Hello..
Hari nih adalah hari sukan sekolah Lissa yakni Sek. Keb. Pulai, Merlimau Melaka merangkap sekolah rendah aku pada tahun 1986 sampailah abis UPSR..
Tapi memandangkan anak aku adalah pesakit asma maka takde la aku berharap sangat beliau mengaktifkan diri dalam sukan sekolah sekaligus meranapkan impian aku untuk melihat kesinambungan piala aku masa darjah satu dulu.
Aku sebenarnya tak aktif sangat la masa sekolah tadika. Baling bola masa sukan tadika kemas pun tersasar dan lembik sahaja. Tapi tak tau la tup2 masuk darjah satu tetiba aku jadi kuat lari dan terus jadi atlit sekolah sampailah abih SPM.
Ini adalah piala pertama yang aku dapat semasa pertandingan lumba lari masa aku darjah 1 yakni pada tahun 1986.... ai dapat johan uols!! masa darjah 1 dulu 50meter tu kira jauh la jugak utk budak pompuan yang comel dan genit dan jelita (eh meroyan!!). Aku memang simpan piala ini (dan semua piala2 lain juga) sebab nak jadikan perangsang untuk anak2 aku aktif bersukan.
piala dah 26 tahun, penah patah dan siap bersalotep demi untuk memanjangkan hayat beliau.
tak apa lah lissa.. kalau awak tak boleh bersukan sekarang, ibu harap masa akan datang kamu boleh menang sekurang2nya satu acara. lari dalam guni pun tak apalah!
i love yu lissa!
4 comments:
you, piala u 1986?sebaya dgn i omg~~~!!!
ai perlu cakap piala ai dah tua atau piala ai masih remaja?? *jeling perlahan2*
piala ni lg tua dr saye. huhu!
http://pencatatkata.blogspot.com/2012/07/meniup-habuk.html
mohon dijenguk tengok tuan tanah .
Post a Comment