February 11, 2012

IKAN KUKUS NYONYA STYLE

hello ols..

Aih... mula2 bersemangat berkobar nak update blog.. tapi tunggu gambau loading punyalah lama sampai takde mood dah nak menaip..

Sebenarnya aku nak berkongsi resepi yg sedap tapi simple. orang bizi seperti aku pun boleh hasilkan menu yang mantap dalam beberapa minit saja. maksudnya sambil adun kek, dah siap satu hidangan. haa... mantap ke mantap kalo gitu rupenya...

Ok, sebenarnya aku cadang nak guna ikan bawal emas utk resepi ni... tapi sejak aku dok promot kat fb pasal ikan bawal emas aritu, dan2 je dah takde stok kat pasau... aih! jadi arini aku guna ikan siakap sajalah...

Watak utama dalam resepi ini ikan dan sepeket perencah laksa nyonya (apa2 brand pun boleh).
Watak sampingan adalah bunga kunyit. hoho! pokok kunyit aku dah berbunga. kagum tetiba dapat tengok bunga kunyit (sebenarnya jakun.. kofff!!!)


Ha... ini la bunga kunyit, cantikkan? macam bunga cempaka pun ade, macam bungapi pun ade...eh!


Marilah membaca bahan-bahan utk resepi ini.

1) seekor ikan yg isinya lemak, kental, maveles (contoh siakap, bawal emas, jenahak, ikan pari pon boleh!)
2) sepeket perencah laksa nyonya (aku pakai brand Mak Nyonya)
3) mix vege atau apa2 sayur ikut suka kamu
4) daun ketumbau/coriander/cilantro/ atau daun lipas bak kate KOG (kihkihkih!!!)
5) aluminium foil


ini perencah yg aku guna..


Cara membuatnya :

Mula2 bersihkan ikan (suruh je la pakcik jual ikan siangkan ikan - umah aku takde parang - ikan besau memang mintak budak tesco tu siangkan n kikis sisik sekali...). Kemudian letakkan ikan atas aluminium foil.

Lumurkan perencah laksa nyonya atas ikan dan taburkan mix vege.

selitkan bunga kunyit kat perut ikan - motifnya akan mengalirkan haruman kunyit keseluruh badan ikan - hantam sajalah!!


ada orang suka tutup permukaan atas ikan dengan aluminium foil juga, tapi aku lebih suka tutup dengan daun kunyit saja memandangkan daun kunyit kat rumah aku sangat besau sampai boleh buat selimut (ok tipu). ohok!!
Kemudian masukkan dalam oven dengan suhu 160 derjah - selama 20 minit atau sehingga ikan masak - nak tau masak ke tak cucuk dengan lidi - kalo tembus sampai bawah dah masak la tu..
Kalo takde oven, masuk dalam kuali besau pastu tambah air secawan - hidupkan dapo gas dan tutup kuali dengan penutup periuk. Ah senang nak kukus pun boleh....atau guna apa2 je la teknik asalkan ikan tu masak sudeh...

ha... lepas masak daun kunyit akan mereding begini.. hehei! tapi ikan menten segar dan wangi...


Kemudian bolehlah taburkan daun ketumbau untuk hiasan.

haa... lihatkan perutku. rampingkannn?!



Ini memang sedap makan dengan nasi panas. tempoh penyediaan dalam 5 minit - tempoh masak dalam 20 minit - tempoh kenyang 6 jam! ini memang adalah senang sbb kau cuma sibuk 5 minit je... yg lain2 biar oven je yg bertugas. memang sangat sesuai utk orang sibuk bekerja tapi mementingkan nafsu makan dan kasih sayang suami dan anak2. hahai!~

bye la!




3 comments:

Rapunzel Cikilolo said...

nmpak sedap :)

kucingorengemok said...

daun kumbang la, bukan daun lipas, hehe

PertMuffin said...

@rapunzel : memang adalah sedap berdasarkan rempah laksa mak nyonya tu..silalah cuba!

@KOG : kihkihk! salah ye? ampunkan kamiiii penunggu guaaaa..