November 09, 2010

Mujur si Kacak Tak Pekak

Hello uolss..


Lama tak apdet blog dah bersawang siap ada kelahiran anak labah-labah lagi.. hehei~

Hari nih aku EL sbb bawak Rayyan ke GH. Alkisahnya, petang ahad hari tu, Lissa yg super-rajin telah menabur budi dengan membantu adiknya korek telinga. Kejadian ini adalah SUMPAH AKU TAK TAU okeyy!! kalo aku tau dia main korek2 telinga harus lah aku dah jadi siti kelembai... Tau2 jer si Rayyan dah menjerit (cakap tak reti tapi menjerit sampai melaka sentral boleh dengau). Aku bergegas datang tengok dan tanya kenapa?!
Rayyan cakap "ate.tee..tee..kit..kitt" (ok, aku mmg ada kuasa psikik memahami bahasa makhluk halus ini) Maksud dia "telinga saya sakit"

Aku tengok muka Lissa dah blur-blur.. Aku tanya kenapa? Dia cakap "icha tolong korek telinga adik aje..."
Menyirap darah aku koo!! Terus aku tanya Rayyan telinga mana yg kena?? Dia tunjuk kanan.
Sekali aku tengok, BERDARAH SUDAAA!!

Aku ngan Azat mmg panik gila.. Mengelupur kejap! Terus ambik cottonbud celup minyak gamat. Sapu pelan2... sampai darah kering.. Byk gak cotton bud yg lencun dengan darah si Rayyan.. Azat dah bising marah Lissa. Marah jer.. Untuk peringatan.. Tak pukul sbb dia sendiri tak tau apa dia buat.. Tapi aku memang marah macam bos syarikat konsortium gelang tungsten yang merasa dirinya difitnah kekdahnyer... hikks!!

Sebabkan marah dan geram aku terus denda Lissa tak boleh bercakap dan tak boleh senyum selama 3 jam..
Pertama kali sejak dilahirkan aku tengok dia diam dalam keadaan sedar. Wahahahhah!

Sebenarnya rasa nak ketawa tapi terpaksa sembunyikan sbb taknak dia ingat aku main2 semasa mendenda.. Ohh mmg terasa sangat sunyi lah sbb dia tak bercakap + Rayyan pun tak reti bercakap... Rasa macam padang jarak padang tekukur..
(-_-;) Lupa pulak aku nak rakam video 3 jam bersejarah ini.. heheii!~

Berbalik pada Rayyan, lepas taruk minyak gamat kering sikit ... takde darah lagi. Aku testing panggil dia byk2 kali kot2 dah pekak ke akibat kecederaan serius. Sekali panggil tak pandang.. 2-3 kali panggil pun tak pandang.. Apakah!??!!! Panggil byk2 kali pun tak pandang... Last2 aku tengok sekali dia tidoo dah!! chuih!

Pastu mlm dia bangun ok laa.. panggil skali da dengar.. so aku budget takde apa2 la..

Tup2 pagi tadi nak pgi keja, aku check telinga dia, sekali tengok darah balik.. Wah!! Panik! Panik! Lap banyak2 kali pakai cottonbud pun masih berdarah... Takleh jadi, terus inform geng2 n bos aku terpaksa ambik EL hari nih..



Pgi GH jumpa doc dia cakap alhamdulillah takde apa2.. means dalam gegendang telinga dia tak cedera. Yg berdarah tu dinding dalam telinga n pangkal lubang telinga tu. Mungkin sbb melecet n luka. Pendarahan tu pulak mgkn sbb dia gosok telinga. Ye la.. telinga baby kan lembut.. Tu yg senang berdarah.. Syukur alhamdulillah.. risau aku kot pekak ke apa.. Nauzubillah!


Lepas balik dari GH perut tiba2 terus terasa lapau.. Baru sedar belum breakfast.. Lepas melahap kat tesco teringat nak ke Kg. Jawa cari barang..

Nak tau barang apa?

Nih...~~





Close-up skit..


Yeahhh!! Ianya adalah Lesung Batu atau Batu Tumbuk.. WohooO!~ Dah 5 tahun lebih kawin, bulan mac tahun depan genap 6 tahun akhirnya aku berjaya jugak memiliki lesung sendiri.. Wahahahh!!

Azat selalu komplen aku tak buatkan sambal belacan yg ori.. Slalu main blender aje.. Hina kan??? hihihi.. Sekarang dah ada lesung, aku terus test power!~

Tadaa~

Sambal Belacan...




Ini menu dinner malam ni... Sambal Belacan Lesung Kelakar, Udang masak lemak kelakar, Ayam goreng kelakar dan telur dadar kelakar.

Walaupun dah lebih 2 bulan Azat tak makan nasi malam, hari ini aku paksa jugak dia makan semata2 nak test power Lesung Batu baru aku.. kihkihkih!~


Bye olls..

3 comments:

mummy @ cik besan said...

woi! apa nih... baru nak ada lesung, sabau je la....

masa kawin takde orang hadiahkan lesung ka? mummy dapat sebijik lesung masa kawin, orang tu ingat mummy takde lesung batu kot... tapi sayang, masa nak pindah rumah sekarang, ntah mana daddy tebuang kot lesung tu, dah 3tahun lebih cari tak jumpa...

tapi tak masuk lesung yang ghaib tu mummy dah ada lagi 2 lesung (saje nak kerek kat ibu, heheheheeh)

kucingorengemok said...

walaupun agak tragis kerana telinga berdarah, namun amat kelakor kerana didenda tak boleh bercakap 3 jam... time tu la macam² benda dia nak cerita gaknya kan! haha.

PertMuffin said...

mummy : masa i kawin takde sorang pun bagi hadiah lesung.. tapi blender dapat sampai 2... chopper pun dapat! tak menahan...

KOG : sejak 5 tahun lepas setelah lissa dilahirkan, aku tiada peluang merasa bosan sbb melayan percakapan dia.. (T_T)