May 17, 2005

SELAMAT ULANG TAHUN KE 6 #EMPIRE_RECORDS


Kejap je rasa masa berlalu... pejam celik, pejam celik Empire Records (#empire_records.webchat.org) dah masuk tahun ke 6. Kalau ianya bayi hidup, pasti sekarang sudah mendaftar masuk ke sekolah tadika..menyanyi lagu kebangsaan dan lagu negeri diikuti dengan lagu tadika KEMAS (kemajuan...masyarakat..itu lah teras utama kita, membina bangsa, memaju negara...agar maju dan jaya...alalaalaaa...) Terus terang saja, aku memang terlalu rindukan empire! Terasa ingin memanggil mereka semua berkumpul semula, duduk semeja sambil menikmati ais limau dan nasi goreng kampung beramai-ramai sambil bercakap perkara yang sia-sia. Memang tak dapat dilupakan..aku sanggup datang dari JB ke Ipoh dan balik semula ke KL kemudian ke JB semata-mata utk bersama-sama para empirean..memang satu pengalaman yang menyeronokkan dan menggembirakan walaupun dalam masa yang sama memenatkan...camtu jugaklah kanak-kanak dari Ipoh sanggup ke KL kemudian ke Melaka dan kemudian ke JB semata-mata memenuhi prinsip EmpireSpirit (hihihi..) yang ditanamkan dalam diri masing-masing...
Walaupun jauh jarak yang memisahkan setiap empirean, namun kami masih tetap dapat berkomunikasi hampir setiap malam..seronok btul rasanya bila semuanya ada berkumpul di cenel #empire_records.webchat.org setiap hari... kadang2 aku dan maini yang duduk bersebelahan kat cc pun boleh chatting berdua aje dalam cenel tu sementara menunggu makhluk2 lain memunculkan diri (memang perbuatan yang sia-sia) (-_-;)
Setelah beberapa ketika, baru lah kami semua mengambil keputusan utk menyertai gathering empire yang pertama. Kami membuat perjumpaan tersebut di Port Dickson. Langsung tiada kena mengena dengan tempat tinggal sesiapa..cuma tempat itu dipilih kerana sekumpulan kanak2 empire yang lain menyertai pesta kugiran tepi pantai di PD. Sangat mendebarkan waktu itu..masing2 rasa tak sabar (dalam masa yg sama merasa seram sejuk) nak berjumpa sesama sendiri dan melihat secara langsung bagaimana sikap sebenar orang2 yang sebelum ini cuma dikenali di medan siber. Aku juga sempat terjatuh sewaktu dalam perjalanan akibat terlalu cemas dan tak keruan. Memang aku seorang pencemas sehinggakan boleh terdengar degupan jantung dalam udara. Mujur ketika itu tiada orang dikawasan sekitar..kalau tidak, harus aku pura2 pengsan waktu itu..
.
Ramai juga yang menyertai pesta perjumpaan kanak2 liar pada waktu itu.. Bagi puak aku, ada Maini, Lobak, Najwa dan aku sendiri. Bagi pihak Ipoh Rock City, ada Art, Wan, POLIS, Arieyya, Kasumie, Ijan, Boi, Semut, Kameng, Leman Manan dan beberapa orang lagi yang aku tak perasan siapa.. Dan bagi pihak babe-babe KL ada Aliya, Dilla, Zati dan kakaknya yang cantik. Seronok berjumpa dengan makhluk2 asing begini.. Selepas daripada perjumpaan itu, cenel menjadi lebih meriah lagi!
Semalam sewaktu aku menulis karangan surat rasmi dalam bahasa inggeris, tiba2 aku teringatkan bagaimana kami semua berkomunikasi dalam bahasa inggeris spastik yang direka khas oleh maini yang tak siuman itu..memang menulis ayat bahasa inggeris, cuma ejaannya tersangat melayu sehingga menyakitkan naluri sopan sesiapa sahaja yang membacanya...
contoh ayat: Please teacher, may I go out?
english spastik: Plis ticer, mei i go aut?Semua orang bersungguh2 mempelajari dan memahami penulisan ini sehingga menyebabkan leman^_^manan pernah putus harap dan tertekan kerana gagal menguasainya.. hei hei!!!
Aku masih teringat lagi, pertama kali #empire_records menjadi gempar apabila teman wanita POLIS yang dikenali sebagai Amy dikatakan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya..Kecoh sekejap... sampaikan si Zati sanggup mengangkat tangan, membaca al-Fatihah didepan pcnya... (adik! kau memang berhati kudus)
Perjumpaan kali ke2 diadakan di KL (tempat biasa...watson cm..hehehe) Kali ini ramai yang hadir bersama orang-orang baru...ada TiQ, Along, Shafa, Nutshell, Wutang, StoneTemple Pilot, Ena Bulat dan sesapa ntah lagi.. Ada juga babe-babe KL yang baru (orang2nya juga sangat ganjil..tak tahu bagaimana rozel dan tiq boleh bersama orang2 seperti ini...hahaha!!)
Dengarnya SEMUT la orang yg paling digilai ramai..hehehe!! sampai ada yang menangis kerana terpaksa berpisah dan sanggup turun ke Ipoh semata-mata menagih ingin cinta Semut!! Syabass Semut kerana bisa meruntun jiwa sang gadis..
Waktu paling best ialah ketika menyambut majlis hari jadi Kasumi dan Arieyya pada bulan puasa tahun 2001 (kalau tak silap laa) Memang seronok..Makan dengan kadar yang banyak sekali sehingga aku terpaksa melonggarkan tali pinggang seluar... Kali pertama aku berbuka puasa di Ipoh dan bersahur (makan durian dan ikan keli) di rumah Arieyya.. Memang seronok!!
Sempat juga aku kerumah Leman Manan malam itu beramai-ramai menziarahi beliau.. dapat dengar bunyi keretapi lalu ditepi rumahnya...sungguh mendebarkan!
Pertama kali sewaktu aku datang ke ipoh bersama Maini dan Lobak, kami singgah makan di TKK (kedai Ah Yong) teringat lagi dengan gelagat si Kuzi yang bercakap dengan kadar yang sangat laju dan kuat sekali..sungguh berkeyakinan orangnya. Ini telah menyebabkan Maini dan Lobak hampir putus nafas menahan ketawa melihat aksi sang Kuzi itu tadi.. Semua pun orang2 yang tak siuman... (-_-;) aii....

Hmm... tapi semua tu tinggal kenangan aje sekarang... semua orang dah membawa haluan hidup masing2..Usia semakin meningkat dan kedut dimuka semakin bertambah..Masing2 ada komitmen sendiri termasuk aku juga...
Aku tak sabar nak menghadiri majlis perkahwinan masyarakat empire seperti mana waktu mereka menghadiri majliis perkahwinan aku tempohari...Bagaimana agaknya melihat aksi mereka di atas pelamin?
ahh!! hampir aku terlupa...aku sudah 11 minggu dan 4 hari..Kepada semua empirean, KAU SEMUA BAKAL MENJADI PAKCIK DAN MAKCIK HUJUNG TAHUN INI!! doakan yang baik-baik utk 'kami' ya?
Jumpa lagi... ;)

1 comment:

Tiq said...

siapa yang ganjil sebenarnya? *cubit pipi gebu kak cha*