April 25, 2008
My Own Takoyaki......at last!!
Hai semua..!~ Salam jumaat penuh keberkatan..
Hari nih Jumaat 25 April 2008 bersamaan 18 RabiulAkhir 1429H bersamaan 17minggu usia anak bayi dalam perut aku.
Sepanjang hamil kakcha dulu, aku dok mengidam nak makan ikan keli bakar kuah special kat Seksyen 2 Shah Alam. Sampaikan naik S.Alam semata2 nak cari ikan keli tu. padahal kat melaka bukan takde.. tapi nak yang tu jugak..!
heee.!~
Pregnant kali nih aku merembes nak makan Takoyaki pulak. Tapi takde la mana2 tempat spesifik (nasib baik!!!). Puas aku cari kat melaka, takde. kat JB pun takde. dulu aku tau ada kat jusco taman U, tapi arituh pegi dah takde.
Hari tu dah pgi KL, tapi tak beli sbb tak sempat.
2 hari lepas sembang2 dengan bebudak Kumpats®.ID UTM® tetiba si Hennix bukak citer dia pnah makan takoyaki kat SushiKing. laaaaaaaa......!!!
kalo aku tau sushi king ada jual takoyaki, dah lama aku cari!
petang rabu arituh, lepas keja je berdessup aku gi Sushi king Jusco cari takoyaki.
Aku beli satu set. 5 ketul = Rm6.90 termasuk tax rm7.15. Tonet2 aje. Boleh la buat lepas gian. tapi x best sbb takde sos & fishflakes. **dalam hati still tak puas hati masa tu**
Semalam sempat surf blog2 yg ada cerita pasal takoyaki. Last2 aku jumpa satu blog nih ILHAMUSAFIR citer pasal diorang anak beranak buat takoyaki. Siap bagi resepi lagi. walahweiih!! meleleh airliur aku.
Terus aku salin resepi & balik keja singgah jusco.
So semalam aku buat sendiri takoyaki my own version.
smlm masa merayau2 kat jusco sekali nampak fishflakes..
terus aku terkesime sebentar. tak bajet ada fishflakes!
pastu nampak seaweed lak... nyum!
tiba2 aku teringat mak aku punya acuan kuih cara bentuk telur.
aku gi kat tempat sushi tu, cari tako yg dah siap peket2 tu. tako kimci ada, aku tak suka. aku ambik dried scalop + sesame.
akhirnya, inilah hasil dinner aku mlm tadi. 1 adunan dapat dalam 30 biji.
Ok, ini aku punya resepi semalam :
Bahan-bahan ( 30 biji )
BAHAN TEPUNG :
1 cawan tepung gandum
300ml air
1 sudu baking powder
1 biji telur
sedikit garam
Daun bawang & kobis diracik halus
BAHAN INTI :
Tako **selain tako (sotong), boleh guna tuna dlm tin / dried scalop / ketam / udang dll. tapi dah tak jadi TAKOyaki lagi la..**
BAHAN HIASAN :
Seaweed - racik halus
Fish Flakes (harga kat jusco RM6.90 sebungkus)
Mayonis (guna yg picit la..leh buat bentuk spiderweb!)
Sos Takoyaki (aku guna cili sos aje!)
Cara-cara
Campur semua bahan untuk tepung. Pastikan ianya tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Agak2 cair sikit aje dari adunan jemput-jemput.
Panaskan acuan takoyaki dengan sedikit minyak. Aku guna acuan kuih cara bentuk bujur. Hasilnya takoyaki aku bentuk telur! heee..!
Tuangkan adunan 3/4 penuh dalam dalam setiap acuan. Kemudian masukkan tako dan tunggu kejap sampai bhgn bawahnya masak.
Gunakan lidi untuk terbalikkan takoyaki supaya masak pada kedua2 bahagian atas dan bawah.
Keluarkan takoyaki yg siap dimasak. Taburkan seaweed , fishflakes, sos & mayonis. Tadaaaaa!!~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
nampak sangat menyelerakan..ahhh...kalo aku buat pasti bersepah
eh? umur ko dah masuk 25 eh zatik??
aku ingat kau 18 lagi..
cepat btul kau membesar..
wah terliur juga melihatnya!
babe, kamu 17 weeks ke? err beza 3 weeks jer dr saya nampaknya!
waaaaa
Post a Comment