April 26, 2006

Lissa...


Hi semua..Lama tak update..hari nih big boss takde..dapat le aku mengulau kejap..heheheh!!
hari nih genap umur Lissa 5 bulan. Kejap je rasanya.. sekarang lissa dah pandai meniarap dan dan mula makan bubur nasi blend atau biskut milna rendam susu..
Tapi malam tadi dia buat perangai. meragam aje..jarang dia macam tu.. aku nih dah la penat kerja..rasa nak pengsan pun ada.....selalunya sebelum aku tido, aku sumbat dia dengan susu + biskut milna sebotol kasi dia kenyang, pastu aku salin pampers all nite, sampai pagi lah dia tido nyenyak..siap mimpi sambil ketawa lagi, kadang2 siap ternganga lagi. Ada waktu je dia bangun kul 3 atau 4, aku bagi minum air masak..pastu tido balik..
Tapi semalam, pukul 11 dia bangun merengek, bagi susu pastu dia tido.. Dah tu, kul 12 bangun merengek lagi..kul 1 lebih merengek lagi, kul 3 merengek lagi, kul 4 pun merengek..sampai le kul 6..Wahh!! tak tahan aku dibuatnya...dengan pening kepala nya, dengan mengantuknya.. biasanya kalau bangun malam, suami aku yg buat susu. sampai pagi, biasa 1 atau 2 botol susu aje yg ada kat side table tepi katil aku tu..tapi malam tadi, ada 6 botol bersusun!! (baby lissa ada berbelas botol susu)

Hmm...aku pun tak faham apa yg dia nak sebenarnya..sakit perut ke? aku dah sapu minyak telon, nak kata demam, tak panas pulak..aku yg sakit kepala dibuatnya..
Ada satu peringkat tu, (tak ingatlah aku bangun kali yg ke berapa semalam) masa dia merengek2 tu aku sampai tinggikan suara kat dia.. aku cakap "Nak apa lagi nih?! Ibu mengantuk lahh!! Tido laaaa Lisaaaaaa!! Esok ibu kerja laa...Bukan Lissa yg bayar gaji ibu! Nanti esok ibu tertido kat opis, bos ibu marah! Nanti kena buang kerja! bla..bla..bla..." entah apa ntah lagi aku merepek2 malam tadi...Padahal lissa bukan paham pun aku cakap apa..Suami aku jeling je aku..dia cakap aku mabuk sbb meracau2 kat baby lissa. Koff!!!

Pendekata memang aku tak puas tido lah..dalam kul 6.20am tu lepas aku bagi dia susu, aku terus pgi mandi. sempat aku tgk kalendar jap.. Ooohhhh!!!!!!! Rupanya hari nih 26hb....patut lah dia meragam.. hari nih genap umurnya 5 bulan.. aku dah peratikan sejak umur dia sebulan lagi, asal 26hb aje, dia mesti tak lena tido..mak aku cakap, dia beralih bulan..(entah lah..nih orang2 tua punya cakap lah..) baby nak membesar...sbb tu meragam sikit.. Nak2 baby aku nih lahir kul 3.45pagi, so banyak meragam tgh2 malam lah.. sabau je lah aku..

Pagi tadi aku sampai je opis, macam biasa tiap2 pagi perkara paling utama yg aku buat ialah, tengok keta bos aku ada ke tak? heheh..nampaknya hari nih lot dia kosong.. cuti la agaknya dia tu.. tak pun mc sbb hari tu suspected denggi.. (serius hari tu aku tak tau nak rasa suka (sebab bos takde) atau nak rasa kesian (sbb dia kena denggi) ah! dah melencong cerita pulak..)
Aku kalo kat opis, biasa chit chat pakai email dengan ngan member2 aku..aku story lah kat ex senior aku masa utm dulu, malam tadi aku tak dapat tido sbb lisa merengek beralih bulan..lissa dah umur 5 bulan..pot pet pot pet..pastu dia reply email tu dengan sesuatu yg buat aku berfikir panjang...

" bukan senang nak hidup 5 bulan ni bila tak reti bercakap, berjalan, semua nak harap kat orang lain… tambah pulak nak masuk 6 bulan ni, lagi ler payah, makin umur bertambah, kunyah chewing gum pun tak reti lagi ni..."
Fikir-fikir, betul jugak apa yang dia cakap tu..apa lah yang Lissa tonet tu tau..bercakap tak reti, berjalan tak boleh, nak bangun sendiri pun belum mampu lagi..tau merengek aje lah...Aku nih ibu, patutnya aku la yg kena buat semua untuk dia...bukannya merungut atau marah pada dia.. bila aku fikir balik, terasa bersalah pulak aku dah cakap melalut2 pada dia malam tadi...

Lissa, maafkan ibu....


Lilypie Baby PicLilypie Baby Ticker

April 08, 2006

Layout Baru Ofis ku...


Hai..! Lama tak menulis...akhir2 ini mmg tak ada kesempatan langsung untuk mengulau semasa bekerja. Bos dah tukar layout office. Dia order satu meja panjang yang tinggi (ala-ala macam meja bar tu) dan letak menghadap dinding. Yang lagi best, semua komputer kena letak atas tu..Atas personal table cuma boleh ada paper tray dan alat tulis aje. Hmm...
Dengan adanya layout seperti itu, bos boleh nampaklah apa yg kitorang buat..saiko kan?
Sekali pandang, mmg nampak macam cyber cafe..dua kali pandang, nampak macam kaunter tiket bas ekspres South Johor kat basten Larkin la pulak!
Apa pun yang pasti, aku semakin sukar untuk mengulau! Koff!

AH!!! Boss dah masuk..!! nanti aku sambung..!



Lilypie Baby PicLilypie Baby Ticker