October 03, 2007

Misteri Kehilangan Jam Tangan Ibu....



Arghhh!! hari nih genap seminggu Jam Tangan kesayangan aku hilang.... puas aku cari tapi tak jumpa...
geram betul! Orang terakhir yang aku tengok pakai jam tangan tu ialah babe Lissa.. sah! dialah saspek utama yg menjadi dalang misteri kehilangan jam tangan aku..

Aku sayang sangat jam tu...hadiah aku dapat 4A masa UPSR tahun 1991. Mak ngan ayah aku present. Jam Alba tali hitam frame emas. Jam tu simple je, cuma ada jarum kaler emas atas plate hitam, ada garisan kecik kaler emas to mention pukul 12. pastu ada tulisan ALBA kecik aje kaler emas. Dah 16 tahun aku pakai jam tu....tetiba je hilang......huuuuu...huuuuu...sob! sob!

Seingat aku, minggu lepas, aku tengah masak lauk untuk sahur (around 9.30 mlm), azat tengah layan TV..si tonet tu tengah .main permainan menyamar watak hakim sorang2. Akhir2 ini dia sukaaaa sangat main permainan Yang Arif - Yang Arif tu...
nanti dia pgi bilik dia, pastu dia selongkar beg pampers dia, dia ambik selai pastu dia bubuh atas kepala. Bulat ajeeee kepala dia dengan pampers tu...Bukan dia aje yg pakai, aku dengan azat pun kena pakai sekali!!! bergurau apa!!? Mmg bayi yang aneh...*menjeling*Lepas tu nanti dia letak tangan belakang pinggang, pastu jalan mundar-mandir depan kitorang...

Masa tengah masak tu, tetiba tonet datang kat dapur, pastu panggil aku, "Bu!! Bu!! " suruh pandang dia...
Aku toleh je, tengok dia tengah senyum-senyum dengan watak hakim mahkamah syariah (pampers atas kepala la tu!!) sambil dedua tangan letak kat belakang badan dia.. pastu dia cakap, "Bu, salam..!!" (dia hulur tangan kanan).........
saat tu la aku terpandang sesuatu kat pergelangan tangan dia, yakni : JAM TANGAN AKU!!!
Pepandai aje dia geledah kotak sakti aku ambik jam. Mesti ayah dia bersubahat jadi tukang pakaikan jam tu...kalo ikut logik, babe Lissa belum mampu memakai jam tangan sendiri..*menjeling kedua2 beranak yg ganjil itu lagi sekali*

Aku menjerit suruh dia simpan jam tu! Tercicit2 dia lari pgi kat ayah dia bila dia tengok aku dah jadi 'raksasa sudip'. Sampai jatuh pampers dari kepala dia.... Dari dapur aku dengar aje dedua beranak tu terkekeh2 ketawa. Kurang asam!!

Lepas siap masak, aku kemas2 simpan lauk, pastu rilek jap, pastu tido.. Esok tu nak pgi kerja baru aku perasan jam tu dah takde....
Aku tanya azat, jam aku smlm kat mana? dia cakap 'Bukan orang yg main Jam awak...tanya lissa..', bila aku tanya si tonet jam aku mana? dia cakap..'Aaaa..??Aaaa..?? Apa? Apa?' pastu dia kerut2kan kening....EEEEiiiiiiii!!!!! Geramnya aku!!!

Puas aku selongkar satu rumah cari, bawah tilam, bawah katil, bawah sofa, dalam beg, dalam kereta mainan si tonet dan beberapa tempat yg dia biasa sorok barang tapi tak jumpa...

Entah mana laa agaknya jam tangan aku tu sekarang..... ini la yg payah kalau saspek mudah lupa!! (-_-;)

15 comments:

Anonymous said...

erm.. aku suka gambar suspek itu..
pemakaian lampin atas kepala mmg seolah2 seperti seorang hakim..
comel!

adakah kau juga sedang memakai lampin atas kepala wotok mung?

pwokrwol

PertMuffin said...

ahh!! diam!

kelak bila anak bayi kau dah membesar dan dah ada banyak akal buruk, kau suami isteri pula akan dipaksa memakai seluar dalam getah di kepalo wotok mung!!

Anonymous said...

jgn samakan pengalaman pahit ko itu dengan apa yang bakal aku alami...

eh? kenapa ko pakai seluar dalam getah atas kepala?

mmg rumahtangga yang aneh!

pwokrwol

fara[the]bugbuster said...

apa apa pon baby lisa mmg chomel dan lote... tak jumpa lagi ke jam tuh?

PertMuffin said...

uhuuuu.......huuu........
masih tak jumpa lagi sampai sekarang..
terima kasih fara kerana nak menghadiahkan aku jam baru..

Elly Rocker said...

*menjeling* patotla.. dah tau motif hilang kenapa.. nak meminta kawan2 beli jam.. memang keluarga yg aneh.. ai..

PertMuffin said...

bedebah!! berani mengkritik keluarga aku!!

fara[the]bugbuster said...

aku rasa better ko carik kat bawak sofa... atau celah celah sofa tuh... instinct aku mcm kuat jek kat area tuh...

Anonymous said...

dah besar dah anak spupu aku nih..raye jgn lupe dtg sempang.

bila nak dpt adik?

PertMuffin said...

weh!! sepupuku?
adakah awak ila nazla nazmarini mindiza marshid heskina morinja?

kekekek!!! lamanyeeeeeeeeee tak jumpa kau La! baby dah besar? dah pandai apa sekarang/
tahun nih aku raya kat mlaka.. mesti datang sempang punya!!

PertMuffin said...

fara!! takde punn..!
jangan lupa, jam alba ye?
muahahha!

Anonymous said...

waduh.. dah lama kok aku dengar nama yg panjang lebar tuh. x sangka ko ingat lai. anak yang kecik dah pandai nyarap dan ketawa terkekek-kekek. yang first dah pandai memporak perandakan rumah...

sepupu hang lai

Anonymous said...

kau ni nyeh..suka menindas org yg lemahla.mentang2 lissa tak erti bace-tulis blog,kau fitnah2 je dia kan?(-_-;)

PertMuffin said...

Aku mmg hafal nama glemer kau La... nama glamer aku sendiri aku tak ingat! hihihih!

Raya nanti datang la rumah aku pd raya pertama. boleh makan rendang ITIK dan soto..!

Jangan lupa sediakan duit raya utk anak aku sekali! huhu!!!

PertMuffin said...

yolanda!
kau mmg selalu bertindak menyebelahi babe lissa!
patutlah anak aku semakin hari semakin aneh dan merungsingkan orang..
sekarang aku dah faham penderitaan auntie zah membesarkan kau!
*menjeling*