November 13, 2008

Lawatan Ke Bandaraya Melaka...!!~

Hello semua!!!! (menjerit sambil menyapu2 sawang spider dalam blog).. lama dah blog aku tak update..hari nih hari ke 50 selepas melahirkan adik Muhammad Rayyan. hehei! aku kini dah menjadi Hawasae, ibu muda berusia 29tahun, mempunyai 2 anak dan masih bergetah! (-_-;).

Untuk makluman semua, Alhamdulillah aku selamat melahirkan anak ke 2 pada 24 September 2008 (sama besday lak dengan ayah aku). Dapat baby boy yang sangat kacak bergaya, berat 3.4kg dengan ketinggian 50cm.



Syukur semuanya selamat. Pantang kali nih aku ok sikit, Baby pun ok - takde kena jaundice. Luka jahitan kurang seminggu dah sembuh. Makan time pantang pun ada ampun sikit. Ayam & daging dapat makan seminggu sekali. Cuma seafood je la aku takboleh sentuh (kecuali ikan bilis dan ikan2 utk org berpantang). Biasa pantang 44 hari, tapi kali nih dapat diskaun, 40 hari aje. heheii! boleyy???

Semalam Azat coti. Pagi2 lagi kitorang dah keluar bawak kak Cha jalan2. Adik Rayyan tinggal dengan nenek. Hari nih kami bertiga membuat aktiviti 'Jalan-Jalan Melawat Melaka' !! (suara doraemon).

Memula nak singgah breakfast, tapi azat kata settlekan duit insuran dulu. Terus kitorang gi Ambank MelakaRaya. Debakdebuk, settle bayar terussssss gi sasaran utama, Eye On Malaysia!! Yeah! Punyalah eksaited sampai terlupa nak sarapan!
Sampai je kat car park EOM aku dah terlompat2 teruja. koff!! Azat dan kakcha jeling je (-_-;). Terus beli tiket & masuk gondola tu. 1st round tu elok tetengah udara dia bleh berenti plak ambik orang. Fuh!! seriau gak..sbb benda alah tu bleh bergoyang2.. mulalah fikiran kudus aku pikir yg bebukan. aih...

Abis lap pertama, lap kedua dan seterusnya dia jalan cam biasa.. best aje..ada 5 lap kesemuanya.. Syok dapat tengok bandar Melaka dan laut dari udara. Wohoho!!

Lepas abis sume, Azat ajak naik Menara Taming Sari plak.. Wahh!! Terus terasa macam pelancong dari New York! ohokk!!!


Masa nak naik MTS tu, tunggu lama la gak, dalam 10 minit sbb tunggu orang ramai sket. ye laa.. takkan nak naik 80meter ke udara 3 beranak je kan? membazir karan aje! Kalo weekend cepat je penuh, tapi hari biasa cam nih mmg lambat sikit la.. Ada kapel 2 orang lelaki dewasa tu nampak macam agak sesuwatuh (jeling blog abang askar) koff!!! hehei!! mula la aku bersangka buruk. Tak lama lepas tu makin ramai orang naik..

Taming Sari tu gerak naik punyalah laju! berdesup aje.. sampai atas dia berpusing pelan2... wahh!!! tiba2 terus aku kerek jadi orang Melaka. hahhaha!!! cantik rupanya negeri bertuah nih! *kembang2kan hidung*. Lepas dia pusing2 tu, tak lama lepas tu dia turun. Alaa...takde la gayat sangat *menjeling maknyah Elly Maslin*.

Perut tetiba rasa lapau yaamatzzz.. Terus kitorang gi Kompleks Dataran Pahlawan. Singgah brunch kat Oldtown Cafe. Sedapnyaaaaaaaa kopi ais dia!! mavelesss!
Lepas tu jalan2 kat dataran. Singgah beli donut kat BigApple pastu terus balik. Plan nak gi jalan2 bawak kakcha gi Zoo Melaka plak tapi dah kul 2. Biasa petang sure hujan.. kensel lawatan ke zoo, terus balik rumah.

sekian. laporan tak berkenaan.
Bye!

5 comments:

aqmal said...

hoi ibu yang dh tak mengandung!
wahwahwah lepaskan dendam nampak taip blog pjg2.ape kabar bayi muhammad? makin btambah hensem hari ke hari? luka jaitan kau dh sembuh? tu lah, kan aku dh kata suh makan bam gamat bnyk2.mujarab kan? *komen tak bekenaan*

zatix said...

wah kek..nnti kau ajar yang ini pula berkokok dan mengaum macam kak cha

z a t i said...

menci tawwwwwwwwww

fara[the]bugbuster said...

chomel! chomel! si baby...

PertMuffin said...

heihei!!!!
aku dah naik kerja..
korang berempat orang semua bila nak bersalin macam aku?
hoho!