December 21, 2006

Anak Bayi yang Pelupa..


Minggu nih hujan tak henti-henti dah hampir masuk seminggu.. Walaupun tak lebat, tapi renyai2 sepanjang hari 24 jam tanpa henti dah menyebabkan byk tempat dinaiki air... Syukur rumah aku kat kawasan tinggi..so takde mengalami masalah banjir.. cuma kilang aku dan kawasan2 yg sewaktu dengannya aje yg terlibat..
Melaka nih tak pernah kena banjir, so sesekali kena, bebudak opis aku jadi mcm jakun la jugak...huhuhu!! semua org kelam kabut..yg tukang bercerita pengalaman rumah masing2 time banjir nih mmg ramai..kesian jugak...
On the way nak gi kerja pun sama...byk jalan tutup sbb dah dinaiki air..berita kata ini kejadian 100 tahun sekali..mungkin btul la kot? sbb aku mmg tak pernah tgk melaka banjir sampai macam nih..sungai besar belakang Mydin dan Melaka Sentral dan jadi macam lautan...air naik semakin tinggi sikit lagi nak merentasi jalan raya..Wah, kalau naik sampai jalan raya, alamatnya, kereta kecik aku tu akan terapung mcm sampan..choi!!

Itu pasal banjir...kat rumah aku, lissa pun banjir.. dah seminggu kena cirit birit...mungkin air kesan air paip berklorin agaknya... sian dia..toya aje muka time sakit..susu pun taknak minum.. Dia cuma makan bubur dan minum air masak aje...

Hmm..memandangkan ini kali pertama aku mempunyai anak bayi, jadi sedikit sebanyak aku masih belum memahami sikap sebenar mereka. Pagi-pagi aku hantar dia kat rumah mak aku, dia peluk aku kuat2 dan tak mahu lepas.. mak aku ambik pun dia taknak kadang2... aku pergi kerja dia mencemik nak ikut (bergurau apa? aku bukan guru taman kanak-kanak!!)
Bila petang, aku balik kerja, setiap kali balik, mesti mak aku tgh suapkan dia biskut / bubur.. mula2 dia nampak aku dia aku tersingai2 ketawa..tapi bila aku nak dukung dia boleh PALINGKAN MUKA!!! bergurau apa lagi?? Saya ialah ibu awak! Kenapa membuat ibu seperti Pegawai Kebajikan???!!
Bukankah pagi tadi awak tak mahu melepaskan ibu pergi kerja? Eeiihh, anak ini!! geram betul..!!
Yang lebih sentap ialah, sudahlah dia tak mahu pada aku, tapi pada makcik jiran selang 2 rumah dari rumah aku tu (yg langsung tiada pertalian darah dan tiada kene mengena dalam salasilah keluarga aku) dia nak pula...! Bila orang tu nak dukung dia, siap dia hulur tangan minta diangkat...siap peluk leher makcik tu.. *aku menjeling saja*
Bila aku cuba nak mengambil dia dari makcik tu, dia tak mahu dan paling muka tempat lain...aku ambil dia secara paksa sbb terlalu geram dengan aksi tak berperikebayian nya itu...! Nak tahu apa jadi? Dia boleh menangis teresak2 dan hulur tangan suruh makcik tu ambik dia balik...aduh! sakit jantung aku...!

Bila aku protes pada mak aku, aku balik yg kena marah.. dia kata "Dengan bayi sendiri pun nak emosi ke?" (-_-;)
Nak tak nak, aku terpaksa juga bawa dia balik rumah secara paksa (ptg lepas kerja), dia tak mahu dan menangis tapi tak kluar air mata (kecik2 lagi dan pandai berlakon)..Siap hulur2 tangan suruh mak aku ambik dia dan melakukan seperti aku ini ialah perampas kanak-kanak..! koff!!
Sampai rumah, aku umpan dia dengan biskut bayi dan sebotol susu. Lepas dia kenyang baru lah dia senyum2 balik dengan aku.. Time tu aku kena layan dia main dalam kolam bola atau main apa2..tak kisah, janji dia nak dengan aku..
Bila nak tidur, mesti nak aku dan azat ada di kiri dan kanan dia.. Kalau salah seorang tiada, dia akan merangkak keluar dari bilik dan tersengih2 tepi dinding tak mahu tidur...
Tidur pulak tu, mesti berhimpit dan rapat dengan dia..kalau tak nanti dia senang terjaga..apa punya pesen tidur daa???
Esok bangun pagi2, turn aku hantar dia kerumah nenek dia semula..macam biasa, dia tak mahu mak aku pulak...siap paling2 muka bila mak aku nak ambik...bukankah petang semalam dia tak mahu melepaskan mak aku? Kenapa sekarang dah tak mahu??
Aii...kanak-kanak memang adalah pelupa...maafkan lah mereka...


Lilypie Baby PicLilypie Baby Ticker

No comments: