December 09, 2005

Selamat Datang Puteri Sulung kami...


Hai..hoho! Apa khabar kau semua? kali nih aku nak berkongsi cerita mengenai detik2 kelahiran baby sulung aku, Yang Nuralissa bte Azat pada 26/11/05 jam 3.45am (awal seminggu dari tarikh jangkaan..)
Sebenarnya aku pergi hospital hari tu bukannya untuk bersalin.. datang tu saja2 je nak check up baby.. Sebabnya, 1-2 hari kebelakangan tu aku dapati baby gerak kurang aktif.. Nurse2 kat Klinik Desa Pulai dah warning awal2 dulu, kalau baby kurang gerak, cepat2 pergi hospital..bukan apa, pernah ada kes kat taman aku nih, baby meninggal dalam perut sbb terbelit tali pusat.. walaupun si mak tu dah perasan babynya kurang gerak tapi dia buat derk aje.. akibatnya, sehari lepas tu, doktor mengesahkan baby dia dah meninggal dan tak dapat diselamatkan lagi.. so, bagi mengelakkan kejadian2 yg tak diingini, maka cepat2lah bertindak jika ada merasakan sesuatu kelainan pada kandungan anda (*nasihat untuk para ibu hamil diluar sana)



24/11/05 - Sejak semalam aku rasa baby kurang gerak..biasanya pukul 2-3 petang dah cukup 10 gerakan..tapi sejak semalam dah lewat, agak2 dalam kul 5-6ptg baru dia genap 10 gerakan...
Bangun pagi tu, aku cakap kat suami aku, aku nak ambik mc, nak check baby.. Mula2 dia nak bawak aku, last2 aku cakap suruh adik aku hantar aje.. lagipun bukan perkara besar pun, cuma nak check up aje.. So, dalam pukul 10 lebih tu, aku ajak najwa teman pegi GH.. Sempat melawa2 lagi.. pergi berlenggang kangkung dan sempat mengumpat2 orang lagi dengan najwa..
Lepas aku daftar nama, tak sampai 10 minit, aku dah dipanggil masuk jumpa doktor.. suspen jugak sebab orang punyalah ramai, tapi aku dia panggil dulu... kronik sangat ke kes aku nih? aku masuk2 je dalam bilik tu, doktor belek2 kad merah aku, pastu dia cakap "hmm..dah boleh beranak kalau nak nih..." Gulp!!! aku tak ready apa pun, pepandai je dia cakap macam tu..
Pastu doc tu suruh aku naik wad bersalin untuk detail check up.. Aku nih memang tak pernah masuk hospital..kira jakun la jugak.. Mula2 doc cina check aku.. lepas check itu ini, scan pulak..dengan doc india. Tak sangka doc situ muda2 dan vogue2 belaka.. Aku ingat rappers mana, rupa2nya doktor! Memang merungsingkan orang..
Lepas scan tu, tetiba doc tu cakap apa ntah dengan nurse, then nurse tu panggil nama aku, cakap aku kena tahan wad... Ok la tu, aku dah agak dah.. biasanya kalau dah nak cukup bulan, bila kita buat report pasal kandungan kat hospital, mesti kena tahan wad punya.. koman2 pun sehari... lepas dia cucuk tangan aku dia terus suruh aku lepak kat wad.. lepas tu aku suh najwa balik dan inform kat family dan suami aku..boring jugak dok wad rupanya... yang best, makan!!tengahari tu diorang bagi makan nasi tomato dengan ayam masak merah..brupp!!!
Mlm tu, dalam pukul 8mlm, tetiba doc pakar datang kat katil aku.. dia tanya, hubby you ada kat sini tak? aku cakap la ada kat umah..dia cakap "suruh hubby you datang utk sign form.." bila aku tanya form apa, dia cakap "nak minta kebenaran dia dan you..esok nak masuk ubat utk bagi baby keluar.. bagi you bersalin esok.. kalau tak boleh bersalin normal, terpaksa operate! suruh dia bawa barang2 untuk you dan baby ok?"
hahhh!!??? seram sejuk aku dengar...esok aku kena bersalin??????
Aku call suami aku, suruh dia dtg wad mlm tu jugak.. dia pun panik semacam.. family aku kat umah lagi la panik..sume macam tak percaya je aku kena bersalin esok!



25/11/05 - Pukul 4 pagi, staff nurse kejut aku bangun.. dia suruh aku siap2 mandi dan salin baju.. dia bagi uniform bersalin. kaler pink.. dalam hati aku berdebak debuk tak henti2.. mintak2 semuanya selamat..amin..
lebih kurang dalam pukul 5 pagi, diorang bawa aku ke kamar bersalin no 16. nurse tu suruh aku baring sementara tunggu doc datang. Masa tgh tunggu tu, aku dengar aku pompuan menangis dan jerit2 sebab sakit.. bertambah kecuttttt perut aku..dalam hati Allah saja yang tau.. macam2 dia aku baca.. Dalam pukul 6am tu, doc datang..lepas dia check2, masuk air dan ubat..Dalam hati, macam2 rasa..takut, excited, berdebar2, macam2 lahh!
lepas tu, nurse bukak kan aku tv3.. dia suruh aku rilek kat bilik tu sorang2.. tiba2 aku ngantuk sesangat..dah la sejuk gile!
Pukul 10am, doc datang check aku balik.. Masuk air dan ubat lagi.. Huh!! kali nih bertambah sakit..memulas2 rasanya.. nak nangis pun ada.. tahan aje lah..betul la orang cakap..takde sakit paling sakit melainkan sakit mati, sakit bersalin dan sakit gigi..

Lebih kurang pukul 3ptg, tiba2 ada staff nurse india datang bilik aku..dia cakap ada tetamu.. rerupanya suami aku.. lega hati aku dapat jumpa suami aku. Maklum aje la..aku masuk kamar 16 tu pukul 4 pagi.. dah tu aku tak bawak henpon pulak..jadi, sorang pun family aku tak tau keadaan aku sampailah suami aku datang..
Masa tengah sembang2 tu, aku rasa sakit sangat..rupa2nya dah kluar tanda..Aku dgn suami aku memula tu panik la jugak.. last2 dia panggil nurse yg incharge..
Pastu doc dengan nurse datang, diorang cakap "ok, pukul 8 mlm nanti dah boleh masuk labour room.."
9 mlm, nurse datang suruh aku siap2 sebab nak pindah ke labour room.. Sampai labour room (diorang tolak aku naik kerusi roda tu) diorang suh aku dok atas katil tu.. huh!! kali nih betul2 bertambah suspen... pastu doc masukkan ubat...sakitnya tak terkata! selang seminit sakitnya datang... Ya Allah..sakit betul! Aku tak dapat nak membayangkan pada kau semua bagaimana rasa sakitnya tu.. walaupun mula2 aku dah bertekad tak nak menangis, akhirnya airmata aku mengalir jugak sebab terlalu sakit..



26/11/05 - Jam dah menunjukkan pukul 12am..dah masuk hari sabtu.. Kali nih aku betul2 sakit sampaikan aku menangis teresak2.. Lepas tu sorang nurse datang, dia tanya aku kat mana baju baby? aku tunjuk kat paper bag Nando's yang ada atas kusyen sebelah meja tu.. Masa dia keluarkan baju baby, sempat nurse tu tengok dan tanya kat aku, "baju baby nih buat sendiri ke?" aku cakap la mak aku buat.. Pastu dia pegi bagitau nurse2 lain..Mungkin teruja kot? sebab kebanyakkan ibu2 semua bawa baju beli dah siap..aku je yg bawak baju sepasang dengan baju baby, buat sendiri pulak tu. Konon2 macam cute la! (-_-;)
Tak lama lepas tu, dah makin ramai yang masuk bilik aku.. Mujur la semua perempuan belaka.. Aku risau gak kot2 sesat doktor lelaki.. Alhamdulillah, nurse dan doc semua pompuan. Cuma ada sorang la staff nurse cina dan sorang nurse india.
Aku tengok jam dah pukul 3 lebih sikit.. Perut aku dah bertambah sakit..Bergulung2 rasanya.. semua nurse dan doc dah siap sedia nak menyambut kelahiran baby sulung aku..
Macam2 la cara diaorang ajar.. Akhirnya, Alhamdulillah..Jam 3.45am, baby aku selamat dilahirkan. Leganya tak terkata..bersyukur sangat2.. Masa baby keluar tu, nurse terus letak atas dada aku.. Sejuk hati aku dapat tengok baby.. Masa tu aku tak tau itu baby girl or boy sebab aku tak pernah scan jantina sepanjang aku hamil. Aku tanya kat nurse, terus dia angkat baby dan tunjuk kat aku.. Perempuan!! Happy sangat...
Sudah tu, diorang keluarkan uri dan 'jahit' balik luka aku.. oh!! sakitnya!! Lama pulak tu!
Lepas tu, diorang kemaskan aku dan baby.. Diorang salinkan aku baju bersih dan suruh aku rehat.. Tiba2 ada sorang staff nurse cina yang tua sikit tu datang tanya pasal baju baby.. haha!! ramai peminat rupanya baju yang mak aku buat tu..! Diorang cakap "comel baby kau Siti, siap baju kebaya lagi!"
Lepas tu aku tak ingat apa dah..aku tertido!
Pukul 7 pagi, diorang kejut aku..suruh breakfast.. Huh! macam tak ingat dunia aku makan. Maklum aje lah, dah 24 jam aku tak makan dan tak minum! Breakfast makan meehun goreng dan air milo..
Lepas je makan, ada 2 orang nurse india muda (mungkin baru masuk shift pagi sebab malam tadi aku tak nampak pun muka diaorang) datang dengan senyum manisnya. Diorang suh aku pindah ke troli katil utk dipindahkan aku dan baby ke wad biasa. Sebelum keluar tu, ada staff nurse buat identify check la utk mengesahkan yg baby tu benar2 baby aku.
Masa tolak keluar tu, diorang jerit "ada tak waris Siti Nur Hawa?" Dari jauh aku tengok suami aku, mak dengan ayah aku dan adik2 aku dah tunggu.. Syukur alhamdulillah...
Sampai kat wad, pindah katil lagi.. seksa btul rasanya.. Satu bilik aku tu ada 4 orang.. Sebelah katil aku, ada baby kembar perempuan..
Malam tu, buat pertama kalinya, aku tidur bersama anak perempuanku.. :)
Satu pengalaman yang sungguh bermakna.. *terharu*



27/11/05 - Bangun pagi, bersihkan badan dan cuci luka. Susah btul nak bergerak.. seksa rasanya... Nak kena jaga baby lagi..kalau kat rumah ada jugak orang boleh tolong2.. ini kat wad, semuanya kena buat sendiri..
Dalam pukul 7am, nurse datang, nak mandikan baby.. lepas baby mandi, dia cakap "baby kena demam kuning" Tak lama lepas tu, nurse datang bawak inkubator yg ada lampu biru utk baby.. Kesian aku tgk baby, dah la kena tak boleh pakai baju, pastu mata kena tutup lagi!
Tak apa lah..asalkan baby cepat sembuh..
Hari ahad tu, ramai gak yang datang melawat aku. Family mertua dari JB pun datang..Happy btul! Rata2 diorang cakap baby ikut muka suami aku.. Sebab mata dia sepet.. Ok la tu, baby perempuan ikut muka ayah nih orang tua2 cakap, sejuk!

Pukul 7 mlm, nurse datang check baby..kuningnya masih tinggi.. So diorang decide utk hantar baby ke wad nursery. Kat sana ada rawatan intensif.. mula2 tu sedih la jugak sebab terpaksa berpisah dengan baby.. Tapi demi kebaikan dia.. redha aje la...
PUkul 10 mlm, suami aku call.. dia tengah melawat baby kat nursery... dia tak boleh melawat aku sebab waktu lawatan aku paling lewat pukul 7 mlm aje.. kalau nursery boleh masuk sampai kul 11.30mlm.. ye la, senang ibu2 nak menyusukan baby..



28/11/05 - Aku dapat balik tapi baby masih kena tahan kat nursery.. mula2 tu aku ingat nak stay kat wad aje..tapi fikir2 balik, elok la aku balik aje..sekurang2nya kat rumah ada orang boleh jaga aku.. badan aku dah mula rasa sengal dan sakit luka tu bertambah terasa..
Kalau aku duduk wad pun, nak pergi ke nursery tu terpaksa berjalan kaki jauh.. Lagipun, nurse dah cakap kat aku, jangan selalu angkat baby kluar dari inkubator tu, nanti demam kuning dia lambat baik..
Bukan aku pentingkan diri sendiri, tapi ini untuk kebaikan aku dan baby jugak. Lepas aku susukan baby, aku pun balik. Harap2 baby cepat sembuh dan boleh balik rumah esok!


ahhh...tiba2 rasa mengantuk sangat.. nanti aku sambung lagi lah!

12 comments:

amy7 said...

tahniah hawa coz dah dapat baby girl. moga dia kaan membesar menjadi anak yang solehah. corak kan ia dengan sebaik mungkin. u can do it. tahniah lagi...

Siti Nur Hawa Binti Ab Kadir said...

time kasih.. :)
turn amy bila pulak?

Anonymous said...

aku cari nama wirdani.. tiba-tiba termasuk kat criter ko.. hohoho..comel gambar baby.. jaga kesihatan kay..
~sepupu hang~

Anonymous said...

wahh hawa...
rasa sakit pulak baca experience hawa. tapi papepun, hawa dah rasa sepenuhnye sebagai perempuan. sakit gigi dan sakit bersalin ;) congrats!

-aD-

Siti Nur Hawa Binti Ab Kadir said...

tunggu nanti lepas habis pantang.. penderitaan 44 hari yang sungguh mendebarkan..

darrelmartinez9411 said...

Make no mistake: Our mission at Tip Top Equities is to sift through the thousands of underperforming companies out there to find the golden needle in the haystack. A stock worthy of your investment. A stock with the potential for big returns. More often than not, the stocks we profile show a significant increase in stock price, sometimes in days, not months or years. We have come across what we feel is one of those rare deals that the public has not heard about yet. Read on to find out more.

Nano Superlattice Technology Inc. (OTCBB Symbol: NSLT) is a nanotechnology company engaged in the coating of tools and components with nano structured PVD coatings for high-tech industries.

Nano utilizes Arc Bond Sputtering and Superlattice technology to apply multi-layers of super-hard elemental coatings on an array of precision products to achieve a variety of physical properties. The application of the coating on industrial products is designed to change their physical properties, improving a product's durability, resistance, chemical and physical characteristics as well as performance. Nano's super-hard alloy coating materials were especially developed for printed circuit board drills in response to special market requirements

The cutting of circuit boards causes severe wear on the cutting edge of drills and routers. With the increased miniaturization of personal electronics devices the dimensions of holes and cut aways are currently less than 0.2 mm. Nano coats tools with an ultra thin coating (only a few nanometers in thickness) of nitrides which can have a hardness of up to half that of diamond. This has proven to increase tool life by almost ten times. Nano plans to continue research and development into these techniques due to the vast application range for this type of nanotechnology

We believe that Nano is a company on the move. With today�s steady move towards miniaturization we feel that Nano is a company with the right product at the right time. It is our opinion that an investment in Nano will produce great returns for our readers.

Online Stock trading, in the New York Stock Exchange, and Toronto Stock Exchange, or any other stock market requires many hours of stock research. Always consult a stock broker for stock prices of penny stocks, and always seek proper free stock advice, as well as read a stock chart. This is not encouragement to buy stock, but merely a possible hot stock pick. Get a live stock market quote, before making a stock investment or participating in the stock market game or buying or selling a stock option.

Siti Nur Hawa Binti Ab Kadir said...

aaa..???

eddyhuron69188449 said...

I read over your blog, and i found it inquisitive, you may find My Blog interesting. My blog is just about my day to day life, as a park ranger. So please Click Here To Read My Blog

malammalam said...

terharu nya peristiwa keberanakan kamu ini..

terasa ingin beranak juga!

uhh?? bergurau apa....

p/s: jgn menjeling aneh ke arah ku!

Siti Nur Hawa Binti Ab Kadir said...

aku harap kau akan selamat melahirkan anak.. *menjeling perut jasrul*

Ursula said...

Great blog. Keep up the good work. I also like baby nursery design websites. Some of my favorites.

Siti Nur Hawa Binti Ab Kadir said...

thanx!! :)