Showing posts with label tak fun. Show all posts
Showing posts with label tak fun. Show all posts

January 14, 2012

Apalahhh!!!


Aih! bangun2 konon nak buat brekfes burger utk anak2..... pagi2 dah panas hati dengan rupa paras terbaru burger ramli ini! patut la arituh ada baca sapa ntah ckp jangan beli burger ramli sbb mahal nak mamps.... ini bukan takat mahal je! nipis yakmat! nasib baik lah rasa menten sedap lagi kan...?


ok, tahap ketebalan jari aku adalah runcing walaupun mempunyai saiz badan yang gemuk. jadi, kau tengok gambar ini adalah mesti faham betapa nipis nya daging burger itu!
Hoh! sama tebal dengan 2 keping duit 50sen je kot!!



Dulu aku rasa 2 keping lapisan burger ini menyamai tahap ketebalan sekeping daging burger sahaja! Jadi kalau sekarang 6 keping dalam sebungkus (RM4.90) sebenarnya hanyalah sama dengan 3 keping saja pada zaman dahulu, jadi ini adalah keji!! Jadi aku adalah marah sangat!! Jadi, ini tak boleh jadi!!! *meroyan tarik2 rambut*




Syarikat ramly sila tukar sajalah gambar muka depan daging burger ini! cuihhhh!!!



December 05, 2011

TRAGEDI 4 DISEMBER - KEMUNCAK KEKALUTAN


Hello ols..

Dua tiga menjak nih memang ada je apa yang aku buat serba tak kena... terrrrrkemekkan keta laki adik aku la, kluar umah lupa tutup pintu setelah 10km baru sedau diri, terkunci dalam rumah anak beranak sebab azat bawak kunci pastu gi kunci sume gril/gate apa bagai (T_T)..macam2 la...

Tapi semalam adalah hari yang sangat hamsap yakni kemuncak segala kekalutan akhir2 ini.. Bayangkan, bawak kek yang paling penting untuk sebuah majlis formal, sampai ke lokasi kejadian - bukak2 kotak kek, tengok kek dah jadi saling tak tumpah macam makanan alien. (T_T)

Kesahnya, adik yang tukang order tu missing in action....berapa kali aku email dia tak reply. So aku assume dia tak jadi order lah kan sbb nya dia tak bayau deposit apa sume. Ye la.. kot aku buat kang, takde orang ambik, naya je. Kalo sekilo takpe lagi, nih 4.8kg kau!

Tup2 tengahari semalam ada sorang ahli kelab tu call tanya pasal cake... aku explain la yg aku belum buat.. Disebabkan majlis tu penting dan memerlukan cake, then aku pun buat kan jugak sebab edible image pun aku memang dah tempah awal2.. So tinggal buat cake n deco je kan..


Satu problem aku adalah nak kena deco kek nih dengan chocolate ganache.. pastu tepek edible image.... Biasa kalo ganache aku mmg kasi dia keras betul2 atas kek baru aku deco... tapi sebabkan dah suntuk sangat, aku sempat sejukkan dalam esbok sekejap je sebab aku taknak dia berwap air dan boleh merosakkan edible image tu... edible nih sugar paper yg boleh dimakan.. memang sangat lembut dan sensitif sket.. kalo kena air, ink (food colouring) dia boleh kembang dan mencacatkan gambau... biasa aku keraskan ganache secara semula jadi yakni, biau dia keras kena angin dari udara/kipas je..



Deco punya deco, macam ni la lebih kurang kek yang aku dah buatkan utk kelab tu semalam.. Yang penting ada gambau + logo kelab sebab ini kek surprise utk Encik Mohd Nor tu.

Seperti perjanjian dengan Tia (the other member of de club yang call aku tu) kitorang jumpa kat tutifruti bukit beruang. Sengaja la kan pilih lokasi tutti sebab nak menggediks kat situ lepas jumpa kastemer. hahahai!~

Aku sampai je situ dalam pukul 6, aku terus inform dia yg aku dah sampai... Tak tau kenapa rasa tak sedap hati sangat - terus aku pgi check kek tu... Bukak2 je kotak..... hahhhhh!!!!!???!!!
Nak pitam okeyyy tengok ganache aku meleleh sampai ke terburai2 keluar dari border cake... pastu edible image plak dah jadik banana split bagai.... Rasa nak nangisss weihh!! Aku call adik tu cakap tak payah ambik sbb cake dah cacat... tapi dia cakap takpe, dia nak tengok dulu..

Elok dia sampai, tengok apa sume, nasib baik dia tak pitam... cuma dia slow talk and nak jugak cake tu... then mintak tolong deco balik la + hantar kat lokasi kejadian sebelum majlis potong cake bermula.. (jam tu dah 6.15pm then nak kena hantar 8pm kat Taman Botanikal Ayer Keroh). Ikutkan aku memang dah mental drop sangat dah and tak mampu lagi nak balik deco apatah lagi nak drive balik pun aku gigil2 je rasa...dah la jarak rumah aku ke Bukit Beruang & Ayer Keroh tu dekat 40minit... Sebabkan adik tu baik dan tak bising2 marah aku sbb kek penting utk kelab diorang tu cacat sbb aku, jadi aku terus cakap ok.

Dari Bkt Beruang pukul 6.15pm aku patah balik kerumah pukul 6.36 dah sampai. Hahahaii!~ Tetiba je kan keta aku boleh jadi keta fast and furious. kikikikihhh!!!

Sampai rumah aku nangis2 macam rosnah mat aris (takde kaitan) sambil nangis sambil deco... Sepbaik Azat tak usik aku...biasa kalo aku buat salah, dia membebel macam kaknam then aku mesti panas ati, tapi semalam dia tengok aku dah melalak so dia diam aje... siap cakap "takpe yang, nanti orang teman awak antar kek keme (kek customer versi rayyan) okeh.."


Inilah kecacatan yang sempat diketik.... aku lupa nak ketik gambau kecacatan sebenar sebab dah sibuk menangis..hihihihi.... edible image tu memang tak dapat diselamatkan lagi sbb terlalu lembut nak dibersihkan.


Aku pun dah blank nak deco cemana lagi sbbnya edible image pun dah takde.... nak lukis balik muka pakcik tu + logo dah memang takde mood dah.. ko bayangkan aku ada 15min aje utk deco balik sebab lepas tu nak kena bergegas ke Taman Botanikal... tau je laa dengan jalan yang jem kat area ayer keroh tu kalo weekend cemana...


Check2 kat stor ada stok bunga biru 2 box.. ok la tu.... Dapat msg dr Tia plak katanya takyah ikut deco asal pun takpe, janji ada cake + wording tu yang penting... Memandangkan kelab Outrecs nih ala2 kelab rekreasi then buat plak kat taman Botanikal, so aku tawakkal je la ambik konsep kulit kayu dan flora2 gitu...


Nih je la yg mampu utk 15minit punya deco..
Minta maaf to Tia & Outrecs MMU's members sbb tak dapat memenuhi permintaan asal. Anyway, tQ guys for the order. Jangan serik ya....


Bye!




July 21, 2011

Derita Pindah Rumah
















Penatttttt woooo pindah rumahh! Nih baru projek kemas rumah lama... belum nak kemas rumah baru lagi (T_T)

June 30, 2011

Diserang Raksasa Malas

......................................blog ini...suda.............macam....... hidup segan, mati tak mahu...............................



arghhhhh!!!!!!!!!!!! malassnyeee nak hapdet!!! *tarik2 rambut!*



sekian lah. bye!

March 23, 2011

Objek Yang Menjengkelkan



Korang tau tak apekebendenye objek lahabau nih?? Korang ada tak benda nih? Dah dekat 20 tahun objek nih dok melekat kat lengan aku (ok, lengan aku memang ada banyak misai.. kofff!!) Tau ke apa bende nih??

Ya! ini ialah parut suntikan BCG masa kita sekolah dulu.. Ntah ape kena ntah, dia bentan. Hambikkk ko parut aku jadi sebesau ibu jari tangan. Nasib baik tak tumbuh kuku je kat situ. (T_T)

Aku sekarang dah merasa sangat tertekan dengan kehadiran parut ini. Bukan sebab aku tak dapat mengenakan tube atau dress bareback ala busana neraka, tapi sbb parut ini adalah gatal yaamats!!!! kadang2 dia bisa dan sakit secara tetiba tahap ko tak tau nak buat apa? Nak tumbuk? nak garu? nak picit? nak carik2? nak cucuk jarum!? aaaahh! pendekata mmg tertekan aku dibuatnya!

Boleh buang ke aaa??? Ke nak kena buat pembedahan plastik ke apa ke? Eeiihh! tak suke!!!

February 14, 2011

Benangkan saja Gigi Anda...

Helo kau semua!~

Dah lunch?
Aku dah.. baru lepas makan sepinggan nasi berlauk daging kicap dan sawi putih masak lemak keledek. Sedap. Tapi tertekan. :

Hazab betul kalau makan daging. Mesti nak terselit. eeihhh!! *tarik2 rambut*


kalo kat rumah boleh la floss2 lepas makan. tapi kat opis takde stok floss..




Jangan kata floss, pencungkil gigi pun takde...






Sekarang nak buat sessi mengumpat floss dan pencungkil gigi. Korang suka guna apa? Aku?? Floss la kot... tapi aku tak pakai floss mahal pun, aku biasa bersihkan gigi guna benang aje.

Aku memang tak pandai guna pencungkil gigi. Semedang hujung dia patah pastu tertinggal celah gigi aku pula. Choii! Satu hal pulak nak kena keluarkan sisa pencungkil gigi tu pulak.. :P


Sebab aku kedekut jadi, aku rasa beli floss tu adalah perkara yg membazir. Sebab aku menjadikan benang sebagai galas ganti.


Satu yang bahaya guna benang nih kalo tak biasa boleh cedera gusi. Jadi teknik tekanan dan ayunan jari yang betul dan lembut diperlukan untuk membersihkan gigi secara telus.


Ok, sekarang nih aku sangat meradang sbb kat opis nih takde orang pun yang ada stok benang! (T_T)


Gusi aku dah sakit..


bye!

February 11, 2011

168

Kurang lebih 168 jam sahaja lagi..... :(

December 21, 2010

Kalau beratur kena ada Etika

gambau ehsan google





semalam sangat penat sebab beratur sangattttttttttttttt panjang tapi berakhir dengan sia-sia.



ahh! lupa bagi salam.. terus terkam aje (-_-;)

salam & hello ols... koff!!

sebenaunye semalam adalah sangat tertekan sbb terpaksa berpindah randah dari satu ATM ke satu ATM yg lain kerana kebanyakkan mesin ATM bersepakat untuk out of services (T_T)

Ekceli, masih ada laa jugak satu ATM yg masih bernyawa gigih menawarkan perkhidmatan, tapi makhluk yg beratur nak cocok duit beratur punya la panjang.. Yang lagi hazab, ko dah beratur tahap dah boleh tertido siap mimpi 2-3 siri, tup2 sampai turn ko, mesin berpuaka tu boleh out of services pulakkkkk... adoiiiihh!!

Ok, sebenarnya bukan nak ajak mengumpat pasal mesin ATM... tapi hari nih nak ajak bergossip pasal etika ketika beratur..

Menyampah tak kalau :

1) orang yang beratur belakang anda adalah tersangat rapat sehingga boleh rasa angin yang keluar dari hidung dia ketika bernafas,

2) orang berdiri tak ikut line, patutnya dia berdiri kat belakang, tapi dia boleh berdiri kat sebelah anda tahap bergesel bahu ala2 lagu kuch kuch hota hei...

3) perempuan berpayudara besau berdiri terlalu rapat dengan badan anda tahap boleh tahu berapa saiz dia pakai (T_T) *serius ini paling annoying kalo kena kat aku..demm yu perempuan gile seks!!* (tapi orang lelaki mesti suke!! choiii!!)

4) orang depan atau belakang anda berbual tahap satu kampung boleh dengau dan disertakan dengan unsur2 riak dan takbur macam dia sorang aje yg mampu. keji okey!!

5) orang belakang anda bergurau senda sesama sendiri dan menolak2 antara satu sama lain sampai anda hampir tersungkur..

6) orang depan kau asyik le nak bergoyang dan berpusing sana sini sampai langgar2 orang lain.. eeih! kau dah kenape????

7) ada orang kentut tapi tak tau dari mana baunya... *pengsan*


Korang?? ada nak tambah??

December 17, 2010

Sakit Gigi

Kak Nam sakit gigi........
Adik nam pun sibukk nak tampal koyok...!
(T_T)
*aku yang sedih sbb koyok terpaksa membazir kepada pesakit yang tidak sepatutnya*
sian kakcha sakit gigi...bengkak sangat...

eceh..eceh....konon sakit sangat la...


kaknam & adiknam : ibu!! stop! jangan ketik lagi!!
ibu: helo??? jangan makan coklat lagi, faham!!???



December 04, 2010

Penat sampai Sakit

Hello lagi..

hari nih rajin sikit nak update blog... susulan aktiviti menjadi pelancong sebenar tempohari, natijahnya kakcha telah dihinggapi penyakit asma yg teruk.. 1st time ambik gas lebih 4 kali dalam 1 hari, sampai kena tahan wad terus..! Bukan sehari tapi 3 hari!

mana tak kena asma...? ko bayangkan, dari pukul 10 pagi sampai 6 petang kitorang jalan dalam USS tu dengan cuaca yg panas berangin.... orang tua pun dah tak tahan, inikan pulak budak kecik..

balik JB dalam bas dia dah start melepek... aku sapu vicks dia ok sikit... pastu sampai JB plak hujan (Singapore panas terik)...
Otw nak balik rumah singgah makan kat Tmn Sri Pulai, time tu la dia dah start menyemput... Terus Azat bawak gi klinik Penawar, ambik gas.

Sampai rumah ok sikit, tapi time tido antara kul 12 ~ 6 pagi tu mmg teruk jugak la... asyik muntah dan dada bergelombang... aduihh aaih!! selang setengah jam dia bangun gi toilet sampai aku tak boleh tido sbb teman dia..

Last2 6.30 azat terus bawak dia pgi klinik Penawar (24jam) balik smula n ambik gas lagi... Aku sampai tertido2 dalam kereta sbb ngantuk + letih tak hingat..

Subuh tu je 2 kali dia ambik gas... last2 doc buat surat refer kat hospital... Memandangkan kami kat JB time tu, aku pun ckp kat azat, takpayah la gi hospital... kita balik melaka terus, kat melaka baru bawak gi hospital.

Tengahari terus balik Melaka, sampai rumah terus pack2 baju lissa incase kena tahan wad, then terus pgi Putra Hospital (panel Ambank). Memang betul pun, doc check and terus tahan wad.
Sudahnya, 3 hari aku berkampung kat Putra.. (T_T)

Kak ipar aku sakat, dok hospital nanti ada hantu. Siap dia cakap nanti ada "nurse" jalan tembus dinding bawak ubat.. Choiii sangat okeyy!! buat org seram aje...!! tapi nasib baik lah wad kanak2 kat Putra nih meriah... so takde la rasa sunyi & seram sangat.. hehehe... KORANG PENAH JUMPA HANTU KAT HOSPITAL???

Ok la... apa2 pun, enjois de pikces..





Pandangan dari bilik kak cha waktu siang - nampak laut selat melaka..

Hujan lebatt! ah, yg terpacak tu adalah Menara Taming Sari

Night view.. Lampu neon sekitar melaka :)


Ayah mithali yg menjaga anak daranya yg sakit..

Amik gas



Ahh!! menu orang sakit macam nih ke? *jeling*


Sibuk betul sorang tu kacau lauk orang sakit..


Pesakit yg gigih berposing

Kita minum duluuuuuu~

October 13, 2010

Entiti Lebuhraya - Tragedi Oktober 10.10.10

p/s: Pet Alien sumber ehsan Google. tiada kene mengena dengan tragedi nahas ngeri Bas Delima.


Hello ols..
Tadi pagi korang ada dengar Hot Chat kat HOT FM?Pasal entiti wanita mengendong anak yang dikatakan melintas di kawasan kejadian nahas ngeri ahad lepas.

Seram kan? kan? kan?

Aku tengah drive pun boleh meremang2 bulu roma padahal siang-siang buta tu.. kalo malam tak tau lah!


Dari cerita DJ hotfm tu, ramai pemandu bas & kenderaan lain yang pernah melalui jalan tersebut, pernah ternampak lintasan wanita mengendong anak.


Ikut dari siasatan awal katanya driver tersebut mempunyai rekod pemanduan yg bersih tanpa sebarang saman dan masalah lain. Bas Delima yg digunakan pula adalah bas baru (2007) dan sentiasa mematuhi peraturan keselamatan Puspakom. Jadi, bila berlaku kejadian yang tak diduga ini haruslah menimbulkan banyak kemusykilan.

Terpanggil pula aku untuk menyiasat. Berusaha detektif Hawa Kindaichi! Penyiasat remaja terunggul! koff!! (-_-;)

Saksi mengatakan bas dipandu secara laju.

Ok, memang logik lah bas dipandu secara laju kat highway. Nama pun highway. Nak2 highway PLUS dimana dari JB sampai le ke KL lurus tulus dan mulus aje jalannya.. khannn???


Ada ke kenderaan yang lalu kat highway tak pernah laju? Ade? Ade? Tipulah ko kata takde.. Ko sendiri pun pecut lebih 110km/j kan? Kekadang lebih lagi.. Toksah menyamar suci bawak keta ala2 pertandingan kereta berhias kat highway! Choiii okeyy!


Tapi....... bila kau sebagai seorang pemandu bas, yang terdapat didalamnya berpuluh2 manusia yang mengharap kasih menagih simpati seakan2 nyawanya dihujung tangan kau, haruslah ko ada sedikit perasaan bertimbang rasa kan?? At least memandulah dengan laju tetapi berhemah (kau mampu?)

Dalam kes nahas 10.10.10 nih, aku rasa memang ya la kot driver tu bawak laju gile..Sebab kereta member salah seorang mangsa yang meninggal tu cakap, dia try follow bas tu, sekelip mata dah hilang, memang rempit gile lahh aku kira..Ikutkan jalan lurus memang takde apa2 kalo ko bawak selaju pelesit pun... tapi, tengah2 speed tetiba ada makcik melintas kendong anak, ko terkejut tak?


Mungkin disebabkan terkejut dan nak elakkan benda tu, maka pemanduan bas ala F1 itu hilang kawalan dan terbabas lalu melambung ke laluan sebelah dan seterusnya menghempap kenderaan lain. Maka, berlakulah satu lagi tragedi Oktober yang penuh dukacita dan titisan airmata. Sedih kau!!


Salah seorang yang terbunuh adalah anak murid adik aku. Sedih sangat.. Comel budaknya. Tak silap aku Sherene Sofea namanya. Sedih aku baca statement paper masa interview parent dia. Al Fatihah.


Pemandu bas JKM yg tercedera tu plak husband kepada salah seorang pekerja Teac jugak.. Sian sangat..


Ok, berbalik pada kisah entiti di lebuhraya.


Korang pernah jumpa apa2 tak sepanjang penglibatan korang kat highway?
Aku... hmm.... alhamdulillah buat masa nih takde.


Busu aku pernah kena. Dia dari KL otw balik Melaka, sampai kat satu kawasan (tak ingat kt mana dia sebut) tetiba nampak ada satu kereta meluncur laju dari arah bertentangan.. Highway kan asing laluan... tup2 tak tau dari mana terlepas kereta yang nak ke utara lalu ikut side ke selatan. Gila ko! Punyalah laju...! Berderau gak darah busu aku masa tu.. Nasib baik dia sempat elak dan takde apa2 berlaku.. 3-4 km didepan, dia ternampak 2-3 keta terbabas secara tak semena2.. Nasib baik tak teruk. Takat terlongsor dalam longkang tepi highway je.. Aku tuduh mereka2 nih sebenarnya pun dah ternampak kereta misteri tu dah cuba nak mengelak lalu sendiri dah terbabas.. hmm..


Macam abah aku, dia memang selalu travel sana sini bawak bos. Takat highway PLUS tu memang lauk dia aje lah... Tapi sekali pun dia tak pernah nak share dengan kitorang adik beradik kot2 dia ternampak apa2 kat highway. Tak tau lah dia memang tak pernah jumpa apa2 atau dia memang taknak share stori.. Tapi yang aku tahu, lagu paling dia benci seumur hidup adalah PUSARA DILEBUHRAYA by Ekamatra. hahahahaha!! dia kalo dengau lagu tu cecepat dia ubah channel.. Dia seriau sket ngan lagu tu katanya. Meremang bulu roma katanya..


Coursemate aku masa kat UTM dulu penah citer, jumpa hantu kat highway. Malam masa tu. Siap terbang sebelah cermin tingkap driver kau!! Gila aahhh dingong!!Kalo aku mesti aku dah drive sambil nangis2 masa tu..koff!! Kalo Azat plak harus dah drive sambil pengsan2 masa tu.. muahahhaha!


Ahh!!Ok lah... Tata!! (mode malas nak taip lagi)

July 22, 2010

Jantan Dayus! Kau memang keji..!




Hello semua..


Korang penah tak tengok kejadian gaduh suami isteri?
Ini bukan gaduh biasa tau.. ini jenis gaduh yang tumbuk menumbuk, banting membanting dan tunjal menunjal segala.. Eihh.. pendekata sebiji macam dalam drama swasta okey!

Kejadian nih berlaku dekat trafik light on de way aku nak balik rumah..

Sementara tunggu lampu hijau, tetiba ada satu kereta jenis honda kaler putih meluncur dengan laju dan membrek secara emergency bersebelahan aku (harus la brek sbb lampu merah) ..

Tetiba dengar bunyi DUNG DANG DUNG DANG dari kereta sebelah.. pastu orang yg naik moto sume dah start toleh2 kat kereta tu... Aku pun pandang la sbb nak tengok apa yg bunyi..

Nak tau apa?!

Rupanya ada sorang lelaki (badan besau okey!! and aku tuduh ini ialah suami) sedang menghentam kepala seorang perempuan (badan kecik and tak pakai tudung.. wife dia la kot) kearah tingkap kereta.. Hentam secara bertubi2 tau!! seram gile..!

Dia cekak baju perempuan tu and genggam rambut perempuan tu sambil hentak ke tingkap banyak-banyak-banyak kali..! Pastu suara dia menjerit2 marah.. tak dengar apa biji butir dia sebut sbb tingkap kereta bertutup.. tapi still boleh dengar la bunyi jerit2 tu..

Semua orang terkesima....

Ada satu kereta belakang honda tu siap bunyi2 hon lagi.. mungkin niat dia nak meleraikan pergaduhan dan penganiayaan itu.

tapi..

takde sorang pun yang tampil menghulurkan bantuan.

maksud aku, sorang pun takde yang berperikemanusiaan.... termasuk aku.

eh! harus la aku tak berani kan?? sebab kang tak pasal2 aku kena hentam sekali..

tapi masalahnya ramai gile okeyy jejantanzz atas motor tu boleh buat derk aje... maksut aku, boleh pandang aje tanpa buat apa2...

Elok lampu hijau aje, terusssssssssssssssssssssss dia berdesup macam pelesit. Tak mampu kancil aku nak mengejau nye... tak tau la apa terjadi pada perempuan lepas tu... harap2 dia tak mati.
(-_-;)


Aku gerammmmm sangat kat lelaki yg membuli perempuan!

tak kisah la bini kau memang betul2 salah ke... atau buat kau marah tahap dewa raksasa dari ruang angkasa syaitan ke... Tapi, kau ialah lelaki!! dan lelaki yang memukul wanita itu adalah seorang yang sangat-sangat-sangat DAYUS dan BANGSAT!!

masa menaip nih pun aku gigil2 menahan marah...


p/s: Orang perempuan..! kalau kau kena camnih, korang senyap aje ke...?? atau lawan balik? hmmmm....


July 19, 2010

Perempuan Magic Telinga Berisi Pensil Kaler

Hello semua... *jeling tajuk spesis meroyan...apakah!??!!* (-_-;)

Lama gile tak apdet... malas tak agak2... dulu aku fikir kalo rumah ada internet harus tiap2 jam aku apdet blog.. kenyataannya nan hado!! lagi malassss ade la.. hihihi...


Penatnya weekend lepas nih.. patutnya ahad adalah hari melepak sedunia.. aku ngan azat plak boleh kehulu kehilir cari klinik sbb telinga Lissa masuk mata pensil kaler!! eihh!

Smlm pagi lepas mandi aku pun ambik la cotton bud nak servis dia.. biasa la ahad kan hari kita servis bebudak.. potong kuku cuci telinga apa sume...
pastu time korek tlinga dia tu la aku baru perasan.. korek2 sekali keluar warna merah.. ingatkan darah tapi tengok kering aje.. tak puas hati, aku gi ambik torchlite suluh tengok mmg ada mata pensil kaler merah dok melintang kat lubang tu.. aduihhhhh laa!!


Tanya kat dia cemana boleh masuk pensil kaler nih, dia cakap dak daniel masukkan..

Aku tanya nape biarkan dak daniel masukkan kaler??! dia cakap entah... icha pun tak tau...

aduhhhh la anakk...anak....


Lepas lunch ayah bawak gi klinik... sume plak tutup.. geramnyaa!! ingat ahad takde orang sakit ke???


Ada satu klinik bukak, tapi doktor dia tak boleh buat plak... dia try tarik asyik terlepas... sbb licin. mata kaler pensil tu kan licin...
pastu pgi klinik lain plak.. jauh sampai ke bandar...


Hazab tak hazab nak cari klinik yg bukak!


Sampai time check, doktor tu pun cakap tak boleh buat gak... dia cakap gadget dia tak boleh muat telinga kanak2... sengal!! dah sah2 la yg selalu tersumbat barang dalam telinga tu budak2...yg ko bli saiz orang tua buat apa?? eeihhh gerammm je aku!
last2 gi GH... emergency.


Dah la sikit punya ramaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii umat manusia kat situ.. ye la...dah sume klinik tutup.. sume orang lari gi GH la...
sampai turn kakcha, doc tu pun cakap tak boleh buat on the spot... kena gi ward telinga. ada pakar. tapi bukan sekarang...hari isnin baru dia ada.. aduihhh laa... satu hall plak nak ke GH.... (T_T)


Aku tanya kat doc bahaya ke lead dalam tu..?
dia cakap actually tak bahaya.. sbb dia bukan benda hidup.. and tak membusuk. kalau kacang/makanan berbiji tu bahaya sikit sbb dia boleh membusuk..
yg mata pensil kaler nih dia benda mati.. so as long as tak masuk air tak kembang la.. dia still camtu aje. cuma jadi bahaya kalo kita korek lagi dalam...takut rosakkan gegendang.


Tapi kalo rasa sakit kira kena bertindak gak la... tapi tengok kakcha rileks aje... siap boleh ketawa2... tu yg aku jadi tak berapa risau sangat.


Doktor cakap lagi benda tu ada kemungkinan boleh keluar sendiri.. so dia galakkan tidur mengiring belah kiri (kena tlinga belah kiri)..


Tadi pagi nenek hantar kakcha gi skola...terus jumpa cikgu mimi bagitau pasal nih.. terkejut cikgu dia.. mak aku tu kan bekas cikgu tadika, so dia kurang emosi la... kalo suh aku mau aku dah smack down si daniel tu.. ekekekeke!! aku bukan marah sebab dia masukkan barang dalam telinga lissa.. pompuan tu pun salah, dah pgi rela tadah telinga suh kawan masukkan barang kenapa!? Yang aku marah...........sebab............masa rehat aku pada hari ahad terbuang dengan sangat sia2...

Ok la.. bye!

June 27, 2010

habislaa... rosak suda...!

Ahhh!! Tengok!!! Gigi kakcha dah mulai merosak..
Habislah kredibiliti aku sbg seorang ibu yg mementingkan kecantikan gigi anak2 (-_-;)

Aku ingat lagi masa mula2 kakcha menjejakkan kaki ke sekolah, balik je rumah perkara pertama yg dia bergossip dengan aku ialah pasal gigi kawan dia... masa tu aku bawak dia pusing2 taman naik keta, pastu tetiba dia nampak kawan sekolah dia, Aisyah. dari dalam keta bukan main dia berbabai2 dengan si aisyah tu...hilang je kelibat budak tu terus dia citer kata aku,
"ibu, itu la kawan icha, dak aisyah... dak aisyah tu gigi dia hitam!!" siap muncung2 lagi macam kak kiah rambo..

Sekarang tengok!??!!!!

Kan dah kena pembalasan.. gigi icha pulak dah hitam.... buruk betul lah! isskk!

Nak kena cabut ke eh?? atau nak biarkan je sampai tumbuh gigi baru? Serius tak cantek!! :(





senyuman yg dah mulai mencacat...

gigi....mak aihh! (T_T)




June 07, 2010

Eksiden versi Mini

Mood update tetiba dah marii..


2-3 minggu kebelakangan nih mmg agak sibuk dengan perniagaan kelakar. Serius penat..!! Kat opis asyik menguap aje. Sampai kena kutuk dengan rakan2 sekitar meja. (T_T;)


Aku tak tau samada aku patut teruskan hobi yang dah menjadi sebahagian dari sumber rezeki aku nih atau tak... :


Ikutkan, memang la seronok buat perkara yg kita suka dan dalam masa yg sama dapat menjana keuntungan dari minat kita... tapi bila fikirkan prestasi kerja aku kat opis yg semakin merudum, dengan bekal azat yang dah superlamagileeee tak buatkan.... dengan kakcha & adik rayyan dah kurang dapat tidur atas lengan aku waktu malam... buat aku rasa macam seorang manusia yg tak berapa berjaya mengendalikan kehidupan...


Baru-baru nih aku terlibat dengan satu kemalangan kecil.. salah aku sendiri.. nasib baik budak motor tu tak apa2...


Ntah apa lah yg aku beranganszz kan time tu, main keluar aje dari simpang. aku cuma sedar tup2 side-mirror aku pecah kena rempuh dengan mat motor yg datang dari arah kanan. Memang jalan dia time tu... aku boleh tak terfikir langsung nak berentikan kereta walaupun lampu merah time tu.. SENGAL KAN????


ekceli jalan tu memang la kawasan tak banyak kenderaan... tapi kalo ikut hukum alam, haruslah aku stop dulu dan pandang kiri kanan... nih tak, aku main masukk aje.. dah la aku makan side sebesau2 ruang... aiihh!!!


tup2 aku tengok budak motor tu dah terhuyung hayang mengendalikan motor dia supaya tak jatuh tergolek...
Nasib baik la time tu aku tak berapa laju n budak tu pun tak berapa laju.. kalo laju tu mungkin dia dah arwah... aku pulak terpaksa berhadapan dengan tuduhan membunuh . ehh...kena masuk penjara seumur hidup segala...kena bayar denda lagi...kena rotan 9 sebatan dipunggung lagi....rosak implan punggung aku.....TIDAKKKKKKKK!!!!!.....
(-_-;) kofff!


Aku tengok budak motor tu dah berenti kat tepi.. aku tengah terhegeh2 lagi berfikir samada nak meneruskan perjalanan atau nak melarikan diri.. (hikk!) tapi sebab aku wanita gentlemen jadi, ambil keputusan utk berenti melihat keadaan budak tu. Aku tengok kaki dia meleceh sikit dan berdarah (tu laa..sapa suruh bawak motor pakai selipar...kan dah darah!) Kuku tangan dan jari kecik dia pun berdarah..mungkin sbb kena serpihan side mirror aku yang pecah.


Aku tanya dia, "ok ke dik? ada apa2 cacat tak?" (Ehh...apsal le aku tanye camnih?)
Dia diam je sambil buat muka ketat dan sibuk tengok kuku dia yg berdarah.. marah le tuuuuh...

aku cakap lagi, "jom akak bawak gi hospital... motor tinggal sini, jap lagi akak call pomen suh check"
cewahhh... beriya aku beri arahan padahal aku sekor haram tak kenal mana2 pomen..no.tepon pomen pun takde..!!


Budak tu bila dah dengar aku cakap camtu, terus dia angguk2... dia cakap "takpe kak....tak teruk sangat..saya call ayah saya dah..saya cuma nk gi ambik MC aje.."


Aku pun call azat suh datang... cam biasa lelaki ittewww mmg tersangat lah panik tahap bini nak beranak kat hospital dia kat rumah dah siap pengsan2... aih..
Lepas call azat, aku call abah aku cakap eksiden..

Abah aku : ade sesapa mati tak?
Aku : takde..
Abah aku : ade sesapa cedera parah tak?
Aku : takde..takde..
Abah aku : ade letupan tak?
Aku : eeihh! takde! takde!
Abah aku : aaaa...takpe.. kalo gitu bagi dia rm10 je pastu lari la..hahaha
Aku : (bergurau apa orang tua nih????) (T_T)


Aku call Najwa & Yan sbb diorang tinggal kat area2 tu jugak... mana la tau kot2 kenal mana2 pomen...


sementara tunggu orang2 yg berkenaan sampai, aku pun dok lepak ngan budak tu tepi jalan.. sambil tu sembang2...
ye laa.. dah budak tu tak cacat apa2 harus lah aku ajak bersembang... kalo dia pengsan ke mengelupur tepi jalan dengan darah menyembur2 dari kepala, takkan la aku nak ajak menceceh pulak kann?? Dah sembang2 tu budak tu pun dah ok sikit ngan aku...
Tak lama lepas tu Yan & Najwa pun sampai... Azat pun sampai sekali....laju gile mamat nih drive agaknya... Umah yg jauh ghaib dari lokasi kejadian pun dia boleh sampai begitu pantasz.. hehei!~

eh tak lama lepas tu family budak motor tu pun sampai.. Rupanya mak dia adalah Sister.. eh bukan sister rahib tu okehh! tapi adalah sister hospital... kira kepala nurse lah... Muka serius aje.. Dia tak pandang aku pun...dia terus tanya keadaan anak dia... tanya cemana boleh kena? aku terus nyampuk, aku cakap "salah saya makcik..saya yg tak perasan dia lalu" senang citer, mengaku je lah kalo dah salah kannn???


elok nampak je ayah budak tu, azat terus ketawa.. Rupanya anak kawan dia... Ayah budak tu ok je.. cuma, yelah...risau la anak dia terlibat dengan kemalangan...
eh, bukan ayah dia aje...haruss lah sesapa pun risau kalo family dia eksiden kan?
aku cakap aku nak bawak anak dia gi Putra utk check n ambik MC. memula pakcik tu kata, tak payah sbb bini dia lagi terer buat dressing dan merawat pesakit. tapi sbb aku cakap pasal MC, so dia kasi la anak dia ikut aku ngan azat...


Masa mula2 berlanggar tu, motor dia tak boleh hidup...tapi dah lama2 ok..legaa akuu...tak payah bawak jumpa pomen. Budak tu pun gerak sendiri dengan motor dia tunggu aku kat klinik. Lepas check itu ini, cuci n balut luka, aku bayarkan duit klinik...kena dalam rm60 (bapak mahal padahal cuci luka je... kalo suh mak dia buat pun boleh free2 aje...ceh!) Aku pesan kat budak tu, esok dah ok gi jumpa HR dia, buat surat and claim duit klinik.. dia menurut je arahan aku seperti adik2 yg mendengar nasihat.. Sebelum balik tu, dia salam2 ngan aku dan azat... siap cakap "Kak....minta maaf ye kak kalo apa2.."
(eh?? bukan aku ke yg salah tadi???)
*konfius* Aku pun mintak maaf gak la kat dia...


Apapun, alhamdulillah semuanya tak berapa serius dan selesai dengan cara yg baik..
Letih pulak aku menulis.. lain kali sambung lah! bye!!

May 22, 2010

MINTAK TOLONG

salam..!~


sebelum aku meroyan panjang, nak minta tolong kepada sume yg arif pasal tempelete2 blog kejadah nih.. ok, sebelum tu...cuba korang scroll aku punya blog nih sampai bawah..
perasan tak ada 2 tingkat? err... maksud aku... perasan tak ada 2 post yg sama set belah atas and belah bawah... ahhh!! apa aku tanya aku sendiri pun tak erti... aih! (-_-;)~
masa aku check kat LAYOUT, baru perasan ada 2 blog post bertindih..
*rujuk gambau*



kenapa ada 2 aaa...??? cemana nak delete salah satu?



biasa kalo gadget2 belah tepi tu ada icon REMOVE dalam dia... tapi yang blog post nih takde plak...

aaaaaaa... tertekannya akuu!! **tarik2 rambut**

sila bantu! terima kasih..

p/s: baru lepas eksiden.. nanti aku cerita kendian..

May 13, 2010

amendee le punya promoter..~

hello...


Last week lepas hantar cupcake kelakar kat customer, aku ngan kakcha sempat berpoya2 kat pasaraya X (takleh sebut sebab lepas nih aku nak mengumpat salah seorang pekerja disitu..hihik!)


Tujuan asal nak cari stoberi sbb esoknya tu ada customer order nak cupcake stoberi.. kakcha plak sibuk cakap kat aku Scott Emulsion dia dah abis.. sibuk suh beli. Kitorang pun g la kat area farmasi dalam pasaraya tu. Ekceli anak2 aku memang tak reti makan ubat cecair.. sebab tu aku bagi diorang scott jelly tu.


Masa sampai kat tempat yang dituju tu, rak ubat tu berkunci.. Tetiba ada sorang kakak nih (ya! ini lah orang yg aku nak bergossip tu) datang kat aku. Dia tu bukan pekerja sebenar pasaraya nih tapi adalah promoter utk ubat/pil kesihatan. Sebabnye pakaian dia lain dari pekerja sebenar.. dia just pakai sut hitam. Orangnya agak berusia, kulit sawo tapi muka gelap sket, badan agak gempal, rambut pendek siap ada dye kaler gold tak tahann..paling tak bley blah dia punya slang very the new york city tuu.. hehei!~ Rasa nak tolong gi ambil cermin suruh dia bermuhasabah diri.. koff!~


Aku : Kak, boleh tolong ambil kan Scott tu tak?

Promoter : Nak beli vitamin untuk anak ke? Elok try produk nih.. bagus untuk mata, rambut dan minda...

Aku : tak pe kak...dah biasa bagi dia Scott. saya nak scott tu je..

Promoter : Try la yang nih.. kita sebagai ibu kena pastikan makanan terbaik untuk anak2 kita... bla..bla..bla...


kakcha : *mode tersengih2* ibu...icha nak skot emosyen..


Promoter : Adik bagus tau makan nih..rasa oren.. lagi sedap.. nanti muka cantik.. takde parut macam muka ibu awak..


Aku macam....WTF?!! Apahal kau??? Siall punya gemuk..!! *muka sentap*


kakcha : Icha tak nak.. tak sedap... (bagus anakku!!)


Aku : cepat sket bley tak kak???? saya nak cepat nih.. (buat muka serius)


Promoter tu pun terdiam dan terus cepat2 bukak almari dan ambikkan aku scott emulsion.


Cam harammmm kan promoter camnih??? Mampusla sampai tua ko jual barang takde orang nak beli sbb mulut puaka.


Patut dah tau keja tu promoter, kena la jaga hati pelanggan.. cakap perkara yg berkenaan aje tentang produk yg dijual dan jangan menyentuh isu2 tak berkenaan. Cam si hamlau tadi tu, kata bagus utk mata, rambut dan minda..jadi apa relevannya ko kaitkan dengan muka aku pulak??? demm yu! (mode sentap tak habis lagi..ekekekee!)


Alaa..aku dulu pun pernah kerja promoter.. Agak2 la nak berbahasa tu kalo nak customer beli barang kita.. Kita buat baik dengan orang, sure orang buat baik dengan kita, ye tak? Ikutkan boleh jek kalo aku nak beli produk dia tu...tapi sebab nyampah mulut cam longkang, langsung aku tak hinginnn nak beli.. tak pasal nanti anak aku makan ubat dia, terus bermulut puaka dan berkerak macam dia..choiii okehh!


Teringat aku masa zaman studi dulu.. Citer pasal roomate aku, kakchik Rashidah beli alat mekap kat Jusco Taman U. Kakchik nih kulit muka dia mmg halus berseri macam telur dikupas. Dia pun mmg ada tabiat suka mekap..mmg seorang bomoh solek... hihihihi...
Ada satu hari nih, dia tengah tengok bedak compact kat situ.. tetiba ada sorang promoter melayu nih datang kat dia..


Promoter tu pun sibuk la promote barang dia kat si kakchik nih... yang tak tahan dia siap bleh cakap "akak tengok muka adik nih bercapuk.. kalau pakai bedak nih sure lagi cantik, kedut dan line halus nih sume boleh cover"


Kakchik pun sentap... lagi satu cam haraammm... apa motif cakap muka orang bercapuk padahal langsung tak...??? kot ye pun nak lariskan barang, agak2 la bagi komen. Customer tak suke orang merendah2kan mereka..


Kakchik yg mulut boleh tahan lazer tu ada sound something kat pompuan promoter tu...aku dah tak ingat sangat dia cakap apa.. tapi lebih kurang macam nih laa.. "kalau pakai bedak nih sure muka jadi buruk macam awak" kihkihkih!! ketat gile muka promoter tu. hambik!


hmm.. satu lagi, aku paling tak suka kalo ada promoter/ salesgirl jenis yg mengekor je mana kita pgi. Ala2 macam pegawai pemantau takut orang nak rembat barang kedai dia.. Eihh! rimas okeehh!? Dulu masa aku ngan kakchik (citer pasal ngan kakchik gak nih) jejalan kat Skudai Parade, masuk kedai aksesories, ada satu amoi nih asyik mengekor aje... pastu dia tanya kakchik nak cari apa dengan muka n nada yg agak poyo.... si minah nih dah bengang terus jawab "Nak cari pasal..!!" kikikikh!! boring je muka amoi tu then terus blah...


Ok la... sampai sini dulu kita mengumpat promoter. Diharap promoter2 yang ada buat perangai tak semenggah seperti ini, sila ubah perangai untuk masa depan yang lebih gemilang..

Jumpa lagi di lain sessi. tata!

April 21, 2010

Edisi sila Menangis




Tengok gambar nih cukup laaaa menerangkan bagaimana kesannya kalau membiarkan anak tanpa pengawasan kurang dari 1 minit...!!


Aku baru nak marah kakcha, tetiba dia cakap "Ibu jangan marah icha sbb icha dah tolong marah adik rayyan. Dia yg sepahkan.."


aku tengok muka rayyan.... dia terus buat2 tak kenal aku !


Aaaaaiihhhhh!!! *nangis laju-laju*

..................penatnyaaa..................!!!!!!


moral : jangan letak suratkhabar merata2

April 19, 2010

Mesti belajar Mengira! Mesti!!



Hello olls..!~


Hari nih aku nak share citer pasal MATEMATIK. Korang minat tak subject matematik / ilmu hisab / pengiraan ape sume tu lah..????

Aku tak...! sumpah tak..!! Nak2 matematik tambahan.Dah la dapat cikgu botak dan langsung tak kacak serta suka ketawa seorang diri.. Apa dia cakap sepatah haram aku tak masuk otak. Memang misteri.


Tak tau la kenapa... tapi mostly dari cikgu sampai ke lecturer yg ajar aku Math semuanya mempunyai kriteria yg hampir sama. Biasa time skola dulu aku dapat add Maths 4/100 atau 2.5/100. ya! ya! aku tau..mmg markah yg sangat hina. Kalau dapat 40/100 tu aku mmg siap2 frame dah kertas exam tu dan tampal kat papan kenyataan kelas!


Aku cuma belajar betul2 math & add maths masa nak SPM sebenar aje. Sangat bertungkus lumus tahap tak ingat benda lain dah... Alhamdulillah dapat result cemerlang *muka kerek* dalam Math dan lulus Add Maths. Jadik laaa..kannnn!!??


Ok, kenapa citer pasal matematik?


Gini, semalam adalah Girls day Out bersama anak masing2.. Aku dan adik2 aku Teh & Najwa bersama anak masing2 dan meninggalkan suami masing2 (koffff!!) telah bersama2 bersatu tenaga utk berfoya-foya mencuci mata dan shopping serta makan-makan dan bergossip tentang jiran tetangga dan rakan sekerja. (-_-;)


Lokasi sasaran kami adalah pusat membelibelah popiler dibandar Melaka.


Masa tengah jalan2 tu aku ternampak la satu stall yg jual beraneka jenis kek lapis.
Menitikkkkk air liur uolss!!Aku kan pencinta makanan.. haruslah aku teruja kan?? Dah la berwarna warni.. nampak fresh dan sungguh mengiurkan.Aku pun gi lah kat stall tu. Budak yg jaga kedai tu pun agak ramah tamah dengan aku. Harus laa ramah kan...kalau menyombong baik tak payah meniaga..


Harga kek lapis kat situ pun agak ok la... Aku berkenan pada kek yg dah siap slice ketulan kecil dan ada 3 flavour dalam satu pack. Harganya cuma Rm13 saja. Lebih kurang trial pack kekdahnye..


Aku pun angkat la 2 pack yg berharga rm13 tu. Masa nak bayar tu, aku tengok budak yg jaga stall tu terbongkok2 cari something dalam laci.Lama gak dia cari benda tu...akhirnya jumpa. Ingatkan apa, rupanya adalah sebuah KALKULATOR.


Muskhil.. tapi aku diam aje la.. Kenapa ambik calculator eh? Aku pun bergossip la dengan perasaan sendiri "ohh agaknya dia nak kasi diskaun kot sbb aku beli 2 pack.." (gossip sia-sia)


Aku tengok dia tekan - '1,3 + 1,3 = 26'
Lepas tu dia cakap "ok kak, sume skali RM26 je"


*jatuh*


bergurau apa!!??!!!!!


Adakah susah sangat nak mengira Rm13 + Rm13 sampai buat aku terpaksa menunggu dia mencari kalkulator begitu lama semata2 nak mengira jumlah pembelian aku?!

aaaiiih.... *kecewa*

Aku tuduh mesti budak ni selalu ponteng kelas matematik!!


Terus berjanji dengan perasaan sendiri "Aku mesti ajar kakcha dan adik rayyan belajar matematik dengan bersungguh2 kelak!!"


Nasib baik la budak tu berwajah lembut dan berbudi
bahasa.. Walaupun dia tak begitu cerdik mengira, aku
maafkan la dia dan tetap mendoakan peniagaan dia berjaya.

Amin.

Sekian.

April 02, 2010

Ini Entry Sedih..



Hello olls..



Mlm tadi, eh...bukan malam la, actually dalam kul 2.30am tadi aku bangun tido utk sambung kerja-kerja pembikinan kapkek & coklat kelakar.

Biasa la, aku punya working hour mmg selepas jam 12.00am sbb nya aku kena kasi askar2 tidur dulu bagi mengelakkan perkara2 yang tidak diingini. Tu pun kadang2 terlepas gak askar yg paling kecik yakni adik Rayyan sbb dia suka terjaga secara tiba2 bila terbau makanan. Aku pernah kehilangan seketul kapkek dulu.. puas cari x jumpa. Memula ingat nak tuduh tikus tapi cam tak logik.. Check2 dalam bilik, tengok ada serpihan bekas kapkek... tengok kat mulut tertuduh, ada sisa2 kapkek melekat.. ciss! sah mmg dia la saspek yg bertanggungjawab..


ok, sambung topik utama.. koff!


tengah aku sibuk buat kerja, tetiba Azat bangun dan datang kat aku sambil berkata "Din beramboi dah meninggal..'


aku tuduh dia mengigau time tuh!!


Aku pandang muka dia lagi.... dia cakap "orang tak mengigau lah!" (cam tau jek aku tuduh dia..ohok!)


Aku tanya lah, mana dia tau?


Dia jawab "Azim sms..." [sapa Azim?? ahh ya.. orang ini ialah twin hasben aku]


Terus aku terkesima sebentar. Rasa macam tak percaya.. tapi tak mustahil sbb benda2 mati nih jarang Azim buat main2.. Lagipun sejak2 dia ada leptop baru *menjeling* harus la dia senang dapat info walaupun tetengah malam ghaib sekalipun. khannnn!???? sebab tu jugaklah Azat makin mengelitik nak beli leptop baru jugak.. huahuahua!! (haruss aku menghasut dia)



Serius lah...!!!


Lepas dapat tau pasal berita pemergian En.Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri (43) memang aku sedih sangat. Tapi aku takde la sampai tergamak ambik Emergency Leave atau MC semata2 nak menangisi pemergian beliau. Kofff!! *terus jeling kakchik Rashidah Kutama yang cuti sekolah sesuka hati semasa Sudirman meninggal dunia dengan alasan sedih melampau..*

Ofkoss la aku terasa sedih sbb hari2 aku layan Sawancara & Drama Sebabak kat radio Era. Ekceli, sorry to say... dah lama aku tak layan Era sejak Nana Kerr dan rerakannya men-Deejay Pagi di Era tu.. Lepas Aznil & Din Beramboi take over baru lah aku dengar balik Era.

Sekarang, tinggal lah PakNil sorang ..

Sedihnya, dia pergi disaat namanya masih di sanjung.. memang terasa sangat..kehilangan dia.

Apapun, aku cuma dapat sedekahkan AlFatihah dan mendoakan semoga Allah menempatkan beliau dikalangan orang2 yg beriman. Salam Takziah untuk keluarga, terutama kepada isteri dan anak2 beliau. Semoga tabah menghadapi hari2 mendatang..



Aku terus tengok muka Lissa & Rayyan waktu mereka sedang tidur.... cemanalah agaknya kalau aku dan azat takde.... sedih!