Hari ini 28 Mei 2004. Hari ini umur saya genap 25 tahun.. saya sudah menjadi wanita! Bukan lagi gadis remaja seperti tahun-tahun sudah. Hmm... pertama kali merasa sangat keseorangan pada hari lahir saya. Tiada lagi ucapan selamat diterima dari kawan-kawan yang pernah mengucapkannya suatu masa dahulu...segalanya sudah berubah.
Saya menerima ucapan pertama pada malam hari lahir saya daripada bekas teman lelaki saya.
"Happy Besday! X saba, I orang pertama ucapkan? Semoga panjang umur dan berbahagia brsama si dia. hehe!" Sender: Pet Alien +01925415**
Nampaknya hajat beliau untuk menjadi orang pertama yg wish kepada saya tercapai. Terima kasih kerana masih mengingatinya, saya sangat menghargai kamu!
Genap jam 12 malam, saya menerima sms daripada teman lelaki saya. Terima kasih. Semoga diredhai.
"Selamat Hari Lahir ke 25. Semoga murah rezeki. (edited)" Sender: CINTA +01279633**
Saya menghabiskan masa menonton Fear Factor sementara menunggu untuk online internet pada jam 12.15pagi. Saya masih menunggu ucapan dari seseorang yg sangat saya tunggu2. Saya terus pening kepada bila melihat cabaran memakan 10 ekor lintah dan meminum hempedu bagi peserta fear factor. Huh! Saya lebih rela kehilangan $50,000 USD jika dipaksa memakan lintah hidup. Nak pegang seekor pun rasa nak pengsan apatah lagi jika nak memakan kesemua 10 ekor hidup-hidup.
Setelah tamat rancangan, saya on pc dan terus masuk #empire_records. Masuk2 saja sudah ada zati, singles dan safa.. kemudian ada juga angah dan sally simpson. Sedang saya mengumpat2 dengan zati tiba2 masuk lagi satu sms. Oh! Akhirnya sampai juga ucapan yg saya tunggu2 dari makhluk tidak siuman ini.
"Hepi birthday! ai.. semoga kehidupan kau semakin gembira dan gemilang *mata bersinar* terima kasih kerana nak menghadiahkan aku set berlian habib. memang kegemaran aku!" Sender: Bomoh Ketinting +01269215**
Orang ini memang kelihatan bedebah! Sudahlah lambat wish, malah memeras ugut saya pula! ai.. walaubagaimanapun, terima kasihlah kepada kau yg sudi mengucap selamat pada aku. hei! Kenapa lobak tidak menghubungi aku langsunG! Lupa daratan!
Saya juga menerima ucapan daripada zati, angah dan selly. Terima kasih banyak2 walaupun angah dan selly bukannya kenal sangat pada saya.
1 comment:
eh! saya dapat pic msg dari rozel! tapi lewat sehari, so lupa nak menulis disini.. anyway, thanks babe!
Post a Comment