May 16, 2004

Kisah Aku, Dia dan Mereka

Normaini Bte Ambia (wishlist)

Bagi saya dia sangat cool dan selalu bertenang. Walaupun adakalanya dia sangat cemas dan membuat kerja tertegun-tegun sehingga menyebabkan kemarahan orang. Dia tidak pandai marah dan sukar untuk menjadi marah kepadanya. Seorang yang sangat kurus tetapi terlalu banyak makan dan suka tidur. Sangat sukakan muzik dan seni. Terlalu cintakan keluarganya sehingga dia menganggap keluarga adalah fokus utama. Sangat pandai menyimpan rahsia siasatan saya. Melihat personalitinya seperti seorang yang pendiam tetapi hal yang sebenarnya dia sangat pandai bercakap dan mampu mengeluarkan idea-idea spontan terutama sewaktu crit session *langsung tak sama dengan sikap dan personaliti aku*. Dia boleh menjadi bomoh dan pandai mengubat penyakit. Seorang yang sangat mudah bertolak ansur dan boleh dibawa berunding. Seingat saya, tidak pernah rasa marah langsung pada orang ini. Ah! cuma ada sekali sewaktu dia berjanji membeli makanan bersama-sama tetapi dia dah pergi dulu tanpa menunggu saya. Penatnya mencari orang ini dibiliknya dan menunggu di tepi post-box selama 30minit, tahu-tahu dia sampai sambil memegang makanannya. Bagi saya, tiada seorang rakan pun yang dapat menandingi ciri-ciri 'rakan baik' yang ada padanya.

Norafidah Bte Ambia (humble pie)

Kakak Maini. Saya panggil dia dengan bermacam-macam nama tapi dia tak pernah kisah. Bertuahnya kedua ibubapa orang ini kerana melahirkan anak yang baik walaupun memenatkan. Wajahnya memang sangat mirip dengan Maini sehingga ramai yang menyangka mereka kembar. Nora lebih rendah dari Maini tetapi kakak tetap kakak, Nora lebih matang dan tegas dalam membuat keputusan berbanding Maini. Bagi saya dia juga sangat cool dan tidak kedekut. Saya lebih banyak berbincang hal yang tidak normal dengannya berbanding dengan Maini kerana dia mempunyai banyak tindakbalas berbanding Maini yang hanya tahu ketawa tanpa henti. Nora lebih banyak akal buruk berbanding Maini. Dia juga seperti Maini, mempunyai ciri-ciri rakan baik kesukaan saya yang tidak dapat ditandingi oleh orang lain.


#empire_records.webchat.org

Saya mula berkenalan dengan #empire_records pada sekitar tahun 1999 sewaktu berada dirumah Taman Teratai. Saya diperkenalkan kepada #empire_records oleh Maini yang kebetulan menggunakan nick Pearljam yang sama dengan salah seorang usernya iaitu Wan. Kebetulan waktu itu belum ada port rasmi untuk berkumpul lalu atas daya inisiatif kasumie, ayambaik (art), kambingygmandi(nuar) dan wan, akhirnya mereka menubuhkan #empire_records. Setiap malam kami akan berkumpul dan bersembang benda2 merapu. Saya terlalu meminati karektor SickBoy (Johnny Lee Miller) dalam filem Transpotting lalu saya menggunakan nick Sikboi. Setelah beberapa ketika, muncul juga beberapa orang user yang terdiri dari kawan-kawan Art seperti Betterman, Nutshell, Madlove, POLIS, LemanManan, Mudhoney, Victoria dan ntah sesiapa lagi. Akhirnya cenel menjadi raksasa dan kebanyakannya adalah kawan-kawan art, nuar, wan dan kasumie di Ipoh dan akhirnya mereka bercinta sesama rakan sebaya. Hahahah!!! Bagi saya, #empire_records memang berlainan dengan cenel lain kerana ianya lebih bersifat kekeluargaan dan persahabatan.

Ipoh Rock City

Saya mula menjejakkan kaki di Ipoh pada sekitar tahun 2000. Saya pergi atas pelawaan keluarga Nuar dan ingin berjumpa dengan rakan-rakan saya yang lain. Pertama kali menjejakkan kaki ke Ipoh, saya rasa bandaraya ini sangat happenning dan liar. Saya sukakan mereka disini. Antara yang saya kenal di Ipoh ialah Ariya, Art, Elly Polis, Leman Manan, Wan, Kasumie, Boy, Ijan Madura, Pendi, Along,Wutang, dan banyak lagi yang saya terlupa namanya. Maaf.. Segala yang menarik ada disini kecuali, bustand Ipoh yang sangat hodoh…

Jasrul Izwan Jaafar Sidek (rulehitz)

Orang ganjil ini, saya tak pernah bertemu dengan beliau. Saya mengkagumi hasil karya beliau kerana saya sukakan sebarang bentuk penulisan. Saya mengenalinya kerana beliau rakan kepada POLIS. Mulanya saya menyangka dia seorang perempuan gila. Saya pasti dia juga menganggap saya perkara yang sama. Saya mendapati dia cenderung kepada karya sastera Indonesia seperti lirik-lirik lagu Padi. Tak tahu apakah kebetulan atau kerana dia bercinta dengan gadis dari seberang. Hehei! Saya mula-mula membaca blog tulisan Leez dan NizamZakaria setelah diperkenalkan oleh Aliya Rozela tetapi waktu itu saya masih belum berminat untuk menghasilkannya sendiri. Akhirnya, setelah diajar dan diterangkan oleh Jasrul, saya berhasil melahirkan blog saya sendiri. Walaupun agak hodoh, namun saya tetap berpuashati dan berhasrat untuk menghasilkan yang lebih baik. Ah ya, kalau mahu melawat blog Jasrul, sila pergi ke, Http://malammalam.blogspot.com dan anda boleh membaca karyanya.

KC dan Epol

Dua orang ganjil ini banyak menghiburkan hati saya setelah kehilangan ramai coursemate. Mereka ialah junior kepada saya. Kedua-duanya bersikap kontra dan kedua-duanya memiliki salah satu ciri yang saya ada. KC (kak cik), walaupun orangnya terlalu bising dan adakalanya merimaskan, namun ada ketikanya dia merupakan seorang yang bagus untuk dijadikan sahabat. Walaupun kadang2 dia tidak sedar kelakuannya boleh mengundang masalah kepada dirinya dan orang lain. Dialah orang bising pertama yang boleh saya terima menjadi sahabat saya. Setelah Maini menyambung pelajaran ditempat lain, KC lah yang sering menemani saya memetik encik Davis (kapok kesayangan saya). Berbanding dengan Maini, KC kurang mahir bermain lagu2 barat dan dia lebih cenderung kepada rok kapak dan mendayu. Kegemaran lainnya yang mirip dengan saya ialah suka memasak. Tapi saya suka memasak dan makan dengan banyak, sebaliknya KC masak untuk suka-suka dan sayalah orang yang akan menghabiskan semuanya! Hahah!
Epol pula, yang saya kenal ialah seorang lelaki pendiam yang suka berwatak misteri dan menyebabkan kemarahan orang. Dia mula rapat dengan saya dan KC semasa kami menggunakan internet secara haram di studio (oh! Dah bocor rahsia!!) Dia sangat gila mencipta lagu berunsur elektronika dan syaitanik. Menurut Epol, dia berkawan dengan saya kerana saya kelihatan seperti seorang ahli sihir wanita yang pendiam tapi kejam. Teruk betul kenyataannya! Epol dan KC sama-sama mempunyai minat bermain piano dan keyboard. Saya kurang berminat bermain instrument itu kerana saya lebih gemarkan alat muzik bertali. Salah satu sifat keji Epol ialah suka sangat 'using people'. Tapi, selalunya dia tak berjaya mempergunakan saya dan KC kerana kami lebih bijak memerangkapnya!


Abas, Fazlee, Shahril dan Syahir.

Keempat2 orang ini ialah junior saya, KC dan Epol. Saya gelar mereka Para Sami. Kami mula menjadi kawan baik semasa menjadi jiran pada cuti semester terakhir pengajian saya di UTM. Saya dan KC menginap secara setinggan di Studio Art kami di blok E06, Fakulti Mekanikal. Walaupun ianya cuma sebuah studio, kami telah merekahiasnya sehingga kelihatan seperti sebuah apartment mewah. Hehei!! Kami ada dapur, ruang rehat, tandas, bilik tidur dan juga ruang tamu ber TV yang semuanya berair-cond. Ada lanskap ber airterjun juga! Kami juga dapat menggunakan internet secara percuma dengan berleluasa. Hahah! Maaf UTM! Kebetulan cuma kami-kami sahaja yang masih tidak pulang bercuti kerana terpaksa melangsaikan beberapa pelajaran yang terkandas. Saya tinggal distudio berdua dengan KC. Walaubagaimanapun, kami tak risau kerana Para Sami (yang kebetulan bekerja sambilan dengan lecturer) pun turut menginap di studio sebelah. Sebagai junior, para sami sangat menghormati kami dan saya juga sangat sayangkan mereka. Mereka seperti adik2 yang sangat baik dan terlalu bersopan walaupun kadang-kala agak sewel. Saya banyak terhutang budi dan tak tahu bagaimana caranya nak cakapkan yang saya terlalu gembira dapat mengenali mereka. Mereka mengajar saya menjadi lebih friendly dan mesra sekitar. Pada waktu lapang, saya dan KC suka memasak untuk mereka kerana mereka tak pernah berkira dengan kami. Pelbagai kisah suka duka kami tempuhi bersama. Kami pernah bersembunyi semalaman suntuk kerana takut dikesan pak guard, mencuri pasu hiasan di fakulti elektrik untuk mencantikkan studio kami, menangkap ikan ditasik UTM, menikmati keindahan alam dari puncak Balai Cerap dan bermacam-macam lagi.

Babez KL

Saya tujukan gelaran ini kepada sekumpulan gadis-gadis kenalan saya di #empire_records seperti MaDLoVe (aliya), MudHoney (tiQ), C-Doughnut (ena), Daughter (ras), Lengkuas7 (dilla), Shy_hair (zati), NurBlur (nur20) dan beberapa lagi yang kurang mesra dengan saya. Mereka memang sangat happening dan sangat friendly dengan saya. Walaupun saya agak kaku dan pemalu tak bertempat, namun kalau bersama dengan mereka saya pasti akan banyak mulut. Antara mereka, saya lebih banyak bersosial dengan Aliya kerana dia memang anak jati KL dan dialah yang banyak membantu saya setiap kali saya turun ke KL untuk membuat research atau saja untuk berseronok. Saya sudah mengenali keluarganya dan saya rasakan persahabatannya dengan saya seperti bukan bermula dari chatting IRC. Ibunya sangat baik dan selalu memasak makanan yang banyak. Orang yang cintakan makanan seperti saya sudah tentu merasa bahagia bila berada dirumahnya. Saya juga anggap bilik Aliya sebagai sebuah toko. Ada berbagai khazanah dari buku, majalah, kaset, cd dan vcd sehinggalah pakaian, beg, toys dan bermacam-macam lagilah! Saya boleh berada dalam biliknya sehari suntuk tanpa rasa bosan.


2 comments:

Anonymous said...

waktu ini perkara yg aku teringat semasa dahulu aku bersama hawa -
- berjalan ke kelas di fakulti letrik pd malam hari. aku tak suka kelas itu tapi aku suka perjalanan ke sana. pd masa itu kami lihat ada byk bintang. jd mlm itu nyanyi at the stars-better than ezra. hawa tau aku sgt suka lagu itu.
-mkn rendang waktu berbuka di dlm bas semasa nak balik ke melaka/tampin. rendang tu aku beli semalamnya..oleh sebab mcm elok lagi kami pun makan sajalah!itulah seketul ayam yg ada dan itu sajalah makanan berbuka kami. sedap pula walaupun rendang semalam.hoho!hawa kata rendang yg disimpan lama mmg lebih sedap kerana perencahnya semua dah diserap. begurau apa! sebenarnya nak mengabui selera sendiri. nak beli makanan bas tak berenti. lagipun tak ada wang.
-dikejar maknyah yg perasan mcm kita ketawakan dia.mmgla ketawakan dia pun..tapi tak perlulah sampai nak main kejar2 pula.mujur ada kereta lalu dan dia tak sempat melintas.beberapa hari kemudian nampak lagi maknyah2 itu.rupanya satu fakulti.mmg malang.
-hawa membeli en.davis di tmn u. dia tak cakap pada aku alih2 dia kata ada seprais. dia suruh aku tgk sendiri. bila lihat saja, aku hampir pengsan. creep ialah lagu pertama hawa. dia mmg sgt cepat tangkap.
- berhibur di volikot sinkrosaun itu. ada sgt byk nyamuk. mungkin puaka hutan juga ada sbb tempat itu gelap dan berbelukar. tiap2 mlm pun mcm itu. kdg2 bawa torchlight juga. selain nak menyuluh kertas lagu ia juga berguna utk suluh apa2 yg berbunyi aneh di sekitar. kalau nampak benda aneh, senang nak lari sbb dua2 pun penakut. kdg2 buat mcm lampu spotlight.hawa mmg suka membuat perkara sia2. pert muffin aneh itu pun timbul di situ juga.
-soupman. dia itu suka meletak taugeh dlm mi walaupun dah pesan jgn bubuh.sgt menyakitkan hati.lalu hawa pun buat lagu soupman on campus.bunyinya sgt aneh. hawa mmg kreatif.
-hawa sdg basuh kain.agak lewat malam juga.aku dtg dia tak sedar.aku tegur secara baik dan membuat suara aneh ‘membasuh kak yah?’ aku tak sangka tindakbalas hawa sgt luarbiasa. dia sgt terkejut hingga berus kain yg dipegang terpelanting mcm ada spring saja di tangannya. kemudian aku ketawa mcm nak putus nyawa kerana tak pernah lihat dia terkejut begitu. sgt lucu. kemudian dia becok2 memarahi aku dan mengadu sakit dada. aku tak sangka hawa ialah mudah terkejut.
-hawa menunjukkan aku pelbagai jenis tarian yg dia cipta. salah satu corak tarian yg aku ingat ialah tarian awan larat tersekat-sekat.ya!mmg nama yg hodoh.kau yg beri nama itu!aku terpaksa menonton semua jenis tarian ini.dia mmg serius hendak mengajar tapi aku tak boleh ikut kerana hampir putus nafas melihatnya.
-hawa berbual dgn kakak aku. itu kali pertama mereka bersembang tapi mcm dah kenal lama. dua2 berckp yg bukan2 hingga aku terpaksa 3 kali angkat takbir kerana tak tahan ketawa. dah tahu nak berbual jgnlah berckp dgn kuat!sejak itu mereka berkawan baik (sebab dua2 pun tak siuman) dan kehidupan aku pun tak pernah dpt lepas dari 2 org yg merunsingkan.
-hawa memotong rambut aku.hasilnya muka aku jadi mcm nadia anak makcik kafe yg banyak perangai dan mendtgkan masalah. aku tak suka nadia kerana dia kata nama aku mcm mainan.bedebah!berani nak memberi komen kepada nama aku!tapi walaupun aku tak suka budak aneh itu tak bermakna pula aku tak suka hasil kerja hawa.cuma aku tak berani pulang ke rumah saja beberapa ketika kerana muka aku mcm budak jahat.lepas itu hawa potong rambut kak im,adik kak emi tu sape nama?dan beberapa lagi budak lain hasil mulut aku yg heboh sana sini ttg bakat hawa.
-taman teratai. pusat hiburan yg menjahanamkan. kehidupan jd tak normal di situ. siang mati, mlm hidup. kdg2 mcm pusat video game kdg2 mcm cc kdg2 mcm tempat berpeleseran sesama sendiri. empire, uptown semua pun muncul semasa di situ.jln2 cari cd..rumah hantu dkt jotic, barbecue ajai, road tour de stulang, dobi, young and dangerous ulang2 dekat 88x,mkn cucuk2..
-merakam suara hantu secara tak sengaja. waktu itu di bilik aku. aku simpan lagi tape itu. aku dah kira, suara minta tolong itu ada dlm 10kali boleh dgr..
-menulis surat mcm tak pernah berjumpa. waktu cuti.hawa sgt rajin beri surat pada aku.pada kakak aku juga. kdg2 aku belum sempat balas dia dah hantar lagi satu.mmg org yg hiperaktif.walaupun boleh telefon saja tapi kami lebih gemar cara itu.

ai..aku tak dpt fikir lagi..sgt byk perkara.tapi bagaimanapun terima kasih kerana sudi berkawan dgn aku.dan lobak..byk perkara tentang aku yg kau simpan sehingga nombor ic pun hafal. tak ada org yg boleh melakukan ini melainkan kau dan lobak saja. terima kasih kerana masih menganggap aku ialah kawan kau.

Anonymous said...

Hawe!Hang racist la.....Nam aku takde pun!Wawawa!Aku sedar siapalah aku!-Shafa-