June 22, 2010

Belut Goreng dan Terung Bakar

Hello... hari nih update pasal makanan lagi... Ratu Makan kannnn...? haruss la apdet pasal makanan selalu.. hehei!~

Ok.. masakan hari ini adalah belut goreng bercili dan Terung bakar bersantan...
ekceli kalo tengok belut hidup mmg aku seriau jugak... tapi sbb arituh orang kat Giant dah siap potong2 aku cam teruja nak cuba. Tak nampak cam belut pun... nampak cam ikan sardin aje.. huhu!!

Geli ke?? takde laa... kalo ko bleh makan unagi sushi harusszz la boleh makan belut goreng.. Rasa dia cam ikan keli... sedap la jugak...


Belut Seri Cincai.
Resepi:
-belut
-bawang
-cili merah
-serbuk kunyit dan garam

Cara masak : Bersihkan belut, potong segala sayur mayur tu sume. Masukkan kunyit dan garam, gaul2 campak dalam kuali. Tunggu garing, dan....siap!!! (supercincai gitu!)

******

Ok, resepi nih sedap walaupun rupa dia hodoh gile..
Sebab wangi daripada terung yg dibakar tu, campur ngan santan dan ikan bilis + cili dan bawang. Fuhh! mmg sedap. Makan gitu aje ala2 salad pun sedap, makan dengan nasi panas haruss lagi sedapp tak ingat..!


Terung Bakar Seri Kelakar


Resepi:
Terung
ikan bilis
cili merah
bawang
santan (dalam 1/2 cawan)

Cara masak : Bakar terung sampai lembut. Biarkan kejap dan cabut kulit dia yg hitam2 tu. Potong dadu terung tersebut dan asingkan.
Goreng ikan bilis garing, kemudian potong bawang dan cili merah.
Masukkan semua ikan bilis, bawang dan cili merah dalam blender dan kisar separa hancur.
Masukkan bahan yg dan blender dalam mangkuk terung tersebut dan kacau2 kasi rata.
Tumis santan sekejap dan masukkan semua campuran tadi dan gaul rata2 (masuk la garam sikit kalau nak..) Angkat dan siappp!!



Selamat Mencuba!

6 comments:

Drama Mama said...

fuhhh! exoticnya masakan! huhuhuhu...saya tka pernah makan belut..tak berani nak try. isk isk

http://twinkywinkystars.blogspot.com

PertMuffin said...

hehe.. nak try belut kena try sushi unagi tu dulu.. kalau boleh telan,sure bley makan belut.
rasa dia sama macam ikan keli :)

Florence M. said...

awe..aku nak dtg melaka ni, kau buat terung bakar utk aku bleh tak? pelis..pelis..

PertMuffin said...

bilakah tiq???? ayuh laaa!!! mari mari!!

maini said...

aku nak lobster bakar!esok aku datang

zackmohd said...

:) ada sesapa nak order belut ?