November 14, 2010

Pasport Dah Siap!

Dah lama tak buat entry pasal tempat makan... Smlm lepas buat pasport punyalah kebulur... Ko bayangkan dari kul 6.30 pagi gerak ke imegresen, sampai sana kul 7.. Tengok2 dah berderet orang beratur.. Padahal opis bukak pukul 8... Ding dong ding dong aku ambik giliran dapat no, 1033 ~ 1036 (4pax). Pastu nak menunggu turn lagi, nak proses lagi, nak tunggu dia siap lagi, kul 12 baru settle. Huwarghhh!!

Cacing dalam perut dah siap buat shuffle lagi. Lapau sesangat. Kat kantin makanan pun dah habis sbb ramai orang pun kebulur juga. Dapat nasi lemak 2 pinggan je. Tu pun kena share dengan Kak cha n Rayyan.


Balik rumah plak bekejar nak siapkan brownies kelakar. Pukul 2 lebih terus gerak ke Tesco Cheng hantar kek kat customer.

Perut makin bergejolak (bergejolak nih apa?? aku tak tau ertinya sampai sekarang tapi masih gigih nak guna perkataan ini)

Last tertido dalam kereta sbb keletihan dan lapau yaamat. Azat terus bawak gi Jusco baru.. Pgi foodcourt punya lah ramai nauzubilllahhhh manusia..!! Apa kena orang Melake nih ghamai bebenauuuu melepak kat soping komplek?!! Miaaahhahahhha!! Sendiri cakap sendiri pun lepak kat kompleks jugak.. khen!??


Perut makin lapau. Azat nak makan nasi.. Tapi taknak tempat yg ramai orang.. Last2 nampak Lerk Thai.. Lerk Thai pun Lerk Thai laaaaaaa....

Nama pun Lerk Thai khannnn?? Harus lah makanan Thai uolls...



Ok, ini minuman feveret aku n azat kalo makan kat luar - Ice Lemon Tea. Jarang order air lain sbb nak elakkan muak kekdahnye lepas makan..


Starter - Sotong Goreng Tepung



Lemon Chicken - pernah makan dulu kat sini, sangat sedap. Tapi yg semalam makan tak berapa sedap plak rasa... Lemon sos dia terlalu kuat serasa makan pewangi kereta lagaknya..
koff!! (-_-;)



Black Pepper Beef - sedapp uolls!



Kangkung goreng Belacan - ini pun sodap!



Tomyam seafood - Ok sedap.. Tapi tak berapa pedas.. So kureng sikit..
ecewahhhh!! padahal memang aku tak makan pedas pun..

Untuk dessert, tak sempat order sbb kakcha nak mengelitik nak pgi tandas.. Choiii betul la perempuan nih... Asal sikit nak pegi kencing..Satu kali jalan sampai 4 kali dia nak pgi kencing.. Padahal bukan betul2 pun.. nak main air aje... eih! Tensen aku.. Mmg jalan nak kena pakai pampers gamaknya dia nihh..! eih!
Balik dari toilet, lalu depan Coffee Bean. Nampak pulak Red Velvet Cake.. Ohhh teringin nyaa! Padahal selalu je buat sendiri kan rumah kan? Tapi nak gak merasa yang orang lain buat. So rembat la seketul..

Memang nampak sangat tempting kann?


Tapi rasa, hmmm... ok la.. tak sedap sangat sbb aku rasa serabut kelapa tu sangat mengacau rasa dia.. Dia agak moist la jugak walaupun tepi dia keras sikit - mungkin sbb kena udara so tepi kek dia keras. Cheese dia ok sedap.. Tapi serius lah mmg kelapa parut tu agak menyibuk je sebenarnya..


Ahhh tapi perempuan ini memang dia suka apa saje.... Nyaaamm!



Ahhh ya.. Yang penting edisi makan kali ini agak tenteram sbb makhluk halus yang suka buat kecah masa makan nih TIDOOOOO!!
Sekian lah.. Babai!~


p/s : Pasport dah siap! Yahooo!!~ Tak sabau nak menjadi pelancong sebenar :D










November 09, 2010

Mujur si Kacak Tak Pekak

Hello uolss..


Lama tak apdet blog dah bersawang siap ada kelahiran anak labah-labah lagi.. hehei~

Hari nih aku EL sbb bawak Rayyan ke GH. Alkisahnya, petang ahad hari tu, Lissa yg super-rajin telah menabur budi dengan membantu adiknya korek telinga. Kejadian ini adalah SUMPAH AKU TAK TAU okeyy!! kalo aku tau dia main korek2 telinga harus lah aku dah jadi siti kelembai... Tau2 jer si Rayyan dah menjerit (cakap tak reti tapi menjerit sampai melaka sentral boleh dengau). Aku bergegas datang tengok dan tanya kenapa?!
Rayyan cakap "ate.tee..tee..kit..kitt" (ok, aku mmg ada kuasa psikik memahami bahasa makhluk halus ini) Maksud dia "telinga saya sakit"

Aku tengok muka Lissa dah blur-blur.. Aku tanya kenapa? Dia cakap "icha tolong korek telinga adik aje..."
Menyirap darah aku koo!! Terus aku tanya Rayyan telinga mana yg kena?? Dia tunjuk kanan.
Sekali aku tengok, BERDARAH SUDAAA!!

Aku ngan Azat mmg panik gila.. Mengelupur kejap! Terus ambik cottonbud celup minyak gamat. Sapu pelan2... sampai darah kering.. Byk gak cotton bud yg lencun dengan darah si Rayyan.. Azat dah bising marah Lissa. Marah jer.. Untuk peringatan.. Tak pukul sbb dia sendiri tak tau apa dia buat.. Tapi aku memang marah macam bos syarikat konsortium gelang tungsten yang merasa dirinya difitnah kekdahnyer... hikks!!

Sebabkan marah dan geram aku terus denda Lissa tak boleh bercakap dan tak boleh senyum selama 3 jam..
Pertama kali sejak dilahirkan aku tengok dia diam dalam keadaan sedar. Wahahahhah!

Sebenarnya rasa nak ketawa tapi terpaksa sembunyikan sbb taknak dia ingat aku main2 semasa mendenda.. Ohh mmg terasa sangat sunyi lah sbb dia tak bercakap + Rayyan pun tak reti bercakap... Rasa macam padang jarak padang tekukur..
(-_-;) Lupa pulak aku nak rakam video 3 jam bersejarah ini.. heheii!~

Berbalik pada Rayyan, lepas taruk minyak gamat kering sikit ... takde darah lagi. Aku testing panggil dia byk2 kali kot2 dah pekak ke akibat kecederaan serius. Sekali panggil tak pandang.. 2-3 kali panggil pun tak pandang.. Apakah!??!!! Panggil byk2 kali pun tak pandang... Last2 aku tengok sekali dia tidoo dah!! chuih!

Pastu mlm dia bangun ok laa.. panggil skali da dengar.. so aku budget takde apa2 la..

Tup2 pagi tadi nak pgi keja, aku check telinga dia, sekali tengok darah balik.. Wah!! Panik! Panik! Lap banyak2 kali pakai cottonbud pun masih berdarah... Takleh jadi, terus inform geng2 n bos aku terpaksa ambik EL hari nih..



Pgi GH jumpa doc dia cakap alhamdulillah takde apa2.. means dalam gegendang telinga dia tak cedera. Yg berdarah tu dinding dalam telinga n pangkal lubang telinga tu. Mungkin sbb melecet n luka. Pendarahan tu pulak mgkn sbb dia gosok telinga. Ye la.. telinga baby kan lembut.. Tu yg senang berdarah.. Syukur alhamdulillah.. risau aku kot pekak ke apa.. Nauzubillah!


Lepas balik dari GH perut tiba2 terus terasa lapau.. Baru sedar belum breakfast.. Lepas melahap kat tesco teringat nak ke Kg. Jawa cari barang..

Nak tau barang apa?

Nih...~~





Close-up skit..


Yeahhh!! Ianya adalah Lesung Batu atau Batu Tumbuk.. WohooO!~ Dah 5 tahun lebih kawin, bulan mac tahun depan genap 6 tahun akhirnya aku berjaya jugak memiliki lesung sendiri.. Wahahahh!!

Azat selalu komplen aku tak buatkan sambal belacan yg ori.. Slalu main blender aje.. Hina kan??? hihihi.. Sekarang dah ada lesung, aku terus test power!~

Tadaa~

Sambal Belacan...




Ini menu dinner malam ni... Sambal Belacan Lesung Kelakar, Udang masak lemak kelakar, Ayam goreng kelakar dan telur dadar kelakar.

Walaupun dah lebih 2 bulan Azat tak makan nasi malam, hari ini aku paksa jugak dia makan semata2 nak test power Lesung Batu baru aku.. kihkihkih!~


Bye olls..