February 21, 2007

Cerita balik Jb...!

Hello semua!!
Huwargh!! cuti panjang2 nih buat aku rasa malas aku nak kerja.. tak puas cuti rasanya..sepanjang cuti CNY hari tu aku balik umah mertua kat JB..memang best..tambah pulak si tonet aku tu dah besar sket..dah keletah dan dah boleh pas2 kat orang lain (kalau dulu, asyik melekat kat badan aku, kali nih aku dah boleh bergerak bebas sket sbb dia tak kesah sapa pun dukung dia)

Cuti hari tu kira sume adik beradik suami aku ada balik JB termasuk kembar dia dan wifenya. Sorang aje yg takde, Yalil adik ipar aku yg training polis tu.. Kira meriah la bila dah berkumpul ramai2 tu.. riuh rendah dengan aksi kanak2 ribena sume..

Macam2 aktiviti kitorang sepanjang 4 hari tu walaupun cuma dok rumah aje.. Sempat jugak test power lawan bowling kat angsana dengan diorang.. Memang kecoh.. hahaha!

Apa yg buat aku suka balik JB? hmm...
1) sbb dapat kumpul adik beradik..family mertua aku, sume ceria2 dan kecoh2 macam family aku jugak.. so tak rasa janggal. happening sentiasa.. kepala pun gila2 macam family aku/
2) off course lah sbb aku dah lama dok JB, dah arif dengan udara JB dan tanah tumpah sekitar JB. JB dah macam 2nd hometown aku. ye la, dah la masa study dulu aku perabis lebih kurang 5-6 tahun kat sana, pastu kawin lak dengan org JB... aih...JB sokmo..
3) bila balik JB dapat tgk balik kampus utm yang tercinte....dapat tgk tempat2 aku kerja part time masa tunggu result exam, dapat tgk balik tempat2 dating masa zaman mude2 remaje dulu.. koff!! aih...indahnya kenangan kisah klasik..
ah ya! boleh juga tunjuk kat lisa tempat2 tu sume..
4) banyak tempat menarik utk window shopping.. aku mmg suka sangat pgi shoping walaupun tak beli apa2.. kat JB tu byk sungguh shopping complex. Nak2 pulak umah mertua aku mmg kat tengah2 bandar Johor Jaya tu.. bersepah2 shopping compleks kat keliling rumah dia..mmg menarik mata keranjang aku! heihei!!!
5) yang paling penting, setiap kali balik JB hidup aku sentiasa diselubungi makanan...hohoho!! ada aje benda yg aku nak makan kat sana..antara yg menjadi feveret aku ialah,
- cucuk-cucuk pantai lido (ala..steamboat la)
- mee bakso
- bubur nasi istana kat Sentosa
- beef noodle kat Arena Jusco Taman U
- nasi ambang yg kak ipar aku buat
- laksa johor dan lain2 lauk masakan mak mertua aku.
- black pepper chicken chop Roibos JJ taman U
- otak-otak kempas
- mee bandung kg melayu
hmmm....banyak lagi aku sampai aku sendiri dah terasa lapau..kofff!!
ah..! aku stop dulu la..nak pergi cari sesuap nasi kat kantin..
zasssss...!!!

Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker

February 06, 2007

Kisah Klasik Zaman Lampau

Hello semua...! Dah lama tak update...post sebelum ini pun umpama melepaskan batuk ditangga saja....memandangkan hari nih aku ada byk masa terluang dan terbuang...jadi, gunakan untuk update blog sajalah.. (kalau bos tahu mesti aku kena belasah) hohoho!

Hari tu aku dapat email dari kanak2 utm, junior aku zaman dulu2...rindunya pd mereka.. aih..tak sangka, kejap saja dah 10 tahun..1997 - 2007.. macam2 kenangan yang aku lalui sepanjang beberapa tahun mengaji. zaman meloser bersama maini dan ciela, zaman taman teratai masa Sem.Mei (maini, ciela, ogy, semah, noreen- kemana noreen menghilang?), zaman meloser bersama kak chik si bomoh solek, epul (raja segala bomoh) dan kanak2 sami SRI yang comel2 serta rakan2nya yg lain (ramai sangat, malas pula aku nak menulis satu persatu)...

Semalam cuti, sengaja aku luangkan sedikit masa utk menyelongkar kotak2 sakti purba aku.. dah lama bersawang kat bilik stor rumah mak aku.. Macam2 khazanah aku jumpa.. hehehe..
tengok balik gambar2 lama..aih, kurusnya aku semasa itu..koff!! (-_-;)
Jumpa surat2 lama ketika aku berutus surat dengan maini semasa cuti semester (bergurau apa!? hari-hari boleh jumpa pun masih nak mengutus surat..mmg org yg aneh!)
selongkar2, jumpa pula barcode staff semasa aku kerja sambilan di Jusco Tmn U pada akhir2 semester dulu...hohoho!
teringat pula saat2 bertemu jodoh di utm..
hmm..semuanya dah ditakdirkan utk aku..

Sekarang masing2 dan berkeluarga, ada kerjaya dan kehidupan sendiri...
Aku terfikir2, pasti seronok kalau dapat berkumpul semula beramai2, buat reunion..
kepada SRIans, silalah menghubungi aku jika kau terbaca post ini..
terima kasih!

p/s: aku nak mengucapkan TAHNIAH untuk Maini kerana bakal bergelar seorang guru.. syabasss!!!


Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker