January 11, 2006

Berpantang - Penderitaan 44 hari yang penuh protokol



Hallo semua.. hoho!! hari nih ialah hari pembebasan aku setelah 44 hari dikuarantin kerana berpantang sehabis bersalin tempohari.. ini juga bermakna anak bayi aku, Baby Lissa telahpun berumur 45hari hari ini.. Alhamdulillah..Tak sangka, cepat sungguh masa berlalu walaupun pada mulanya aku merasakan ia berjalan dengan begitu lambat. Seperti yang aku janjikan pada kau semua, kali nih aku nak berkongsi detik2 penderitaan aku selama 44 hari berpantang (dan dipantangkan).

Lepas je bersalin hari tu, aku terpaksa lepak kat wad lebih kurang 2 hari lebih..maknanya semua kerja2 penjagaan baby dan pembersihan diri terpaksa la aku buat sendiri sepanjang aku berada kat sana. Aku nih jenis tak tahan berlengas..nak jadikan cerita, mlm kedua aku kat wad tu, aku boleh pgi bermandi sakan. Semalam aku tak dapat mandi sebab terpaksa jaga baby.. tak sampai hati nak tinggalkan baby sorang2.. Tapi hari kedua tu baby dah masuk nursery sebab kena demam kuning, jadi aku ada la peluang bertapa lama sket dalam bathroom tu. Aku tak tau pulak yg orang bersalin nih tak boleh mandi air sejuk.. Lepas je aku kluar daripada bilik mandi tu, tetiba kak sal yg dok depan katil aku tu sound, "eh hawa! kau mandi malam ya? eeii.. kau bentan karang!!" erk! terkejut gak aku dia cakap macam tu.. aku tak tau pulak orang bersalin tak boleh mandi malam.. pastu dia suruh aku pakai baju tebal2 pastu berstokin.. dia cakap, takut badan sejuk, boleh bentan.. aku takut jugak, ikut je la apa yg dia cakap.. si ana yang sebelah katil aku tu memula nak mandi, bila dengar kak sal dah tegurkan aku, terus dia kensel (satu bilik aku tu 4 orang).. alhamdulillah la malam tu takde apa2 yang berlaku pada aku..
Esoknya tu mak aku datang melawat.. bila aku cakap aku mandi malam, mulalah mak aku pot pet2 bising2 marah aku.. wahh!! tak tahann!! last2 dia cakap suruh aku balik sebab dia nak jaga aku. Memandangkan baby dah masuk nursery, so aku pun setuju la balik rumah.. aku cuma datang susukan baby pada waktu2 tertentu aje.. kebetulan najwa pun ada, boleh dia tolong hantar aku kat nursery. Petang tu, lepas suami aku bayar itu ini aku pun check out.

Oleh sebab aku dah ulang alik dari rumah ke hospital (nursery - sebab nak susukan baby lissa), maknanya aku dah kelewatan lebih kurang seminggu untuk memulakan proses mengurut dan lain2 pantang larang bersalin. Aku start berurut pun pada hari ke 10 sebab makcik tukang urut tu demam terkejut (boleh pulak..) Proses mengurut aku lebih kurang 3 hari... memandangkan demam makcik tu masih tak kebah, jadi dia urut aku pun tak berapa menjadi.. urut pun, urut kosong aje..

Mak aku nih jenis orang yang kuat berpantang semasa bersalin.. dia cakap mak dia (nenek aku) dulu pantangkan dia 44 hari 44 malam (dan ada extra 16 hari lagi) So, makanya bila sampai giliran aku bersalin, dia pun nak berpantangkan aku macam dia kena jugak. Dia takut betul kalau aku bentan.. sebab kakak dia dulu pernah bentan masa bersalin.. seksa jugak keadaannya.. Salah makan pun boleh bentan (dia makan ikan bawal hitam - bisa sampai ke tulang)
2 hari lepas ulang alik susukan baby kat nursery GH, akhirnya demam kuning dia pun dah ok dan dah boleh balik. Happy btul aku rasa..takde la aku risau dan penat sangat sbb terpaksa ulang alik hari2..

Rutin hari2 aku, bangun pagi tu, kemas2 kan diri (mandi dengan air panas), cuci luka dengan ubat kuning selang seli dengan parutan biji manjakani (hohhh!!! pedihnya kalau kena kat luka..tapi mujarab! 3kali sapu je luka dah cantum balik), pastu mak aku urut kaki dan badan dengan minyak hijau, pakai param dan pilis (jamu sapu untuk perut dan dahi - air mancur), pakai bengkung panjang (melilit je dah ambik masa kat setengah jam!!), makan jamu, pakai stoking dan sumbat telinga dengan lada hitam (dah diikat dengan kain dan tali macam earphone), makan nasi minum milo (selang seli dengan air ribena), pastu tengok tv.. hehhehe...

Pasal makan dan lauk harian aku pula, eeiii... bosan sungguh..lauk aku hari2 bubur atau nasi putih, ikan bilis dan kacang goreng, sup sayur, ikan gelama atau ikan parang goreng atau dimasak sinchuan.. kalau time beruntung dapatlah aku makan ikan yang sedap sikit macam ikan jenak atau siakap.. Ikutkan nenek aku, air tak boleh minum banyak2.. nanti perut boyak katanya.. tapi aku ikut cakap doktor, minum air mesti banyak..sekurang2nya 8 gelas sehari.. mula2 mak aku nak kontrol jugak peminuman aku.. tapi bila aku dah cakapkan pada dia yang aku menyusukan baby, dia faham dan takdela dia bising kalau aku minum banyak..

Kalau kat tempat aku nih, nurse klinik desa akan datang check up orang yang lepas bersalin dari rumah ke rumah.. untung la sebab dia datang cari kita kat rumah untuk rawatan susulan.. takde la susah2 aku nak turun naik klinik untuk check up.. dia akan check ibu dan baby sekali.. diorang datang setiap hari rabu atau khamis selama 3 minggu..Lepas sebulan baru dia suruh kita pulak datang klinik utk check up baby.. masa nurse tu datang kali pertama dia check perut aku.. dia cakap rahim aku belum mengecut dan masih tinggi lagi.. mak aku nih jenis cepat panik..bila nurse dah cakap macam tu, mula lah dia call nenek aku tanya resepi untuk buat pati ibu kunyit (khasiatnya untuk mengecutkan rahim dan menyembuhkan luka dalam perut).. hari tu jugak, aku kena minum segelas air pati ibu kunyit dan segelas air biji manjakani yang kelat dan maung rasanya.. kembang kuncup hidung aku nak perabih air tu..nampaknya penyeksaan aku dah bermula!! Bukan minum sehari aje...3 hari berturut-turut!!

Masa aku dalam pantang hari yang ke 20, nenek aku call mak aku.. dia cakap dia dah carikan tukang urut lain untuk aku..kebetulan tukang urut nih kawan mak aku masa sekolah rendah dulu..makcik tipah namanya..
Che tipah nih tukang urut dan bidan tradisional..jenis ubat dan urutan dia macam zaman2 mak dan nenek aku muda2 dulu.. klasik habis!! siap dengan mandi 7 daun termasuk serai wangi..bau air daun2 tu memang wangi..tapi yang tak tahannya, melelas2 badan aku kena sental dengan bilah2 daun serai wangi tu..kalau time kulit aku dah kering, bila tengok balik, macam kulit orang kena dera sebab bercalar balar! Cara dia mengurut pulak, huh! macam nak terkencing aku dibuatnya..selesa memang selesa. tapi sakitnya!! Hari pertama mengurut tu, aku terus demam!!

Hari kedua che tipah tu datang, dia tanya mak aku sama ada dah bagi aku minum pati ibu kunyit ke belum.. Kitorang cakap la dah.. dia tanya buat cemana? mak aku cakap, rebus kunyit aje semata2.. Dia cakap tak cukup khasiat.. Bak kata orang, tak cukup power lah! Mak aku mintak tolong dia buatkan air pati ibu kunyit tu untuk aku..Dia cakap, esok dia bawak.. Gulp!

Esoknya Che tipah datang macam biasa utk urut dan mandikan aku.. Sebelum mandi tu, dia hulur kat aku segelas air pati ibu kunyit. Macam biasa lah, kalau sebelum minum pati ibu kunyit tu, aku stand by ribena segelas.. Che tipah tu cakap, minum sekali teguk. Aku ingatkan rasa dia sama la yang macam mak aku buat hari tu. (air kunyit rasanya ok lagi banding dengan air biji manjakani) Masa aku minum tu, macam nak pengsan aku! Balun dengan ribena pun tak jalan...Rupa2nya, bukan kunyit semata, dia campur dengan 5 jenis bahan lain (kunyit, 1 labu bawang putih, biji manjakani, lada hitam dan bunga cengkih).. Tak dapat aku nak gambarkan betapa pedas dan mualnya rasa air tu... Lepas minum tu, rasa macam ada 5 ekor tikus sedang berkejaran dalam perut aku!! Mengalir air mata dan air idung aku! Macam nak muntah..tahan aje lah!
Che tipah cakap, sesetengah orang yang tak kuat semangat, memang dia muntahkan balik ramuan tu..rugi je buat ubat.. Aku fikir satu aje, aku nak cepat sembuh!

Lepas 30 hari berpantang, alhamdulillah, luka aku dah benar2 sembuh.. time tu dah boleh bersilat dan main tali skipping dah.. hehe! Kalau time makan pun, aku dah dapat la nak makan ayam, udang, sotong atau daging.. cuma mak aku cakap ambik dalam kuantiti sikit.. Makanan2 sejuk yg lain macam kangkung, kerang2an dan ikan bawal masih lagi menjadi makanan yang dilarang.

Hah, lupa aku nak cakap.. aku nih berpantang, bukan setakat pemakanan dan penjagaan badan aje.. Sepanjang 44 hari nih aku memang tak boleh keluar rumah langsung! walaupun rumah aku setentang aje dengan rumah mak aku, tapi sekali pun aku tak dibenarkan keluar rumah apatah lagi nak balik rumah aku.. sebab tu la aku tak sabar2 nak habiskan 44 hari sebab tak sabar nak jumpa matahari! (-_-;)

Akhirnya, hari nih selesai jugaklah 44hari yang penuh cabaran dan penderitaan.. heheh! Syabas pada diri aku yang berjaya menjalani pantang larang dan cobaan2 yang disediakan untuk aku... Setelah apa yang aku alami (sakit bersalin dan penderitaan berpantang) aku bertekad nak membesarkan anak gadis aku dengan bersungguh2 dan memberikan kasih sayang yang sepenuhnya.. buat masa nih aku nak menumpukan pada yang seorang ini dulu sehinggalah baby Lissa boleh berdikari sendiri (tengoklah, sampai umur dia 2-3tahun lebih kot) barulah aku merancang semula untuk menjalani proses hamil, bersalin dan berpantang semula.. Insyallah..
Sudahlah.. Bye Bye!

Lilypie Baby PicLilypie Baby Ticker