January 04, 2007

Pengantin Zaman Sekarang



Hari ini aku agak malas2 di ofis.. tiba2 terbaca email dari seorang sahabat dari yahoogroup...Agak menarik utk dikongsi bersama kamu semua..
Diam, dan baca sajalah..!!



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Apa dah jadi pengantin zaman ini?

SEPERKARA yang paling saya suka apabila berada di rumah orang kahwin
adalah peluang mendengar pelbagai komen negatif daripada tetamu wanita
yang hadir. Ada sahaja yang tidak kena, daripada hiasan, hantaran,
makanan sehinggalah kepada bunga telor, semuanya mesti dikomen.

Kumpulan yang kuat komen ini juga ada tukang karutnya. Kalau tidak,
tidak akan menjadi.
Saya ambil contoh satu majlis perkahwinan yang saya hadiri minggu lalu.
Tuan rumahnya sederhana kaya. Tetapi gaya hidup keluarga ini memang
kebaratan. Pendek kata apabila berjumpa kawan atau saudara mara, gesel
pipi dan peluk-peluk itu memang perkara biasa.
Sebaik duduk di meja makan, kompang bergema menandakan pengantin sudah
sampai. Tetamu yang sedang makan menoleh ke arah simpang jalan.
Pengantin sedang diarak. Melihat sahaja pengantin yang tinggi lampai dan
sama cantik sama padan itu, tetamu di sebelah kanan saya mula bersuara.

``Seksinya baju... jarang la kain dia... belahnya pula sampai nampak
paha... pengantin apa ini,'' katanya sambil memandang ke arah saya.

Saya hanya tersenyum dan buat-buat seperti tidak dengar apa-apa. Saya
perasan teman di sebelahnya menguis lengannya minta dia diam, malangnya
kakak itu terus bersuara.
``Ya le... kalau ia pun hendak jadi pengantin, pilihlah baju yang
sesuai... ini ha, kau tengok tu nampak lurahnya... berjalan pula nampak
paha, awak tu kan pengantin,'' ujarnya lagi.
Saya mencuri pandang ke arah pengantin yang sedang berjalan menuju ke
dalam rumah. Memang ia. Bajunya diperbuat daripada kain lis yang mahal,
tidak pula dilapik sepenuhnya setakat dada sahaja, itu pun ala-ala pakai
korset saja nampaknya. Lengannya juga dibiar terdedah.

Kainnya pula dibelah agak tinggi, setiap kali melangkah tetamu dapat
melihat dengan jelas paha pengantin perempuan... dah la begitu saya
perhatikan sepanjang diara! k, kedua-dua mempelai asyik berbual, gelak dan
sesekali menampar lengan antara satu sama lain seolah-olah mereka bukan
berada dalam majlis perkahwinan mereka.

``Tengok tu... tak nampak macam pengantin. Asyik bercakap sahaja...
cubalah kawal perangai itu. Tunjuklah sopan santun sikit. Ini majlis
perkahwinan sepatutnya pengantin mesti beradab, jangan keterlaluan
beraksi. Senyum memadai. Tidak payah nak tunjuk mesra sangat dengan
pasangan... Ini tidak, macam setahun tak jumpa, tergelak sana, tersenyum
sini... geramnya aku... Kalau anak aku, teruk aku kerjakan,'' tambah
wanita itu lagi.

Saya tahu kakak itu benar-benar marah. Begitu juga tetamu lain yang
saya nampak semuanya berbisik-bisik sesama sendiri. Kalau pun tidak
bergosip tentang pakaian pengantin tentu mengenai perangai pengantin
yang langsung tidak ada perasaan segan dan malu sebagai pengantin. Atas
pelamin pun bercakap-cakap sambil ketawa.

``Engkau tahu Pah... anak! -anak dara zaman ini kalau hendak kahwin
mereka bukan fikir tentang tanggungjawab nak jadi isteri... bukan nak
minta tunjuk ajar mak bapak dan keluarga yang lebih tua. Apa yang mereka
dulukan adalah di mana hendak cari jurumekap yang boleh bagi mereka
cantik. Baju apa nak pakai, bunga telor yang cantik dan barang-barang
hantaran yang standard...

``Kadang-kadang mak bapak ini pun sama. Terlalu sangat ikut cakap anak.
Apa yang mereka anak buat tidak bantah, akibatnya inilah... kalau aku
jadi tuan rumah ini, mampus aku tak bagi anak aku pakai baju macam
itu... buat malu sahaja,'' wanita itu menyambung untuk melepas geram.

Lalu saya teringat pada masa lalu, menjadi tugas nenek dan ibu apabila
anak atau cucu disunting orang dan hendak dinikahkan adalah untuk
mengajar anak-anak memasak, mengemas, mengaji dan melayan suami. Itu
yang diutamakan. Bab hantaran, pelamin, pakaian perkara kedua. Itu semua
diuruskan kakak-kakak atau ibu saudara! yang telah ada pengalaman.

Teringat juga saya pengantin perempuan biasanya dimandikan dengan air
yang telah siap dijampi untuk kesejahteraan dan kesempurnaan ketika
dinikahkan. Kemudian dibekalkan sireh sebagai bekalan agar tidak
gementar, takut dan sentiasa tenang dan tertib sepanjang majlis
berlangsung.

Pengantin juga tidak akan keluar dari rumah tujuh hari sebelum majlis
pernikahan. Pada hari perkahwinan, sesiapa yang ingin berjumpa atau
melihat pengantin perempuan mereka perlu masuk ke dalam rumah. Begitu
sekali sopan santun pengantin dahulu. Tidak macam sekarang, wajah
pengantin di mana-mana.

Melihat pada era ini saya agak terkejut. Pengantin seperti tidak
menghargai hari istimewa dalam hidup mereka. Ke hulu ke hilir berbual,
berpeluk sana berpeluk sini... tanpa segan silu. Sambil makan pun boleh
berbual dan menjawab telefon bimbit.. kemudian gelak kuat-kuat sampaikan
rombongan sebelah terpandang-pandang dan tertanya-tanya....

Yang pengantin lelakinya pula satu hal. Duduk bawah pokok dengan
kawan-kawan merokok sambil ketawa juga... Tetamu yang datang geleng
kepala. Sampai ibu bapa terpaksa panggil untuk dikenalkan dengan saudara
mara atau teman pejabat yang hadir.
Mengingatkan peristiwa itu saya tersenyum sendirian. Betul juga gosip
kakak-kakak itu. Sekarang ini setakat boleh gosip sahaja, jika
ditimbulkan pasti ada yang berkata dulu lain, sekarang lain. Itu
pengantin dulu, sekarang sudah lain.

Memang diakui masa sudah berubah. Tetapi bab adab sopan dan susila saya
rasa tidak ada dulu dan sekarang, tetap sama sampai bila-bila.
Persoalannya sejauh mana kita menghargai adab sopan dan susila itu?

Saya tidak pula menyokong mahupun membantah, kerana pada saya tepuk
dada tanya selera. Segala-galanya terletak pada didikan... elok didikan
ibu bapa, eloklah jadinya, begitulah sebaliknya. Sebagai ibu bapa, elok
perkara-perkara begi! ni diberi perhatian serius. Tidak salah mengikut
perkembangan masa tetapi adat resam dan budaya juga perlu dipelihara.
Apa yang saya sajikan sekadar ingatan buat kita semua, yang baik
jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.

Sambil mengingatkan diri saya dan juga anda semua, saya catatkan
kata-kata ini buat renungan kita bersama.

email dari: dsjkamarul@gmail.com



hawa: Aku rasa apa yg ditulis tu banyak betul dia..hohoho! Bagi kau semua yg bakal berkahwin, ambil lah ini sebagai iktibar..
Aku teringat masa zaman aku kawin dulu...Makcik aku kata mulut aku kumat kamit baca doa..Sebenarnya aku cakap kat hubby aku 'takut..takut..malu org ramai..!'
koff!! (-_-;)