April 16, 2010

Pop Cakes Resepi




Hello.... seperti yg dijanjikan..disini aku ingin berkongsi cara membuat :-
POPCAKE SERI KELAKAR.
Bahan :

1) 1 roll swiss roll * aku tak sempat nak buat kek sendiri - so beli dah siap je :P **
2) 150g cream cheese
3) 50g icing sugar
4) Compound Dark chocolate - pakai brand Beryls lebih sedap
5) White Chocolate + strawberry emulco + fresh cream (fresh cream sikit je.. ala2 nak buat ganache tapi jangan cair)

Cara :

Pukul cream cheese + icing sugar.
Ramas swiss roll sampai hancur dan masukkan cream cheese tadi.
Gaul sebati dan bulat2 kan sebesar saiz ping pong.
Kemudian masukkan dalam petiais at least 2 jam..

Cairkan dark coklat (steam bath).
Cairkan white chocolate + cream + emulco - masukkan dalam piping bag utk hiasan.

Bila pop cake dah keras - celupkan dalam dark chocolate. Buat sampai habis.
Masukkan dalam peti ais sebentar sebelum di hias.

taraaa!! siap!
Selamat mencuba :)

17 comments:

Anonymous said...

salam nk tnye..compound dark choc tu same ke dgn cooking choc? terime kasih

PertMuffin said...

rasanya sama.. cuma compound chocolate tu ada banyak varities of chocolate percentage. kalo nak sedap cari la cooking chocolate yg masyhur seperti herseys ke..van houten ke...harusss lah pop cake tu lagi sedap :)

Anonymous said...

nak tanya, white chocolate untuk hiasan tu guna compound choc ke cooking choc.

PertMuffin said...

guna chocolate compound brand beryls. cooking choc tak berapa sedap.

Anonymous said...

salam, kalau tak gaul ngan cheese boleh tak? ada lain2 option tak?

PertMuffin said...

mungkin boleh ganti dengan buttercream. function cheese tu utk kasi sedap & bagi kek tu melekat... tapi kalau guna kek moist tanpa tambah apa2 pun boleh kot? asalkan dia boleh melekat utk buat bentuk bulat..

masha_7985 said...

salam..sukatan adunan ni leh wat bape biji?

PertMuffin said...

hi marsha,
sukatan nih boleh dapat dalam 20 biji.

masha_7985 said...

terima kasih..leh simpan sampai seminggu tak?biase kalau pop cake pakai cup saiz 7 ke atau y lebih kecil?y mane lebih sesuai?

PertMuffin said...

depends expiry date swiss rolls tu jugak kot.. saya tak pernah simpan sampai seminggu. buat sekali terus abis.. so tak sure berapa lama boleh simpan :)

masha_7985 said...

ok terima kasih tok info td.. :)

ARAFAH said...

mm..just nak kongsi info...cooking chocolate ngan chocolate untuk buat chocolate ada bezanya...cooking chocolate dah ada campuran didalamnya..chocolate yang digunakan untuk chocolate adalah tulen dari biji koko..so, taste dia lain sikit..

PertMuffin said...

thanks arafah sudi share ilmu :)

Save More said...

alhamdulillah...sesamala kongsi ilmu kan...xkemana pun...anyway sudi-sudi kanlah lawati blog saya>>>
http://sweet4utaste.blogspot.com.my

ima said...

Hi, for the 1st time i buat jdi, family dgn kwn2 semua puji thanks sgt2 :)

eda said...

akak.. if eda nk buat mcm ala-ala lollipop nak cucuk batang tu bile ek?

PertMuffin said...

ima : congrats ;)

eda : cucuk sebelum salut dengan coklat. then salut sekali batang lolli dengan coklat supaya dia kukuh. refer gambar nih :
http://1.bp.blogspot.com/-gJM5Oeaa8HM/TbB7gYJhdZI/AAAAAAAAGS4/6wcG07vei1w/s1600/IMG_5742.JPG
atau link ni :
http://pertmuffins.blogspot.com/search/label/POPCAKES