salam & morning olls........~
hari nih aku letih.. letih sangat2.... nak taip email pun tak terdaya.
2-3 hari nih tido x betul, pastu jadual kehidupan terlalu pax sangat.
rasa nak pengsan pun ada.........
subuh tadi ada beberapa perkara yg agak misteri mengunjungi hidup aku.
rumah aku didatangi oleh seekor lipas yang pengsan, seekor lalat yang tak keruan dan seekor mentibang yang tenang bersiar layar di dinding rumah aku.
pelik sebab rumah aku mmg jarang ada lipas (sbb tak banyak barang agaknya).. tambahan pula lipas tu dalam keadaan pengsan/ khayal seperti sedang high.. lain la kalau lipas tu sedang berlari menyusup nyasap.. persoalan : kenapa lipas tu boleh terlentang sedangkan ianya tidak disembur racun serangga?
lalat pula mmg normal ada dimana2 tapi biasanya lalat bangun selepas subuh. tadi ia muncul jam 4.00pagi dan berlegar2 seekor diri macam baru balik dari kelab dangdut lagaknya. mmg agak memushkilkan.
persoalannya, apa yg lalat tu cari & kemana ia nak pergi? adakah dia terbangun awal atau masih belum tidur ??
kemunculan seekor mentibang (ulat gonggok) yang bersiar2 dengan tenang di dinding rumah aku juga agak mengejutkan. mmg jarang ada ulat gonggok kepersekitaran rumah aku. terus rasa bulu roma berdiri sbb geli.
last2 terpaksa kejut azat utk halau encik husin mentibang dari rumah kami..
mungkin jika kehadiran ketiga2 haiwan ini secara serentak pada waktu siang tidak menimbulkan banyak persoalan. tapi sbb ketiga2nya muncul serentak pada jam 4 subuh, maka aku yang berdarah penyiasat remaja ini (koff!!) mula berasa macam ada sesuatu yang tidak kena.
semua misteri perlu dibongkari!!!!
sekian - laporan tak berkaitan.
(-_-;)
3 comments:
aku rasa kau perlu buat ciss kek utk bg makan dekat 3 syaitan..
hei!! selamat berpuasa mentibang laut!
ye buat cis kek utk aku juga... heheh selamat berpuasa!!!
bergurau apa!!??
adakah lipas, lalat dan mentibang itu adalah jelmaan kau semua!?
mmg makhluk yang ganjil dan merungsingkan orang!!
Post a Comment