August 08, 2007

Kisah Anak Gadis Aku...



Hello semua..
Aku baru je naik daripada cuti panjang. Last week annual leave 2 hari + weekend, balik JB. Dah lama tak balik jengok orang tua. Kebetulan kembar suami aku n wife dia + adik ipar aku yg dok PD tu pun balik cuti sekali.. So kitorang pakat konvoi la ramai2..

Balik JB Khamis pagi. Seronok la pak+mak mertua aku tengok anak2 dia sume balik. Cukup korum semua.. 7-7 anak dia semua ada.. Mmg very de meriah. Si tonet aku tu kalau tengok orang ramai2 mmg dia suka la.. nak2 pulak semua rajin melayan dia.. lepas sorang, sorang dukung.. Kalau dah balik JB tu, mmg serata alam la kitorang berfoya-foya.. seronok!

2nd day kat JB, pagi2 semua dah takde.. Kan jumaat.. yg sekolah, pergi sekolah.. Yang kerja, pegi kerja.. Mertua aku bawak adik ipar aku yg dok PD tu pgi check-up. Si kembar dan wife dia pun ikut sekali. So yg tinggal kat rumah tu, aku, azat and tonet aje.. Aku lepak2 dalam bilik sambil baca magazine. Tonet main sorang2 (tapi dalam bilik sama2 dengan aku la).. Azat lak pgi mandi..

Dengan tak semena2, tiba2 Lisa tonet anak aku yg jelita tu panggil, "Bu! Bu! Takit..!!" (Ibu! ibu! Sakit) sambil tunjuk jari telunjuk kanan dia yg dah berdarah meleleh2..Terkejut gak aku.. apa kena la pulak anakku ini? aku tengok kat kaki dia ada razor blade kuning tergolek. Sah! ini lah punca luka dia agaknya..
Aku panik gila tengok darah yg menitik2 tu.. pelik gak sbb my tonet tak nangis. Aku cepat2 ambik towel dengan air utk lap darah kat jari dia tu. Yang magik tu, dalam kata Takit! Takit! tu sempat lak dia panjat katil bujang adik ipar aku pastu siap2 ambik bantal busuk dia + luruskan kaki dan baring selesa2..dia tengok aje jari dia yg berdarah2 tu..tetiba dia macam pening2 lalat.

Tak lama lepas tu azat sudah mandi. Dia masuk aje bilik terus terkejut tengok darah si tonet. Cepat2 dia ambik aid kit kat ruang tamu. nasib baik dalam tu ada handy-plast. Aku pun balut la jari dia.. tak lama lepas tu tonet aku pitam. Terus dia pengsan (pengsan, tapi siap berdengkur2 lak tu! musykil btul aku!!)

Lama gak lissa pengsan. Dari kul 9.30 pagi, sampai pukul 1.30 ptg lebih kurang.. Ini mesti kes pitam, pengsan pastu terus tetido nih.. Bangun2 aje, nampak dia dah segar sikit.
Aku pun ajak dia makan sambil tgk tv. Azat ngan adik dia yg baru balik sekolah takde, pgi semayang jumaat. Tinggal aku dengan tonet aje.
Azat balik aje, suh dia jaga tonet pastu aku pun masak lauk lunch utk diorang.

Pukul 4 aku kluar pgi Tmn U, singgah gi Rainbow beli kertas utk buat kad kawen yg member aku tempah. Lepas tu ronda2 Jusco Tmn U. Dah kemaruk sangat nak makan Udon Mee. Tempat lain aku tak jumpa lagi mana ada jual Udon Mee. Kat foodcourt JJ tmn U aje ada..
Tapi yang sedih tu..........................................Arena JJ Tmn U dah tak jual Udon Mee lagiiii......!! aaii..kecewe aku dibuatnya...

Lepas JJ tu, kitorang terus pgi Pulai Perdana, rumah kak ipar aku. Dia minta tolong ajar buat cheesecake (ah! ya...selain membuat kad jemputan, aku jua telah membuka bakery sendiri - menjual cheesecake... hohoho!! )
: IKLANEKA :

Lama gak lepak umah kak ipar aku. Lepas Isyak baru balik umah mertua aku kat Johor Jaya smula.
Biasala JB kalau jumaat malam sabtu. Jem tak hingatt!! Sesak btul kat area Angsana tu. Dengan bikin jalan lagi. Dengan lori + bas lagi.. rimas sungguh aku! Last2 kitorang ikut jalan lain aje.
Tonet aku dah tetido dalam keta.

Sampai aje umah, lisa tonet dah terjaga. Tak puas tido agaknya..
Asyik nangis aje sampai aku pun tensen. Aku umpan dia dengan kuih.. Dalam mengalir2 airmata tu boleh kunyah kuih sekeping tu kasi habis. aaii (-_-;)
Dasar pencinta makanan! Abis aje kuih, nangis lagi... Aduh pening gak aku... Mati akal gak aku dibuatnya... Dah sumbat puting pun nangis lagi.. Tak penah dia wat perangai camnih... Last2 cemana ntah, aku terpandang jari dia yang luka tu (handy plast dah tertanggal), Terus aku tunjuk kat dia jari dia yg luka tu. Darah takde la mengalir2 tapi kesan merah bekas darah tu nampak jelas la..
Serta merta dia stop nangis dan start pitam..
Terus terdiam sambil juling2 pandang luka tu, tup2 terus pengsan..!!

Aaaaaiiiiiii...........!!! Sah!! Anak bayi aku adalah orang yg mabuk darah!! Macam biasa, dia pengsan..terus tertido berdengkur2..
(-_-;)
Memang anak bayi yg berperangai aneh... Kofff!!!

1 comment:

PertMuffin said...

*kat opis - ot*

kenapa saya suka rumah saya?

sebab dia besshh!!

kenapa saya suka rumah saya?

sebab ada suami dan anak saya...

*emo tiba2*