September 19, 2008

dah 38 minggu....

Hello sume... Hari nih Jumaat, 19Sept bersamaan pose ke 19. kejap je kan?
lebih kurang 10 hari lagi nak raya dah..
Aku plak berdebau2 kekdahnya menunggu kelahiran baby Muhammad. Sekarang dah masuk minggu ke 38.. tunggu masa je!

Hari nih aku last day kerja. Lepas nih coti 2 bulan. Yeahh!! Saje je ambik maternity leave awal. Bukan apa, letih laa bebulan pose nih kena keja dengan perut yang sarat barat nih... kof! ikutkan aku nak je ambik half day ke MC ke apa arinih. Tapi kul 2.15pm karang ada interview pulak dengan HR (pasal promote arituh).
harap2 suksess laa.. rezeki baby.

Ok la, disini aku ingin memohon ampun dan maaf pada rerakan taulan, sahabat handai, adik2 kumpat, sepupu sepapat aku, dan sume2 la kekdahnya yg rajin singgah2 sini..
Selamat berpuasa & selamat menyambut aidilfitri. Tolong doakan aku dan baby Muhammad selamat dalam pertarungan kelak.
Raya nanti jemput la datang rumah.. tapi makanan korang bawak sendiri occay!!? koserr taww aku nak hidang2 segala! dah la aku takbleh makan sume lauk pauk raya dalam pantang! cuih!

Sampai sini dulu.. diumumkan, blog bercuti selama 60 hari dari sekarang!
Bye!!

September 04, 2008

Kejap je 4 Ramadhan......

salam & morning olls........~

hari nih aku letih.. letih sangat2.... nak taip email pun tak terdaya.
2-3 hari nih tido x betul, pastu jadual kehidupan terlalu pax sangat.
rasa nak pengsan pun ada.........

subuh tadi ada beberapa perkara yg agak misteri mengunjungi hidup aku.
rumah aku didatangi oleh seekor lipas yang pengsan, seekor lalat yang tak keruan dan seekor mentibang yang tenang bersiar layar di dinding rumah aku.

pelik sebab rumah aku mmg jarang ada lipas (sbb tak banyak barang agaknya).. tambahan pula lipas tu dalam keadaan pengsan/ khayal seperti sedang high.. lain la kalau lipas tu sedang berlari menyusup nyasap.. persoalan : kenapa lipas tu boleh terlentang sedangkan ianya tidak disembur racun serangga?

lalat pula mmg normal ada dimana2 tapi biasanya lalat bangun selepas subuh. tadi ia muncul jam 4.00pagi dan berlegar2 seekor diri macam baru balik dari kelab dangdut lagaknya. mmg agak memushkilkan.
persoalannya, apa yg lalat tu cari & kemana ia nak pergi? adakah dia terbangun awal atau masih belum tidur ??

kemunculan seekor mentibang (ulat gonggok) yang bersiar2 dengan tenang di dinding rumah aku juga agak mengejutkan. mmg jarang ada ulat gonggok kepersekitaran rumah aku. terus rasa bulu roma berdiri sbb geli.
last2 terpaksa kejut azat utk halau encik husin mentibang dari rumah kami..

mungkin jika kehadiran ketiga2 haiwan ini secara serentak pada waktu siang tidak menimbulkan banyak persoalan. tapi sbb ketiga2nya muncul serentak pada jam 4 subuh, maka aku yang berdarah penyiasat remaja ini (koff!!) mula berasa macam ada sesuatu yang tidak kena.
semua misteri perlu dibongkari!!!!

sekian - laporan tak berkaitan.
(-_-;)