July 13, 2004

~temporary out of service~

Assalamualaikum...
lama betul tak menulis diruangan ini..nampaknya kesibukan kerjaya menghalang usaha aku untuk menjadi penulis berbakat... hehei! jadi, kelak sajalah akan mula menulis.. kepada kawan2 semua, aku terlalu merindui kalian semua... muaahhh!!!


Sekadar renungan untuk semua;


BEZA ANTARA SUKA, CINTA DAN SAYANG

Dihadapan orang yang kau cintai,musim dingin berubah menjadi musim semi yang indah.
Dihadapan orang yang kau sukai,musim dingin tetap saja musim dingin hanyasuasananya lebih indah sedikit
 
Dihadapan orang yang kau cintai,jantungmu tiba tiba berdebar lebih cepat
Dihadapan orang yang kau sukai,kau hanya merasa senang dan gembira sahaja

Apabila engkau melihat kepada mata orang yangkau cintai, matamu berkaca-kaca
Apabila engkau melihat kepada mata orang yangkau sukai, engkau hanya tersenyum sahaja

Dihadapan orang yang kau cintai,kata kata yang keluar berasal dari perasaan yang terdalam
Dihadapan orang yang kau sukai,kata kata hanya keluar dari fikiran saja

Jika orang yang kau cintai menangis,engkaupun akan ikut menangis disisinya
Jika orang yang kau sukai menangis,engkau hanya menghibur saja

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkanrasa suka dimulai dari telingaJadi jika kau mahu berhenti menyukai seseorang,cukup dengan menutup telinga.

Tapi apabila kau mencuba menutup matamu dariorang yang kau cintai, cinta itu berubah menjadititisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalamjarak waktu yang cukup lama.

Tetapi selain rasa suka dan rasa cinta... adaperasaan yang lebih mendalam.Itulah rasa sayang.... rasa yang tidak hilangsecepat rasa cinta. Rasa yang tidak mudah berubah.

Perasaan yang dapat membuat mu berkorban untuk orang yangkamu sayangi. Mahu menderita demi kebahagiaan orang yangkamu sayangi.

Cinta ingin memiliki. Tetapi Sayang hanya inginmelihat orang yang disayanginya bahagia..walaupun harus kehilangan.