September 30, 2010

Lelaki pun berGossip..

image sources : google


hello....!~
mood rajin update. wah! tetiba je kannn... :D
Pagi tadi masa nak masuk ofis lalu depan pak guard. Biasa diorang tegur aku, tapi tadi tak.. Pelik juga aku... Ye la.. nampak cam aku halimunan plak sebab aku yang begini besar pun takde orang perasan. Biasa memang diorang kecoh2 bertegur sapa.. Sekilas memandang diorang barulah tau kenapa...Rupanya sebab mereka sedang sibuk bergossip.. Heheii..
Lelaki pun bergossip. Tak kuasa tauu!



Adakah kau tahu apa perbezaan gossip cara wanita dengan gossip versi lelaki?



Ianya adalah mimik muka dan tonasi mendatar!!



Serius..!!


Aku tak tau kenapa kalo lelaki bergossip muka dia ketat. err... Maksud aku gossip yang tiada reaksi pada wajah. Langsung tak menggerakkan kedut-kedut muka... Dah tu suara mendatar aje.. Aneh ! Tapi kelakar.


Tadi aku dapat tangkap beberapa patah perkataan seperti "macam dia sorang je ada anak"..... "habis?? aku pun nak cuti juga"
lain2 perkataan tak dengar sebab sangat mendatar sehingga sukar membaca pergerakan bibir.
(-_-;)



Pompuan kan kalo bergossip dengan muncung2 segala, tangan siap terkapai2 sampai boleh lepuk kepala member. Suara plak dari pelahan sampai terkuat bila dah terlalu eksaited.. Wahahhahaha!! ini memang gossip style aku (-_-;)



Lelaki korang selalu bergossip kah? Hmm... Azat aku jarang nampak dia bergossip dengan lelaki di Melaka. Kat ofis dia aku tak tau lah...ada kot? Cuma aku tak pernah tengok..
Biasanya dia akan bergossip dengan aku perihal rakan2 setugas. Kalau balik JB pun mungkin dia ada bergossip dengan adik beradik lelaki tapi aku jarang ambik port sbb gossip dengan mereka tak seronok sebab berbau asap. Lagipun sebagai wanita berhemah aku haruslah menjaga tatabahasa dihadapan keluarga mertua. koFF!!



Orang yang paling aku suka diajak bergossip adalah Lobak dan Bomoh Ketinting.
Mereka memang penggosip terbaik dalam sejarah hidup aku. :D



Penggossip paling aneh yang pernah aku jumpa adalah mama aku. Memang tertekan kalau bergossip dengan orang ini. Biasanya bila semua adik beradik perempuan berkumpul, mak aku akan bukak satu gossip. Lepas tu bila aku, najwa & teh dah sampai penghujung bergossip tetiba jek dia boleh emo-emo dan menasihati kami dengan berkata "tak baik nak...mama tak pernah ajar anak2 mama cakap camtu..." (-_-;) Bergurau apa!??? Bukankah dia yg memulakan gossip sebenarnya?!




Lelaki yang paling kuat bergossip pernah aku temui adalah adik Elly Maslin @ POLIS Empire_records. Gediks okeyy! :D
Sekianlah. Bye!

September 29, 2010

Happy 2nd Birthday Rayyan

Hello...

Ok.. tau... memang dah lama tak apdet..
last masa bulan puasa dan sekarang dah nak habis raya dah pun. heee..

Serius tak sempat sbb terlalu banyak aktiviti sepanjang 2 bulan ini.. sekarang baru aku faham perasaan seorang jururawat (tak berkaitan) (-_-;)

Minggu lepas baru selesai mengadakan majlis ulangtahun Rayyan yang ke 2 tahun. Ini tahun pertama utk majlis rayyan secara besar2an. Dulu setahun mmg tak buat sebab dia tak reti berjalan. Membazir je sambut kalo potong kek pun tak reti kannn???

Memang ianya sebuah majlis yang seronok tapi sungguh memenatkan. Penat mengalahkan buat majlis sambut menantu okeh! Tema party adalah Ninja. hmm... sepatutnya Ninja lah.. tapi susah betul cari costume gitar (eh? aku sebut ninja ke gitar aa??) Ah, ok.. ninja. Koff!! (dah tua2 nih mmg lupa banyak perkara). Disebabkan ketiadaan baju ninja so aku tukar la tema Samurai aje.. Lebih kurang je.. Kakcha plak menggediks dengan baju ala geisha. :P




Abang Samurai. 2 tahun. Semoga anda menjadi anak yang berguna untuk keluarga, negara, bangsa dan agama. I love you Rayyan!


Potong kek beramai2.. Yeahh! :)


Patutnya kek pun aku nak buat ala2 design ninja/samurai.. Dah berangans macam2 dah dalam kepala kotak nak design kek cemana utk anak bujang aku. Tup2 hari kejadian aku kesiangan kauuuu!! konon nak bangun midnight, tau2 dah kul 7.30am!! majlis nak buat 11 am... aaaiii...
Sudahnya... jadik la kek bermain bola sepak atas lumpur. Huhuhu! Ok, ini adalah kek dark velvet . Tengah2 dan kelilingnya aku tepek dengan cream cheese frosting. Topping plak dark chocolate ganache dengan coklat rice + badam. Azat cakap macam main bola atas padang lumpur.. (tengok abang yang tengah kelecek bola tu... tangan siap comot sbb jatuh.. huhu!)


Muffin gemuk ini aku bercadang nak buat sendiri asalnya... Tapi sebab dah tak sempat, maka aku belasah beli kat La Bohame Jusco sajalah. hahahaii..!~ Nasib baik sedap :)



Perempuan ini adalah menyamar sebagai Geisha mini. Kecoh betul!! Paling tak tahan, lepas majlis dia start batuk2 dan tak sedap badan.. Boleh dia ajak aku pegi klinik sebab dia cakap "icha rasa icha nih kena darah tinggi la ibu.." (-_-;) Bergurau apa!!!??



Sebab takde pedang samurai, pakai lolipop pun kira ok la. hehei!~
Tengok la kaler mulut Rayyan! eeih.. tak suka betul aku lollipop nih... Aku baru tau dia kaler biru.. kalo tau masa beli sumpah aku tak ambik!




OK la.. tata!