May 30, 2004

Kisah Amnan Dan Insyirah.

Saya ingin berkongsi pengalaman dengan anda tentang penjagaan bayi. Sebagai seorang surirumah, ibu saya juga merupakan seorang babysitter. Oleh kerana beliau sibuk mengambil tempahan jahitan baju, maka tugas menjaga bayi adalah diserah bulat-bulat kepada saya. Mujur sekali kedua2 anak-anak yang saya jaga ini anak seorang guru sekolah rendah. Jadi, tempoh penjagaan hanya bermula dari jam 7.30 pagi sehingga 1 tgh sahaja. Walaupun saya seorang yg tidak berapa suka kepada kanak-kanak bayi, tapi saya tidak mempunyai masalah untuk menjaga mereka kerana kedua-duanya sangat sukar menangis. Hanya tahu ketawa dan makan saja.
Insyirah ialah kakak kepada Amnan. Mereka berdua mempunyai dua orang abang yang sudah bersekolah rendah (Amar dan Amzar) dan tidak perlu dijaga lagi. Insyirah merupakah anak gadis tunggal dalam keluarga ini, dan berusia 4 tahun. Mulutnya? Oh!! Sangat becok dan sangat pandai berkata2. Dia seorang gadis kecil yang hiperaktif dan sangat bijak berbanding dengan kanak-kanak lain yang seusia dengannya di Taman ini. Hobinya? Hmm..sangat suka memakai mekap dan berhias dengan rambut palsu. Umminya seorang guru bahasa Inggeris manakala ayahnya seorang ustaz moden. Insyirah ini saya panggil dia Kakak atau Chia sahaja. Dia sangat lasak. Mungkin kerana tidak mempunyai adik beradik perempuan yang lain. Selalunya pada setiap pagi Isnin, dia akan datang kerumah saya dengan koleksi rambut palsu terbaru. Umminya memang suka menghias anak gadis sendiri dengan fesyen yang ganjil-ganjil. Setiap kali selepas mandi pagi, saya memang ditugaskan untuk memakaikan mereka baju. Dan setiap kali lepas mandi jugalah saya akan diminta oleh Chia untuk menyolek wajahnya. Menyolek orang memang hobi saya! Heeee...
Kadang2 Chia ini orangnya terlalu banyak bercakap dan suka berlakon macam orang dewasa. Dia suka sangat memakai kasut tumit tinggi dan bercakap seorang diri. Ah! Percakapan yang paling menyakitkan telinga saya pernah terkeluar dari mulutnya beberapa hari lepas. Waktu itu saya sedang mengemas rumah manakala Chia sedang berendam dalam besen air di bilik mandi. Oleh kerana dia mandi terlalu lama maka saya pun menjerit menyuruh dia keluar segera.
"Chiaaaaa...!!!! Keluar cepat!! Orang nak mandikan Amnan nih!!"
Nak tahu dia jawab apa?
"Heiii...kau nak dera aku ye!???"
Bedebah sungguh percakapan begitu untuk budak berusia 4 tahun. Apa ke patut saya dikata hendak menderanya. Sudahlah tu, ber'aku-kau' saja pula. Pada pendapat saya, sayalah orangnya yang patut berkata begitu. Sudahlah kena mengemas rumah, memasak malah terpaksa menjaga dua orang kanak-kanak nakal.



Inilah Chia..


Amnan pula, baru berusia 9 bulan lebih. Baru memiliki 4 batang gigi. Langsung sukar mendengar dia menangis. Kalau dia lapar dia sendiri akan merangkak ke dapur. Memang tak dapat dinafikan yang kami dirumah ini sangat cintakan makanan. Jadi, sentiasa saja ada makanan kerana kami memang kerap menghabiskan masa dimeja makan. Amnan langsung tidak ada peluang untuk menangis kerana saya sentiasa akan menyuap makanan kepadanya. Apa yang saya suka kepada kedua2 budak ini ialah mereka mempunyai bulu mata yang sangat panjang dan melentik. Walaupun Amnan ialah bayi lelaki, namun dia kelihatan sangat cantik apabila memandang ke atas kerana bulu matanya akan jejak ke kening.
OH! Satu tabiat Amnan yang menyakitkan hati saya ialah dia sangat suka menyamar pengsan. Bayangkan sedang dia merangkak kesana sini, tiba2 bila nampak kelibat saya atau ibu saya, dia akan terus rebah tertiarap dan tidak bergerak-gerak. Kemudian bila kami datang dekat untuk melihat keadaannya, dia bangun semula dan terus merangkak pergi dengan begitu laju sambil ketawa. Ah! (jatuh) benarkah budak ini baru berusia 9 bulan??!!!!
Sudah beberapa kali saya tertipu dengan lakonnya. Sekarang bila dah tahu, saya tidak hiraukan dia lagi apabila dia menyamar pengsan. Namun budak nakal ini sanggup berpura-pura pengsan dengan sangat lama sehingga merah hidung atau pipinya asalkan saya datang melihat keadaannya.Geramnya!!!! Sekarang dia tidak berpeluang lagi merangkak pergi meninggalkan saya sambil ketawa kerana saya akan mengejarnya sampai dapat dan kemudian memukul punggungnya banyak2 kali.



Inilah Amnan!

2 comments:

Anonymous said...

cute sangatt!

Anonymous said...

:http://uk.groups.yahoo.com/group/sharodian