October 15, 2005

Selamat datang Ramadhan..Selamat datang Ahli baru..


hello! hohh...lama betul aku tak update...(mukaddimah biasa dalam setiap penulisan blog aku) sebelum tu, aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua yang sudi singgah kat sini.. semoga puasa kita semua mendapat keberkatan dari Nya..amin..
Alhamdulillah, apa yg aku dan suami aku harap2kan selama nih dah menjadi kenyataan.. 2 hari sebelum puasa hari tu, suami aku dapat transfer ke Melaka.. happy btul kitorang.. akhirnya sekarang aku dah jadi isteri sepenuh masa.. hohoho!!!
Sebenarnya terasa susah jugak life kitorang masa suami aku belum dapat transfer dulu... Mana taknya, dia kena berulang alik Jb - Melaka tiap2 minggu.. duit terbuang kat jalanraya aje.. Aku pun susah jugak, pergi kerja kena drive sendiri.. awal2 dulu ok lah, bila perut aku semakin membesar bagai johan nih, seksa la pulak rasanya...
Hmm..hari nih, kandungan aku masuk minggu yg ke 33 (8 bulan +)... beberapa minggu je lagi.. suspen jugak rasanya..
Sepupu aku, Nazla dah selamat melahirkan seorang baby girl semalam..tahniah untuk dia dan suaminya.. Tak silap aku nama baby tu Sofea Wirdani.. aku dah sempat melawat mereka, comel btul baby dia..gemuk! tak padan dengan badan nazla yg kecik tu..hahha!! Lepas Nazla, turn kakak ipar dia pulak (alhamdulillah, aku baru dapat berita pagi tadi kak erni dah selamat melahirkan baby girl jugak..nama aku tak tau..lepas tu turn aku.. insyallah, lepas raya.. lepas aku, turn mak su aku... hujung bulan 12 nih.. masa scan hari tu, dengar cite dia dapat twin! bestnya!! pastu dalam bulan januari pulak, turn Irina... kan hari tu aku ada story kat korang, yg cousin aku bersanding 3 pengantin.. nampak gayanya, 3-3 melekat!! hahaha!!! hebat betul...!
Setelah dicongak2, nampak gayanya, nenek aku lah yang paling meriah sekali... mana taknya, dapat 4 orang cicit + 2 orang cucu kembar lagi! Dan orang yang paling boring mestilah pakcik2 dan makcik2 aku sebab kena bagi angpau banyak pada ahli2 baru family kami.. hahahah!!!
Sekarang nih aku dgn suami aku tgh sibuk cari nama utk baby... macam2 cara! cari dlm internet, beli buku, pinjam buku, dalam majalah, tanya orang..macam2 laa.. tapi, masih tak dapat2 lagi nama yang sesuai.. Memandangkan aku masih tak tau lagi jantina baby aku, so terpaksa lah menyediakan nama utk baby boy dan baby girl..
Sebenarnya aku prefer nama lama digabung dengan nama moden.. Tak kisah lah berapa kuno pun nama tu, asalkan sedap didengar dan sesuai digabungkan lalu memberi maksud yang baik, bolehlah digunapakai utk nama baby aku...(ada cadangan nak bagi nama untuk baby aku? jgn lupa msg ya!?) Suami aku tu, fanatik Mawi.. sengal aje!! Siap nak namakan baby kami Ian Asmawi atau Salihah..tak kuasa aku nak melayan!!
Ada sekali tu masa kami tengah shopping kat Jusco Melaka, tiba2 perut aku sakit..salah makan agaknya.. pastu aku duduk la kejap kat bangku yg ada kat situ.. Suami aku dengan muka cemas boleh cakap kat aku "Eh, jangan la sakit kat sini..nanti baby keluar, nak kena namakan Ahmad Jusco.." dari sakit2 tu aku terus terketawa.. apa la suami aku tu...
Apa2 pun, aku harap aku akan melahirkan seorang baby yang cukup sifat, sempurna akal fikirannya dan sihat tubuh badannya.. harap2 baby aku nanti seorang yang comel!
Baby, ibu tak sabar nak jumpa baby!!

2 comments:

malammalam said...

a'kum..
begitu menggembirakan apabila orang yang kita kenal menikmati masa2 yang menggembirakan.. lihat, rezeki anak yang begitu jelas~ tahniah la dah bole duduk suami-isteri duk dekat2.. tak de la peluk bantal busuk jek.. bole peluk suami yang busuk pula! hohoho.... *goyangkan kepala*

Siti Nur Hawa Binti Ab Kadir said...

cis! jangan mengkritik bantal busuk aku!!