September 28, 2007

Kisah Empirean's Neopets..

helloooo semua!
Tadi baca satu post yg menyentuh hati di blog bekas detektif wanita GerakKhas yakni Elly Maslin mengenai neopet tercintanya...
Memandangkan aku pun tak mahu kalah dengan orang itu, jadi aku pun meniru dia buat satu post utk empirean's neopet... Jadi, post kali ini tribute to olsz our lovely neopets...

Neopets... eheheh! korang penah dengar pasal neopet? ialah adalah sebuah website virtual pet yg sangat mewah dan seronok. Dah hampir 6 tahun lebih kami menjaga/ membela neopets (kami?? nampaknya aku sorang sahajalah!! ibubapa angkat yg lain semuanya terlalu sibuk sehingga mengabaikan anak masing2 *menjerling* )

Mari lah berkenalan dengan neopet2 yg menjadi kegilaan kami:


Anak Aku : DewiCinta
: Memandangkan aku antara orang kaya dalam neopets (hasil perjudian, hasil rompakan, hasil bermain games, hasil perniagaan dan saham, hasil harta 'terpijak' dsb) maka dalam ramai2 empirean's neopets, anak aku kelihatan agak vass kerana dah memakai berus bercorak bintang yg agak mahal (cuma apply berus cat pada neopets, dan mereka akan bertukar warna!!) Dia juga lebih tinggi level kerana kerap ke sekolah kungfu, dan lebih pintar kerana rajin membaca buku.
walaubagaimana pun, aku sekalipun tidak pernah menghantar dia pergi berperang kerana aku takut pada kekalahan. Huhuhu!!!!
Memandangkan sekarang nih aku dah ada Anak Kandung sendiri *menjeling kakcha*, maka aku sudah kurang menghabiskan masa bersama Dewicinta. Aku cuma online sebulan sekali yakni hanya utk menghantar beliau bercuti di Neopia Hotel dimana keadaannya lebih terjamin dan selesa.


Anak Elly Maslin : Bohsia69
: *menjeling* neopet paling aneh seperti tuannya.....Nama neopet yg begitu buruk mudah dikesan seperti sikap sebenar pemiliknya. Orang ini langsung tak ada citarasa dan kemahuan untuk bersolek! Awal2 dulu Bohsia69 nih agak comel walaupun rupanya kelakar. Tapi lelaki jahanam ini telah menyolek anak sendiri menggunakan berus Christmas, maka tiba2 saja anak beliau dah bertukar menjadi Santa Klaus. Memandangkan dah lama terbiar, akhirnya dah turun pangkat menjadi orang suruhan santa sajalah!


Anak Nuar : CikComel & LittleLuki
: Dulu LittleLuki amat cantik.. sekarang tak tahu kenapa dah berubah warna... (Ahh!! Jangan pandang aku!! Aku tak terlibat dalam urusan ini!!) CikComel pula dah memakai berus Glowing dan dah kelihatan seperti Pari2 yg Bulat dan Pendek.
Aku pernah menjaga mereka tapi tak lama. Menjaga sekadar kerana mahu menggunakan akaun tuannya.. Hohoho!! Akaun nuar aku gunakan sebagai batu loncatan untuk hal2 perjudian dan merebut harta karun. Hasil neopoint yg aku dapat, aku transfer ke akaun sendiri! Muahahahahah!!! Mmg kejam dan licik. Tapi sebagai pembalasan, aku dah jaga anak2 dia dengan baik dan kerap menghantar mereka bercuti di Neopia Hotel yg mewah...


Anak Arieyya: AkunyerPertDedy, Guchianima, Sushianima
: Ganjil betul nama anak2 dia nih.....tamak! bela sampai 3 ekor! hohh!! Nasib baik kau kaya...! Dulu arieya dan aku sama2 adalah orang kaya neopia. Kami ada rumah yg besar, kehidupan yg mewah, kedai yg maju, akaun bank pun berkepuk2..pendekata tak terhinggalah kayanya!! Anak2 dia pun berwarna warni berkat berus2 mahal yg dia beli..Ada la satu hari tu, Tetiba aje dia gatal pegi hantar anak2 dia kat rumah anak yatim. Haaa! Hambik kau.. melalak-lalak dia sbb anak2 dia orang lain dah beli.. hahahah! Lilek la Ya.... neopets aje..! bukan anak betul pun.. (oh! sebenarnya, bila dah bela lama2 akan jatuh sayang dan cinta sepenuh hati terhadap neopets sendiri!)
Tapi cemana ntah, akaun dia kena hacked! (Jangan jeling akuu!! Hal ini pun tak ada kena mengena dengan aku!!)
nih mesti lepas main tak logout...tapi yg pelik akaun dia aktif lagi..cuma anak2 dia ajelah yg terbiar...(mujur tak frozen terus!!)


Anak Maini: MerahJelitaPiauPiau, MerahMerahJelita, Normawati
:*menjeling* ...........................................................................................................................................................................tengok wajah anak2 maini pun dah tau bagaimana sikap mama nya. Aku pernah ada pengalaman buruk dengan anak kembar maini, MerahMerahJelita & MerahJelitaPiaupiau itu.. Masa aku tolong bela mereka dulu, aku bagi PetPet jenis Spidey kat mereka (mainan khas utk neopet, harganya agak mahal )sepatutnya mereka kena main2 dengan petpet tu..ini tak!! ada ke patut dia pgi makan Spidey tu!!!! TidaakkkK!!!! Geramnya aku!! bukan petpet aje yg dia makan, aku bagi buku dan meja pun habis semua dimakannya... Memang mirip sangat perangai maini yg mirip hantu lapar! *koff!!*
Nasib baik Normawati tu baik..dah la comel aje dengan fesyen polka dot tu...sopan pun sopan..
Akaun maini pun aku guna sebagai batu loncatan untuk berjudi dan merampas harta2 dia...Tu laa! sapa suruh kau malas jaga anak2 kau!! Heyy! tapi aku slalu bawak mereka stay kat Neopia Hotel tahu!??!

Sekian lah! bye!

September 17, 2007

Dari Bomoh ke Cikgu...



Hello semua!

Isskk!! sejuk betul hari nih...aircond baru servis, sejuknya sampai mencengkam tulang belulang aku...

Kejap aje dah 5 Ramadhan.. 1 Ramadhan aku cuti.. Melaka ambik cuti umum sempena 1 Ramadhan..Dapat lah berehat2 sambil mengemas rumah dan bersantai bersama keluarga...

Hmm...!! Tiba2 aku teringat pasal seseorang... pejam celik kejap aje dah 10 tahun aku bersaudara dengan dia. Jadi, hari nih aku nak cite sket la pasal dia kat korang... Watak bertuah hari ini ialahhhh...."MAINI..!!!"

Hoh!! orang aneh... Kejap aje dah 10 tahun kan Maini? aku start kenal dia nih masa masuk UTM dulu...memula dia geng dengan orang lain...cemana ntah tetiba jadi geng aku. Geng yg teramat geng lak tu...sampaikan lecturer Statik aku boleh buat satu peribahasa, "Dimana ada Maini, Disitu ada Hawa"..
Pendekata, macam2 laa benda2 ganjil dan sia2 aku belajar dari orang ini..Koff!! koff!! tak...maksut aku, benda ganjil dan sia2 tu, kami buat bersama..

Antara perkara jahat yg aku pernah buat terhadap orang ini ialah, meminjam beberapa kaset kepunyaan maini, dan memulangkan kepadanya pada harijadi beliau. Besday yg ke 18thn tak salah aku.... elok cantik aje aku balut kaset tu.. masa dia dapat hadiah tu, muka dia gembira & excited sangat..
bila bukak, pastu tengok hadiah tu adalah kaset kepunyaan dia sendiri..... tak dapat aku nak gambarkan dengan kata2 muka kau masa tu...
hihihikk!! maaf laa maini...aku takde duit laa nak beli hadiah masa tu...

Benda paling kejam pernah maini lakukan terhadap aku ialah, suka menyergah aku sewaktu aku sedang buat kerja berseorangan.
Aku mmg tak boleh terperanjat.. aku akan melakukan tindakan luar kawal kalau terkejut.. Pernah satu malam yg mulia, aku tgh basuh baju jam 1-2pagi, ramai dah tido masa tu, aku je yg terkial2 membasuh baju memalam.. tiba2 ada satu suara halus menegur aku "Membasuh kak kiah??
Soalan tu simple aje...tapi cara teguran dan nada suara yg digunakan itu, tambahan aku mmg tak expect maini boleh datang blok aku malam tu, menyebabkan aku terkejut yaamatzz sampai terpelanting baju dan berus yg aku pegang. Jahanam!!!
pastu, ada kepatut dia boleh gelak2kan aku yg ditoreh tak berdarah masa tu... Kejii!!

Perkara paling seram yg pernah kitorang lalui bersama ada 2.
Pertama: Kena kejar dengan pondan UTM masa minggu pertama kami belajar kat sana. Masa tu budak lagi...mana la penah tengok pondan.. Nak2 kat kampus lak tu...kalau tepi2 kompleks tu ada laa..Tak sangka wujud pondan yg pintar pada masa ini..
Kedua: Peristiwa suara wanita misteri meminta tolong dalam rakaman lagu Drugs Dont Work. Masa tu UTM blackout.. kul 3 pagi, kitorang dok bilik maini diaras 3. Maini nyanyi, aku main gitar ke? atau aku nyanyi maini main gitar..tak ingat...tapi yg mmg kami ingat ialah masa dengar balik rakaman lagu tu, tengah2 suara kami tiba2 dengar suara halus perempuan cakap 'Tolong.......tolongg.....' sambil bernada sayu... seram gila.!! dah la tu, yg lebih seram, setiap kali playback, suara minta tolong tu makin bertambah2...saiko!!

Bila masuk Ramadhan....seronokkkk sangat... Kenangan kami beli nasi ambeng Pakcik Kesian.. sian btul aku tgk pakcik tu..sorang aje.. jarang ada orang beli kat kedai dia..aku dengan maini aje la yg rajin beli kat situ.. Nasi ambeng dia mmg sedap dan murah.. lama kelamaan makin ramai orang beli kat situ... Syabass Pakcik Kesian!!!

Ada satu lagi peristiwa aku dengan maini..masa tu nak balik raya, kan Maini??? Kisah Ayam sambal yg Hebat! ekceli, sambal ayam tu maini beli petang khamis utk makan waktu sahur subur Jumaat.. ntah cemana ntah si kurus nih boleh terlajak tak bangun sahur... Memandangkan pencinta makanan yg jitu, beliau sanggup tak buang sambal ayam tu dengan harapan masih boleh dimakan semasa berbuka kelak!! (-_-;)
Petang jumaat tu, kami sama2 gerak ke Larkin nak balik raya...
kitorang berbuka dalam bas..aku beli roti dengan air kotak. Maini? diam2 dikeluarkan sambal ayam tu...aku tak tahu pun lauk tu semalam punya... Lepas makan baru dia cakap, ini ayam beli semalam kat PaRam...
ciisss!! Tapi kan, nasib baik la ayam sambal tu elok lagi...malah, makin sedap lak rasa dia...agaknya ramuan2 dan perasa sambal tu dah meresap kat ayam tu...tu yg sedap sesangat tu.. Nasib baik aku tak sakit perut dan cirit birit lepas tu..!

Maini dengan aku balik kampung mmg naik satu bas yg sama.. sebab rumah aku kat Melaka, dia pulak dok Tampin aje.. so nanti sampai bustand, aku ambik bas ke Merlimau, dia pulak naik bas Tampin..
Pengalaman pertama naik bas balik Kampung sama2.... Kena tinggal dengan Bas Mayang Sari...!!
Masa tu bodo lagi...tengok kat tiket, bas tu pukul 4.30pm. so kami pun tunggu laa...kul 4.15pm ada satu bas Mayang Sari tu berenti kat platform yg kitorang tunggu tu... Terjerit2 drebar bas tu suruh kitorang naik, Melaka!! Melaka!!
aku pandang maini, maini pandang aku.. sampai lah bas tu blah.. Bukan bas kami kot? sbb kat tiket bas kul 4.30pm.. Kami ialah tidak tahu bahawa PENUMPANG MESTI BERADA 15 MINIT AWAL SEBELUM BAS BERGERAK!! Sampailah jam menunjukkan pukul 5pm, tiada bas yg sampai, barulah kami sedar..."Aaiii...dah ditinggalkan bas pulaa....!! kasihannya aku dan orang aneh ini.."
Bersama2 kami pada waktu itu ialah seorang aci tua berbangsa india yg sama2 tertinggal bas sebab dia meniru kami taknak naik bas tu...

Waktu malam kat blok, aktiviti yg paling kami suka ialah, online dengan budak2 #empire_records.webchat sampai tak sedar diri...Kami juga menemui cinta disana..wahahahah!!! aahh!! cerita lamaa....Maini dan Lobak aje yg bertahan... Syabas!!
Lepas online kat CC brader Joe, pgi beli Burger special sambil menyanyi lagu Abg Burger! Abg Burger ditengah malam! (ikut lagu abg beca). Sambil beli burger sempat beramah tamah dengan SoupMan (abg kantin yg masih muda bergetah..wohoh!!) Pertmuffin juga ada mencipta lagu khas untuk soupman iaitu, Soupman On Campus! Lagu mengisahkan kekalutan soupman ketika kami datang membeli mee sup beliau... aku ngan maini kan anti-taugeh... biasanya dia tau aku ngan maini taknak taugeh..mee kitorang mesti takde taugeh... cemana ntah satu hari tu dia kalut kenapa ntah, dia boleh gi bubuh taugeh lak dalam mee sup kami...cuih!! start dari hari tu kami mencipta lagu SoupMan On Campus. antara lirik yg aku ingat "Bebila ku minta, tak mahu taugeh, Kerana Kekalut tetaugeh diletak"..ada rangkap pembayang aku tak ingat pula..

PertMuffin... aku rasa aku dah penah citer pasal pertmuffin kan? ada kat post2 terkebelakang tu...secara kasarnya, PertMuffin ditubuhkan oleh aku dan maini pada sekitar tahun 2000. Ia bermaksut, Muffin yg comot dan nakal.... Muffin tu saja kami pilih utk menggambarkan kecintaan sebenar kami terhadap makanan.. Pert ? Hmm..itu khas utk menggambarkan maini yg comot!!! Koff!! koff!!

Pertmuffin nih bole la dikatakan poser...hahahah!!! lantak!! mak tak kesah nyah!! Kami slalu lepak2 utk bermusik di VolleyCourt Synchrosound bertemankan sebuah kapok bernama Encek Davis (VolleyCourt Synchrosound ialah gelaran kami utk gelanggang bola tampar yg terletak di belakang blok aku.. tempatnya nyaman, sunyi dan sejuk sesekali menyeramkan)

Maini suka sangat suruh aku potong rambut dia.. nasib baik la aku berbakat dalam menggunting dan memotong rambut orang. Fesyen rambut yg sesuai dengan muka Maini adalah fesyen rambut Nadia..

*menjeling* hmm....memang sangat mirip!! Tak dan rambut dia, habis sume roomate dia promot suruh potong rambut dengan aku...
Siapa Nadia ? Ekceli....nadia tu ialah anak makcik Cafe kolej Rahman Putra (UTM) tahun 2000(sedara mara dengan si soupman tu laa) Aku rasa nadia nih umur dia dalam 5 ke 6 tahun laa.. Kurus keding aje budak tu...rambut dia pendek pastu becok lak tu... aku ingat lagi Nadia pernah mempermain2kan Maini.. dialog mereka:

nadia: Kakak nih nama apa?
maini: Maini.....
nadia: oooooooooo (suara nyaring) mainiiii....Ingatkan mainann.....!!
maini: *menjeling*

kih!kih!kih!!

Entah apa khabar agaknya sekarang Volleycourt, abg burger, soupman, nadia sume2 tu... Aii...rindu betul aku zaman2 tu dulu...

Ahh..!!! sebenarnya nak cerita pasal Maini..terbabas cakap pasal watak sampingan pula..

Salah satu kebolehan maini yg tak ramai orang tahu ialah menjadi BOMOH! Jangan salah faham...dia bukan bomoh pemujaan mistik atau upacara ritual yg saitanik...! Sebenarnya maini amat mahir mengurut.. (ah!! bukan ibu ayam!! (-_-;) ) Maksut aku..maini amat mahir mengurut orang2 yg terseliuh atau angin satu badan. Aku pernah menjadi pesakit beliau setelah mendapat saranan Lobak. Kalau tak, aku pun tak tahu yg dia berupaya menjadi bomoh! Masa dia urut tangan aku yg sakit, dia sendawa Brupp! Brapp! Brupp! Brapp! sebagai tanda angin pada badan aku telah dibuang melalui badan Maini secara mistikal estromosis..
Lepas dia urut aku, Lobak suruh aku bayar 5 sen sebagai upah mengurut kepada Maini..*menjeling* Lobak kata, kalau aku tak bagi 5 sen tu, nanti sakit tu melarat pada Maini... hmm... peniagaan adik beradik yg merungsingkan orang...

Itu dulu2 laa...sekarang dia dah tak jadi Bomoh lagi...sebaliknya menjadi Cikgu pula... err.... aii...aku risau betul pada masa depan anak2 zaman ini (-_-;)
Apa pun, aku doakan semoga Maini tabah menghadapi kanak2 cilik yg nakal seperti Nadia.

Ah!! Sudah laa..penat aku menaip...nanti batal pula puasa aku asyik bercakap perkara yg sia2...

Aku ucapkan selamat berpuasa kepada kau semua di luar sana... Semoga puasa dan amalan kita pada bulan yg barakah ini, diterima Allah. Amin...

September 11, 2007

Cerita 1 Hari

Hello Olzz...!!
Lama aku tak apdet...malas + bizi yaamat...
since last post, nih aku apdet sikit laporan aktiviti dan peristiwa masyarakat sekeliling aku dalam tempoh seminggu dua yg lalu..

1-9-07 : Pagi2 dah gerak ke KL..byk port nak pergi.. mula2 ke Bangi, menziarah kawan mak aku (ekceli, aku yg berkawan dengan anak dia (Ija) since aku form 1, masa tu aku masuk kelab Bintang Pelajar *kecik2 dah gile glamer..muahahaha!!!* tapi lama2 mak aku plak jadi geng dengan mak dia...ok laa, mengukuhkan ukhwah islamiah..)
Kat umah Ija kejap aje..tak sampai 20 minit. Makcik Zawi tak sempat buat air aku dah balik.. ohoho!! sebenarnya baru lepas minum kat haiwey Nilai. mmg bajet singgah umah dia kejap aje bagi buahtangan.

Lepas tu terussssss pgi pasaraya Bintang Bangi. Aku cari hadiah utk majlis kawin alia. Mmg jem sungguh la kepala otak aku nak beli hadiah apa.. Last2 belikan lampu tido aje laa..suruh amoi tu tolong balut siap2.. pastu teruss gerak menuju ke destinasi...Dewan..err..err...apa ntah..

Sampai dewan tu dalam kul 1pm. Semua makhluk punggung peringkat pertama (yakni Meni, Art, Lobak, Wan dan Zati) telah selesai makan dan melepak2 menunggu kehadiran pengantin. Kami (aku, azat, kak cha, ayah dan mak aku) terus capai pinggan + amek makanan. Lapar..


Lepas makan tu sembang2 sambil bergosip, pastu Adlyshah lak sampai. datang sorang aje.. Tak lama pastu Pengantin diarak masuk kedewan.. hmm...i love the Garden Runaway...
ada la sikit beberapa perkara yg terkucil dan menggangu emosi...
Aku malas nak tunggu lama2, lagi pun aku banyak aturcara lain, next station aku ke JJ Wangsamaju pulak utk satu lagi pertemuan dengan Orang Aneh peringkat ke Dua (yakni junior2 aku masa kat kampus dulu). Jalan punya lah jem...eihhh!!! tertekan betul aku..! kalo kat melaka, jem 5 minit pun aku dah bercarut-carutan senggol-senggolan, inikan pulak jem yg hampir 1 jam walaupun jaraknya hanyalah sekangkang kera... (ehmm..patutlah org KL bising minyak naik harga...barulah aku memahami perasaan mereka...)




Bajet jumpa kul 2pm kat mekdi, tapi jem punya pasal, aku sampai sana jam 3pm! seronok aku berjumpa dengan junior2 zon tengah seperti Fadzli, Yong, Syahir yg semakin gebu dan Zati yg genit... seperti biasa anak aku yg jelita tu menunjukkan aksi2 gila kuasa terhadap makanan. Zati dan kak cha sempat bertukar2 Rantai sebagai kenangan terindah untuk masa depan.


Jumpa diorang kejap aje..sebab lepas tu nak ke rumah makcik aku pulak kat WM Sect. 5.
Yelaa.. aku kan datang dengan family aku, so tak dapat la nak poya lama2...

Sampai umah makcik aku, lepak2 kejap...Makan + rehat + salin baju + sembang itu ini + pas asar, dalam kul 5, kitorang pun gerak balik Melaka balik...

Sampai melaka, dalam kul 7, lapar balik....singgah warung Ibrahim Satey pekena satey + air barli...bruppp!!!

aahhh!! dah laa..malas aku nak tulis lagi..nanti aku sambung..! bai!!