November 24, 2008

Selamat Pengantin Baru Maini & Art

helooo!!
hari nih hari ke dua aku masuk opis balik.. yeah!! Teac, i'm home!
sepanjang percutian aku arituh nasib baik keja2 aku takde yg terbengkalai. job2 penting sume K7 (bos aku) ambil alih dengan jayanya. job2 yg tak berapa penting pun Rani tolong buat dengan sangat ikhlas. terima kasih pasukan pengambilalihan tugas!

sabtu lepas aku menghadiri majlis perkahwinan kawan baik aku. my bestest fren ever! Maini & Art. dedua member baik aku. tak sangka kan maini...? bermula dari kelas 3D Max yg buat kita ambik sem. mei, dok kat taman teratai, hidup malam, mati siang, meluzer2 kat #empire_records akhirnya korang bersatu jua di jinjang pelamin. syabass bethe!! aku doakan yang terbaik utk kau berdua. moga cepat menimang cecayamata yg debab macam baby carrot yang menyedut zat dan daging dari ibu dan ayahnya *jeling alif*



Memandangkan kau sudah pun bergelar isteri orang, aku dengan sukacitanya ingin berkongsi beberapa tips untuk membina keluarga yang harmoni (walaupun keluarga aku sendiri kadang kala merungsingkan orang. kofff!!!) Petua ini juga aku tujukan untuk adik2 yg sudah atau bakal mendirikan rumahtangga..

1) Makan & Pakai - untuk memikat suami, kau perlula memikat perutnya dahulu. tak kisah la masak cincai2 pun. janji masak sendiri. Bagi makan banyak2 sampai dia gemuk macam laki aku. koff! Jangan lupa buatkan air minum barang segelas dua time dia balik kerja atau time dia rileks2 tengok tv atau main fesbuk. ohokk!!
Bila perut dia dah kenyang, kau tak payah peras ugut pun dia boleh senang hati bagi wang untuk kau membeli alat solek atau komik dik cerdas edisi terbaru.
Pakaian dia pun kita kena jaga. walaupun dia memakai pakaian yg aneh, tapi pastikan ianya kemas dan digosok rapi. Walaupun pegawai perhilitan bertugas bersama pokok dan mergastua (kof!) tapi perlu tetap bergaya! at least orang boleh beza time dia bujang dan selepas dia kawin.

2) Tolak ansur - tolak ansur bukan dari segi kerja rumah aje.. hal ini termasuklah perbelanjaan isi perut rumah, bil hitu - bil hini, bayar hitu - bayar hini, macam2 la.. Ada setengah orang mungkin fikir bila dah kawin sume keja rumah dan jaga anak terletak di atas batu gemala isteri. Manakala segala perbelanjaan dan perkara2 yg berkaitan dengan duit adalah tugas suami.. Tableh! tableh... untuk hal ini aku rasa lebih selamat jika bertolak ansur. err... macam aku masa mula2 kawin dulu, kitorang buat jadual bertugas dan pembahagian tugas2 membayar. Walaupun cara ini agak jelik dan kuno tapi alhamdulillah ianya berkesan pada kami.

3) Ikhlas - buatlah semua tugas dan bayarlah bil dengan ikhlas. hehei!!!

4) Setia & Jujur - setia dan jujurlah pada pasangan anda walaupun ramai lelaki kacak diluar sana!

5) Hamil - Jangan takut untuk hamil! *menjeling i/c bomoh ketinting*. Buatlah anak banyak2 sebelum umur kau 35 tahun. lepas dari tu kalo nak stop, stop lah..
Time pregnant, sila berdikari! kalau ada rasa mengidam apa2 cuba usaha cari sendiri. Tapi kalau suami menawarkan khidmat janganlah menolak... itu Kerek namanya..
ah! kau sila jangan baca bahan bacaan sia2 kerana dikhuatiri akan melahirkan generasi yang merungsingkan orang (-_-;)

6) Mertua vs Ibubapa - Sayangilah mertua kau sepertimana kau menyayangi uncle Am & aunty Zah. Kalo balik taman son choon, time salam mak & ayah mertua hulur2 la barang seketul dua. time raya ke besday ke bagi la selai dua kain buat baju. konfirm ko jadi menantu kesayangan macam aku. khiikihikhh!!
(kalau malas nak buat kek boleh order dari KakCha Kapkek Kelakar. hehei!!)

7)Hormat - hormatilah suami seperti kau menghormati ibubapa. Dulu time belum kawin kalo ada salah faham atau gaduh2 manje tu konfirm kadang2 termaki terhamun dalam hati. Aku dulu pun camtu..koff! tapi bila dah kawin sume tu kena kontrol. Lelaki nih mula2 kawin je dia lembut lidah dan berperilaku budiman *jeling suami sendiri*. Tapi bila dah lama2 kadang ade je benda dia menyakat nak kasi kau naik hantu. Selagi kau tak menjerit marah selagi tu la dia provok. kadang2 tu siap pakai assistant lagi *jeling kakcha*. Alasan dia, "kamon la sayang, ini kan family entertainment!' Aihh!! bergurau apa!!????
Kalau orang lain yg buat sure dah kena carut dah tu.. ! tapi takkan la nak maki suami & anak sendiri kan? Tapi kalau tak maki perasaan sendiri pula yang berasa tertekan. Jadi, aku khususkan beberapa perkataan khas yang mewakili perasaan marah ketika aku naik hantu atas perangai aneh suami dan anak2..antaranya ialah,
"Dodol" , "Pulut Panggang", "Asparagus" dan "cempedak" serta beberapa lagi nama sayuran dan buahan yg terlintas dalam fikiran secara tak sengaja.
Contoh ayat :
"Awak nih dodol lah!! boleh tak jangan buat pulut panggang? Saya betul2 dah tertekan dengan perangai asparagus awak nih!! Cempedak!!!!!"
*perkataan2 ini biasanya diakhiri dengan menghempaskan diri ke katil dan tetido selama 2 jam*

koff!!! (-_-;)

itu je la serba sedikit yg aku dapat share dengan kau dan adik2 yg lain..semoga kita semua akan menjadi isteri yg solehah, baik dan bergetah kepada suami sendiri. sekian! bye

November 13, 2008

Lawatan Ke Bandaraya Melaka...!!~

Hello semua!!!! (menjerit sambil menyapu2 sawang spider dalam blog).. lama dah blog aku tak update..hari nih hari ke 50 selepas melahirkan adik Muhammad Rayyan. hehei! aku kini dah menjadi Hawasae, ibu muda berusia 29tahun, mempunyai 2 anak dan masih bergetah! (-_-;).

Untuk makluman semua, Alhamdulillah aku selamat melahirkan anak ke 2 pada 24 September 2008 (sama besday lak dengan ayah aku). Dapat baby boy yang sangat kacak bergaya, berat 3.4kg dengan ketinggian 50cm.



Syukur semuanya selamat. Pantang kali nih aku ok sikit, Baby pun ok - takde kena jaundice. Luka jahitan kurang seminggu dah sembuh. Makan time pantang pun ada ampun sikit. Ayam & daging dapat makan seminggu sekali. Cuma seafood je la aku takboleh sentuh (kecuali ikan bilis dan ikan2 utk org berpantang). Biasa pantang 44 hari, tapi kali nih dapat diskaun, 40 hari aje. heheii! boleyy???

Semalam Azat coti. Pagi2 lagi kitorang dah keluar bawak kak Cha jalan2. Adik Rayyan tinggal dengan nenek. Hari nih kami bertiga membuat aktiviti 'Jalan-Jalan Melawat Melaka' !! (suara doraemon).

Memula nak singgah breakfast, tapi azat kata settlekan duit insuran dulu. Terus kitorang gi Ambank MelakaRaya. Debakdebuk, settle bayar terussssss gi sasaran utama, Eye On Malaysia!! Yeah! Punyalah eksaited sampai terlupa nak sarapan!
Sampai je kat car park EOM aku dah terlompat2 teruja. koff!! Azat dan kakcha jeling je (-_-;). Terus beli tiket & masuk gondola tu. 1st round tu elok tetengah udara dia bleh berenti plak ambik orang. Fuh!! seriau gak..sbb benda alah tu bleh bergoyang2.. mulalah fikiran kudus aku pikir yg bebukan. aih...

Abis lap pertama, lap kedua dan seterusnya dia jalan cam biasa.. best aje..ada 5 lap kesemuanya.. Syok dapat tengok bandar Melaka dan laut dari udara. Wohoho!!

Lepas abis sume, Azat ajak naik Menara Taming Sari plak.. Wahh!! Terus terasa macam pelancong dari New York! ohokk!!!


Masa nak naik MTS tu, tunggu lama la gak, dalam 10 minit sbb tunggu orang ramai sket. ye laa.. takkan nak naik 80meter ke udara 3 beranak je kan? membazir karan aje! Kalo weekend cepat je penuh, tapi hari biasa cam nih mmg lambat sikit la.. Ada kapel 2 orang lelaki dewasa tu nampak macam agak sesuwatuh (jeling blog abang askar) koff!!! hehei!! mula la aku bersangka buruk. Tak lama lepas tu makin ramai orang naik..

Taming Sari tu gerak naik punyalah laju! berdesup aje.. sampai atas dia berpusing pelan2... wahh!!! tiba2 terus aku kerek jadi orang Melaka. hahhaha!!! cantik rupanya negeri bertuah nih! *kembang2kan hidung*. Lepas dia pusing2 tu, tak lama lepas tu dia turun. Alaa...takde la gayat sangat *menjeling maknyah Elly Maslin*.

Perut tetiba rasa lapau yaamatzzz.. Terus kitorang gi Kompleks Dataran Pahlawan. Singgah brunch kat Oldtown Cafe. Sedapnyaaaaaaaa kopi ais dia!! mavelesss!
Lepas tu jalan2 kat dataran. Singgah beli donut kat BigApple pastu terus balik. Plan nak gi jalan2 bawak kakcha gi Zoo Melaka plak tapi dah kul 2. Biasa petang sure hujan.. kensel lawatan ke zoo, terus balik rumah.

sekian. laporan tak berkenaan.
Bye!