Lagi seminit nak tukar tarikh, baru aku teringat nak update blog. 2-3 minggu sudah aku dok berangan hari2 nak tulis apa pada 18hb Feb 2012.... Ekceli tarikh nih bermaksud genaplah sudah setahun aku meninggalkan Teac, bermakna genaplah sudah setahun aku berhenti makan gaji dengan Jepun, bermakna genaplah sudah setahun aku jadi WAHM dan bermakna genaplah sudah setahun menjadi usahawan di rumah sendiri.
Alhamdulillah.
Aku sangat2 bersyukur dengan kehidupan yang dilalui sekarang.
Mula2 nak berenti kerja dulu aku pernah cakap dengan Azat, minta tempoh 3 bulan untuk buat online home bakery. Kalau ditakdirkan perniagaan tak berjaya, maksudnya aku akan kembali makan gaji dan buat kapkek secara sambilan sahaja. Lepas tempoh percubaan selama 3 bulan, aku minta lanjut lagi 6 bulan. Alhamdulillah, nampaknya memang ini la pintu rezeki yang ditakdirkan untuk aku. Pejam celik, pejam celik.... dah masuk setahun pun (^_^)
Menyesal?
Langsung tak!
Malahan aku sangat2 bersyukur kerana dapat menguruskan rumahtangga dan anak2 depan mata walaupun sambil bekerja. Masa kat opis dulu, kalo letih atau mengantuk time keja harus la tersengguk2 atau lari ke locker/toilet/mesin robot nescafe utk mencari kesegaran. Sekarang nih dah keja kat rumah, kalo ngantuk terus je menonong masuk bilik gedebummm kat katil - tido sambil ternganga sampai puas. hehei! kau mampu? :D
Ok, nanti aku share la tips2, hal seronok dan tak seronok serta faedah menjadi wahm ni. Sekarang aku perlu rehat sbb dah 2 hari x tido dengan sempurna kerana gigih menyiapkan order dari customer.
tata!
No comments:
Post a Comment