September 29, 2006

Selamat Berpuasa...



Heloo semua! Lamaaaanye aku tak update..huhuh! sehingga mendapat kritikan hebat dari awek kajang tu..bukan aku taknak update..tapi aku sibuk dengan tugasan harian aku sebagai seorang ibu (bukan ibu ayam faham!?) dan juga sebagai seorang pekerja bawahan kepada bos aku..
Aih, sekejap saja dah berpuasa hari ke enam..Adakah kau semua berpuasa? Nampak macam kunyah pelan2 aje..*menjeling*
Sempena kedatangan Ramadhan (bukan kedatangan uncle Ramadan yg jual karpet dan kain telekung kat taman aku tu! faham?? tapi, ialah bulan Ramadhan Al Mubaraq), jadi aku ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada kau semua, semoga dikurniakan kesihatan supaya dapat menjalani ibadah ini dengan sempurna..
Raya nanti jemputlah datang rumah aku..kalau datang bawalah kuih sendiri sebab tahun ini aku beraya di JB dan malas nak beli kuih..aku cuma sediakan air kosong sajalah ..KOff!!
Sebut pasal raya juga, raya ke 3 aku dah mula bekerja..Apalah!! Tak ada semangat kerayaan langsung..geram btul!
Aih..tak boleh menulis lebih panjang..Belakang aku ada boss..dia jeling aje apa aku buat..(-_-;)
Sudahlah..! Jumpa lagi..


Lilypie Baby PicLilypie Baby Ticker

Dah puasa ke hari ke enam....



Hello semua...selamat berhari ke6 puasa...
Lama betul aku tak update..akhir2 ini terlalu sibuk dengan tugas harian sehingga menyebabkan aku begitu malas dan merasa leceh untuk update blog ini..
Apa pun aku ingin mengucapkan selamat berpuasa untuk kau semua.
Semoga dilimpahi kesihatan yang sempurna untuk mudah menjalani ibadah ini..
Nanti raya datang la rumah!! Bawak sendiri kuih raya..aku hanya akan sediakan air kosong saja..KOff!!
Sebut pasal raya, ini tahun aku beraya di JB..hmm..*sedih* tak apa, sekurang2nya jimat kuih raya dan tenaga aku utk melayan orang...hohoho!! (-_-;)
AH, raya ke 3 aku dah mula kerja..keji betul! apalaaa! langsung tak ada semangat raya dibuatnya..
Apa aku melalut pun aku tak tahu..belakang aku ada boss..dia jeling aje apa aku buat..
Nampaknya terpaksa mengundur diri dulu..
Sudahlah! Jumpa lagi kelak...


Lilypie Baby PicLilypie Baby Ticker