October 29, 2012

NASI ARAB (MANDY) RESTORAN NASI BERIANI HAJI TAMBY


Hello ols..

Salam Aidiladha. Banyak dapat qurban? Alhamdulillah tahun nih banyak pula rezeki. Tapi memandangkan tak sempat masak, maka aku salurkan daging qurban yang kami dapat pada mak aku dengan harapan dapat la balasan makanan yang siap dimasak. hiks!

superlama gile tak apdet kan??? Last apdet pasal celcom cupcakes contest yang amat lahabau itteww.. koser tau! haruk betul la. tapi berkat semua orang mengamuk maka kami2 yang masuk bertanding pun dapat la voucher telepon RM200. jadikkkk la.. hehe. tQ la celcom! :P

sibuk je cite pasal celcom. sebenarnya nak cerita pasal nasi arab, yakni nasi Mandy. pernah dengar? nasi mandy ya... bukan nasi kambingygmandi *jeling seseorang*.

Alhamdulillah setelah sekian lama mengidam nak makan nasi arab, baru semalam dapat merasa Nasi Mandy. Tak payah susah2 nak ke bukit beruang lagi. Sekarang boleh dapat kat Kedai Nasi Beriani Haji Tamby, Padang Temu tu je... isnin lepas dah pegi tapi staff kedai cakap nasi mandy dijual pada Jumaat, Sabtu dan Ahad saja. so senin tu ari aku belasah nasi beriani kambing (kambing is my feveret forever). Semalam try nasi mandy kambing dan azat plak makan nasi mandy ayam.

Sekali pandang nampak macam plain je nasi mandy nih. tapi bila dah makan, masya'Allah.. ya habibi ya maulana...!! memang sedap sangat. terasa semua rempah ratus dan perisa dalam nasi tu. tak payah kuah muah bagai.. ayam dan kambing tu pun cukup lembut dan moist. memang sumpah sedap. beras dia pun korang tengok la, bak kata si rayen "ehmm! paganggg!" ("hmm..panjang" - tiru dialog iklan faizah basmathi). Azat yang cerewat pasal makan tu pun cakap sedap dan tak muak langsung. Sebab azat nih jenis pemakan yang memilih sangat.. walaupun dia gemuk macam aku tapi tak semua benda dia makan. Jarang dia puji masakan orang tu sedap, masakan orang nih sedap... selalu dia puji mak dia masak sedap. aku pun kadang2 je dapat pujian.. tu pun kalo aku masak time aku jadi raksasa senduk (aku pegang senduk ketika mengadap dia makan. kofff!!!) atau angin tak baik. dia puji tu dengan harapan aku bertenang la kekdahnye.. kihkihkih!!

Ok, untuk yang teringin nak mencuba (aku syorkan mesti cuba sbb takkan menyesal punyalah!) bolehlah datang ke Kedai Nasi Beriani Haji Tamby di Padang Temu (Taman Bertam Semabok) pada setiap hari JUMAAT, SABTU dan AHAD. Kalau datang dari padang temu jumpa trafik light simpang empat yg pertama, then belok kanan maka kau akan jumpa kedai ini dulu di sebelah kanan. Tapi kalau datang dari arah semabok AMJ kena susur kiri masuk taman bertam (depan sek. keb. Semabok). Kedai dia hujung skali (nanti nampak hotel sunflower tak silap aku).

Aku nak ucapkan tahniah kepada pemilik restoran ini Amelia dan Nazri yang berjaya masak nasi mandy yang sedap dan lazat. Semoga Allah murahkan rezeki kamu berdua. Amin....