July 28, 2011

babai lah Caramel Popkorn GSC!




Kalo sebut popkorn mesti teringat2 je kat popkorn karamel yg jual kat wayang2 tu kan...? Padahal pasau malam belambak je orang jual popkorn. Tapi aku tak gemau sangat la yang kat pasau malam tu sebabnya terlalu kuat bersolek. Bermacam2 warna segala. Tak lalu aku weh!


Aku suka popkorn karamel sbb rasa yg masin manis tu sedap sangat kat tekak keranjang aku ni.

Tapi sebab aku jarang yaamatz menonton wayang so, jarang2 la dapat makan.


Semalam pegi kedai supplier tetiba nampak jagung kering. Sepeket Rm1.50 aje. Aku pun sambar sepeket. Balik rumah, terus gugel resepi popkorn karamel.


Senang je noks.. Ok, nah resepi ;-


1/2 cawan jagung kering

1/2 cawan gula kastor

1/2 cawan gula perang (brown sugar)

1/2 cawan margerin

1/2 cawan minyak masak


cara :


Panaskan minyak masak dalam periuk yg bertutup. Pastu kecikkan api dan masukkan jagung kering. Cepat2 lah kau tutup itu periuk. Dalam beberapa saat akan kedengaran bunyik letupan pop-pop-pop. Aku rasa ini lah resepi paling kecoh kat dapur! (-_-;)

Lepas beberapa ketika mereka pun senyap dan tutup api.


karamel :


panaskan kuali, tuang gula dan magerin. biarkan cair sampai gelegak, tutup api. cepat2 masukkan dalam periuk berisi popkorn dan gaul rata.


SIAPPP!!


Ok malam nih boleh makan sambil tengok bola Harimau Malaya vs Singa! (^_^)


bye!



July 27, 2011

Berbudi Kepada Tanah dan Perut.



Hasil setelah beberapa hari bercocok tanam.






Pokok Coriander @ Daun Ketumbau (ketumbar daa...) yang hidup segan mati tak mahu pada mulanya akhirnya mampu berdiri tegak (^_^)







Pokok Rosemary @ Ros Mariam (bukan nama sebenar). Oihhh tak sabau aku nak try masak ayam golek!







Pokok Basil @ Selasih. Ah, nanti kemudian lah aku fikirkan resepi apa yg sesuai....

(-_-;)


Parsley @ Daun Sup yang masih segan2 nak berdiri tegak. heppp!!




Pokok Cili padi.



Akhirnya Azat takyah susah2 start motor pgi kedai memalam cari cili padi lagi. Hah! sepokok aku tanam! kot nak makan, petik je..kunyah macam makan kacang..





Pegaga Air.


Memang sengaja beli untuk letak dalam kolam renang mini. Hehei!~


Aku tengah fikir nak letak ikan apa yg saiz kurang 6cm untuk berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian dalam kolam sakti ini..



-tiada bergambar-





Pokok Lemon.

tipu.
Sebenarnya baru nak semai biji dari lemon segar yang dibeli kat Tesco.
Koff!! (T_T)
Apakah nasib beliau kelak?
Wallahualam.





sekian lah! babai..!

July 25, 2011

Potato Jacket yang tiada berjeket

Oleh kerana terpengaruh dengan orang ini, maka aku pun mengambil keputusan sambil lap2 air liur yg menitik untuk mencuba resepi yang penuh kolestrol ini. (T_T)

Oihhh sedap noks!! Harus la sedap, sbb bercheese2 bagai kannnn?!

Sepatutnya cara asal, kentang nih kena balut dengan foil, tapi sbb aku malas dan bersifat gelojoh, maka aku biarkan aje mereka bergelimpangan dalam oven. Kekdahnya nak kasi kulit kentang lebih garing. keeehhh!!


Ok, resepi....

- 3 biji kentang besau (tak kisah apa bangsa kentang pun asalkan besau sudeh!)
* belah dua, rebus separa empuk.
- Daging cincang (pakai daging burger pun boleh je)
- Bawang besau 1 biji
- Bawang putih 1 ulas
- Serbuk kari 2 sudu
- Rempah bolognese maggi (takde pun takpe) 2 sudu
- Garam/gula sesedap rasa
- Cendawan butang (ko nak sedap, pegi tesco pagi2 slalu ada cendawan segar reduced price)
- and ofkos la Cheese.



- Kentang dah siap rebus, pastu korek isi tengah, keluarkan.

- gaul2 isi kentang dengan garam sket.




- ok, cara masak inti : tumis bawang + garlic pastu masukkan daging cincang. pastu masukkan serbuk kari/ rempah bolognese. tumis sampai naik bau n daging masak. masukkan cendawan dan gaul pastu tambahlaa garam gula sesedap rasa.






- campurkan bahan inti yang dah masak dengan isi kentang yg dah lenyek2 tu. gaul sebati2... kalo malas macam aku, gaul sambil lewa je pun boleh..





- pastu sendukkan isi kentang dengan inti tu kedalam kelongsong kentang yg siap korek tadi.




- taburkan cheese parut atas kentang.




- alas loyang dengan foil kalo ko malas nak menyental loyang seperti ku.. letak minyak sket pastu susun la semua para kentang yang terbabit untuk dibakar.




- owh! ini azat punya.. .sbb dia suka pedas so aku tabur dengan chilli flakes utk penambah perisa pedas..





- kemudian bakarlah mereka dengan suhu 200 derjah selsius selama 15 menet atau sehingga cheese cair.





- taraa! ehhh...motif sesangat kan nak meniru pakar masak dalam blog.. ekekekekek! siap berhias2 bagai dengan daun ketumbau (eh, ke daun sup??) koff!! (-_-;)


* moral *



resepi nih memang sedap la kan... sbb sendiri masak mesti la kata sedap. hahahaiii!~ aku masak maggi pun aku kata sedap, janji sendiri masak - perut kenyang. konfirm sedap!



tapi resepi nih ko belasah hari2 memang cari nahas la namanya. Kalo nak masak setahun sekali takpe la. Sebab berkentang, berdaging, berkeju segala... eh tapi memang sedap, ko mesti nak masak hari2 punya *jeling kentang dalam esbok*


ok la. bye!!










July 21, 2011

Derita Pindah Rumah
















Penatttttt woooo pindah rumahh! Nih baru projek kemas rumah lama... belum nak kemas rumah baru lagi (T_T)