang.

Pukul 4 aku kluar pgi Tmn U, singgah gi Rainbow beli kertas utk buat kad kawen yg member aku tempah. Lepas tu ronda2 Jusco Tmn U. Dah kemaruk sangat nak makan Udon Mee. Tempat lain aku tak jumpa lagi mana ada jual Udon Mee. Kat foodcourt JJ tmn U aje ada..
Tapi yang sedih tu..........................................Arena JJ Tmn U dah tak jual Udon Mee lagiiii......!! aaii..kecewe aku dibuatnya...

Lepas JJ tu, kitorang terus pgi Pulai Perdana, rumah kak ipar aku. Dia minta tolong ajar buat cheesecake (ah! ya...selain membuat kad jemputan, aku jua telah membuka bakery sendiri - menjual cheesecake... hohoho!! )
: IKLANEKA :

Lama gak lepak umah kak ipar aku. Lepas Isyak baru balik umah mertua aku kat Johor Jaya smula.
Biasala JB kalau jumaat malam sabtu. Jem tak hingatt!! Sesak btul kat area Angsana tu. Dengan bikin jalan lagi. Dengan lori + bas lagi.. rimas sungguh aku! Last2 kitorang ikut jalan lain aje.
Tonet aku dah tetido dalam keta.

Sampai aje umah, lisa tonet dah terjaga. Tak puas tido agaknya..
Asyik nangis aje sampai aku pun tensen. Aku umpan dia dengan kuih.. Dalam mengalir2 airmata tu boleh kunyah kuih sekeping tu kasi habis. aaii (-_-;)
Dasar pencinta makanan! Abis aje kuih, nangis lagi... Aduh pening gak aku... Mati akal gak aku dibuatnya... Dah sumbat puting pun nangis lagi.. Tak penah dia wat perangai camnih... Last2 cemana ntah, aku terpandang jari dia yang luka tu (handy plast dah tertanggal), Terus aku tunjuk kat dia jari dia yg luka tu. Darah takde la mengalir2 tapi kesan merah bekas darah tu nampak jelas la..
Serta merta dia stop nangis dan start pitam..
Terus terdiam sambil juling2 pandang luka tu, tup2 terus pengsan..!!

Aaaaaiiiiiii...........!!! Sah!! Anak bayi aku adalah orang yg mabuk darah!! Macam biasa, dia pengsan..terus tertido berdengkur2..
(-_-;)
Memang anak bayi yg berperangai aneh... Kofff!!!

July 24, 2007

Selamat datang Anak-anak Merdeka ke 50




Hello semua... Lama tak update..2-3menjak nih asyik bz aje.. sibuk dengan keja opis, sibuk dengan keluarge tercinte, sibuk dengan wedding card yg kastemer order, pendekata sibuk la manjang...

Hari nih bos kecik aku dah masuk office balik..dah 2 bulan dia amek maternity leave.. Izan pun dah naik kerja sejak coti dari khamis lepas.. berlagak sungguh sejak jadi ayah nih.. hehehe.. semua orang dalam office dia bagitau 'Aku dah jadi ayah! Panggil lah aku ayah!'... boley gitu??

Baby Mel pun dah selamat keluar dari perut mummy dia.. btw, baby mel nih gelaran utk baby dalam perut senior aku (rakan sepengemailan hari2 kat ofis) kak Mast namanya... memandangkan dia merahsiakan status kelamin baby dia, so kitorang pakat gelar baby tu Baby Mel aje.. kalau pompuan, jadilah Melissa...kalau keluar lelaki, err..panggil la Mel Gibson.. hiihihiihhi....! Aku pun tak tengok lagi cemana rupanya baby yg tetiap hari sembang dengan aku dalam email tu.. sure comel agaknya... lepas nih tak tau la either still nak panggil dia Mel atau dah tukar nama lain...oh! by the way, yg keluar tu baby Mel Gibson nampaknya

Hmm.. tahun 2007 nih ramai btul baby orang2 yg aku kenal lahir.. start dengan:-
1) anak cousin aku, Amy = Baby boy
2) anak officemate aku, kak Ina = Baby boy
3) anak bos kecik aku, Murni = Baby boy
4) anak cousin aku, Nhazzla = Baby boy
5) anak cousion aku, Izam = Baby boy
6) anak officemate aku, Izan = Baby boy
7) anak senior aku, kak Mast = Baby boy

huhhh!! semua baby boy! jelesnya aku......!!
kalau aku tau tahun nih dapat baby boy mesti aku berusahe utk buat production awal-awal lagi..tapi memandangkan tahun ini tahun Khinjir (oink! oink! :P ), jadi aku batalkan niat buat sementara waktu.. hehehe...

ah! loceng break dah bunyi... ok la...aku ucapkan tahniah kepada cousin dan rakan2 yg menimang cecaya mata baru, semoga anda semua menjadi ibubapa yg terbaik didunia..!!
kepada yg sedang hamil bertahun-tahun dan baby masih tak keluar, *menjeling perut elly maslin* semoga cepat la keluar...

ok la..jumpa lagi nanti! tata...!

July 03, 2007

Double Standard ?



Hello semua...mengantuk pula petang2 hari camnih...
Saja aku nak berkongsi kisah aku anak beranak pada hari ahad yg lepas ...
Pagi2 lepas kemas rumah, suamiku yg tercinte itu mengajak kami ke bandar utk berfoya-foya.. biasa laa..orang baru gaji...

Mula2 pgi Maybank, masukkan duit utk mertua aku.. lepas tu pgi CIMB, bayar duit rumah + duit kereta. Pastu kitorang terusssss pgi Giant sbb nak makan Blackpepper Chicken Chop KFC yg baru tu.. kebetulan aku dapat kupon free.. jadi kami pun lunch la kat sana.. takde la sedap sangat BCC-KFC tu.. mushroom soup dia pun tak sedap..tawar + cair aje... tak ikhlas btul meniaga!!!

Lepas makan, ronda2 kejap kat pasaraya Giant kat tingkat atas... Hoh! tak sangka aku, banyak sungguh kaunter produk percubaan makanan / minuman percuma.. ikutkan aku mmg tak pernah ambik sample2 makanan/ minuman percuma yg promoter tu offer.. tapi nape ntah tetiba terasa nak jadi seperti Misae pula..! ho ho ho!! *mata bersinar*

Mula2 aku minum sample susu anlene.. jalan depan sikit, minum pula sample coffee ginseng, depan sikit lagi aku cuba pula nasi kari ayam brand, lepas tu cuba nugget ayam pula, depan sikit lagi aku baru nak cuba cake, suami aku yg tercinte tu dah start jeling... huhuhu...! maafkan kami penunggu guaa....!!
aku sengih2 kat dia... dia cakap aku bela hantu lapar.. baru lepas makan KFC lagi nak cuba sample makanan percuma...aii..nampaknya suami dah membongkar rahsia wanita pencinta makanan.. (-_-;) koff!! kofff!!!

Balik dari bandar, terus lepak kat rumah.. lawan sapa tidur paling lama.. hohoho! tentu la si tonet tu yang menang...
Bangun tido ptg tu aku terus masak nasi..konon nak buat utk dinner laa.. tak tau lagi samada nak bakar ikan cencaru cicah kicap pedas atau buat ayam masak kicap aje... apa2 pun nasi masak dulu..

Tetiba abah aku datang, cakap suh siap2 lepas maghrib dia nak belanja makan kat luar... Yeahhhhh!!! aku 3 beranak melompat dengan riang... sapa tak seronok makan free wooo!! nak2 makan ramai-ramai dengan keluarga terkecoh didunia...

Memula plan nak makan kat kedai kelantan kat area rumah aku tu...mak aku la org yg paling kuat bersuara menentang cadangan tersebut... dia cakap, 'kalau makan free lagi jauh lagi sedap..' boley gituu??
Last2 kitorang decided utk makan kat kedai tomyam kat pekan umbai. ada satu kedai yg tempat makannya agak kool sbb dok bawah lampu neon jingga limau mandarin...

Dari dialek budak yg ambik order tu, aku rasa diorang nih sume org dari pantai timur.. kat melaka nih byk restoran tomyam di monopoli oleh org2 kelantan... bukan melaka aje, mana2 aje laaaa.... kelate sokmo...
dalam 15-20 minit menunggu, makanan kami pun sampai.. dari pemerhatian aku selaku pencinta makanan, aku rasa masakan kat kedai nih tak berapa power... jauh beza dengan masakan kat kedai kelantan yg kat area umah aku tu...yg itu btul2 best... yg kedai tomyam kat pekan umbai nih toya aje rasa masakan dia... tomyam pun sememeh aje...tak ikhlas btul meniaga!! lapar punya pasal...kunyah aje laaa....

Tengah2 makan tu tetiba ada satu motor roda 3 berhenti.. aku nampak ada sorang lelaki muda OKU.. mungkin dia baru habis meniaga kot? sbb ada plastik2 jajan sangkut2 kat motor dia.. Aku tengok dengan susah payah dia turun motor dan jalan menuju ke meja makan.. kesian sangat aku tengok... aku nih mmg cepat rasa sedih tak menentu dan cepat rasa kesian kat orang.. tu belum adik aku si Najwa lagi tu...dia tu 'pengkesian' tahap dalai lama lagi... ada ke patut tengah dating boleh tinggalkan boifren dia sbb nak tolong nyonya tua angkat beg karung besar bawak pgi bus-stand...! aiii.... (aku dan maini mmg cepat kesian kat orang.. terutama kepada peniaga makanan di pasar ramadhan utm..koff!!! )

ah! dah salah..sebenarnya nak cerita pasal lain.. ok back to OKU tadi.. lepas dia duduk (seat dia depan meja kitorang) dia lambai2 budak pompuan yg ambik order tu... aku tengok dekat 5-6 kali dia lambai... sorang pun tak datang...aku tak sure diorang mmg tak nampak atau sebenarnya pura-pura tak nampak..!
OKU tu lambai lagi...(serius aku tetiba rasa sakit hati lak kat minah yg ambik order tu - aku rasa dia mmg buat2 tak nampak...sbb 4-5 kali dia mundar mandir kat situ... makluk yg jauh ghaib lambai dia leh datang, OKU yg depan kedai tu dia boleh tak nampak!? ciss!!! )

OKU tu dah macam dah resah... kesian sungguh la aku tengok... (nasib baik najwa takde, dia pgi teman aie beli top-up ) pastu tetiba pakcik sebelah meja aku (umur dalam 50an + bini dia yg ranggi ) lambai budak yg ambik order tu... 'Dik!! Dik!!" dia jerit... berebut budak kedai tu datang kat pakcik tu... 'nak order apa bang?' tanya budak tu.. pakcik tu jawab apa tau ? "awak tolong ambik order budak tu (point to OKU tersebut) dari tadi saya tengok dia lambai awak semua tapi takde sorang pun yg datang!! tolong la respect orang sikit..!!!'

Wahhhh!! Syabasss pakcik yg berbini ranggi!!! Pakcik memang bergaya dapat mengenakan mereka-mereka si pekedai yg kurang mesra OKU itu..!! puas hati aku.. at least ada jugak orang yg tolong selamatkan maruah OKU tu... aku rasa kalau kat oversea mesti customer2 lain dah tepuk tangan utk pakcik tu... tapi kita org melayu takde la sampai nak memalukan pekedai tu... so diam dan bertenang serta merasa puas didalam hati sajalah...!!

Kesimpulan yg aku dapat pada malam tu :
1) Aku tak akan pergi lagi kedai tomyam tu lagi sbb masakannya tak sedap langsung...

2) Para pekedai mestilah mesra OKU.. usahlah risau kalau OKU tu makan tak mampu bayar sekalipun...setakat nasi goreng sepinggan, air teh secawan takkan lah bangkrap peniagaan kau...! Aku rasa, kalau seseorang peniaga itu rajin bersedekah (terutama kepada org yg tak berdaya / anak yatim ) Insya'Allah, perniagaan dia mesti lagi maju dan lagi ramai orang datang....

3) Jangan la pandang rendah pada OKU / org susah... Sesungguhnya kita semua manusia, sama taraf di sisi-Nya..Tak perlulah nak ada double standard sesama manusia.. Hari nih kita buat orang, esok lusa, mesti kita kena balik...!

wasalam....

June 25, 2007

Ke Mana Hilangnya Zaliah?



Kejap aje dah Isnin balik semula...pantas betul masa berjalan sekarang nih kan? aih....

Minggu lepas (sebenarnya 2 minggu lepas) aku ada join bowling tournament anjuran company aku kat MP. Games tu start pukul 3pm sepatutnya..tapi biasalaa...tunggu punya tunggu punya tunggu, 3.30 jugak baru start...

sementara tunggu2 tu, aku terpandang kelibat sorang perempuan nih...belek punya belek, sah !! kawan aku rupanyaaa..!! Zaliah namanya... kawan kelas aku masa form 4 & 5 kat SMSM dulu.. Zaliah nih dok betul2 blakang meja aku...kira geng2 aku la jugak... aku pun tegur la dia... apa lagi..sakan la kitorang sembang.. suami aku ada kat sebelah pun aku wat tak reti aje, kitorang sembang macam-macam (merangkap mengumpat) ada aje citer aku borak dengan dia.. tak dan cerita pasal cikgu2 dan kawan2 lama aku, orang yg lalu lalang kat situ pun jadi bahan ketawa kitorang...aii...lama btul tak jumpa kaki gelak zaman sekolah dulu...huhuhu!

aku tanya dia buat apa kat sini sorang2? dia cakap saja..dia boring dok umah so dia datang nak main bowling.. tapi dia tak jadi main sbb lane penuh (company aku dah booking daaa!!) last2 dia dok aje situ tengok orang main..tak sangka lak leh jumpa ngan aku kat situ...

kul 3.30pm ada announcement, suh peserta ambik tempat.. kebetulan seat sebelah aku kosong, so aku ajak Zaliah lepak dengan aku...azat aku dok kat bangku bulat bawah tu aje..tak jauh pun dari lane aku.. azat panggil aku, dia cakap dia nak pgi tukar tali jam (mmg tu pun tujuan dia datang ikut aku hari tu).. so ok laa.. aku punya turn no 7 (crosslane)..

Lepas aje aku buat balingan yg pertama, aku pusing aje belakang, aku tengok Zaliah dah takde...musykil gak aku.. aku ingat dia pgi toilet ke apa... tunggu punya tunggu, habis satu game dia tak muncul2 lagi...aku bertambah2 pelik...aku tanya azat, dia nampak tak kawan aku? azat cakap..tak nampak and tak tahu.. pelik! pelik!
Takkan dia ghaib camtu aje...aku tanya kat budak2 operator company yg ada kat sekitar tu, nampak tak member aku @ nampak tak mana budak perempuan yg duduk sini? takde sorang pun yang tahu atau mengaku nampak kawan aku tu...
aku bertambah-tambah-tambah pelik dan musykil....

isk! sampai sekarang aku masih lagi musykil dan otak aku masih lagi tak dapat mencerna mana hilangnya Zaliah kawan aku tu?
dan......untuk Zaliah, kalau kau terbaca blog aku nih, sila contact aku *beri code morse utk memperkenalkan diri kau dulu!!*

June 16, 2007

Nasi Lemak..Buah Bidara...



hello semua! selamat pagi..dan selamat berhujung minggu...
seronoknya dah hujung minggu! dapat la berehat2 dan melepek dirumah bersama keluarga tercinte...!

tapi............hari nih aku OT...huwarghh!! pagi2 dah kena bangun... ikutkan kalau aku OT hari sabtu, aku bangun lewat sket dalam 6.30 pun takpe...tapi hari nih aku bangun awal.. tepat kul 6am aku dah bangun...

ini semua kerana misi 'nasi lemak'..hohoho! smlm suami aku nan tercinte itu tiba2 aje cakap nak makan nasi lemak...bukan nasi lemak beli, tapi nasi lemak air tangan aku sendiri.. seingat aku, dah lama juga dia berpantang nasi sempena misi anti boroi (cemburu sungguh aku melihat perutnya kembali ramping setelah sebulan berpantang nasi!!)....tup2 dia cakap nak makan nasi lemak...
tak sampai hati aku nak menghampakan dia...

smlm lepas kerja aku singgah Jusco beli segala bagai anasir2 yg terlibat dalam pembikinan nasi lemak.. malam tadi aku prepare sambal kerang. so subuh tadi aku cuma tanak nasi, panaskan sambal, potong timun, rebus telur dan kangkung, goreng ikan bulus (ikan kering yg macam ikan bilis besar sket tu) dan goreng kacang tanah.. aku hulur semangkuk kat jiran depan rumah aku tu (umah mak aku daaaa...!!) suku aku bawak bekal pgi kerja, separuh lagi untuk suamiku nan tercinte itu makan sepanjang hari ini sampai la aku balik umah kul 4pm karang.. cukup aku rasa (tu pun kalo kak cha tak sibuk kacau ayah dia makan laa..)...banyak gak aku buat tadi...

aih....makan macam2.... bila lah agaknya aku nak mula berdiet nih..!? *mengalirkan air mata sambil makan nasi lemak laju-laju*
kofff!!! (-_-;)

June 08, 2007

Makan Tengahari Yg Menyakitkan Hati



Aku baru lepas lunch dengan adik aku teh..hari nih Jumaat rehat panjang, so boleh berpoya2 lunch kat luar..dia blanje aku makan PIZZAHUT kat GIANT Bt Berendam MELAKA..
eeii!! geram betul!! lembab nak mampus...aku order express lunch (yang konon2nya 15 minutes aje tu! ) tunggu punya tunggu...35 min tak sampai-sampai aku punya makanan... dah 2 kali panggil budak yg ambik order tu tak dapat2 gak...hangin btul aku...
dah sampai pasta tu, ingatkan banyak sangat...setoet aje...eeihhh!! sikit macam tu pun berjam2 nak hantar....!! dah la tu, langsung tak sedap pasta dia......!! (mungkin aku makan dalam keadaan marah ataupun yg tukang masak tu tak ikhlas memasak..! )

dalam menu tu tulis kalau lebih 15 min nanti dia tolak rm 5 utk second order...kononnya la! ptuihhhh!!!! masa bayar tu aku complaint kat cashier tu...pastu dia jawab ,"sori la hari nih boss ada...sebab tu lambat... " helooo!!!??? boss ada la patutnya korang kena buat kerja lagi cepat...!!! what a stupid reason la mangkuk tu bagi...pastu takde bagi apa2 kupon ke vocher ke apa2 yg boleh redeem utk next order tolak rm5 tu..dasar pembohongg!!!!
geram btul aku...cemana ek nak buat report....siap kau PIZZA HUT GIANT MELAKA..lepas makan tadi dalam kepala aku asyik ingat nak complaint dalam blog aku nanti... *panas hati lagi nih*
aku tengok dalam resit siap tulis SERVICE CHARGE..korok la korang!! dah la servis lembab + lemau, lagi nak claim service charge....eeeii!!! ntah apa2 ntah...

mungkin sbb kitorang perempuan, so dia boleh berkotak katikkan... mungkin jugak sbb aku jenis malas nak bertekak, so aku setakat sound sikit aje...mungkin jugak sbb teh nak cepat so malas nak claim kelewatan diorang tu... tapi, apa pun, aku harap sangat kalau ada sesapa korang yg pgi makan kat sana, dan terkena servis ala pondan (oh! mmg ada pondan pun yg bekerja disana!) aku harap sangat korang sound dan tuntut hak korang sebagai pengguna..jangan biarkan PIZZAHUT GIANT MELAKA yg keparat tu untung dan buat sewenang2nya pada pengguna...
bagi aku, inilah kali terakhir aku makan kat sana...Jejak pun aku tak hingin lagi tempat macam tu..!! puihhhhh!!!!!!!

June 05, 2007

Pelamin dan CahayaMata

Hello semua! Minggu lepas (sabtu) aku berkesempatan untuk menghadiri majlis perkahwinan cikgu Nona & abg Wan di Taman Bukit Tampin. Buat pertama kalinya aku jadi manusia flexible sbb kejap2 jadi wakil pihak lelaki, kejap2 jadi wakil tuan rumah... hohoho! memang la!! sebab dua2 kawan aku...

Meriah juga dengan kehadiran warga #empire_recorrds yg lain.. lama btul tak jumpa semua makhluk punggung ini..(menjeling polis : perut saja yg besar...sampai sekarang masih tak bersalin2 anak bayi lagi!!! )
Rakan2 yg lain juga hadir bersama buah hati masing2..dapat juga aku melihat gambar yang diambil oleh boi *tepakbridal* semasa majlis perkahwinan pengantin baru tak berapa baru, Ya dan Kasumie..
Terharu rasanya melihat rakan2 semakin berusaha untuk mendirikan rumahtangga setelah sekian lama bercinte..hohoho! *menjeling elly maslin : kau seorang sajalah yg masih bujang tak berteruna*
Tahniah untuk cikgu Nona Lobak dan abg Wan Katak diatas perkahwinan anda berdua. Semoga bahagia selamanya...amin...

Ahad pula aku berpeluang menziarahi anak buah aku yg baru. Anak kedua cousin aku, Nhazzla. She's got a baby boy! Tahniah La..!!
aaih...jeles sungguh aku....! aku nih tak tau la bila nak buat second production.. huhuhu!
Insyallah, harap2 ada rezeki nanti hendaknya.. Aku pun mmg elak dapat baby tahun nih sbb tahun nih tahun Oink! Oink! *kih kih kih!! *

Ok la..nak meneruskan kerja tergendala... Jumpa lagi..!