May 29, 2007
Ah! Suami tercinta telah menghadiahi saya satu set barangan ini bersama tas tangan comel berwarna pelangi.
*terharu*
Malam tadi makan besar bersama keluarga terkecoh di dunia (-_-;) *adik aku aie telah memberi gelaran ini utk keluarga kami* di kedai ikan bakar, Anjung Batu. Ada nasi lemak panas, ikan siakap bakar, sotong goreng tepung, kupang masak sambal dan otak-otak telok mas. Bruppp!!
Labels:
family
May 28, 2007
Selamat Ulang Tahun diri sendiri yg ke 28 !!
Hohoho!! hari ini ulangtahun ke 28...
dalam 28 tahun ini, aku dah 2 tahun menjadi isteri orang dan, dah 2 tahun juga menjadi ibu seseorang...
Kejap aje dah 28...rasa macam baru semalam aje aku main lumba basikal dengan kawan sekolah rendah aku masa aku umur 8 tahun dulu...kejap aje dah dah 28...!
*tengok cermin*
Kedut dibawah mata dah bertambah satu garisan halus lagi.
ohh!! *berpeluh*
ahh!! nanti aku tulis lagi...bos dah masuk..!
tata!
Labels:
family
May 25, 2007
Jumaat Yang Mengantuk
Takde apa yg menarik sepanjang 2-3 hari nih...cuma banyak menghabiskan masa memerah otak memikirkan benda2 yg dah lama aku tinggalkan..
Lapar....*pegi kantin jap, lunch!*
Brupp....baru lepas makan.. nasi putih + sup geli-geli + drumstik goreng rempah + kobis goreng + tauhu kering dan suun.. semua sekali kena rm2.50. Mahal!! bedebah pakcik kantin. selalu menaikkan harga makanan tanpa usul periksa..
Sudahlah... seluar jeans aku ini berehat. Aku terpaksa ikut sajalah...
Lain kali sajala aku menulis..! Dah!
May 21, 2007
Pitam + MTest
*saja aku bubuh gambar ini sebagai tanda lapar*
Selamat berhari Isnin semua.. semoga hari nih hari yg baik utk permulaan minggu ini..
tak tau kenapa tiba2 tadi aku pitam... aih! ganjil!!
tadi tengah kusyuk membuat ISP (Inspection Sheet Procedure *ye ke? aku pun tak tau!* ) tiba2 aku rasa bumi berpusing dan pandangan aku blur sekejap...
apakah halnya? pitam kot? aku tak pernah merasa pitam, jadi aku agak apa yg aku alami tadi ada lah pitam..*hmm!!!*
Tiba2 teringat sms dari Cikgu Maini smlm...katanya result M-Test dah keluar..
patutlah aku rasa berdebar2 dari tadi... memandangkan ada masa panjang utk mengulau, jadi aku sempat online internet menggunakan akaun syarikat *kofff!! (-_-;)
Alhamdulillah, berjaya dipanggil temuduga... tapi, yg tak best tu, kena kat sekolah Dol Said..bergurau apa!???? punyalah jauh...!!!
kira2 40 minit dari rumah aku... dah la tu... jalan raya pun dah berubah..aku langsung dah tak ingat cemana nak ke sana... aih!!
harap2 aku tak sesat...!
May 16, 2007
Kulihat HIJAU
oh! saja2 testing kaler baru untuk blog aku..
sebenarnya hari ini banyak masa terluang walaupun sibuk menjadi manusia bertangan sotong... sebut pasal sotong, malam tadi makan steamboat dengan bebola sotong yang enak..! bruppp!!
esok aku menulis lagi..! bye!
May 08, 2007
Cuti Cuti Malaysia - Desaru May 2007
Hallo semua...
dah lama tak update...macam malas2 gituh...
cuti panjang pergi mana?
oho...jangan tak tahu, buat pertama kalinya setelah 2 tahun lebih berkahwin, akhirnya baru lah aku dan azat dapat meluangkan masa utk berbulan madu..huhuhu!
memandangkan cuti panjang pada hujung april dan awal mei yg lalu, aku siang2 lagi dah booking cuti dari boss.. tak silap aku, dari bulan februari aku dah apply cuti.. biasala... office aku, satu hari sorang aje boleh cuti...
mujurlah aku berfikiran cergas dan bertindak pantas...!
akibatnya, ramai yg cemburu buta melihat aku cuti-cuti malaysia selama 5 hari..hoho!!
biasa la kitorang, cuti panjang sure balik JB punya...time cuti panjang sume berlonggok kat rumah mertua aku...termasuk kembar suami aku dan isterinya...
aktiviti balik JB semestinya, jalan-jalan cari makan..
tapi balik kali nih special sikit sbb kak ipar sponsor kitorang honeymoon...bukan berdua2an laa..ramai2...tapi seronok... masing2 dapat bilik sendiri...
jadi, hari tu, kami bercuti-cuti malaysia di Desaru...
malas nak bercerita panjang lebar.. sebenarnya malas nak menaip... dak cha pulak demam masa tu...jadi pergerakan aku sebagai ibu mithali agak terkawal dan tidak berlaku gejala hilang ingatan akibat kekenyangan mahupun keseronokan yg melampau..
sudahlah!! loceng balik kerja dah berbunyi...aku balik dulu.!! zassssss.........!!!
Labels:
family
Subscribe to:
Posts (Atom)