September 17, 2007

Dari Bomoh ke Cikgu...



Hello semua!

Isskk!! sejuk betul hari nih...aircond baru servis, sejuknya sampai mencengkam tulang belulang aku...

Kejap aje dah 5 Ramadhan.. 1 Ramadhan aku cuti.. Melaka ambik cuti umum sempena 1 Ramadhan..Dapat lah berehat2 sambil mengemas rumah dan bersantai bersama keluarga...

Hmm...!! Tiba2 aku teringat pasal seseorang... pejam celik kejap aje dah 10 tahun aku bersaudara dengan dia. Jadi, hari nih aku nak cite sket la pasal dia kat korang... Watak bertuah hari ini ialahhhh...."MAINI..!!!"

Hoh!! orang aneh... Kejap aje dah 10 tahun kan Maini? aku start kenal dia nih masa masuk UTM dulu...memula dia geng dengan orang lain...cemana ntah tetiba jadi geng aku. Geng yg teramat geng lak tu...sampaikan lecturer Statik aku boleh buat satu peribahasa, "Dimana ada Maini, Disitu ada Hawa"..
Pendekata, macam2 laa benda2 ganjil dan sia2 aku belajar dari orang ini..Koff!! koff!! tak...maksut aku, benda ganjil dan sia2 tu, kami buat bersama..

Antara perkara jahat yg aku pernah buat terhadap orang ini ialah, meminjam beberapa kaset kepunyaan maini, dan memulangkan kepadanya pada harijadi beliau. Besday yg ke 18thn tak salah aku.... elok cantik aje aku balut kaset tu.. masa dia dapat hadiah tu, muka dia gembira & excited sangat..
bila bukak, pastu tengok hadiah tu adalah kaset kepunyaan dia sendiri..... tak dapat aku nak gambarkan dengan kata2 muka kau masa tu...
hihihikk!! maaf laa maini...aku takde duit laa nak beli hadiah masa tu...

Benda paling kejam pernah maini lakukan terhadap aku ialah, suka menyergah aku sewaktu aku sedang buat kerja berseorangan.
Aku mmg tak boleh terperanjat.. aku akan melakukan tindakan luar kawal kalau terkejut.. Pernah satu malam yg mulia, aku tgh basuh baju jam 1-2pagi, ramai dah tido masa tu, aku je yg terkial2 membasuh baju memalam.. tiba2 ada satu suara halus menegur aku "Membasuh kak kiah??
Soalan tu simple aje...tapi cara teguran dan nada suara yg digunakan itu, tambahan aku mmg tak expect maini boleh datang blok aku malam tu, menyebabkan aku terkejut yaamatzz sampai terpelanting baju dan berus yg aku pegang. Jahanam!!!
pastu, ada kepatut dia boleh gelak2kan aku yg ditoreh tak berdarah masa tu... Kejii!!

Perkara paling seram yg pernah kitorang lalui bersama ada 2.
Pertama: Kena kejar dengan pondan UTM masa minggu pertama kami belajar kat sana. Masa tu budak lagi...mana la penah tengok pondan.. Nak2 kat kampus lak tu...kalau tepi2 kompleks tu ada laa..Tak sangka wujud pondan yg pintar pada masa ini..
Kedua: Peristiwa suara wanita misteri meminta tolong dalam rakaman lagu Drugs Dont Work. Masa tu UTM blackout.. kul 3 pagi, kitorang dok bilik maini diaras 3. Maini nyanyi, aku main gitar ke? atau aku nyanyi maini main gitar..tak ingat...tapi yg mmg kami ingat ialah masa dengar balik rakaman lagu tu, tengah2 suara kami tiba2 dengar suara halus perempuan cakap 'Tolong.......tolongg.....' sambil bernada sayu... seram gila.!! dah la tu, yg lebih seram, setiap kali playback, suara minta tolong tu makin bertambah2...saiko!!

Bila masuk Ramadhan....seronokkkk sangat... Kenangan kami beli nasi ambeng Pakcik Kesian.. sian btul aku tgk pakcik tu..sorang aje.. jarang ada orang beli kat kedai dia..aku dengan maini aje la yg rajin beli kat situ.. Nasi ambeng dia mmg sedap dan murah.. lama kelamaan makin ramai orang beli kat situ... Syabass Pakcik Kesian!!!

Ada satu lagi peristiwa aku dengan maini..masa tu nak balik raya, kan Maini??? Kisah Ayam sambal yg Hebat! ekceli, sambal ayam tu maini beli petang khamis utk makan waktu sahur subur Jumaat.. ntah cemana ntah si kurus nih boleh terlajak tak bangun sahur... Memandangkan pencinta makanan yg jitu, beliau sanggup tak buang sambal ayam tu dengan harapan masih boleh dimakan semasa berbuka kelak!! (-_-;)
Petang jumaat tu, kami sama2 gerak ke Larkin nak balik raya...
kitorang berbuka dalam bas..aku beli roti dengan air kotak. Maini? diam2 dikeluarkan sambal ayam tu...aku tak tahu pun lauk tu semalam punya... Lepas makan baru dia cakap, ini ayam beli semalam kat PaRam...
ciisss!! Tapi kan, nasib baik la ayam sambal tu elok lagi...malah, makin sedap lak rasa dia...agaknya ramuan2 dan perasa sambal tu dah meresap kat ayam tu...tu yg sedap sesangat tu.. Nasib baik aku tak sakit perut dan cirit birit lepas tu..!

Maini dengan aku balik kampung mmg naik satu bas yg sama.. sebab rumah aku kat Melaka, dia pulak dok Tampin aje.. so nanti sampai bustand, aku ambik bas ke Merlimau, dia pulak naik bas Tampin..
Pengalaman pertama naik bas balik Kampung sama2.... Kena tinggal dengan Bas Mayang Sari...!!
Masa tu bodo lagi...tengok kat tiket, bas tu pukul 4.30pm. so kami pun tunggu laa...kul 4.15pm ada satu bas Mayang Sari tu berenti kat platform yg kitorang tunggu tu... Terjerit2 drebar bas tu suruh kitorang naik, Melaka!! Melaka!!
aku pandang maini, maini pandang aku.. sampai lah bas tu blah.. Bukan bas kami kot? sbb kat tiket bas kul 4.30pm.. Kami ialah tidak tahu bahawa PENUMPANG MESTI BERADA 15 MINIT AWAL SEBELUM BAS BERGERAK!! Sampailah jam menunjukkan pukul 5pm, tiada bas yg sampai, barulah kami sedar..."Aaiii...dah ditinggalkan bas pulaa....!! kasihannya aku dan orang aneh ini.."
Bersama2 kami pada waktu itu ialah seorang aci tua berbangsa india yg sama2 tertinggal bas sebab dia meniru kami taknak naik bas tu...

Waktu malam kat blok, aktiviti yg paling kami suka ialah, online dengan budak2 #empire_records.webchat sampai tak sedar diri...Kami juga menemui cinta disana..wahahahah!!! aahh!! cerita lamaa....Maini dan Lobak aje yg bertahan... Syabas!!
Lepas online kat CC brader Joe, pgi beli Burger special sambil menyanyi lagu Abg Burger! Abg Burger ditengah malam! (ikut lagu abg beca). Sambil beli burger sempat beramah tamah dengan SoupMan (abg kantin yg masih muda bergetah..wohoh!!) Pertmuffin juga ada mencipta lagu khas untuk soupman iaitu, Soupman On Campus! Lagu mengisahkan kekalutan soupman ketika kami datang membeli mee sup beliau... aku ngan maini kan anti-taugeh... biasanya dia tau aku ngan maini taknak taugeh..mee kitorang mesti takde taugeh... cemana ntah satu hari tu dia kalut kenapa ntah, dia boleh gi bubuh taugeh lak dalam mee sup kami...cuih!! start dari hari tu kami mencipta lagu SoupMan On Campus. antara lirik yg aku ingat "Bebila ku minta, tak mahu taugeh, Kerana Kekalut tetaugeh diletak"..ada rangkap pembayang aku tak ingat pula..

PertMuffin... aku rasa aku dah penah citer pasal pertmuffin kan? ada kat post2 terkebelakang tu...secara kasarnya, PertMuffin ditubuhkan oleh aku dan maini pada sekitar tahun 2000. Ia bermaksut, Muffin yg comot dan nakal.... Muffin tu saja kami pilih utk menggambarkan kecintaan sebenar kami terhadap makanan.. Pert ? Hmm..itu khas utk menggambarkan maini yg comot!!! Koff!! koff!!

Pertmuffin nih bole la dikatakan poser...hahahah!!! lantak!! mak tak kesah nyah!! Kami slalu lepak2 utk bermusik di VolleyCourt Synchrosound bertemankan sebuah kapok bernama Encek Davis (VolleyCourt Synchrosound ialah gelaran kami utk gelanggang bola tampar yg terletak di belakang blok aku.. tempatnya nyaman, sunyi dan sejuk sesekali menyeramkan)

Maini suka sangat suruh aku potong rambut dia.. nasib baik la aku berbakat dalam menggunting dan memotong rambut orang. Fesyen rambut yg sesuai dengan muka Maini adalah fesyen rambut Nadia..

*menjeling* hmm....memang sangat mirip!! Tak dan rambut dia, habis sume roomate dia promot suruh potong rambut dengan aku...
Siapa Nadia ? Ekceli....nadia tu ialah anak makcik Cafe kolej Rahman Putra (UTM) tahun 2000(sedara mara dengan si soupman tu laa) Aku rasa nadia nih umur dia dalam 5 ke 6 tahun laa.. Kurus keding aje budak tu...rambut dia pendek pastu becok lak tu... aku ingat lagi Nadia pernah mempermain2kan Maini.. dialog mereka:

nadia: Kakak nih nama apa?
maini: Maini.....
nadia: oooooooooo (suara nyaring) mainiiii....Ingatkan mainann.....!!
maini: *menjeling*

kih!kih!kih!!

Entah apa khabar agaknya sekarang Volleycourt, abg burger, soupman, nadia sume2 tu... Aii...rindu betul aku zaman2 tu dulu...

Ahh..!!! sebenarnya nak cerita pasal Maini..terbabas cakap pasal watak sampingan pula..

Salah satu kebolehan maini yg tak ramai orang tahu ialah menjadi BOMOH! Jangan salah faham...dia bukan bomoh pemujaan mistik atau upacara ritual yg saitanik...! Sebenarnya maini amat mahir mengurut.. (ah!! bukan ibu ayam!! (-_-;) ) Maksut aku..maini amat mahir mengurut orang2 yg terseliuh atau angin satu badan. Aku pernah menjadi pesakit beliau setelah mendapat saranan Lobak. Kalau tak, aku pun tak tahu yg dia berupaya menjadi bomoh! Masa dia urut tangan aku yg sakit, dia sendawa Brupp! Brapp! Brupp! Brapp! sebagai tanda angin pada badan aku telah dibuang melalui badan Maini secara mistikal estromosis..
Lepas dia urut aku, Lobak suruh aku bayar 5 sen sebagai upah mengurut kepada Maini..*menjeling* Lobak kata, kalau aku tak bagi 5 sen tu, nanti sakit tu melarat pada Maini... hmm... peniagaan adik beradik yg merungsingkan orang...

Itu dulu2 laa...sekarang dia dah tak jadi Bomoh lagi...sebaliknya menjadi Cikgu pula... err.... aii...aku risau betul pada masa depan anak2 zaman ini (-_-;)
Apa pun, aku doakan semoga Maini tabah menghadapi kanak2 cilik yg nakal seperti Nadia.

Ah!! Sudah laa..penat aku menaip...nanti batal pula puasa aku asyik bercakap perkara yg sia2...

Aku ucapkan selamat berpuasa kepada kau semua di luar sana... Semoga puasa dan amalan kita pada bulan yg barakah ini, diterima Allah. Amin...

10 comments:

Elly Rocker said...

kisah 2 makhluk ghaib yg sgt2 klasik!
nanti aku edarkan pula nota2 yg korang tulis pada aku.. nampaknya korang memang kembar tak seiras langsung. oh lupa.. adik beradik pun menjadi cikgu.. aku lebih risau dari kau kak halwa kundur! pasti adik beradik lobak dan moen menjahanamkan kanak2 comel.. ai.. *berpeluh dahi*

bomoh jelita said...

jahanam!jgn mengkritik perbuatan aku!aihh..byknya aku nak tulis tapi kang line ilang pulak.mmg aku sentiasa dikelilingi org2 yg merunsingkan *menjeling* zmn utm sgt seronok tp sgt luzer kan?uitm sak hahaha masa mula2 kat situ aku tertekan sbb bomoh makanan hawa takde.perskitaran agak kul tp takde kaki..(T_T) ah!aku kene tulis blog jugak!heihei

Anonymous said...

padan muka kau raksasa! tak ada kisah klasik dengan kawan baik yg boleh bertukar menjadi bomoh usang..!

eeh?? nota yg kami tulis utk kau? kau ada simpan lagi?? benarkah??
sken dan fowet la kat kami raksasa jelita..!!

tapi kan maini...sejak kau pergi, aku asyik kecewa sbb takde kawan. akhirnya asyik makan sambil menangis lalu tidur, menyebabkan badan pun mengembang dan lemak naik 68%. (-_-;)

-kek wa-

Elly Rocker said...

ya.. kau kan dah guna wifi percuma hasil mencuri dirumah jiran.. apa lagi.. mari tulih blog dan post gamba2 muda.. nanti aku copy paste buh di blog aku pula. ayuh maini mini mainan moen! *wink2*

muhaini suratman said...

eiiii geramnya akuuu!jgn mepermain2kan nama aku bapa tetoyol hitamm!!eh eli maslan,kau ni tak cukup meniru dalam peperiksaan!karangan blog pun kau nak tiru?mmg dasar mata keranjang mcm sembilang!*perckpn tak menentu*ai..nampaknya hawa dah menyalahkan makanan yg tak berdosa.begurau apa!kau yg mkn sesuka hati!tp mmg tak bes..aku takde dah kwn,kau etlis ada kakcik dgn epol rotik.hei!tiba2 teringat!ada sekali tu 2 org aneh *menjeling kau dan lobak* dtg bilik ostel aku,bwk makanan byk2,mkn2 sambil ketawa mengunyah2 main the sims,mlm tgk muvi pulak kat dlm bilik aku,ajak kwn2 aku join lagi,aku tertegun2 buat esemen!begurau apa!!(T_T)~~ pastu dah bergembira2,pulang dgn senang hati..ai..

fara[the]bugbuster said...

ni gamba zaman bile nih? apsal muka memasing mcm kekanak?... herp... mcm kat bustop klcc pon ada ... ni kat UTM ke pe?

Pertmuffin said...

tu gambar masa rombong kelab senireka grafik, utm ke KL la cik fara.. masa tu aku dengan maini sangat comel. sekarang aku dah naik 2 kali ganda tapi maini masih kurus cuma wajahnya semakin berkedut dan kelihatan tua macam nenek kebayan bongkok 3. muahahahah!!


a'ah la maini...aku ingat! aku ingat! kami sekadar tumpang berpoya2 kat bilik kau aje.. aku pun tak sangka aku tergamak buat benda sekeji itu.. hihihikK!!

Elly Rocker said...

"Bebila ku minta, tak mahu taugeh, Kerana Kekalut tetaugeh diletak.." - soupman on campus.

muntahnya lirik ini.. patutlah pertmuffin ialan band yg gagal.. ai.. *berkerut dahi*

Permuffin Band Poser yg Unggul said...

diamm!!! syaitan labu!!
jahanamm!! jangan mengkritik band kami!!!

I LOVE YOU said...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,聊天室,情色,a片,AV女優