February 23, 2006

Kami kini bertiga!!



Hai semua..! Ah..dah lama betul aku tak update... Sekarang dah start kerja, so susah sikit la aku nak update..dah takde masa sangat..jarang dapat online.. Kat opis sibuk dengan kerja..Balik umah pulak dah sibuk nak layan Baby Lissa.. Hari nih baby lissa genap 90 hari. Kejap je rasa..dan yang penting, tarikh ulangtahun perkahwinan aku, 10 hari je lagi..5 Mac 2006. Tak sangka kan, kebetulan anniversary aku tu, usia baby lissa genap 100 hari..
Kehidupan aku benar2 dah berubah!! Dan aku gembira dengan perubahan ini :)
Tak sangka rupanya penat juga menjadi seorang isteri, ibu dan seorang pekerja kolar biru. Rutin harian aku sama setiap hari dan aku tempuhi tanpa rasa bosan buat masa ini (insyallah..) Kalau dulu sebelum ada baby aku bangun tidur pukul 6.30am, mandi, buat yg wajib2, breakfast dan pgi kerja jam 7.15am. Aku mesti ada kat opis sebelum kul 8am. Dulu sedap la, breakfast mak aku yg buat..lepas pakai uniform aje, bukak tudung saji, ngapp! Balik kerja pulak, bukak tudung saji, ngaapp!!
Sekarang tak lagi...sekarang aku bangun awal sikit..6.15 sebab aku perlukan 15minit untuk buat breakfast utk aku dan suami aku.. biasanya aku masak nasi goreng je..aku rajin bawak bekal pergi kerja..jimat sket..lagipun lauk kat kantin kadang2 tak berapa kena dengan tekak aku...Lepas siap2 aku kejut baby lissa..Nak hantar dia kat rumah mak aku..Nasib baik la aku sewa depan rumah mak aku aje..so tak la leceh sangat... Baby lissa nih kalau tidur malam dia lena, dia mesti bangun awal..kul 6am dah ajak aku bersembang..pening2 lalat jugak nak melayan ngantuk2 tu... kalau dia tidur tak lena sangat (asyik bangun aje..) maka time aku nak hantar dia umah mak aku, mesti dia tidur lena..siap ternganga2 lagi...
Aku pergi kerja tetap kul 7.15 macam biasa.. Balik kerja, kalau tak ot (biasanya aku mmg malas ot..kul 6 tepat mesti tak sabar nak balik..) Balik aje, aku masak apa2 yg patut..biasanya suami aku bagi duit untuk beli lauk 2-3 hari sekali.. Pandai2 aku la planning nak masak apa.. nasib la dia jenis tak banyak kerenah..Aku suka beli bahan mentah kat tesco. Murah...lebih murah dari aku beli kat pasar malam atau kat kedai runcit (promote tesco nampak! :P) Fresh pun fresh.. kira aku belanja RM10 tu, lepas la makan lauk sayur + ayam, ikan atau seafood untuk 3 hari.. Jimat kan?
Kalau masak nasi, aku biasanya lebihkan satu pot sebab aku nak simpan nasi untuk goreng waktu breakfast.. Separuh aku bawak bekal untuk makan waktu rehat kul 10am, separuh lagi untuk suami aku.. aku biasa bawa bekal roti dengan planta + air kotak soya bean.. makan dalam kereta..kadang2 bila time brake emergency, roti aku terguling2 kat seat sebelah..pernah sekali comot mulut aku dengan planta sebab aku tertonyoh masa keta depan brake tetiba..kupang betul!! (-_-;)
Kalau pasal kerja rumah pulak, biasanya rumah aku tu kemas ala kadar aje la kalau hari kerja.. biasanya kalau masak memasak, basuh pinggan dan kemas mengemas memang kerja aku.. Suami aku pulak kerja dia kemas katil (sebab dia pergi kerja lewat dari aku..so dia pun bangun lewat sikit), iron baju dan buang sampah..
Kalau weekend atau cuti umum, baru la dapat mop lantai, cuci bilik air, ubah2 location perabot dan masak yang gempak2 sikit..
Kalau dulu masa pregnant, banyak jalan2 cari makan tapi lepas ada baby lissa nih, kitorang banyak habiskan masa lepak kat rumah..main dengan baby. Bukan taknak jalan2, tapi baby lissa tu kecik sangat..fragile lagi nak bawak jalan2 kat luar.. tengok la kalau dia dah besar sikit nanti, kepala dah kuat dan dah boleh dukung, baru la berani nak bawak jalan2.. dulu aku pernah bawak dia naik baby stroller pergi shopping kat tesco tapi dia tak selesa..ye lah, dah la ramai orang, pastu tesco tu susun barang tinggi2 belaka..bukak radio kuat lak tu..aku rasa mesti baby lissa pening kepala.. sebab tu dia asik merengek..sian pulak aku tengok.
Cakap pasal baby lissa memang tak cukup satu page. Biasa la, orang baru dapat baby sulung..excited lebih sikit. Satu lagi habit aku ialah gila ambik gambar baby lissa.. Dia nih sejak lahir, keluar je dari kamar bersalin, dah ambik gambar..tiap2 hari ambik gambar, sampaikan pantang aku hulurkan henfon depan mata dia, dia dah ready posing dah.. Dulu suami aku teringinkan anak lelaki. Sampaikan tiap2 malam dia sebut nama baby boy pada perut aku.. Sekali kluar baby girl.....Apapun, syukur Alhamdulillah..
Baby lissa nih 80% memang ikut muka ayah dia. Mata sepet dan dahi tinggi. Tembam je ikut aku :P.. tapi yang tak tahan tu, suami aku suka cakap mata anak dia "redup" macam mata dia.. hellooo??? mata redup tu berbeza dengan mata sepet aku rasa..
Perasan betul!
Reaksi kedua2 family? Hmm...buat masa ini, baby lissa memang 'cucu emas' diorang.. Belah family aku, ini kira cucu sulung la..Tak pernah ada baby since adik aku Aie, 13 tahun lepas... Belah family suami aku pulak, baby last dalam family tu, anak kakak ipar aku Mieja, 5 tahun.. Satu yang aku pelik dengan anak aku nih, dia suka menyamar. Depan orang dia memang tak menangis. Baik aje perangai dan budi pekertinya. Tapi bila kat rumah, pantang puting jatuh dari mulut dia, mesti dia menjerit. Pernah 2-3 kali aku bawak dia pergi klinik untuk injection 3 serangkai, haram tak nangis.. Dia berbunyi sikit aje "Ekk..." pastu dah diam...Tau-tau air mata aje meleleh...tapi dia tahan menangis.. Kecik2 dah saiko.. :P
Insyallah 4 mac nih aku nak buat majlis cukur jambul dan kenduri akikah untuk baby lissa. Sebagai tanda kesyukuran kami diatas kurniaan yang tidak ternilai ini.. (*terharu*) Dan-dan tu, aku buat majlis anniversary kitorang sekali. Sepatutnya nak buat 5 Mac, tapi memandangkan hari ahad, takut sedara mara jauh susah nak datang..


Err...ok lah, aku nak sambung kerja balik.. nanti aku tulis lagi..bye!

Lilypie Baby PicLilypie Baby Ticker

1 comment:

answer-man said...

enjoyed the subject matter on your blog. I have some super great shopping malls to share please take a moment to see which one you like the best.
www.Christmas-Mall-Online.com
www.ShopBeachCity.com
www.American-Shopping-Mall.com
www.tshirtapperal.com
www.biblemediadvd.com
www.bibledvdonine.com
www.handbagexpress.com
www.vegastours.com
www.satellie-dish-network-tv-movies.com
Be sure and take advantage of the great values available. Enjoy!