July 03, 2007

Double Standard ?



Hello semua...mengantuk pula petang2 hari camnih...
Saja aku nak berkongsi kisah aku anak beranak pada hari ahad yg lepas ...
Pagi2 lepas kemas rumah, suamiku yg tercinte itu mengajak kami ke bandar utk berfoya-foya.. biasa laa..orang baru gaji...

Mula2 pgi Maybank, masukkan duit utk mertua aku.. lepas tu pgi CIMB, bayar duit rumah + duit kereta. Pastu kitorang terusssss pgi Giant sbb nak makan Blackpepper Chicken Chop KFC yg baru tu.. kebetulan aku dapat kupon free.. jadi kami pun lunch la kat sana.. takde la sedap sangat BCC-KFC tu.. mushroom soup dia pun tak sedap..tawar + cair aje... tak ikhlas btul meniaga!!!

Lepas makan, ronda2 kejap kat pasaraya Giant kat tingkat atas... Hoh! tak sangka aku, banyak sungguh kaunter produk percubaan makanan / minuman percuma.. ikutkan aku mmg tak pernah ambik sample2 makanan/ minuman percuma yg promoter tu offer.. tapi nape ntah tetiba terasa nak jadi seperti Misae pula..! ho ho ho!! *mata bersinar*

Mula2 aku minum sample susu anlene.. jalan depan sikit, minum pula sample coffee ginseng, depan sikit lagi aku cuba pula nasi kari ayam brand, lepas tu cuba nugget ayam pula, depan sikit lagi aku baru nak cuba cake, suami aku yg tercinte tu dah start jeling... huhuhu...! maafkan kami penunggu guaa....!!
aku sengih2 kat dia... dia cakap aku bela hantu lapar.. baru lepas makan KFC lagi nak cuba sample makanan percuma...aii..nampaknya suami dah membongkar rahsia wanita pencinta makanan.. (-_-;) koff!! kofff!!!

Balik dari bandar, terus lepak kat rumah.. lawan sapa tidur paling lama.. hohoho! tentu la si tonet tu yang menang...
Bangun tido ptg tu aku terus masak nasi..konon nak buat utk dinner laa.. tak tau lagi samada nak bakar ikan cencaru cicah kicap pedas atau buat ayam masak kicap aje... apa2 pun nasi masak dulu..

Tetiba abah aku datang, cakap suh siap2 lepas maghrib dia nak belanja makan kat luar... Yeahhhhh!!! aku 3 beranak melompat dengan riang... sapa tak seronok makan free wooo!! nak2 makan ramai-ramai dengan keluarga terkecoh didunia...

Memula plan nak makan kat kedai kelantan kat area rumah aku tu...mak aku la org yg paling kuat bersuara menentang cadangan tersebut... dia cakap, 'kalau makan free lagi jauh lagi sedap..' boley gituu??
Last2 kitorang decided utk makan kat kedai tomyam kat pekan umbai. ada satu kedai yg tempat makannya agak kool sbb dok bawah lampu neon jingga limau mandarin...

Dari dialek budak yg ambik order tu, aku rasa diorang nih sume org dari pantai timur.. kat melaka nih byk restoran tomyam di monopoli oleh org2 kelantan... bukan melaka aje, mana2 aje laaaa.... kelate sokmo...
dalam 15-20 minit menunggu, makanan kami pun sampai.. dari pemerhatian aku selaku pencinta makanan, aku rasa masakan kat kedai nih tak berapa power... jauh beza dengan masakan kat kedai kelantan yg kat area umah aku tu...yg itu btul2 best... yg kedai tomyam kat pekan umbai nih toya aje rasa masakan dia... tomyam pun sememeh aje...tak ikhlas btul meniaga!! lapar punya pasal...kunyah aje laaa....

Tengah2 makan tu tetiba ada satu motor roda 3 berhenti.. aku nampak ada sorang lelaki muda OKU.. mungkin dia baru habis meniaga kot? sbb ada plastik2 jajan sangkut2 kat motor dia.. Aku tengok dengan susah payah dia turun motor dan jalan menuju ke meja makan.. kesian sangat aku tengok... aku nih mmg cepat rasa sedih tak menentu dan cepat rasa kesian kat orang.. tu belum adik aku si Najwa lagi tu...dia tu 'pengkesian' tahap dalai lama lagi... ada ke patut tengah dating boleh tinggalkan boifren dia sbb nak tolong nyonya tua angkat beg karung besar bawak pgi bus-stand...! aiii.... (aku dan maini mmg cepat kesian kat orang.. terutama kepada peniaga makanan di pasar ramadhan utm..koff!!! )

ah! dah salah..sebenarnya nak cerita pasal lain.. ok back to OKU tadi.. lepas dia duduk (seat dia depan meja kitorang) dia lambai2 budak pompuan yg ambik order tu... aku tengok dekat 5-6 kali dia lambai... sorang pun tak datang...aku tak sure diorang mmg tak nampak atau sebenarnya pura-pura tak nampak..!
OKU tu lambai lagi...(serius aku tetiba rasa sakit hati lak kat minah yg ambik order tu - aku rasa dia mmg buat2 tak nampak...sbb 4-5 kali dia mundar mandir kat situ... makluk yg jauh ghaib lambai dia leh datang, OKU yg depan kedai tu dia boleh tak nampak!? ciss!!! )

OKU tu dah macam dah resah... kesian sungguh la aku tengok... (nasib baik najwa takde, dia pgi teman aie beli top-up ) pastu tetiba pakcik sebelah meja aku (umur dalam 50an + bini dia yg ranggi ) lambai budak yg ambik order tu... 'Dik!! Dik!!" dia jerit... berebut budak kedai tu datang kat pakcik tu... 'nak order apa bang?' tanya budak tu.. pakcik tu jawab apa tau ? "awak tolong ambik order budak tu (point to OKU tersebut) dari tadi saya tengok dia lambai awak semua tapi takde sorang pun yg datang!! tolong la respect orang sikit..!!!'

Wahhhh!! Syabasss pakcik yg berbini ranggi!!! Pakcik memang bergaya dapat mengenakan mereka-mereka si pekedai yg kurang mesra OKU itu..!! puas hati aku.. at least ada jugak orang yg tolong selamatkan maruah OKU tu... aku rasa kalau kat oversea mesti customer2 lain dah tepuk tangan utk pakcik tu... tapi kita org melayu takde la sampai nak memalukan pekedai tu... so diam dan bertenang serta merasa puas didalam hati sajalah...!!

Kesimpulan yg aku dapat pada malam tu :
1) Aku tak akan pergi lagi kedai tomyam tu lagi sbb masakannya tak sedap langsung...

2) Para pekedai mestilah mesra OKU.. usahlah risau kalau OKU tu makan tak mampu bayar sekalipun...setakat nasi goreng sepinggan, air teh secawan takkan lah bangkrap peniagaan kau...! Aku rasa, kalau seseorang peniaga itu rajin bersedekah (terutama kepada org yg tak berdaya / anak yatim ) Insya'Allah, perniagaan dia mesti lagi maju dan lagi ramai orang datang....

3) Jangan la pandang rendah pada OKU / org susah... Sesungguhnya kita semua manusia, sama taraf di sisi-Nya..Tak perlulah nak ada double standard sesama manusia.. Hari nih kita buat orang, esok lusa, mesti kita kena balik...!

wasalam....

2 comments:

Elly Rocker said...

btol tuh.. mati nanti busuk juga.. kenapa perlu dabel standet? mcm haramjadah babi pundek. ah! dah mencarut! maaf!

PertMuffin said...

*menjeling* bukankah mencarut mmg hobi kau!?