September 19, 2008

dah 38 minggu....

Hello sume... Hari nih Jumaat, 19Sept bersamaan pose ke 19. kejap je kan?
lebih kurang 10 hari lagi nak raya dah..
Aku plak berdebau2 kekdahnya menunggu kelahiran baby Muhammad. Sekarang dah masuk minggu ke 38.. tunggu masa je!

Hari nih aku last day kerja. Lepas nih coti 2 bulan. Yeahh!! Saje je ambik maternity leave awal. Bukan apa, letih laa bebulan pose nih kena keja dengan perut yang sarat barat nih... kof! ikutkan aku nak je ambik half day ke MC ke apa arinih. Tapi kul 2.15pm karang ada interview pulak dengan HR (pasal promote arituh).
harap2 suksess laa.. rezeki baby.

Ok la, disini aku ingin memohon ampun dan maaf pada rerakan taulan, sahabat handai, adik2 kumpat, sepupu sepapat aku, dan sume2 la kekdahnya yg rajin singgah2 sini..
Selamat berpuasa & selamat menyambut aidilfitri. Tolong doakan aku dan baby Muhammad selamat dalam pertarungan kelak.
Raya nanti jemput la datang rumah.. tapi makanan korang bawak sendiri occay!!? koserr taww aku nak hidang2 segala! dah la aku takbleh makan sume lauk pauk raya dalam pantang! cuih!

Sampai sini dulu.. diumumkan, blog bercuti selama 60 hari dari sekarang!
Bye!!

September 04, 2008

Kejap je 4 Ramadhan......

salam & morning olls........~

hari nih aku letih.. letih sangat2.... nak taip email pun tak terdaya.
2-3 hari nih tido x betul, pastu jadual kehidupan terlalu pax sangat.
rasa nak pengsan pun ada.........

subuh tadi ada beberapa perkara yg agak misteri mengunjungi hidup aku.
rumah aku didatangi oleh seekor lipas yang pengsan, seekor lalat yang tak keruan dan seekor mentibang yang tenang bersiar layar di dinding rumah aku.

pelik sebab rumah aku mmg jarang ada lipas (sbb tak banyak barang agaknya).. tambahan pula lipas tu dalam keadaan pengsan/ khayal seperti sedang high.. lain la kalau lipas tu sedang berlari menyusup nyasap.. persoalan : kenapa lipas tu boleh terlentang sedangkan ianya tidak disembur racun serangga?

lalat pula mmg normal ada dimana2 tapi biasanya lalat bangun selepas subuh. tadi ia muncul jam 4.00pagi dan berlegar2 seekor diri macam baru balik dari kelab dangdut lagaknya. mmg agak memushkilkan.
persoalannya, apa yg lalat tu cari & kemana ia nak pergi? adakah dia terbangun awal atau masih belum tidur ??

kemunculan seekor mentibang (ulat gonggok) yang bersiar2 dengan tenang di dinding rumah aku juga agak mengejutkan. mmg jarang ada ulat gonggok kepersekitaran rumah aku. terus rasa bulu roma berdiri sbb geli.
last2 terpaksa kejut azat utk halau encik husin mentibang dari rumah kami..

mungkin jika kehadiran ketiga2 haiwan ini secara serentak pada waktu siang tidak menimbulkan banyak persoalan. tapi sbb ketiga2nya muncul serentak pada jam 4 subuh, maka aku yang berdarah penyiasat remaja ini (koff!!) mula berasa macam ada sesuatu yang tidak kena.
semua misteri perlu dibongkari!!!!

sekian - laporan tak berkaitan.
(-_-;)

August 13, 2008

Lagi-lagi ciskek.........

huwargh! baru lepas lunch nasi lauk asam pedas ikan pari yang ayah aku hantar tadi. lunch pukul 3.30pm..! hee.. sedap asam pedasnya... lama x makan.
makan banyak2 sampai perut rasa kebas dan tak boleh nak bergerak. Aiih...malasnyeeeeeee nak menaip. nih aku nak share 2 jenis lagi ciskek yang aku baru buat arituh, makanan penambah kolestrol dalam badan. koff!~

MARBLE CHOCOLATE CHEESECAKE :
*ciskek yg aku paling suke skali sbb kombinasi chocolate moist cake + cheese kat tengah2 dia.. walaaa!~*




NEOPOLITAN CHEESECAKE
*sepatutnya kek aku tu 3 layer macam aiskrim neopolitan. Ada 3 in 1 flavour..
coklat, vanilla & strawberry.. tadi aku nak abiskan stok blueberry so aku bubuh bluberi.. sbb tu kaler dia purple.*




July 22, 2008

CheeseCake anyone...?

Helo...!

bosan arinih...dah 2 hari mengulau aje kat opis. kof!

Bos besau + bos kecik dedua gi outstation dari 21~23hb July.. so kami2 yg tinggal kat opis sume merdeka yaya!



Ok la.. takde menda nak citer.. nih aku share resepi Cheesecake yang paling aku suka buat.

Korang boleh buat sendiri walaupun korang ada manusia paling pemalas sekali! *menjeling elly maslin dan cikgu maini**















Blueberry/Strawberry CheeseCake.



Base :

1½ bungkus Biskut Tiger - blendkan.

50g melt Butter



Cream :

1 buku Cream Cheese (Philadelphia @ Tatura - aku suka Tatura)

½ cawan gula halus

3 sudu aiskrim vanilla

3 biji telur

2 sudu tepung gandum



Topping:

Blueberry @ Strawberry pie filling/ jem



Proses Kerjaya:



A) Masukkan melt butter dalam biskut yg dah diblend tadi. Kacau rata dan masukkan dalam loyang. Tekan2 kasi rata. Sejukkan dalam fridge kejap sementara tunggu cream siap.



B) Pukul creamcheese + gula sampai kembang. Masukkan aiskrim vanilla dan kacau lagi sampai kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Jgn masuk sekaligus sbb nanti dia cair sangat.

last kopek masukkan tepung dan pukul lagi sampai smooth.

Tuangkan adunan creamcheese dalam loyang.

Bakar dalam oven dengan kaedah steambath (bubuh air dalam bekas then letak loyang ciskek kau!) Bakar api atas bawah selama 30min~sejam atau sehingga masak. Suhu oven bergantung pada oven anda ye..! sbb kalo kat rumah mak aku, pakai Panasonic - kena guna suhu 190°C ~ 1 jam. Tapi kalo kat rumah aku guna oven Cornell, just 160ÂșC ~ 30min dah masak.



C) Bila kek dah masak, sejukkan suhu bilik kejap. Pastu masuk dalam fridge selama sekurang2nya 2 jam. Bubuh topping kesukaan anda. Potong dan nikmatilah makanan penambah berat badan! (-_-;)



Selamat Mencuba..!

July 16, 2008

Kisah Kehidupan Saya Dlm 1 Hari....

hari nih aku oktopes sikit setelah cuti semalam.

isnin - 14/7/08 :
mmg satu hari yg sangat renyah dan memenatkan.
pagi2 kul 6.30 dah kena siapkan beg perlancongan kak cha sbb dia ikut atok ngan nenek gi JB melawat tok mak & tok ayah kat johor jaya.
siapkan pampers, susu, baju, mainan..eeiih!! memacam laa.!

pastu siapkan bekal utk azat & iron baju dia pulak.

pastu aku siap2kan diri sendiri... kul 7.15 gerak gi GH utk follow up check up adik Muhammad.
sampai GH 7.40am, terus cari parking. sume penuh!!
eeih..
last2 aku parking kat bawah bukit.. tak jauh sangat dari pintu masuk tapi kena memanjat tangga sket la..

sampai je O & G Dept. aku register nama, dapat nombor 1013 (yakni org ke 13).. belum kul 8 lagi dah dapat no. 13 ! agaknya kul berapa la org yg nombor 1 tu sampai..?

macam biasa, procedure rawatan ibu hamil, memula kena urine test, pastu blood pressure kemudian periksa berat badan.
pastu duduk la situ tunggu nombor giliran dipanggil..

dalam kul 9am tu turn aku.. memula di check oleh pegawai perubatan minachi yg agak comel. lepas tu dia transfer kat bilik scan supaya adik muhammad di scan oleh dr. Ravin (macha yg agak muda dan bergaya.. sangat baik. dulu time kakcha pun dia yg check aku). yg tak best tu........elok je sampai turn aku kena scan, tetiba segerombolan 4-5 orang dedoktor pelatih lelaki yg baru belajar datang mintak izin nak join. bergurau apa!!!!!!????
terpaksa tebalkan muka dan tebalkan perut ajelah!
lama lak kena scan sbb byk benda yg dr. R tunjuk kat bebudak pelatih tu..
tertekan aku dibuatnya!
(**ahh!! aku dah nampak burung adik muhammad!! :D **)

lepas scan, jumpa balik dr. minachi tu.. dia cakap uri dah ok tapi adik muhammad dalam posisi melintang pula... aaii... (-_-;)
pastu bulan depan dia suh datang check up balik...

dalam kul 10am settel sume terus balik singgah gi tesco beli barang dapur.
tak sempat makan.
terus balik rumah sbb dah keletihan.
balik rumah belasah 2 ketul ciskek belen besday azat bersama 7 ketul nugget + secawan nescafe 3 in 1.
pastu rehat jap terus tido.

kul 2pm, pgi KD Pulai (klinik desa) utk monthly check up pulak..
memula check sume ok, tang urine test, nurse tu cakap aku ada kencin koto pulak........ahhhhhhhhhhh!!!!!! tertekannya aku!!
ini sume gara2 ciskek & nescafe!!! dah la sebelum datang klinik tu aku tak minum air kosong langsung!!
mmg saja cari nahas laa...
ingatkan setel kat situ aje.. dia cakap kena gi poliklinik umbai plak, gi makmal buat urine test sekali lagi pastu kena jumpa doktor plak lagi..!!
jam dah kul 3 ptg..
terpaksa la aku bergegas kat umbai plak..aduh!!
sempat singgah rumah jap minum air kosong 2 gelas. bajet boleh neutralkan balik la kekdahnya...

hampehh!!
sampai kat poliklinik, kena urine test lagi, pastu kena tunggu lagi, pastu kena check up lagi, pastu result keluar, kena jumpa doktor lak lagi...mmg ada kencin koto tapi tak bahaya. sbb sebelum nih aku tak pernah ada kes. doc tanya aku makan apa? aku cakap la benda2 manis tu sume.. doc angguk2 aje.. pastu dia kata ok takpe..don't worry.. tapi minggu depan kena datang check up balik...
cehhhh.............!!! dalam kul 4 baru settel.

balik rumah kepenatan, tido lagi...
kul 6.30 bangun tengok kakcha & toknenek tak balik lg dari JB.
mandi2 pastu masak utk dinner.
pastu lepak kat umah mak aku join adik aku belasah rambutan yg siap kopek dah peram semalaman dalam fridge (bestt wooo makan rambutan sejuk!!)
ekceli rambutan tu ayah aku ngan azat gi petik kat dusun ayah aku. mmg plan nak gi JB hantar buah2an..pastu melawat besan.

lepak2 sampai dalam kul 7 diorang pun sampai dari JB.. kecoh betul si tonet tu.
menceceh aje keja dia..
lepas mandikan dia, bawak balik rumah.

sementara tunggu azat aku lepak2 dengan kakcha.. aku lipat baju, dia kiraikan balik...adeh!!
lambat gak azat balik smlm.. kul 8.30pm dia call kat opis lagi..
elok kul 8.45pm dia call... cakap tayar motor pancit.
jauh gilee kena menolak dari opis dia kat kompleks Munsyi Bukit Cina sampai kat Shell Semabok!
nak tak nak terpaksa call suh aku tolong kutip dia.
ekceli aku dah penat tapi kakcha mengelitik nak jalan2 naik keta..
aku usung la dia sekali gi ambik ayah dia kat shell semabok.
sampai sana tengok azat dah berpeluh2 lencun. macam nak pengsan pun ada.
moto tinggal kat shell tu.. nasib baik situ ramai pekerja melayu dan kasi tumpang moto kat situ.

sampai rumah smlm dekat kul 9.45pm, rehat jap..pastu baru makan..
ikutkan aku tak bleh makan malam sbb nanti aku munteh. tapi dah penat + lapau tahap somalia.. makan jugak la..

sementara nak tunggu nasi jatuh dalam perut, tengok Miss Universe 2008 jap. pastu terus tido..

sekian laporan tak berkaitan dengan tajuk 'Kisah Kehidupan Saya dalam 1 Hari'.

July 01, 2008

KakCha's Kapkek Kelakar...~

Hello semua....!~

Lama giler tak apdet blog... malas + tak berkesempatan nak apdet. Adik Muhammad semakin membesar dalam perut. Mudah2an semuanya sihat dan sejahtera.

Pagi2 tadi sewaktu menggoreng nasi utk bekalan kerja aku dan azat, tiba2 mendapat sms dari Maini.. Lobak dah melahirkan anak bayi lelaki! syabass!!! kelahiran yang sungguh bergaya. Alhamdulillah... lepas nih turn adik Muhammad pula. Semoga semuanya berjalan dengan lancar.. amin.

Minggu lepas aku agak sibuk buat kapkek kelakar yang ditempah oleh puan kemal. Banyak btul kemal order..! 125 biji kesemuanya.
aku berasa sungguh gumbira dan terharu kerana kermal memberi kepercayaan kepada aku utk membuat farewell kapkek beliau.
Aku buatkan chocolate kapkek dengan strawberry flavoured buttercream dan sedikit hiasan cincai.

Ekceli..itulah first time aku jumpa kemal. Dah hampir setahun lebih rasanya menjadi ahlil kelab Kumpat ID UTM..chatting hari2 tapi tak penah jumpe.. hik! inilah 1st time jumpa.. kemal sangat comel & ramping.. btw, kemal nih junior aku masa kat UTM dulu.. tapi tak penah tegur sbb masing2 kerek masa tu. Dah masuk alam pekerjaan baru beramah mesra!

Ini kapkek yang kermal order dari aku.. Terima kasih kemal.. nanti order la lagi.. Aku doakan kau dikurniakan anak bayi yang ramai seramai kapkek yang kau tempah. ohokk!!!










May 14, 2008

Plasenta Previa................



Helo semua..
Hari nih aku bersemangat datang kerja walaupun sebenarnya mood dan perasaan aku sedang berbolak balik diwaktu ini..

Isnin hari tu aku gi check-up macam biasa. Memandangkan usia kandungan aku sekarang masuk minggu ke 20, so doktor pun scan la utk melihat condition anak bayi dalam kandungan aku.
Alhamdulillah baby membesar dengan jayanya..
Cuma................. ada satu perkara yang disebut oleh doktor menyebabkan aku terdiam... lamaa......
"awak ada masalah uri bawah..... stage 2.."
"kalau tiba2 bleeding, jgn tunggu lama.. go to the hospital immediately!! understand?"
"bahaya tak doc?"
"stage 2. bahaya tak berapa bahaya..tapi kalau tak hati2 memang bahaya"
"please don't carry a heavy things..don't do this..don't do that..bla..bla..bla.."
"....................."
"nanti pergi bilik sebelah jumpa nurse untuk kaunseling, ok?"
"...ok..."


Semalam, Selasa - 4.30pm.
Tiba2 aku dapat call dari Klinik Desa Pulai. Nurse Anizah yang call.
"Hawa, kat sini ada surat dari Poliklinik Umbai, hari khamis nanti awak kena follow up check up untuk kes hari tu kat GH. Bila awak boleh datang ambik surat ni?"
"......................kes saya bahaya ye kak?"
"sekarang stage 2. jangan risau... apa2 hal, nanti doc akan inform.."
"ok, nanti saya suruh adik saya gi ambik surat tu kat akak"
"ok.. akak tunggu"

................clik!

Aku sempat surf pasal kes uri bawah atau nama lainnya Placenta Previa. Sepatutnya uri berada pada kedudukan sebelah atas atau tepi baby, dan bukannya dibahagian bawah. Jika berlaku pendarahan yang serius, ianya boleh membahayakan nyawa aku dan baby. (T_T;)
satu lagi perkara yg agak menakutkan aku, biasanya sehingga waktu kelahiran jika uri masih berada dibahagian bawah, ibu tersebut terpaksa melahirkan anak secara caesarian (potong perut!) Ya Allah! takutnya aku....... mudah-mudahan uri baby Muhammad balik tempat yang sepatutnya dan kembali normal.
Ahh.... risau nya aku. Mudah2an tak jadi apa2 yang bahaya pada aku dan baby Muhammad. Korang sume tolong doakan kami ok..? wasalam.

April 25, 2008

My Own Takoyaki......at last!!




Hai semua..!~ Salam jumaat penuh keberkatan..
Hari nih Jumaat 25 April 2008 bersamaan 18 RabiulAkhir 1429H bersamaan 17minggu usia anak bayi dalam perut aku.

Sepanjang hamil kakcha dulu, aku dok mengidam nak makan ikan keli bakar kuah special kat Seksyen 2 Shah Alam. Sampaikan naik S.Alam semata2 nak cari ikan keli tu. padahal kat melaka bukan takde.. tapi nak yang tu jugak..!
heee.!~

Pregnant kali nih aku merembes nak makan Takoyaki pulak. Tapi takde la mana2 tempat spesifik (nasib baik!!!). Puas aku cari kat melaka, takde. kat JB pun takde. dulu aku tau ada kat jusco taman U, tapi arituh pegi dah takde.
Hari tu dah pgi KL, tapi tak beli sbb tak sempat.
2 hari lepas sembang2 dengan bebudak Kumpats®.ID UTM® tetiba si Hennix bukak citer dia pnah makan takoyaki kat SushiKing. laaaaaaaa......!!!
kalo aku tau sushi king ada jual takoyaki, dah lama aku cari!
petang rabu arituh, lepas keja je berdessup aku gi Sushi king Jusco cari takoyaki.

Aku beli satu set. 5 ketul = Rm6.90 termasuk tax rm7.15. Tonet2 aje. Boleh la buat lepas gian. tapi x best sbb takde sos & fishflakes. **dalam hati still tak puas hati masa tu**
Semalam sempat surf blog2 yg ada cerita pasal takoyaki. Last2 aku jumpa satu blog nih ILHAMUSAFIR citer pasal diorang anak beranak buat takoyaki. Siap bagi resepi lagi. walahweiih!! meleleh airliur aku.
Terus aku salin resepi & balik keja singgah jusco.

So semalam aku buat sendiri takoyaki my own version.
smlm masa merayau2 kat jusco sekali nampak fishflakes..
terus aku terkesime sebentar. tak bajet ada fishflakes!
pastu nampak seaweed lak... nyum!
tiba2 aku teringat mak aku punya acuan kuih cara bentuk telur.
aku gi kat tempat sushi tu, cari tako yg dah siap peket2 tu. tako kimci ada, aku tak suka. aku ambik dried scalop + sesame.

akhirnya, inilah hasil dinner aku mlm tadi. 1 adunan dapat dalam 30 biji.

Ok, ini aku punya resepi semalam :

Bahan-bahan ( 30 biji )
BAHAN TEPUNG :
1 cawan tepung gandum
300ml air
1 sudu baking powder
1 biji telur
sedikit garam
Daun bawang & kobis diracik halus
BAHAN INTI :
Tako **selain tako (sotong), boleh guna tuna dlm tin / dried scalop / ketam / udang dll. tapi dah tak jadi TAKOyaki lagi la..**
BAHAN HIASAN :
Seaweed - racik halus
Fish Flakes (harga kat jusco RM6.90 sebungkus)
Mayonis (guna yg picit la..leh buat bentuk spiderweb!)
Sos Takoyaki (aku guna cili sos aje!)

Cara-cara

Campur semua bahan untuk tepung. Pastikan ianya tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Agak2 cair sikit aje dari adunan jemput-jemput.
Panaskan acuan takoyaki dengan sedikit minyak. Aku guna acuan kuih cara bentuk bujur. Hasilnya takoyaki aku bentuk telur! heee..!
Tuangkan adunan 3/4 penuh dalam dalam setiap acuan. Kemudian masukkan tako dan tunggu kejap sampai bhgn bawahnya masak.
Gunakan lidi untuk terbalikkan takoyaki supaya masak pada kedua2 bahagian atas dan bawah.
Keluarkan takoyaki yg siap dimasak. Taburkan seaweed , fishflakes, sos & mayonis. Tadaaaaa!!~

April 16, 2008

KakCha's Cakes House

Hello ols..

Sebenarnya dah lama aku nak berkongsi minat dengan mereka2 yang mempunyai hobi makan dan kegemaran menghias kek.
Selain menjadi anak, isteri, ibu dan pekerja, sekarang aku dah ada jawatan sampingan yakni menjadi Ibu hamil Penghias dan Penjual Cake yang Comel!

Sebelum nih aku giat membuat bermacam-macam jenis cheesecake. Aku x follow mana2 kelas masakan pun. sbb aku bukannya jenis orang yg mempunyai banyak masa. sume resepi cilok kat internet aje.
Mujurlah orang-orang zaman sekarang nih ramai yang mulia hatinya dan byk memberi resepi secara ikhlas. Mostly cake yang aku buat dari resepi diorang semuanya menjadi. Mekasih uolls..!~

Lepas cheesecake, aku kembangkan minat aku dalam bidang nih menjurus kepada cupcakes decoration pulek. Ohh! ini lagi best sbb macam2 idea boleh conteng atas cupcakes tu. Alhamdulillah, sambutan dari kawan2 ofis aku mmg memberangsangkan.
Hias cupcakes mmg seronok cuma yg x best kerja dia renyah sket. Yelah... nak habiskan masak kapkek tu satu persatu (biasa org order mesti lebih 30pcs).. dah la oven aku tonet aje.. Tambah lagi ada anasir pencinta kek yang paling mencemaskan yakni kakcha yang suka menjeling kek2 aku...
Aaiihh.........tu yg leceh.

Semalam aku mendapat order pertama utk decorated birthday cake dari opismate. Mmg aku tak pernah buat sebiji seketul sponge birthday cake yang siap berhias2 bagai tu. Teruja aku nak mencuba.
Memandangkan ianya birthday cake utk ibu kesayangan dia (mama's boy..hik!hik!) aku pun setuju la. Demanding tawww!!!!! nak strawberry byk lagi.
Takpe... mak kau punya pasal, aku ikut aje cakap customer.
So smlm aku pulun lah hias kek pertama aku. Aku buat chocolate sponge cake, decorated with strawberry buttercream + buahan strawberry segar!
Taraaaaaa!!~



OK, so sekarang aku dah ada impian yang lebih besar.
Kalau aku dah kaya and cukup modal nanti, aku nak bukak satu kedai cake. Manala tau, boleh capai tahap Secret Recipes. hahhahaah!! (amin..)

Okla... nanti aku sambung.. bye!

April 01, 2008

Karangan si Malas

Hello......

Makin lama makin malas nak apdet blog... aku rayau2 kat blog orang lain pun, sama. Pemalas laa korang nih!! (menjerling elly maslin, kermal, kumpat dan jasrul).. Maini lebih pemalas kerana sampai sekarang pun masih tak ujut2 lagi blog beliau! cih!

Perut aku makin naik. Syabas! Pusat pun mulai tersembul. Memang aneh terutama bila aku memakai t-shirt nipis.

Sekarang asyik kena sakit kepala. Jumaat lepas sampai terpaksa MC kerana pitam. Aduh!! mmg satu keadaan yang amat menyeksakan. Mujur kakcha tak banyak karenah semasa aku sakit.

Kak Cha sekarang sedang belajar bercakap dengan penuh keyakinan. Aku paling suka tanya nama organ2 yang terdapat pada tubuh badan beliau. Bila aku tanya, satu persatu dia akan jawab :-
- ini ate (mata)
- ini temek (kemek - merujuk kepada hidungnya)
- ini muyut (mulut)
- ini gigi
- ini pipi
- ini ambut (rambut)
- ini inger (telinga)
- ini boobs (koff!)
- ini peot (perut)
- ini angan (tangan)
- ini kaki

*kemudian kami semua menepuk tangan tanda sokongan yang padu*

Kakcha paling takut kalau aku menyamar kerasukan. Aku selalu guna cara ini untuk mengelakkan dia kongker tv (terutama rancangan Tom Tom Bak). Aku akan berbaring dan pura2 mengelupur, sambil buat suara 'Grrr!!! Grrrrr!!!!'..
nanti mesti dia takut pastu tutup mulut aku sambil berkata "Tup muyut bu! tup muyut bu!!" (yakni suruh aku tutup mulut daripada mengeluarkan suara aneh) pastu dia hulur remote astro. hohoho!! mmg amat berkesan!!

...............................................................................................................................................................*terdiam*.................................................................sebenarnya aku malas nak meneruskan penaipan. Sampai sini sajalah!
Jumpa lagi.

March 05, 2008

Cerita Ulangtahun Perkahwinan ke-3 saye...!




Halloooo !~
1) Hari nih genap posting ke 80 dalam masa 4 tahun (since 2004) aku menulis dalam blog. 80 aje?? nampak sangat pemalas.. Koff!! (-_-;)
2) Hari nih genap tahun ke 3 ulang tahun perkahwinan aku dan azat. Bermakna 3 tahun dah aku menjadi isteri dan 3 tahun menjadi ibu.. Semoga jodoh kami berpanjangan dan dilimpahkan rezeki dan kasih sayang yang berpanjangan. Amin..
3) Hari nih genap 10 minggu adik kakcha menghuni perut aku. Assalamualaikum Baby Muhammad!! (meniru panggilan kakcha terhadap perut aku)
4) Hari nih genap umur Maini 29tahun.. Selamat hari jadi Cikgu Aneh! Semoga anak2 generasi akan datang tak banyak mendatangkan masalah setelah menerima ajaran kau. koff!! koff!!
5) Hari nih agak cemerkap kerana terlalu lapar menyebabkan aku makan dengan gelojoh lalu kuah mee kari terpelanting atas uniform kerja.. Huwaaa!! Nasib baik aku ada stok sabun kat locker. Dah cuci dan menunggu waktu kering. *berasa sentap*
6) Hari nih terlalu tertekan dengan tekanan persekitaran kerja kerana terlalu banyak karenah birokrasi. Mengalahkan kerja kat kampeni gomen! cheh!!
Nak tau satu tolerance spec pun terpaksa call sampai 7 orang sbb semua tak tahu jawapan dan pass phonecall sana sini. Jahanam!!!
7) Hari nih berasa seronok menerima panggilan dan jemputan makan malam dari suami tercinte! Yeahhh!!!
8) Hari nih tiba2 merasa kantuk sbb baru lepas makan. Oklah..lain kali sambung! tata!

February 12, 2008

Kenapa saya suka Hamil?



Kenapa saya suka saya hamil?
Kenapa saya suka saya hamil?

sebab........

1. Boleh makan dengan banyak tanpa rasa bersalah.
2. Boleh minta bantuan pada orang lain dengan hanya mengerlip2kan mata sambil buat buat wajah sopan.
3. Boleh letak lauk dan nasi dalam pinggan setinggi yg boleh tanpa segan silu. Agak2 kena jeling dengan orang lain, cepat2 tunjuk perut!
4. Boleh berfesyen dengan gaya aneh ketika bersiar2 membeli belah.
5. Boleh menonton tv sambil berbaring kekenyangan sejurus selepas makan.
6. Boleh mengelakkan diri menjadi octopus dipejabat kerana banyak kerja telah diambil alih oleh makhluk lain.
7. Semua orang akan menjadi penyayang dan berasa kasihan terhadap ibu hamil! i like!!

February 01, 2008

Jumaat 1 Februari 2008 yg mulia...



hellooooo guys!

aku nak berkongsi sedikit berita gembira dengan kau semua...
KAKCHA bakal menjadi Kak Long soon!!
Alhamdulillah...
Syukur pada Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
kau semua tolong doakan yang baik2 ye!!?
ok la... nanti aku update!
sekarang nak pgi latihan kungfu untuk mendapatkan stamina..
koff!! (-_-;)

bye!!~

December 04, 2007

Happy 2nd Birthday Alissa....!

Hello ols...
aku kantuk + lapar yaamatz....!
2 hari lepas (ahad, 2/12/07) kami buat birthday party anak dara aku yg genit tu, Yang Nuralissa - ke 2 tahun.
Sengaja aku pilih buat waktu pagi (11 am) sbb waktu tu budak2 baru lepas mandi + baju bersih2 lagi... kalo aku buat petang sure diorang dah berpeluh busuk2...rosak majlis anak aku..koff!!

Majlis tu simple aje tapi meriah la.. biasa laa.. konco2 mak aku sume datang bawak anak cucu masing2.. pastu family mertua aku dari JB sume ada.. campur lagi dengan kawan2 aku & junior2 kesayangan aku dari UTM.. Thanks for coming!

Besday Girl memakai gaun dan kasut putih, bersayap kundang dan mengikat seekor rerama dirambut. Cake 2kg aku pilih kaler putih + purple ada gambar kakak cantik (merujuk Barbie mengikut panggilan oleh kak cha).

Nih aku share serba sikit gambar yg sempat uplod. gambar banyak dalam kamera adik ipar aku.. nanti kalo ada aku update lagi..
sekian terima kasih.

p/s: Jgn cemas melihat suami aku bergaya dengan kacamata hitam ala2 S.Jibeng. Ini kerana beliau adalah sedang sakit mata. harap maklum.











November 19, 2007

Lissa berjangkit Himawari????




Helloooooo!~

Kejap aje dah Isnin balik semula...aku rasa macam baru je smalam isnin bulan lepas. hari nih dah isnin bulan baru dan dah nak masuk hujung bulan pula lagi..isnin minggu depan ulangtahun ke 2 anak bayi aku.

Sebut pasal anak bayi aku, kakcha sekarang mengidap penyakit mata. Sebelah matanya bengkak dan merah serta berair. sedih aku tengok... Matanya yg sepet itu semakin bertambah sepet akibat penyakit tersebut.

Kami dah bawak pgi klinik...sekarang dalam proses penyembuhan dan belum betul2 pulih. matanya masih mengalirkan airmata yg sedikit kuning dan kemerahan. Aahhh!!!!!! aku tak boleh tengok la anak aku sakit.. terasa amat sedih hati kudus aku ini.. (T_T;)

Walaupun sekarang masih dalam mood sakit, tapi ciri2 mata keranjangnya masih tak berubah. Koff!!
Mlm tadi sewaktu menonton tv anak beranak, tiba2 azat menukar chanel rtm1 utk menonton perlawanan bola antara Kedah dan Perlis.

Masa tu lissa sedang memeluk aku dengan posisi membelakangkan TV. Tiba2 kamera tv tu fokus kepada keeper berbaju oren (tak sure pasukan mana) tapi keeper itu agak muda bergetah dan teramat kacang (sebenarnya nak menulis kacak! ).

Aku pun cakaplah pada azat, "uihh!! hensem btul penjaga gol nih!" azat jeling aje..
dengan tak semena2 tiba2 si tonet aku memalingkan mukanya sambil berkata,
"Mana? mana?'......

Bergurau apa!? kecil2 lagi dah menunjukkan reaksi biang dan bersikap mata keranjang terhadap kekacakan lelaki lain. Memang anak bayi yg aneh!
aku tak tau dia ikut perangai siapa..!!?
Koff!!! (-_-;)

aai....!!