June 17, 2005

MC..MC.....MC lagi...

Aduh...banyak betul keja yang menunggu aku...pantang cuti sehari..mulalah penuh tray in aku..inikan pulak aku yang MC, 3 hari..naik pitam kepala aku tengok keja yang bertingkat-tingkat tu...
Hmm.. ini semua gara-gara Bowling Competition anjuran Teac!! haha..sebenarnya, bowling tu tak salah...aku yg salah.. Dah tau 'membawak budak' ada hati lagi nak main boling (mak buyung yg tak sedar diri...) Masa main tu takde la rasa apa2 pun.. ok je..siap boleh buat sommersoult berpusing lagi...(aku main double dengan kak liza, clerk aku).
Masa malam tu dah start lenguh2 dah...kena kat peha belah kanan..cam urat bersimpul..mlm tu aku tido umah sewa aku..kalau tido umah mak aku, mmg aku ada tilam lembut yg aku beli sendiri kat tesco.. nih bila hubby aku balik, kena la tido atas katil pengantin tu.. apa lagi.. mula lah sakit satu badan..sebenarnya aku dari kecik dah biasa tidur tilam nipis dan lembut..jadi, bila kena tido atas katil & tilam tebal dan keras, badan aku terus sengal2.. sampaikan nak pegi toilet yang 4 langkah tu pun ambik masa sampai 7 minit..seksa sangat..
Memandangkan aku rasa dah tak larat sangat, so aku pun ambik keputusan untuk mintak mc aje kat doc panel kilang aku.. Isnin tu aku datang kerja macam biasa, then aku terus pgi klinik panel (dalam kawasan kilang jugak). Lepas dia check2, aku ingat dapat la rehat sehari..rupa2nya dia bagi 2 hari terus.. hohoho!!
Bila dah sampai kat rumah tu pulak, nama je MC, tapi serupa kerja jugak..tak dapat rehat.. kena layan si bulat lah (sebab dia gemuk), layan daging salai lah(sebab dia terlalu kurus!!) ~ (amnan dan insyirah - budak yang mak aku jaga tu). Diorang tu pulak bukannya reti bahasa yang kaki aku nih sakit..dia ajak menari kuda lah, ajak aku timbang kaki la..adui laa.. very the tertekan..tapi nasib baik lah diorang tu comel dan tak suka menjerit2. aku suka pada budak2 yang pendiam tapi aktif.. kalau budak2 suka menjerit atau menangis, aku rasa macam nak lipat2 aje dia...
Tak kalah dengan budak, mak aku pun boleh tahan jugak karenahnya..dah tau aku sakit kaki, dia ajak jugak teman dia pegi area serkam estate tu utk cari durian.. jiran sebelah rumah aku cakap ada satu kedai kat depan kilang telur kat serkam estate tu jual durian bagus2 belaka..memandangkan dah lama aku tak makan durian, aku pun follow the leader aje lah.. dengan si bulat dan si salai kitorang bawak sekali pegi!
Hari kedua aku MC tu, kaki aku dah beransur ok.. petang tu dalam kul 5 lebih, adik aku Teh ajak teman dia pgi cucuk duit pastu dia nak pegi karnival jualan Thai kat Tesco. Najwa pun ikut sekali..dia tu kira macam "sampan tunda" laa..ajak je dia pgi mana2, mesti dia ikut punya..Aku ingatkan sekejap aje diorang nak shopping..punyalah lama...dah ke Tesco, ke Jusco pulak..pastu ke MP lagi... keji btul! Apa lagi..kaki aku pun jadi sakit balik laa sebab banyak berjalan dan berdiri lama..tak pasal2 aje aku kena pegi klinik Amal untuk ambik MC sehari lagi..tak pasal2 jugak lah aku terpaksa MC sampai 3 hari..hmm..nasib aku laa...
Inilah yang susahnya kalau aku lepak kat rumah...tak pasal2 aje kena hantar makhluk2 kat rumah aku tu kesana sini..beli durian lah, shooping lah, itu la, ini laa.. Tapi nasib baik lah Teh dengan Najwa baru je lepas JPJ test..diorang pun ambik kat Institut Maharani, Muar jugak..sama lah tempat belajar dengan aku dulu..cikgunya pun sama, Pak Mi...lepas nih, jangan harap la nak suruh aku hantar sana sini sebab aku sendiri nak pakai safety belt dah tak muat (hihihi...) lepas nih, turn diorang la pulak kena hantar aku ke sana sini...
Oklah, nak siapkan kerja..jumpa lagi!