July 07, 2009

Gigi Bongsu yang Merungsingkan.

p/s: gambar lelaki kacak ini adalah ilusi semata-mata bagi mewakili perasaan penulis. (-_-;)



Semalam MC. Gigi geraham bongsu tumbuh secara mencapah dan telah memakan suku isi dinding pipi dari belah dalam.
Kesannya adalah kesakitan yg maha hebat.
Smlm mc konon nak pgi cabut. Memula pegi klinik pergigian Pengkalan Rama. Tutup akibat kerja2 membaik pulih bangunan.
Dicadangkan ke klinik Tanjung Kling oleh pekerja cucian disitu.
Ke klinik tg.kling (20 minit) dalam keadaan tak reti jalan - terpaksa berhenti banyak kali utk bertanya kepada masyarakat setempat. Akhirnya berjaya jumpa jua.
Sampai klinik pergigian tg. Kling dimaklumkan oleh jururawat bertugas bahawa doktor telah keluar membuat pemeriksaan gigi di sekolah-sekolah. Bergurau apa!?
Akhirnya dicadangkan ke klinik pergigian klebang pula.
Memandangkan gigi semakin sakit, maka digagahkan jua diri mencari klinik klebang tersebut.
Mujur tepi jalan je. Akhirnya jumpa setelah menempuh beberapa minit perjalanan.
Di klinik klebang agak penuh memandangkan banyak klinik pergigian yg tutup dan tidak berdoktor.
Setelah menunggu beberapa ketika, akhirnya sampai giliran.
Doktor yg merawat aku sangat lembut dan berbudi pekerti tinggi.
Agak menyedihkan kerana gigi masih tidak boleh dicabut kerana gusi sudah terlalu bengkak.
Jika tetap mahu dicabut maka mungkin akan berlaku pendarahan tanpa henti.
Dicadangkan supaya makan ubat dan tunggu sehingga susut kemudian baru dilakukan proses cabutan secara pembedahan (-_-;)
Walaubagaimanapun, doktor memaklumkan pembedahan perlu dilakukan di General Hospital. Beliau telah menulis surat untuk makluman pakar di GH. Kemudian aku diminta ke GH utk rawatan lanjut.
Di GH pula terpaksa menunggu berjam-jam (dah le ada pompuan receiptionis gila meroyan! Benci!!! Buat rosak nama pekerja kerajaan dengan mulut bangkai kau!).
Akhirnya sampai turn utk pemeriksaan lanjut. Doktor pakar mengesahkan perihal pembedahan gigi yang bakal aku jalani. Untuk hal itu gigi perlu di x-ray terlebih dahulu.
Bergurau apakah lagi!!?? Begitu kronik kah masalah gigi aku sehingga perlu itu ini dengan prosedur yang sungguh panjang.
Berbekalkan surat dari pakar gigi maka terpaksa pula ke unit x-ray.
Di unit ini sangat creepy kerana terlihat orang patah dan berdarah disana sini.
Tiba2 jadi pening-pening lalat sebentar.
Tunggu punya tunggu sampai jua giliran aku..
Ya! Tak sangka telah di x-ray bahagian kepala oleh adik ipar sendiri.
Mujur juga dia ada, kalau tak ntah pukul berapa aku punya proses masih tak akan selesai.
Setelah x-ray perlu pulangkan surat dan report x-ray pada unit gigi semula.
Keputusan akhir dari unit pergigian:
"kami tak pasti bila akan panggil untuk pembedahan tu...buat masa sekarang kita ada Q patient yang sangat ramai... Harap tunggu aje la ya?"
Yang pasti, gigi aku bertambah-tambah sakit dan badan sangat penat kerana terpaksa kesana-kemari tanpa ada kesudahan.

Moral : pergi klinik berbayar, sudehhh!!!

7 comments:

aqmal said...

kakwe nk cabut gigi ke nak cabut susuk.

kianyong7 said...

hahaha...
memang masalah selalu macam tu...
siap saya pernah pergi check gigi kat hospital kerajaan...lepas tu doktor suruh tunggu untuk cuci...
last2 saya buat jek kat klinik swasta...memang merunsingkan...

Elly Rocker said...

setelah membaca sehingga habis. rupanya kau yg merungsingkan!!

Fadzli said...

tapi di klinik swasta mahal, cuma yg mahal tak sakit sebab doc uat secara sopan santun- pengalaman sebenar

PertMuffin said...

kemal : susuk berlian i mmg tanam mati.. dah tak bleh keluar lagi. koff!!!


yong: tapi swasta mahal...huuu...huuu... dah la tak boleh claim kat kampeni lagi skrg..


prof.fazli: eh, tapi masa aku operation arituh, dok kat wad sepanjang hari memang dapat layanan yg sangat baik dari petugas dan doktor GH Melaka. sangat terharu...

PertMuffin said...

Elly maslin!!
kau la makhluk yg terpaling rungsing lagi merungsingkan.. aku tak tau kenapa tika terpikat pada kau.. *muka tak puas ati*

maria said...

memangla kerajaan lambat sebab RAMAI orang.
MURAH = RAMAI.