June 28, 2012

Hari Sukan Sekolah yang Tak Kesampaian

Hello..

Hari nih adalah hari sukan sekolah Lissa yakni Sek. Keb. Pulai, Merlimau Melaka merangkap sekolah rendah aku pada tahun 1986 sampailah abis UPSR..

Tapi memandangkan anak aku adalah pesakit asma maka takde la aku berharap sangat beliau mengaktifkan diri dalam sukan sekolah sekaligus meranapkan impian aku untuk melihat kesinambungan piala aku masa darjah satu dulu.

Aku sebenarnya tak aktif sangat la masa sekolah tadika. Baling bola masa sukan tadika kemas pun tersasar dan lembik sahaja. Tapi tak tau la tup2 masuk darjah satu tetiba aku jadi kuat lari dan terus jadi atlit sekolah sampailah abih SPM. 

Ini adalah piala pertama yang aku dapat semasa pertandingan lumba lari masa aku darjah 1 yakni pada tahun 1986.... ai dapat johan uols!! masa darjah 1 dulu 50meter tu kira jauh la jugak utk budak pompuan yang comel dan genit dan jelita (eh meroyan!!). Aku memang simpan piala ini (dan semua piala2 lain juga) sebab nak jadikan perangsang untuk anak2 aku aktif bersukan.



.
 piala dah 26 tahun, penah patah dan siap bersalotep demi untuk memanjangkan hayat beliau.




tak apa lah lissa.. kalau awak tak boleh bersukan sekarang, ibu harap masa akan datang kamu boleh menang  sekurang2nya satu acara. lari dalam guni pun tak apalah!
i love yu lissa!



June 24, 2012

Aida Rich Cafe at Batu Berendam, Melaka


Hello..~

Eh orang melaka, pernah dengar Aida Rich Cafe?
Aku dah lama sangat2 nak pgi merasa makanan kat Aida Rich Cafe sejak2 tengok kat fesbuk dia.
Macam best je kan sbb ada kombinasi makanan western, fusion dan nyonya.
Smlm petang merasa gak datang sini sebab dah janji dengan kastemer nak hantar cake kat bt.berendam.

Ini signboard kedai.


Lokasi :
No. 69, Jalan MP1, Taman Merdeka Permai, Batu Berendam, 75350 Malaka, Malaysia
(bangunan sederet dengan Dominos Pizza tapi dia bahagian tengah)


Ini antara menu yang kitorang belasah semalam..


Fish n Chips.
Ini rayen punya.
Sedap tapi fries itu agak hangus. Coleslaw itu terlalu banyak mayo, kalo kurangkan sikit mungkin lebih sedap sbb tartar sos dah pekat, jadi agak muak.
3*




Seafood Spaghetti.
Ini icha punya.
Superlicious. Sama tarap Simply Fish okey!  5 ekor creamy new zealand mussel yang besau2. Memang adalah heaven.
4*


Nyonya Laksa.
(gambar ambik dr FB ARC)
Ini azat punya.
Aku jamah sikit saja.



Chicken Salad.
Saya punya.
Oih.. ini memang sangat sedap.
Ayam grill itu sangat lembut dan juicy. tak sangka walaupun appetizer sahaja tapi sangat kenyang sebab banyak. kalau manusia diet seperti ku sangat sesuai.
5*



Ice cream for dessert. 
Banyak gile ko! Biasa kalo order kat mana2 dia letak satu scoop kecik je kan? ini macam letak separuh tube ice cream! hiks!
Memang sedap. Rayen ambik stoberi, icha ambik chocolate.
5*


Minuman takpayah tepek sebab aku order air suam je sbb tengah sakit tekak. Banyak minuman best2 dalam menu. Sila datang tengok sendiri.


Apapun, next time insya'allah datang lagi. Next time nak try salmon grill yang sangat2 mantapp kelihatan.
Well, see u soon!
Tata.