image sources : google
hello....!~
mood rajin update. wah! tetiba je kannn... :D
Pagi tadi masa nak masuk ofis lalu depan pak guard. Biasa diorang tegur aku, tapi tadi tak.. Pelik juga aku... Ye la.. nampak cam aku halimunan plak sebab aku yang begini besar pun takde orang perasan. Biasa memang diorang kecoh2 bertegur sapa.. Sekilas memandang diorang barulah tau kenapa...Rupanya sebab mereka sedang sibuk bergossip.. Heheii..
Lelaki pun bergossip. Tak kuasa tauu!
Adakah kau tahu apa perbezaan gossip cara wanita dengan gossip versi lelaki?
Ianya adalah mimik muka dan tonasi mendatar!!
Serius..!!
Aku tak tau kenapa kalo lelaki bergossip muka dia ketat. err... Maksud aku gossip yang tiada reaksi pada wajah. Langsung tak menggerakkan kedut-kedut muka... Dah tu suara mendatar aje.. Aneh ! Tapi kelakar.
Tadi aku dapat tangkap beberapa patah perkataan seperti "macam dia sorang je ada anak"..... "habis?? aku pun nak cuti juga"
lain2 perkataan tak dengar sebab sangat mendatar sehingga sukar membaca pergerakan bibir.
(-_-;)
Pompuan kan kalo bergossip dengan muncung2 segala, tangan siap terkapai2 sampai boleh lepuk kepala member. Suara plak dari pelahan sampai terkuat bila dah terlalu eksaited.. Wahahhahaha!! ini memang gossip style aku (-_-;)
Lelaki korang selalu bergossip kah? Hmm... Azat aku jarang nampak dia bergossip dengan lelaki di Melaka. Kat ofis dia aku tak tau lah...ada kot? Cuma aku tak pernah tengok..
Biasanya dia akan bergossip dengan aku perihal rakan2 setugas. Kalau balik JB pun mungkin dia ada bergossip dengan adik beradik lelaki tapi aku jarang ambik port sbb gossip dengan mereka tak seronok sebab berbau asap. Lagipun sebagai wanita berhemah aku haruslah menjaga tatabahasa dihadapan keluarga mertua. koFF!!
Orang yang paling aku suka diajak bergossip adalah Lobak dan Bomoh Ketinting.
Mereka memang penggosip terbaik dalam sejarah hidup aku. :D
Penggossip paling aneh yang pernah aku jumpa adalah mama aku. Memang tertekan kalau bergossip dengan orang ini. Biasanya bila semua adik beradik perempuan berkumpul, mak aku akan bukak satu gossip. Lepas tu bila aku, najwa & teh dah sampai penghujung bergossip tetiba jek dia boleh emo-emo dan menasihati kami dengan berkata "tak baik nak...mama tak pernah ajar anak2 mama cakap camtu..." (-_-;) Bergurau apa!??? Bukankah dia yg memulakan gossip sebenarnya?!
Lelaki yang paling kuat bergossip pernah aku temui adalah adik Elly Maslin @ POLIS Empire_records. Gediks okeyy! :D
Sekianlah. Bye!
5 comments:
hahahaha sayer kalau bergosip mcm yg awk ckp tu ler tk ingt dunia..tapi kalau laki sayaaaaaa tepuk dada tanyer awk jek la...awk pun tau kannn hahahah :D
BETULLLLL! aku pernah duduk dlm geng laki time tu aku sorg perempuan tp aku senyap je so diorg mcm terlupa ada aku so kdg2 terkeluar gosip + mengata org sekitar seriously, kalau dr segi perkataan dan ayat mmg lagi 800 kali jahanam dari kita perempuan aku smpai tahap... peh serious dasyat cuma mcm kau kata sbb mimik muka mendatar tanpa emosi nampak mcm berkhutbah je gayanya. padahal mengata.
kalau diorg kata perempuan ialah kaum yg rumit,diorg pula kaum yang aneh.
Tadi aku dapat tangkap beberapa patah perkataan seperti "macam dia sorang je ada anak"..... "habis?? aku pun nak cuti juga"
lain2 perkataan tak dengar sebab sangat mendatar sehingga sukar membaca pergerakan bibir.
(-_-;)
----->> kenapa kau tak pergi dekat ngan pak gad tuh..tgk bibir dier dekat2..pastu cuba kau muncung2 depan dier..
woiiiiiiiiiii! aku lah yg paling tak mahu gosip. selalu kena paksa dgn ariya dengar gosip. *sorila ariya klo aku kadang2 buat2 mcm tak dgr*
aku kenal lobak dan bomoh ketinting tu.mereka sebenarnya tak suka gossip tapi selalu dipengaruhi oleh kau!!
(don go eraun n mai mam tol mi).ini adalah gosip yg kau pernah ckp masa perjalanan ke mp.aku tak tau kenapa bomoh tu jalan jauh2sambil tertawa tertegun2..(-_-;)KOFF!
Post a Comment