November 19, 2007

Lissa berjangkit Himawari????




Helloooooo!~

Kejap aje dah Isnin balik semula...aku rasa macam baru je smalam isnin bulan lepas. hari nih dah isnin bulan baru dan dah nak masuk hujung bulan pula lagi..isnin minggu depan ulangtahun ke 2 anak bayi aku.

Sebut pasal anak bayi aku, kakcha sekarang mengidap penyakit mata. Sebelah matanya bengkak dan merah serta berair. sedih aku tengok... Matanya yg sepet itu semakin bertambah sepet akibat penyakit tersebut.

Kami dah bawak pgi klinik...sekarang dalam proses penyembuhan dan belum betul2 pulih. matanya masih mengalirkan airmata yg sedikit kuning dan kemerahan. Aahhh!!!!!! aku tak boleh tengok la anak aku sakit.. terasa amat sedih hati kudus aku ini.. (T_T;)

Walaupun sekarang masih dalam mood sakit, tapi ciri2 mata keranjangnya masih tak berubah. Koff!!
Mlm tadi sewaktu menonton tv anak beranak, tiba2 azat menukar chanel rtm1 utk menonton perlawanan bola antara Kedah dan Perlis.

Masa tu lissa sedang memeluk aku dengan posisi membelakangkan TV. Tiba2 kamera tv tu fokus kepada keeper berbaju oren (tak sure pasukan mana) tapi keeper itu agak muda bergetah dan teramat kacang (sebenarnya nak menulis kacak! ).

Aku pun cakaplah pada azat, "uihh!! hensem btul penjaga gol nih!" azat jeling aje..
dengan tak semena2 tiba2 si tonet aku memalingkan mukanya sambil berkata,
"Mana? mana?'......

Bergurau apa!? kecil2 lagi dah menunjukkan reaksi biang dan bersikap mata keranjang terhadap kekacakan lelaki lain. Memang anak bayi yg aneh!
aku tak tau dia ikut perangai siapa..!!?
Koff!!! (-_-;)

aai....!!

November 13, 2007

Malas...............

hellloooo........!!~
lamanye aku tak menulis...kata cuti seminggu tapi dah terlajak sebulan.. hohoho! Syawal pun dah lepas..dah masuk bulan baru lagi..
Akhir2 ini diserang raksasa malas dan mengantuk bila ada masa terluang. Langsung tak dapat memanafaatkan masa yg ada. Bila dah mengadap kerja pejabat off course lah takde masa nak menulis disini...

Sebelum aku terlupa, aku dan keluarga dah bercadang utk mengadakan majlis harijadi babe Lissa yg ke 2 tahun pada 2/12/2007 ini. Tema pakaian adalah putih & ungu berserta kepak rama-rama. Tetamu juga boleh memilih kostum kesukaan mereka sendiri seperti kostum beruang salji, ikan kekek, mahupun kostum kulat. Mak tak kesah!!
Majlis akan diadakan jam 11 pagi hingga 3 petang.

Malass nya aku nak menaip..sudahlah!! ini aku share gambar2 koleksi peribadi keluarga kami..
enjois!


- Gambar Raya -


- Kak cha muslimah sejati -


- Kak cha belajar makan sendiri -


- Apa..??!!! Pgi Makan sanaaa!! -


- Lissa..makan sate pada daging!! Bukan lidi okkeh!? (-_-;)


- Gini lah kalo dia nak Yak....kena Tekan Dagu...aii!! bayi yg aneh~ -