February 06, 2007

Kisah Klasik Zaman Lampau

Hello semua...! Dah lama tak update...post sebelum ini pun umpama melepaskan batuk ditangga saja....memandangkan hari nih aku ada byk masa terluang dan terbuang...jadi, gunakan untuk update blog sajalah.. (kalau bos tahu mesti aku kena belasah) hohoho!

Hari tu aku dapat email dari kanak2 utm, junior aku zaman dulu2...rindunya pd mereka.. aih..tak sangka, kejap saja dah 10 tahun..1997 - 2007.. macam2 kenangan yang aku lalui sepanjang beberapa tahun mengaji. zaman meloser bersama maini dan ciela, zaman taman teratai masa Sem.Mei (maini, ciela, ogy, semah, noreen- kemana noreen menghilang?), zaman meloser bersama kak chik si bomoh solek, epul (raja segala bomoh) dan kanak2 sami SRI yang comel2 serta rakan2nya yg lain (ramai sangat, malas pula aku nak menulis satu persatu)...

Semalam cuti, sengaja aku luangkan sedikit masa utk menyelongkar kotak2 sakti purba aku.. dah lama bersawang kat bilik stor rumah mak aku.. Macam2 khazanah aku jumpa.. hehehe..
tengok balik gambar2 lama..aih, kurusnya aku semasa itu..koff!! (-_-;)
Jumpa surat2 lama ketika aku berutus surat dengan maini semasa cuti semester (bergurau apa!? hari-hari boleh jumpa pun masih nak mengutus surat..mmg org yg aneh!)
selongkar2, jumpa pula barcode staff semasa aku kerja sambilan di Jusco Tmn U pada akhir2 semester dulu...hohoho!
teringat pula saat2 bertemu jodoh di utm..
hmm..semuanya dah ditakdirkan utk aku..

Sekarang masing2 dan berkeluarga, ada kerjaya dan kehidupan sendiri...
Aku terfikir2, pasti seronok kalau dapat berkumpul semula beramai2, buat reunion..
kepada SRIans, silalah menghubungi aku jika kau terbaca post ini..
terima kasih!

p/s: aku nak mengucapkan TAHNIAH untuk Maini kerana bakal bergelar seorang guru.. syabasss!!!


Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker

No comments: