April 16, 2008

KakCha's Cakes House

Hello ols..

Sebenarnya dah lama aku nak berkongsi minat dengan mereka2 yang mempunyai hobi makan dan kegemaran menghias kek.
Selain menjadi anak, isteri, ibu dan pekerja, sekarang aku dah ada jawatan sampingan yakni menjadi Ibu hamil Penghias dan Penjual Cake yang Comel!

Sebelum nih aku giat membuat bermacam-macam jenis cheesecake. Aku x follow mana2 kelas masakan pun. sbb aku bukannya jenis orang yg mempunyai banyak masa. sume resepi cilok kat internet aje.
Mujurlah orang-orang zaman sekarang nih ramai yang mulia hatinya dan byk memberi resepi secara ikhlas. Mostly cake yang aku buat dari resepi diorang semuanya menjadi. Mekasih uolls..!~

Lepas cheesecake, aku kembangkan minat aku dalam bidang nih menjurus kepada cupcakes decoration pulek. Ohh! ini lagi best sbb macam2 idea boleh conteng atas cupcakes tu. Alhamdulillah, sambutan dari kawan2 ofis aku mmg memberangsangkan.
Hias cupcakes mmg seronok cuma yg x best kerja dia renyah sket. Yelah... nak habiskan masak kapkek tu satu persatu (biasa org order mesti lebih 30pcs).. dah la oven aku tonet aje.. Tambah lagi ada anasir pencinta kek yang paling mencemaskan yakni kakcha yang suka menjeling kek2 aku...
Aaiihh.........tu yg leceh.

Semalam aku mendapat order pertama utk decorated birthday cake dari opismate. Mmg aku tak pernah buat sebiji seketul sponge birthday cake yang siap berhias2 bagai tu. Teruja aku nak mencuba.
Memandangkan ianya birthday cake utk ibu kesayangan dia (mama's boy..hik!hik!) aku pun setuju la. Demanding tawww!!!!! nak strawberry byk lagi.
Takpe... mak kau punya pasal, aku ikut aje cakap customer.
So smlm aku pulun lah hias kek pertama aku. Aku buat chocolate sponge cake, decorated with strawberry buttercream + buahan strawberry segar!
Taraaaaaa!!~



OK, so sekarang aku dah ada impian yang lebih besar.
Kalau aku dah kaya and cukup modal nanti, aku nak bukak satu kedai cake. Manala tau, boleh capai tahap Secret Recipes. hahhahaah!! (amin..)

Okla... nanti aku sambung.. bye!