May 21, 2004

Kisah aku hari ini...

Hari ini...

Lewat jam 5 petang, saya bersiap untuk menghadiri temuduga tidak formal. Saya tidak tahu kemana saya akan dibawa. Cuma tahu, ia sebuah syarikat insuran. Saya bercadang pergi bersama sepupu saya, Nazla. Saya seharusnya sampai di Alai Motor Sport (tempat kerja Nazla sekarang) pada jam 5.30ptg. Sekarang sudah masuk 5.45 dan saya masih menunggu di bustop. Waktu2 petang begini, sudah pasti agak sukar mendapatkan perkhidmatan bas atau teksi kerana para pemandunya sangat malas. Kalau ada bas atau teksi yang lalu pun, terlalu laju sehingga tidak sempat untuk menahan. Memang bedebah.. Adakah isteri semua pemandu teksi dan bas di Melaka ini garang2 sehingga menyebabkan para suami takut untuk pulang lewat!?? Geramnya saya...
Akhirnya sehingga jam 6 ptg saya masih tidak berhasil berganjak dari bustop. Saya call Nazla dan menyuruhnya mengutip saya dirumah sajalah... (-_-;).
Nazla memandu dengan sangat pantas sehingga kami berjaya sampai ditempat tujuan dalam masa 10 minit (biasanya 30 minit.. memang mirip seorang pemandu wanita yang gila). Saya akhirnya berdiri di depan Wisma Prudential, Bacang. Hmm... memang besar dan kelihatan berpengaruh. Sebenarnya saya tak tahu apakah saya ini benar2 ingin bekerja disini, atau sekadar mencuba atau cuma untuk melihat-lihat keadaan dunia insuran. Saya ini orangnya sangat sukar bertutur dan percakapan saya pun sukar menyakinkan orang. Adakah saya sanggup menerima tugas sebagai seorang wakil penjual insuran? Apakah nanti saya mampu menyakinkan pelanggan saya? Tidakkah saya takut terpengsan tiba2 ketika terlalu cemas untuk meraih perhatian pelanggan? Tidak risaukah saya bila berhadapan dengan masyarakat luar yang lebih banyak mulut dan terlalu peramah sehingga saya terpaksa menelan liur beberapa kali sebelum mengeluarkan kata-kata.
Hawa! Come on, baby!! Kau dah terlalu lama menganggur.. pada umur berapa baru nak mengumpul asset? Aduh!! Sakit kepala... Saya tersepit diantara masalah kewangan dan masalah konflik diri. Sikap kurang yakin dalam diri saya telah menyebabkan saya menjadi penanam tomato sepanjang masa dirumah. Saya terlalu cemas berada dalam khalayak ramai. Tapi, tidak juga.. saya pernah menjadi guru sekolah. Saya tidak pernah bermasalah dalam mengajar murid saya. Mungkin itu kerana saya cuma berdepan dengan mereka yang lebih muda dari saya. Tambahan pula, saya telah dibekalkan teks tentang apa yang perlu saya perkatakan dihadapan murid2 saya. Jadi, apa masalah sebenar saya? Lembab bertutur kerana tidak tahu nak menyusun ayat dan tak tahu apa yang hendak diperkatakan? Saya bukannya lemah dalam membuat struktur ayat.. malah saya pernah menjadi guru bahasa melayu. Jadi apa masalah saya?!!??
Tiba2 je saya dan Nazla dah berada dalam bilik pengurus di tingkat 5. Hmm.. suasana kerjanya biasa sahaja tetapi kemas dan teratur. Mungkin kerana kebanyakkan pekerjanya sudah pulang (maklum saja temujanji kami dengan tuan pengurus itu ialah pada jam 6.15 ptg kerana menunggu Nazla pulang dari kerja). Sessi perbualan kami lebih banyak berkisar kepada penerangan tentang apa itu Prudential dan lain2 hal yang berkaitan dengan insuran. Perbualan secara langsung tidak formal itu membuatkan saya menjadi lebih tenang dan tidak terlalu cemas. Saya bisa bertutur dengan sangat baik dan dapat membuat sepatah dua lawak sarkis. Kemudian kami dikehendaki mengisi borang dan menjawab beberapa soalan (bukan beberapa, tetapi sangatlah banyak). Sekumpulan soalan yang menarik perhatian saya ialah seperti ini (dan jawapan saya bold);

-Apakah kejayaan yang anda inginkan dari perkara berikut:

kewangan: sudah memiliki wang sekurang2nya RM100,000.00 dalam akaun saya pada umur saya 40 tahun.
kediaman: cukup mempunyai sebuah rumah yang selesa tanpa hutang

kenderaan: sekurang2nya saya mahu memiliki sebuah waja.
percutian: saya ingin berehat di Pulau Bali!
kemasyarakatan: harap2 nama saya dikenali dalam sekurang2nya sebuah pertubuhan wanita!
--------

Sebenarnya banyak lagi soalan-soalan yang saya rasakan cukup menguji minda saya dalam membuat jawapan dan memberi keputusan. Tak sangka pula untuk menjadi seorang agen insuran saya perlu berdepan bukan sahaja dengan orang ramai malahan soalan2 yang banyak juga.
Menjawab soalan sahaja saya dan Nazla menghabiskan masa selama satu jam. Malah kami sempat menyelesaikan tugas2 wajib disekitar kawasan pejabat itu. Mujur sekali tuan pengurusnya seorang Muslim dan para pekerjanya juga beragama yang sama.
Setelah selesai menjawab semuanya, saya dan Nazla diberi serba sedikit penerangan akhir sebelum kami pulang. FuH! Pertama kali saya memohon kerja pada waktu lewat senja sehingga menjejak ke malam. Memang suatu pengalaman baru dan saya yakin jika saya terpilih bekerja maka saya juga perlu bekerja tanpa mengira masa.
Saya sedang berkira2 adakah yakin untuk menerima tugasan ini atau..., terus2an mengusahakan tanaman tomato saya.

No comments: