October 17, 2010

Percutian Keluarga Terkecoh

p/s: this entry special dedicated to my beloved sis in law. dengan ucapan, "orang ajak gi spa taknak... kan dah kene tinggal :D"



Hello semua..


Sinambungan dari post beberapa hari lepas... Kan aku cakap arituh nak pgi holiday.. Yeahh!! Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan sungguh gembira walaupun beberapa jam sebelum aktiviti bermula, perempuan genit ini dimasukkan ke hospital kerana mengalami asma. aaihh!



Mula-mula tak sedap hati gak nak meneruskan perjalanan... Tapi semua orang sedang bersemangat nak menyamar pelancong, maka selepas mendapatkan rawatan, kami terus ke lokasi sasaran..

Permandangan sebelum naik ke bilik kitorang... Cantikkan? Mengadap laut... nampak masjid yg sungguh cantik ditengah lautan..

Ini pula permandangan dari dalam bilik kami. Mengadap blok pula... Nak bilik mengadap laut tak dapat sbb bilik penuh..


Kitorang dapat bilik jenis apartment je.. Jadi laa...daripada tak dapat langsung kann??? Tapi bilik nih mmg comel dan sangat ok :D


2 orang kenit nih tak biasa duduk dalam aircond. Baru setengah jam kaki dah gigil. Kena pakai stoking je la.. Nasib baik aku dah standby stoking..


Menikmati sup panas tapauu dari rumah. hehehei!~

Ruang dapur kekdahnye.. Ok la.. ada kabinet apa sume.. tempat masak, buat air, esbok mini... best2..
Sebabkan kakcha kena asma... so aku tak bagi diorang mandi kat pool.. Kang kejung satu hal pulak...berendam dalam bilik air aje la yee anak-anak..


Breakfast kat sini memangggggg meveless..! dari lauk melayu ke lauk western ke laut chinese sume ada.. air pun banyak choice.. memang mantaps dan tak kedekut macam kat P* Resort aku pegi dulu...lauk cikai gila.. langsung tak mirip makanan hotel.....Yang nih sedap pun sedap.. sume lauk serba terasa..



Lepas breakfast kita santai je la depan pool okey? Takbleyyy mandi manda...
Lepas gian nak cepur air...



Yang penting, semua orang happy... Holiday kali ini memang berjaya..! Hip hip Horeeyyyy!! :D


Aahh ya! setelah panjang lebar menepek gambar dan berceloteh, lupa pulak aku nak bagitau kat mana kami holiday..
Ianya adalah...

hik hik hik!! Jauh kan? muahahhahaha!
Jadik laaa.....daripada tak kemana2 langsung... Orang yang bekerja makan gaji dan sibuk berniaga kapkek kelakar macam aku ni memang langsung tak ada masa nak memanjakan diri dan anak-anak di tempat yang jauh.. Masa sangat terhad dan banyak perkara yang harus dilakukan dalam hidup.. Tapi nafsu untuk bercuti sangat bergejolak (ini bahasa apa?? aku dengar dalam lirik lagu CT-KD). Jadi, untuk tidak menghampakan diri sendiri, suami dan anak-anak, maka kami telah merancang satu percutian menyamar pelancong ke negeri Melaka. Ianya adalah Hotel Mahkota Melaka (dulu Century Hotel - Belakang Mahkota Parade tu jer lah!)
Alhamdullillah sekarang dah selamat sampai dan berehat dirumah :D
Tata!

4 comments:

Anonymous said...

woooooooooooooooooo besh giler tur tapiiiiii kan wak kite dh pegi dulu la wak muahahahahaha....tk berlakon sbgai pelancong tapi mmg benar 2 pelancong..hahahahahaha......ape2pun mmg suka hotel nih coz its really superb masa bw aiman dulu siap ada tmpt golf buatan tuk knk2...tk tau ade lagi tk??? enjoyzzzzzzzzzz

Mama Sohayl said...

Waaaa....jauhnyaaaaaaaaaaa....

Jadilah kan? Holiday jugaks namanya.

Geramnya tengok makanans semua! Nnti klu gi Melaka nk duk sini laa.. =)

PertMuffin said...

kak ipar : ade.. sume ada cam biasa.. mmg best kan? kan? kan?

acik : wohoooo! kalau datang melaka dok la sini.. recomanded.. hehehe..

Mummy said...

Golf itu masih ada... Juan kata "yeay! taya menang!" padahal bola doa letak 0.0001mm dari lubang, hahahaha....

ibu sangat teruk! sila la blurkan gambau XXX itew okeh?! jangan nanti bakal menantu I tu dah kaya raya nanti tetiba gambar 'sexy' bersama kakaknya tersebar di seluruh internet..... huh! kesian menantu I! hehehehe